BAB 18

Romance Series 10778

BAB 19
Hana,Zahila dan Zahira berkumpul di perpustakaan kecil yang terdapat di dalam rumah banglo tiga tingkat itu.
   "Ra,kau perasan tak yang Hana ni nampak makin chubby?"tanya Zahila dan semua mata terarah kepada Hana memerhati dari atas ke bawah.
   "Betulah,Ila.Mesti suami kau bagi kau makan banyak kan?"Mata Hana membuntang mendengar kenyataan itu.
   "Amboi,kalau kena kan orang bukan main.Sekurang-kurangnya aku dengan Ira dah kahwin kau tu,bila lagi?"duga Hana pula.
   "Aku tak nak kahwin muda,lagipun kau tahu kan aku punya taste macam mana?Aku suka yang kaki masjid tu kalau nak dijadikan suami"sangkal Zahila,keningnya sudah dijongket naik ke atas.
   "Kalau macam tu baik kau kahwin dengan Pak Ali imam masjid kampung tu.Lagipun orang tua tu kaya nanti dia dah takde kau bolotlah harta dia tu"idea gila yang dicadangkan Zahira.
   "Kau gila!!"serentak Hana dan Zahila bersuara,Zahira tersenyum dan menunjukkan tanda bergurau.
   "Aku lagi rela tak kahwin daripada kahwin dengan Pak Ali yang ada banyak bini tu."luah Zahila sambil mengusap dadanya.
   "Hana,macam mana dengan suami kau,ok?"soalan yang diutarakan kepadanya membuatkan lidahnya kelu.
   "Not bad,but dia tu garang dan tegas terlampau sangat.Lagi-lagi perangai ego dengan cemburu tak bertempat  dia tu,ish menyampah"luah Hana.
   "Ha,lupa nak cerita dekat kau.Haritu aku ada buka instagram pastu adalah perempuan seksi ni follow aku kau tahu tak perempuan tu ada hantar gambar dia dengan laki kau caption dia tu macam nak muntah aku baca.Kau tak jealous ke?kalau aku dah lama kena ganyang"cerita Zahira,sangkanya Hana akan terkejut beruk namun Hana hanya membuat muka tidak ambil tahu.
   "Alah benda macam tu hal yang aku dah biasa,kalau aku cemburu pun bukannya bagi kuasa ajaib yang membuatkan dia dengan aku bahagia pun kan?So biar sajalah."ucap Hana sayu.Zahira dan Zahila yang dapat mengesan riak wajah Hana yang berubah terus meminta diri untuk pergi lagipun dia sudah nampak seseorang yang mendengar bicara mereka dari celah daun pintu.
   "Aku rasa kau dah dengar kan apa yang Hana cakap tadi?So tak salah kalau kau perbetulkan semuanya masa masih ada aku tak nak kau terlambat"pesan Zahira dengan nada berbisik,Syafiq Mikail seakan merasai yang dia sangat serba salah.Tanpa sedar Hana yang sedang termenung itu mengalirkan air mata.

Syafiq Mikail masih tidak mampu melelapkan matanya,hatinya kegusaran memikirkan satu masalah yang melanda jiwanya sejak daripada peristiwa di perpustakaan sejam yang lalu.Dia memandang di sebelah,dilihatnya Hana sedang lena tidur sambil memeluk teddy bear kesayangannya.Tanpa sedar tangannya mengusap kepala Hana sambil tersenyum.
   "Hana,aku nak minta maaf dekat kau kalau selama ni aku banyak buat benda yang sakitkan hati kau.Aku tahu aku silap dalam memilih sepatutnya aku fikir perasaan kau,tapi aku langsung tak aku selalu cakap kau macam-macam,tuduh kau and everything yang pernah aku buat pada kau.Aku yakin kalau dah ditetapkan kau milik aku,suatu hari nanti kita pasti akan bersama"dia mengucup dahi Hana,setelah meluahkan apa yang dirasakan barulah matanya boleh terpejam.Semoga Allah memberi sinar keesokan harinya.

Memandangkan cuti yang berbaki lagi satu hari,Tan Sri Zamri mencadangkan mahu mengadakan hari keluarga.Terdapat banyak permainan yang disediakan,meriah sangat rasanya lagi-lagi ada keluarga Pak Teh yang turut serta.Kini tiba giliran untuk permainan 'kotak beracun'.Para pemain perlu duduk di dalam bulatan yang besar,apabila lagu dimainkan kotak yang terdapat soalan di dalamnya akan diambil dan diberi pada rakan sebelah sebaik sahaja lagu berhenti orang yang tidak sempat menyerahkan kotak kepada rakan sebelah harus menarik satu kertas dan menjawab soalan itu.Lagu 'chicken dance' yang dimainkan menyebabkan semua ahli keluarga Hana ligat menyerahkan kotak kepada orang sebelah kerana takut jika terkena dan pada saat tiba giliran Hana lagu itu pun terhenti.
   "Ha,Hana ambil satu kertas and then bagi dekat Ila"arah Tan Sri Zamri.Hana mengambil satu kertas yang digulung kecil dan diserahkan pada Ila.
   "Cakapkan 'sayang saya tak?' kepada Syafiq"arahan yang diberikan Zahila membuatkan Hana rasa seperti terjun di dalam gaung benarlah tekaanya soalan yang diajukan boleh bikin maut.
   "Cepatlah Hana,dari tadi err saja"usik Zahirah yang memang terkenal dengan sikap nakalnya.Semua ahli keluarga Hana sudah bersorak keriangan.Dipandang kedepan Syafiq Mikail memandang dengan senyuman yang manis,melihat senyuman itu lagilah membuatkan darahnya gemuruh.
   "Chill lah akak,suami je pun"sakat Husna.
   "Sayang saya tak?"dengan pantas soalan itu keluar dari mulut Hana.
   "Sayang,Sayang sangat-sangat"balas Syafiq Mikail romantik.Bagi Hana ini adalah kali terakhir dia menyertai permainan ini.Permainan terus dijalankan sehingga kepenghujung.Jantung yang tidak sekata perlu ditenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience