BAB 34

Romance Series 10778

Iphone di dalam koceknya berbunyi,tertera nama Najla diskrin dengan malas dia mengangkat panggilan tersebut.
   "Bie,I want to meet you now,please come ada benda I nak discuss with you"suara Najla di dalam talian.
   "Sorry sayang,I ada banyak kerja dekat office ni" balas Syafiq Mikail sekadar beralasan.
   "Tolonglah datang,kalau you tak datang biar I pergi buat kecoh dekat office you"ugutan Najla itu terpaksa diikutkan bukan kerana dia takutkan dengan si Najla tapi dia lebih risaukan papanya itu yang ternyata tidak suka hal peribadi dikaitkan dengan kerja.
   "Ok I jumpa you dekat tempat biasa"balasnya ringkas dan terus mematikan talian,entahlah hatinya rasa tidak tenang saat ini.

Hana termenung sendirian di atas katil,dia masih lagi terfikir perkara yang membuatkan otaknya terbeban sehingga kini.Sewaktu dia mahu check out dari hotel dia terlihat seorang wanita yang berpakaian tak cukup kain dengan seorang lelaki dan ternyata dia amat terkejut saat melihat wanita itu ialah Najla.Mustahil lah kalau dia tak rasa curiga kalau lelaki dan perempuan masuk hotel tanpa ada ikatan lagilah berdua pasti ada 'orang' ketiga yang akan menghasut supaya melakukan perkara yang terkutuk di sisi agama.Astaghfirullah!Dia hanya mampu mengusap dada dan terus keluar dengan fikiran yang sempit.
   "Hana oh Hana!"jeritan Zahila mematikan ingatannya kepada insiden tadi,Zahila memandangnya pelik.
   "Kau ni kenapa?Aku jerit dah dekat tiga empat kali kau boleh berangan pula ye"bebel Zahila turut melabuhkan punggung disebelah Hana.
   "Sorry aku tak dengar tadi"balas Hana,wajahnya cuba dimaniskan sebaik mungkin supaya Zahila tidak dapat mengesan perubahan riak wajahnya.
   "Kau ni asyik termenung saja,ada masalah ke?ataupun kau rindukan laki kau?Kalau ada masalah sharelah aku sedia mendengarnya"kata Zahila sambil mengusap bahu Hana.
   "Aku oklah kau jangan risau,aku cuma penat je takde kena mengena pun dengan conclusion yang kau cakap tu"balas Hana.
   "Oklah kalau macam tu tapi aku nak kau tahu kalau kau ada problem jangan segan nak beritahu aku,yelah apa gunanya ada sepupu a.k.a Bff kalau tak tolong kan"Zahila bangun dari dudukannya.
   "Lagi satu,nenek suruh kau siap-siap teman dia pergi pasar.Oklah aku dah lambat ni karang beratur pulak pesakit aku.Assalammualaikum"pamit Zahila,Hana memandang bayang itu dan kemudian dia mengeluh kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience