BAB 11

Romance Series 10778

BAB 11
Mikail terjaga dari tidur,dia mengejut Hana yang baring di atas tilam nipis di bawah.Ini semua kerana kepalanya yang sakit sebab tulah Hana bersimpati lalu menyuruhnya tidur di atas katil,apa lagi dapat peluang baik takkan nak lepaskan pulak kan.Di goncangnya bahu Hana,Hana mengesat matanya.Dia memandang wajah Syafiq Mikail yang berada di atas katil.
   "Awak nak apa malam-malam buta ni?"tanya Hana,dahlah dia masih mengantuk kerana menolong Nek Mah buat kuih tadi.
   "Aku nak makan.Lapar"balas Syafiq Mikail.Hana mengeluh.
   "Tahan jelah perut awak tu!Dah pukul tiga pagi ni lauk dekat dapur pun dah habis"ucap Hana,baru sahaja dia mahu berbaring semula Syafiq Mikail bersuara.
   "Tak ingat apa yang aku cakap petang tadi,ke kau nak denda yang lebih teruk?"tanya Syafiq Mikail senyuman nakal terserlah dibibirnya.
   "Ish dia ni.Tunggulah saya nak pergi masak ni"kata Hana.
   "Aku nak makan Nasi Goreng"laung Syafiq Mikail, dia tersenyum puas kerana berjaya membuli Hana.

Syafiq Mikail kini berada di ruang yang gelap, dia cuba mencari di manakah cahaya.Matanya tertacap ke arah suatu cahaya dia berlari cuba mendapatkan cahaya tersebut.
Tubuhnya terkaku saat melihat seorang wanita yang cukup dikenalinya.Nazalina!Wanita itu menghampirinya lalu menghunus pisau ke arahnya namun dia cepat memangkasnya.
   "Kau memang patut dibunuh! Sebab kaulah aku jadi macam perempuan bodoh.Aku takkan biarkan kau hidup Syafiq Mikail"Jerit wanita itu.
   "Tolong jangan bunuh aku! Aku minta maaf!"jeritnya namun wanita itu semakin menghampiri nya dan menikam perutnya
   "Jangan bunuh aku!"jerit Syafiq Mikail.Dia terjaga dari tidur.
   "Astaghfirullah,mimpi rupanya"ucapnya lalu meresat peluh yang merenik di dahi.
   "Syafiq awak ok ke?"tanya Hana,dia bangun dari pembaringan dia meletakkan dahinya di atas dahi suaminya.
   "Ya Allah, panasnya badan awak.Awak tunggu sini saya nak demah dahi awak"beritahu Hana belum sempat dia mahu melangkah tangannya dipegang Syafiq Mikail.
   "Please Hana,don't leave me.I need you now, stay here with me"ucap Syafiq Mikail, mulanya Hana fikir yang lelaki itu main-main tapi bila melihat wajahnya yang berharap dia duduk disebelah lelaki itu.Dia terkaku saat merasakan yang dirinya dipeluk lelaki itu kejap sekali.Dan beberapa minit setelah memastikan Syafiq Mikail sudah terlena dia terus mengambil sehelai sapu tangan dan diletakkan sedikit air di dalam mangkuk,dia merendam sapu tangan tersebut dan diletakkan di atas dahi Syafiq Mikail. Masa berlalu dan dia pun terlena dalam kepenatan.

Syafiq Mikail terjaga dari tidur saat merasa lengannya yang ditindih sesuatu yang berat. Dilihatnya Hana sedang berbaring di atas lengannya dengan badan yang meringkuk. Timbul rasa kasihannya.Dia mengusap kepala Hana tanpa sedar dia mengucup dahi Hana.Tiba-tiba badan Hana bergerak, dia cuba beriak selamba masih belum merendahkan egonya.
   "Dah pukul berapa ni?"tanya Hana,dia menggosok matanya sebenarnya mata masih mengantuk ialah pukul empat pagi baru tidur kerana menjaga Syafiq Mikail.
   "Enam empat puluh lima pagi."jawab Syafiq Mikail sepatah.
   "MasyaAllah, dah terlambat nak solat"dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air sebelum menunaikan solat subuh.
Selesai saja solat subuh dia menghampiri Syafiq Mikail dirasa sekali lagi kepala suaminya itu.
   "Alhamdulillah dah kurang panasnya"ucap Hana, baru sahaja melangkah tiba-tiba tangannya dipegang.
   "Terima kasih sebab jaga aku semalam"kata-kata Syafiq Mikail mahu membuatkan Hana seperti mahu pengsan. Gembira bila lelaki itu berkata lembut dengan nya.
   "Sama-sama,lagipun itu memang tugas seorang isteri untuk menjaga suaminya."balas Hana lalu tersenyum manis ke arah Syafiq Mikail yang memandang nya dengan pandangan tidak percaya.
   'Dia masih anggap aku suami dia walaupun dulu aku selalu buat jahat dengan dia'kata hati Syafiq Mikail sendiri.
   "Aku rasa esok kita dah boleh balik KL sebab demam aku pun dah kurang"suara Syafiq Mikail memecah kan suasana hening antara mereka.
   "Tak rasa macam cepat sangat ke?"tanya Hana, dia benar-benar rasa tidak puas menetap di kampung.
   "Amboi,dah dua minggu kita duduk sini. Lagipun ada banyak kerja yang aku tak siap kan kat pejabat nanti ada masa kita balik lagi"pujuk Syafiq Mikail.
   "Hmm,baiklah kita balik esok"Hana melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience