BAB 7

Romance Series 10778

BAB 7
Syafiq Mikail dalam perjalanan pergi ke rumah pengantin perempuan di Kampung Sri Selidang. Dia berasa gementar untuk akad nikah sebentar nanti,penghawa dingin juga tidak dapat menghilangkan resah hatinya itu. Makin bertambah resah saat terlihat kereta yang dipandu Pak Mail memasuki signboard yang tertulis nama kampung itu, ikutkan hati mahu sahaja dia lari sekarang ini namun dia masih waras tak sanggup untuk mencemarkan maruah keluarganya.

Terkejut! Itulah yang dirasai Putri Hana Zaskya bila mendapat tahu bahawa bakal suaminya seorang yang tidak pernah di sangka selama ini namun semuanya sudah terlambat untuk dia membatalkan semua ini kerana dia sudah bergelar isteri kepada lelaki itu sebentar tadi. Dia teringat lagi saat dia diakad nikah kan.

"Aku terima nikahnya Putri Hana Zaskya binti Mohd Zamri dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai"
Usai sahaja ucapan itu keluar dari bibir Syafiq Mikail dan disahkan saksi, maka terjalinlah ikatan mereka berdua.
Syafiq Mikail yang segak berbaju melayu putih susu dan bersongkok hitam itu menghampiri isterinya yang tidak disangka. Dia termenung sendirian sambil memandang wajah Hana yang kelihatan sembab mungkin sedih.Dato Syauqi menyentuh bahu anaknya barulah Syafiq Mikail tersedar dari lamunan,jari Hana diambil dan dimasukkan cincin yang bertahtakan belian itu ke jari manis Hana.
"Okey cium lah dahi pengantin perempuan,nak ambil gambar"jurugambar yang bernama Salleh itu mengarah. Dalam keadaan terpaksa,dia mencium dahi Hana. Lama.
Pada saat itu Hana merasakan jantung nya seperti tidak sekata dan berdegup dengan pantas.

Syafiq Mikail memandang katil kayu di dalam bilik itu,tilamnya kelihatan lusuh dan keras berbanding dengan katil empuknya di rumah.Tubuhnya direbahkan ke atas katil itu, ingin melepaskan rasa lelahnya melayan tetamu yang menghadiri majlis akad nikah nya tadi.
"Haih, kerasnya katil ni. Tak boleh jadi ni aku lagi rela tidur dekat bawah dari tidur atas katil ni biar je minah tu tidur atas katil ni.Lagipun mesti dia dah biasa"bebelnya sendiri sambil memandang badannya yang masih bersarung pakaian nikahnya tadi dia mula merasa panas dia pun memasuki bilik air yang terdapat di dalam bilik itu.

Hana tidak betah lagi duduk di dapur sedari tadi dia asyik diusik oleh saudara maranya yang asyik tersenyum seperti ada maksud yang tersirat. Dia memasuki biliknya jika di kampung, dia melihat tiada kelibat lelaki itu di mana-mana jadi dia memasuki sahaja dia menghanpiri almari pakaian dan mengeluarkan bajunya untuk dipakai selepas mandi lagi.
"Oii, kau buat apa ha?"suara garau itu seperti berada berhampiran dengannya.
"Eh awak ni siapa sedap-sedap saja masuk bilik orang.Awak keluarlah nanti orang fikir yang bukan-bukan pulak"ucap Hana tidak menyedari status nya kini. Dia masih lagi mencari baju yang sesuai tanpa memandang ke arah lekaki itu
"Oh so yang kahwin dengan aku tadi orang mana aae?"soal Syafiq Mikail sengaja ingin menduga isterinya.
Hana mengetuk kepala nya macam manalah dia boleh lupa yang dia sudah berkahwin kini. Dia menoleh ke arah lelaki itu sambil tersenyum cuba menutup kesilapannya tadi.
"Ops sorry, terlupa pulak yang saya dah kahwin dengan Mr.Gangster"jawab Hana sinis, dia memang dah lama mengelar lelaki itu sebagai Mr.Gangster ialah lelaki itu dahlah garang muka bengis pula tu!
"What? Kau panggil aku Mr. Gengster?Kau ni memang tak sayang mulut kan kau tengoklah apa aku buat kat kau nanti"ucap Syafiq Mikail lalu menghampiri bagasi nya untuk mengambil kain pelekat untuk menunaikan solat asar.
Tiba-tiba Hana menjerit dan memeluk nya dari belakang, dia terkaku dan cuba melepaskan rangkulan itu namun Hana memeluknya sambil menangis teresak-esak.
"Awak tolong saya! Halau cicak tu saya geli!"pinta Hana tanpa melepaskan lagi pelukannya.Dia memang lemah kalau fasal cicak ni!
"Lah kau geli cicak rupanya! Hahahaha!Kau jangan peluk kuat sangat macam mana aku nak ambil cicak tu"Hana yang tersedar apa yang dilakukannya terus berlari melompat ke atas katil. Dia geli apabila melihat dengan selambanya suaminya itu mengambil cicak itu dahlah guna tangan.
Syafiq Mikail terfikir idea jahat dia menjutaikan cicak itu di depan mata Hana.Dan pada petang itu terdengarlah suara Hana yang menjerit menyebabkan satu rumah bergegar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience