BAB 30

Romance Series 10788

Doktor Hariz Ridzwan memerhati bilik Doktor Zahila,tiada kelibat wanita itu disitu biliknya juga sudah kosong dia tertanya-tanya sendiri.
   "Kak Anita nampak tak Doktor Zahila dekat mana?"soal Doktor Hariz,Kak Anita yang bekerja sebagai seorang nurse itu sudah memandangnya pelik.
   "Lah tak tahu ke yang Doktor Zahila kena transfer dekat Johor?Patutlah muka macam ayam berak kapur rupanya risau Doktor Ila takde ya"balas Kak Anita sempat lagi mengusik doktor muda itu.
   "Eh akak ni mana ada saya cuma tanya je lagipun biasanya kan saya nampak dia selalu membawang dengan akak.Oklah saya kena pergi dulu,assalammualaikum"pamit Doktor Hariz ialah kenal sangat dengan perangai Kak Anita yang kecoh mulutnya karang ada pulak mulut-mulut mengatakan yang dia suka dekat Doktor Zahila walaupun sebenarnya memang perkara itu benar cuma dia sahaja yang menafikannya.

"Hana!Hana buka lah pintu ni"Laung Syafiq Mikail dengan kuat.Hana bergegas membuka pintu tersebut dan memberikan senyuman namun ianya mati pabila melihat tangan suaminya dirangkul oleh seorang perempuan.Dia menjemput masuk kedua-duanya masuk ke dalam rumah.
   "Hana aku nak kau masak hari ni sebab Najla nak dinner kat sini"arah Syafiq Mikail senada.Hana hanya mampu mengangguk.
   "Kak Hana masak sedap-sedap tau."Dengan nada gedik dan mengada-ngada Najla menyatakan Hana hanya menghiraukan tapi siapa tahu di dalam hati penuh dengan kesengsaraan.Setelah Syafiq Mikail naik masuk ke bilik untuk menukar pakaian dan membersihkan diri Najla mengambil peluang untuk memerhati Hana di dapur yang sedang memanaskan lauk Tomyam yang sudah dimasaknya petang tadi jadi hanya tinggal memanaskan sahaja.
   "Cik Najla tak payahlah duduk dapur,biar saya je.Cik pergilah rehat dekat depan"tutur Hana dengan nada hormat ialah inikan tetamu perlulah dilayan dengan baik.
   "Tak payahlah nak buat baiklah perempuan,kau ni nama je bertudung litup tapi batas tak reti jaga"sindir Najla,Hana cuba memahami maksud sindiran tersebut.
   "Oklah Cik Najla duduklah dulu saya nak naik atas sekejap"pinta Hana oleh kerana tidak mahu mencari gaduh ialah sabar pun ada hadnya kalau dah melampau boleh kena pelempang sulung.Dengan ketiadaan Hana di dapur lagi mudah Najla mahu merencanakan rancangannya,dia menabur garam sebanyak tiga sudu dan digaul dengan senyuman jahat tak sabar mahu melihat apa yang bakal berlaku.

Syafiq Mikail menuruni tangga menuju ke arah meja makan.
   "Hai sayang,lama tunggu I mesti you laparkan?"sapa Syafiq Mikail dan dengan riak wajah seperti kanak-kanak dia melentokkan kepala ke atas bahu Syafiq Mikail.
   "Mestilah,tapi takpe asalkan I dapat luangkan masa dengan you"balas Najla.Hana yang sedang membancuh air dijeling sekilas.Air yang sudah siap dibancuh itu mahu dibawa ke atas meja namun tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu dan menyebabkan jag yang dipegangan itu tertumpah di atas Najla,ternyata Syafiq Mikail terkejut dengan apa sahaja yang baru berlaku baju Najla dipenuhi dengan air oren sejuk.
   "Sayang you tengok your wife ni,dia sengaja nak tumpahkan air tu kat baju mahal I ni"adu Najla,Syafiq Mikail memandang Hana dengan pandangan yang paling bengis dengan wajah kemerahan dia menghampiri Hana dan dilempang pipi mulus itu.Hana terkaku hatinya sakit sanggup seorang suami menaikkan tangan ke atas seorang isteri atas kesalahan yang sebegitu ringan.Air mata yang mengalir dipipi biarkan jatuh berderaian seumpama hati yang berdarah tanpa henti.
   "Maafkan saya Cik Najla,my bad"ucap Hana dan terus berlari menuju ke bilik.Syafiq Mikail yang memandang Hana berlari menuju ke bilik seakan baru tersedar apa yang dilakukannya tangannya menggigil,pertama kali dia menaikkan tangan ke atas seorang wanita lagi-lagi wanita itu bergelar isteri.Dia seolah-olah merasa bersalah namun kerana ego yang beraja di hati menyebabkan dia menjadi manusia yang paling kejam.
   "Dahlah tu sayang,jom kita makan.I dah lapar ni"kata Najla dia menarik Syafiq Mikail untuk duduk semula di atas kerusi,Najla mengambil pinggan yang sudah diisi nasi dan diletakkan lauk Tomyam ke dalam pinggan itu dan dihulurkan kepada Syafiq Mikail.Oleh kerana perut yang lapar,Syafiq Mikail menyuapkan lauk itu ke mulut,dia yang merasa lauk itu terlalu masin terus memuntahkan isi itu ke dalam singki.
   "Hey sayang kenapa ni?tak sedap ke"soal Najla dan menepuk bahu Syafiq Mikail.
   "siapa yang masak lauk tu?"soal Syafiq Mikail dengan wajah tidak bersalah dia mengatakan bahawa lauk itu di masak oleh Hana.Api kemarahan semakin menjulap.
   "Hana,Hana!Kau datang sini sekarang!!"jerit Syafiq Mikail,Hana menuruni tangga dengan mata yang sembab.
   "Apa lagi awak nak?Tak cukup lagi nak tampar saya"bantah Hana dia sudah mula hilang kesabaran sedikit demi sedikit.
   "Kau memamg nak sangat tengok aku mati?ialah nanti senang bila dah jadi janda boleh lah kau menyundal dengan jantan lain kat belakang aku kan?"jerkah Syafiq Mikail,mara Hana mula memerah dengan kegeraman yang teramat mendengar apa yang diungkap Syafiq Mikail,Hana seolah-olah hilang kawalan dan tertampar suaminya sendiri.
   "Jaga sikit mulut awak Syafiq Mikail!Selama ni saya cukup sabar dengan apa yang awak buat dekat saya tapi kali ni saya dah tak tahan.Saya ada maruah dan maruah saya tak sewenang-wenangnya dipijak oleh lelaki ego sombong macam awak ni.Kalau awak dah tak tahan sangat hidup dengan saya,saya boleh pergi dengan cara terhormat.Saya tahu saya bukan wanita sempurna tapi saya tak bodoh untuk menunggu seseorang yang selalu lukakan hati saya,dan memandangkan perempuan yang paling 'perfect' yang paling awak sayang ada dekat sebelah awak ni apa kata awak kahwin sajalah dengan dia.Senang kan,sekurang-kurangnya takdelah korang buat dosa kan.Kalau awak rasa Cik Najla ni yang terbaik untuk awak saya izinkan awak kahwin dengan dia tapi let me go.Maafkan saya sekiranya kurang ajar dengan awak dan keputusan saya muktamad"marah Hana dan dia sudah mengungkap sebuah keputusan yang akan membuatkan hidupnya berubah nanti.Dengan tangisan dia menyambung semula kata-katanya dan memegang tangan Syafiq Mikail mungkin untuk kali yang terakhir.
   "Izinkan saya balik kampung untuk seminggu dua ni.Awak saya nak minta maaf sekiranya saya pernah buat dosa dengan awak,halalkan makan minum saya selama tinggal dengan awak dan jujur saya katakan sepanjang tempoh tiga bulan ni saya bahagia menjadi isteri awak."pohon Hana dan mengucup tangan Syafiq Mikail,Najla disebelah meluat melihat drama didepannya kini.Hana melepaskan tangan suaminya dan memandang ke arah Najla.
   "Saya harap Cik Najla dapat bahagiakan Syafiq Mikail.Thanks sebab dah sedarkan saya siapa saya dalam hidup Syafiq Mikail,Saya harap hubungan korang akan kekal"dengan nada pasrah Hana menuturkannya dan cuba tersenyum walaupun nampak tidak ikhlas di situ.Dia terus melangkah ke atas mengambil bagasi dan mengemas semua pakaiannya selesai sahaja mengemas dia terus mengambil kunci kereta dan dimasukkan segala barang-barang di dalam bonet.Tanpa memandang ke arah Syafiq Mikail dan Najla,Hana terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak menuju ke destinasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience