BAB 5

Romance Series 10778

BAB 5
"Assalamualaikum Mommy."Sapa Siti Syafia lalu menyalami tangan Datin Mawar.

"Waalaikummussalam,lah Sya rupanya.Amani mana? Dah lama tak balik sini tu yang rindu kat cucu"balas Datin Mawar ceria,maklum lah cucu datang rumah.
"Ada tu Mommy dekat depan main dengan Tok Daddy dia.Mak Leha dengan Mommy berbual apa?rancak sampai ke depan dengar"balas Syafia lalu melihat lauk yang sedang mengelegak di dalam kuali bila terbau lauk asam pedas mulalah kecur liurnya lagi-lagi gabungan antara Mak Leha dan Datin Mawar memang sedap belaka lah makanan.
"Berbual kosong je Puan Sya,kadang berkongsi cara memasak"balas Mak Leha yang sedang menutup api setelah siap lauk yang dimasaknya.
"Hmm.. Kalau macam tu Sya nak belajar jugak masak asam pedas. Lagi-lagi Abang Ikram suka makan Asam Pedas,Sya pulak tak handal sangat nak masak asam pedas ni.Boleh tak Mak Leha ajarkan?"tanya Siti Syafia lalu sambil menolong Mommy nya mengambil pinggan di rak berhampiran kerana sebentar lagi mereka akan makan tengahari bersama.
"Mommy, sebenarnya ada benda yang Sya nak cakap ni. Fasal Syafiq"beritahu Syafia dengan nada berbisik takut didengari adiknya pula.
"Kenapa dengan Syafiq?"tanya Datin Mawar sambil memandang anak perempuan nya dengan riak ingin tahu.
"Syafiq tu playboy Mommy"kata Siti Syafia terbeliak mata Datin Mawar mendengarnya.
"Macam mana kamu tahu adik kamu tu playboy?"tanya Datin Mawar lagi. Siti Syafia pun menceritakan perkara yang berlaku dua hari yang lepas.

"Ish, tak boleh jadi ni Mommy kena buat sesuatu"tegas Datin Mawar dia paling tak suka kalau anak nya itu memainkan hati wanita.

"Sya ada idea,Sya yakin Mommy mesti setuju punya"Siti Syafia berbisik sesuatu di telinga Datin Mawar dan entah mengapa Datin Mawar merasakan itulah idea yang bernas.Mereka berdua tersenyum.

Syafiq Mikail baring di atas katil empuknya dengan tangan yang diletakkan di atas kepala seperti memikirkan masalah yang rumit sahaja gayanya. Ayat daripada Mommy nya masih terngiang-ngiang ditelinga.

"Ada apa Mommy nak jumpa dengan Fiq?Nampak macam urgent je"sapa Syafiq Mikail lalu duduk di atas sofa berhampiran Mommy nya.
"Mommy nak kamu putuskan hubungan kamu dengan semua perempuan yang kamu bercinta, dah-dahlah tu nak permainkan hati perempuan.Jangan jadi Playboy"tegas Datin Mawar berkata.Syafiq Mikail terkelu seketika macam mana Mommy boleh tahu?
"Apa yang Mommy cakap ni Fiq tak faham?"dalih Syafiq Mikail.Eleh nak mengelak lah tu!
"Tak payah nak buat tak faham lah,Mohd Syafiq Mikail. Sekarang ni Mommy nak kamu kahwin dengan calon menantu pilihan Mommy kalau kamu berkeras tak nak harta yang nenek kamu nak bagi kamu tu akan jatuh dekat tangan Abang Ikram.No excuse I give you one months to think about this"Beritahu Darin Mawae Dia terus melangkah meninggalkan anak nya yang kelihatan terkejut itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience