PROLOG

Romance Series 10778

PROLOG
Gadis itu memandang lelaki dihadapannya dengan wajah yang kemerahan menahan marah dan geram.
“Tak guna punya budak!berani dia ejek aku dekat dalam kelas tadi”marah wanita itu dengan air mata yang bergenangan di tubir mata.
“Relax lah sis,hal kecil saja.Kalau susah sangat kau balas je dekat mamat muka selenga tu”Cadang rakan baiknya sejak dibangku sekolah rendah lagi.
Sedang sibuk memikirkan apa perkara yang boleh dia buat untuk membalas dendam,matanya tertacap pada sebuah batu sederhana besar,dia mengambil batu itu dan membaling ke arah lelaki yang mengejeknya.Namun tidak terkena pada sasaran malah terkena pada abang senior.Pantas dia menarik tangan rakannya dan menyorok di belakang surau.Nasiblah tiada orang yang melihat kejadian itu, kalau tidak ke bilik disiplin lah makannya

“Aduh!!”jerit Syafiq Mikail sambil menggosok kepalanya yang dibaling batu tadi.Nasib sajalah tiada darah kalau tidak pengsan dia dekat sini oleh kerana geli melihat darah walaupun darah sendiri.
“Siapalah yang berani pedajal aku!Kalau aku jumpa orang tu siaplah dia”marah Syafiq Mikail air matanya bergenang di kelopak mata.Sesampai sahaja di dalam kelas dia terus duduk dengan muka kemerahan seperti mahu menangis.Rakan sekelas yang lain sudah naik pelik tidak pernah pula Syafiq menangis di dalam kelas.Budak yang nakal pula mengejek dia ‘mamat gembing'.Bermula dari hari itu dia berdendam dengan orang misteri itu.

Nazalisa menghampiri kakaknya yang sedang menangis teresak-esak dia tidak tahu masalah apa yang dihadapi kakak nya.
“Akak,cuba bagitau Lisa kenapa akak nangis?Siapa yang buat?”soal Nazalisa buat kali yang ke berapa.
“Dia tinggalkan akak!Dia bencikan akak!”jerit Nazalina esakan nya semakin kuat bila mengenangkan nasibnya.
Mendengar sahaja apa yang diceritakan kakak nya membuat kan darahnya meluap sungguh berani seorang lelaki menghancurkan hati seorang wanita yang tulus menyayanginya. Dia bertekad akan membalas dendam kepada lelaki yang membuatkan hidup kakak nya merana walaupun harus menjadi pembunuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience