BAB 12

Romance Series 10778

BAB 12
"Syafiq pergi dulu atok,nenek"Syafiq Mikail menyalami tangan kedua-dua orang tua itu saat dia sudah berada di sisi kereta.Hana yang sedang berbual dengan Nek Mah itu dipandang.
   "Ingat apa yang tok ayah cakap ya."ucap Tok Ayah lalu dia menepuk bahu Syafiq Mikail.
   "InsyaAllah, tok. Syafiq akan ingat sampai bila-bila"ucapnya bukan berjanji tapi sekadar meyakinkan yang dia akan cuba menjaga Hana.Sementara itu,Nek Mah pula sedang berbual bersama Hana.
   "Hana jadi isteri ni banyak tanggungjawab yang perlu kita buat,jadi Hana kena sabar kalau ada apa-apa berlaku.Kalau ada masalah bincang elok-elok,jangan bercerai-berai.Ingat apa yang nenek pesan ni"pesan Nek Mah, memang dia nenek yang supporting tapi kadang-kadang kena juga nasihatkan cucu nya sebagai seorang yang lebih tua.
   "Baiklah nek, Hana ingat pesan nenek.Nenek pun jaga diri baik-baik kalau ada apa-apa cepat call mama,papa kalau tak pun Hana terus. Lagi satu jangan lupa makan ubat nanti darah nenek naik lagi"ucap Hana lalu dia memeluk neneknya.Entah bila lagi boleh balik kampung!
   "Hana, jom"ajak Syafiq Mikail yang sedang mengambil beg bagasi dan diletakkan di dalam kereta.
   "Bye nek atok, panjang umur jumpa lagi. Assalamualaikum"kereta mereka pun meluncur laju meninggalkan perkarangan kampung.
   "Semoga Hana dan Syafiq bahagia"ucap hati tua Nek Mah.Atau nama sebenarnya Nur Hazmah.

Syafiq Mikail memberhentikan kereta Audi nya di perkarangan rumah banglo Sri Melati.Hana disebelah yang tadinya terlena,terjaga saat merasakan kereta yang dinaikinya tidak bergerak. Hana memerhati sekeliling, dia menggosok matanya yang masih mengantuk.
   "Dah sampai ke?"tanya Hana,dia melihat jam tangannya dah pukul Lima petang.
   "Hmm,dah turun pergi ambil beg kau kat belakang"arahnya lalu keluar dari kereta, dia merenggangkan otot disisi kereta.Lenguh badan apabila memandu kereta selama empat jam. Inilah akibatnya,kerana tidak membiarkan Hana saja yang memandu,bukan apa dia tak mahu jadi apa-apa pada kereta kesayangan lagi-lagi si minah cuai tu yang bawa.
   'Ish tak prihatin punya suami, bukannya nak tolong angkatkan beg. Dahlah beg ni berat macam nak angkat batu dua tan pun ada juga'bebel Hana seorang diri,tapi tangan tetap berjalan dengan lancar.
   "Ha, membebel sorang-sorang,dahlah tepi. Angkat beg pun lembab"tegur Syafiq Mikail dari belakang dia menolak Hana ketepi dan mengeluarkan begnya.Hana menjeling nya tajam ikutkan hati mahu saja dia cekik saja lelaki itu tapi mengenangkan dia tak nak jadi janda popular disimpankan saja niatnya tak fasal-fasal keluar dalam surat khabar.
   'seorang isteri mencekik suaminya ketika usia perkahwinan mereka baru mencecah dua minggu'
Ish selisih minta dijauhkan dia masih waras lagi tak terfikir dek akal.Sedang Hana sedang menggelamum suara Datin Mawar mengejutkannya.
   "Eh,menantu Mommy dah sampailah"sapa Datin Mawar dengan teruja. Hana pun bersalam dengan ibu mertua nya maklumlah menantu mithali katakan.
   "Eh Syafiq,kenapa biarkan Hana bawa beg berat tu. Cubalah kesian sikit dekat bini tu"tegur Dato Syauqi dan seperti biasa apabila,Daddy nya sudah bersuara bermakna itu adalah arahan yang perlu dilakukan,karang elok-elok boleh makan nasi dapat makan penampar free.
   "Hmm, yelah"balasnya,sempat lagi dia mengutuk Hana dalam hati, ialah anak mana yang tak cemburu apabila ibu bapa lebih kan orang lain.'Tapi dia tu isteri kau? Lagipun dia bukannya dapat kasih sayang kau pun so biarlah dia merasa kasih sayang Mommy dan Daddy.'sangkal suara hatinya dia sendiri keliru dengan apa yang dirasakan. Namun kerana ego dia keraskan hati dari sebarang kemungkinan.
   "Hana pergilah ikut Fiq tu. Mesti kamu penatkan,pergilah naik atas. Jangan segan-segan buat je macam rumah sendiri"arah Datin Mawar,Syafiq Mikail memandang Mommy nya dengan pandangan tidak boleh dijegil dengan mata besar Mommy nya.Dan sekarang ini Syafiq Mikail merasakan yang dia seperti menantu sahaja di sini.

Hana menuju ke dapur saat jam menginjak ke pukul lima setengah petang,selesai sahaja mandi dia terus menuju ke dapur manalah tahu boleh tolong apa-apa yang patut.Takkan asyik nak terperap dalam bilik sahaja,lagi-lagi duduk dengan Syafiq Mikail boleh sesak nafas Hana jadinya dengan jantung yang berdetak laju.
   "Eh,Hana kenapa turun?Pergilah rehat mesti penat"sapa Datin Mawar,dia membalas senyuman dari menantunya.Dia yakin bahawa Hana memang sesuai benar dengan anaknya itu.
   "Takpelah,mommy.Hana bosan duduk dalam bilik tu bukannya boleh buat apa pun.Ada apa-apa yang boleh Hana bantu tak?"dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Datin Mawar.
   "Dah kalau kamu cakap macam tu, takpelah.Kalau kamu nak tolong,kamu pergi ambil bawang dalam laci tu lepastu kupas"arah Datin Mawar.Mendengar sahaja arahan dari ibu mertua nya Hana terus mengambil bawang tersebut dan mengupasnya.
   "Esok kamu free tak Hana?Kalau free Mommy nak ajak kamu teman beri barang dapur"tanya Datin Mawar,dia yang baru sahaja habis membasuh beras bertanya pada menantunya.

   "Boleh je Mommy,nak pergi pukul berapa?"balas Hana,dia mengikut sahaja lagipun dah lama tak pergi beli barang dapur yelah biasanya pergi dengan Mama.
   "Hmm, dalam pukul 11 macam tu.Kamu tanya dulu Syafiq dia izinkan tak"dan jawapan Hana pada masa itu hanya mengangguk sahaja.Datin Mawar tahu apa yang berantakan di dalam hati menantunya.
   “Sebenarnya, Mommy nak masak nasi ayam esok, lagipun Fiq suka sangat makan nasi ayam”cerita Datin Mawar,Hana terfikir kenapa perlu cerita dekat dia.
   “Oh,Hana memang tak reti masak nasi ayam. Kalau nasi goreng bolehlah”kata Hana jujur.Alah buat apa nak menipu kalau dah benda betul beritahu sajalah manalah tahu dapat belajar dengan Mommy ke nanti. Dapat lah pikat hati suami.
   “Takpe tak reti boleh belajar, esok Mommy ajar kamu ye?”Datin Mawar mengusap bahu menantunya, dan mendapat anggukan dari Hana.

Tepat jam sepuluh malam Syafiq Mikail memasuki biliknya,dilihatnya Hana ketika itu sedang membaca novel di atas katil.Suasana hening antara mereka,sejak pulang daripada kampung dia akui yang mereka sudah kurang bercakap.
   "Awak, saya nak cakap sikit boleh"tanya Hana, dia meletakkan novel yang dibacanya di sebelah.
   "Nak cakap apa?"tanya Syafiq Mikail,dia duduk di atas sofa sambil memandang wajah Hana.
   "Awak izinkan tak kalau saya keluar dengan Mommy esok?"soal Hana,harapnya semoga lelaki itu membenarkannya.
   "Lantak kaulah,lepas ni kalau kau nak pergi mana-mana tak payahlah minta izin dengan aku. Pergi je"balasnya dingin tersentap hati Hana mendengarnya lelaki ini memang tidak pernah ambil berat ke tentang dia.
   "Ya,tapi sebagai seorang isteri tak salahkan kalau nak pergi mana-mana minta izin dengan suami,malahan itulah yang digalakkan sebab tak mahu berlaku salah faham antara pasangan"ucap Hana lalu dia terus mengambil selimut dan menutup matanya.Dia perlu mengubati hati yang sakit.
   ‘Ish,apahal mulut kau ni takde insurans ha?tak fasal-fasal dapat ceramah free’kata hatinya sendiri sebelum menapak ke sofa tempat tidur rasminya sepanjang berkahwin

Datin Mawar dan Hana pergi ke ruangan yang ditempatkan bahagian memilih sayur,dia memilih sayur salad yang elok.
   "Hana apa lagi yang tak beli?"tanya Datin Mawar lalu Hana melihat memo yang tertulis bahan-bahan untuk memasak.
   "Tinggal timun saja Mommy yang lain semua dah cukup"balas Hana, sedang Datin Mawar sibuk memilih timun yang elok dia disapa seseorang.
   "Hai Aunty,long time no see right?Aunty beli apa kat sini?"sapa wanita yang memakai pakaian yang sedikit terdedah di bahagian bahunya.Naik seksa mata Datin Mawar dan Hana melihatnya.Datin Mawar sudah pasti apa yang dimahukan gadis ini.
   "Oh,Najla ingatkan siapa lah tadi. Aunty bawa menantu Aunty ni pergi beli barang nak memasak sikit"balas Datin Mawar.Ikutkan hati malas dia nak melayan minah rambut karat ini.
   "Oh.Hai you ni isteri Syafiq Mikail kan?Congrats,sorry tak dapat datang wedding you haritu,I busy."matanya melirik ke arah Hana dipandangnya atas bawah.
   'Oh my god, takde taste betul Datin ni! Lebih baik dijadikan aku je menantu lagi ok kot'kutuk hatinya.
   "Ya,i'm Syafiq Mikail wife.Thanks."jawab Hana ringkas,bukannya dia tidak tahu perempuan ini kekasih hati Syafiq Mikail kerana hari itu dia terlihat di akaun instagram suaminya.
   "Hmm, oklah Najla. Aunty nak balik dulu. Hana jom"Datin Mawar menarik tangan menantunya menuju ke kaunter bayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience