BAB 1

Romance Series 10778

BAB 1
Syafiq Mikail menghampiri kereta Maserati GranCabrio 4.7 nya dengan tergesa-gesa,maklumlah terbangun lewat pula pada pagi ini jadi dia memang kena cepatlah sebelum dimarahi daddy di pejabat.Dia menghidupkan enjin kereta nya namun masih tidak berjaya kali ini sudah masuk tiga kali dia memulasnya.Dia mengeluh.
“Eh,kereta ni time macam inilah nak buat hal.kau tahu tak aku dah lambat janganlah buat hal, aku nak pakai kau ni.Tolonglah hidup!”omel Syafiq Mikail.
“Syafiq tak pergi kerja lagi? Janganlah lambat bising Daddy kamu tu nanti”tegur Datin Mawar di depan pintu.
“Macam mana nak geraknya mommy kereta ni buat hal tak nak hidup pula”adu Syafiq lalu mengeluh.
“Alah, apa susah-susah bawak je kereta mommy tu”cadang Datin Mawar dan menyerahkan kunci kereta kepada anaknya. Baru sahaja tadi dia terfikir untuk menggunakan nya tapi tak mengapa boleh sahaja dia menyuruh Pak Karim pemandunya menghantar.
“Betul ke ni, mommy?Oklah kalau macam tu Syafiq pergi dulu”Ucapnya dan menyalami tangan Datin Mawar.
“Ish,budak ni macam-macam”kata Datin Mawar lalu memasuki rumahnya setelah kereta Honda Civic itu keluar dari perkarangan rumah.

PUTRI HANA ZASKYA memandu kereta dengan agak kelam kabut,itulah nasib terbangun lambat sudahlah perlu menghadiri temuduga kerja sebagai babysitter.Hana tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia sudah tersekat dalam kesesakan lalu lintas.Radio yang memutarkan lagu kegemarannya tidak diendahkan yang dia tahu mahu cepat sampai ke destinasi. Saat lampu isyarat bertukar warna hijau dia lantas memecutkan keretanya, tiba-tiba seekor kucing melintas dia pun terus menekan brek supaya tidak terlanggar kucing itu.
Skrett!!!
Tayar kereta Alza itu mencengkam jalan raya saat Hana menekan brek,dan kereta itu berhenti.
Gedegang
Hana tersentak tatkala keretanya dicium kereta lain dari arah belakang.Dia panik tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Tok! Tok! Cermin tingkap Hana diketuk.Dia menjadi amat takut sekarang ini lagi-lagi melihat wajah bengis lelaki yang berpakaian pejabat di hadapannya.
“Keluar sekarang!”arahan jejaka itu. Perlahan-lahan Hana membuka pintu.
“Saya minta maaf Encik saya tak sengaja”Hana mengangkat tangannya tanda bersalah
“Amboi, senangnya kau minta maaf. Kau ingat kereta aku ni murah ke nak kena repair, suka hati kau je brek tiba-tiba”Bebel lelaki dihadapannya.
“Err,sebenarnya macam ni ada kucing melintas tiba-tiba so saya brek. Tak tahu pulak yang kereta Encik ada dekat belakang.”terang Hana dengan nada suara tersekat-sekat.
“Tak tahu? Habis kau ingat ayat tu boleh ke dijadikan alasan? Ni kereta ni siapa nak bayar?”
“Tak apa Encik,nanti saya bayar. Beritahu saja berapa,InsyaAllah saya boleh bagi”
“RM5000.Boleh sediakan sekarang ke?”Duga Syafiq Mikail.
Terbeliak mata Hana mendengar jumlah yang perlu di bayar.
‘Lima ribu?mana aku nak cari duit dahlah belum kerja lagi'
“Err,tak ada”Hana tersenyum pahit.
“It’s not my problem Aku nak kau bayar duit tu sekarang!”jerkah lelaki itu,disebabkan wanita inilah dia lambat pergi meeting.Habislah kena marah dengan Dato Syauqi.
“Boleh tak kalau saya bayar nanti?”soal Hana sambil buat muka kesian tapi malangnya taktik itu tidak berjaya melembutkan hati si jejaka.
“Perempuan macam kau ni tak boleh dipercaya kan sangat!Apa jaminan yang kau tak tipu aku?”
“Ok,encik boleh ambil alamat rumah saya kalau saya tak bayar awak boleh pergi rumah saya anda minta”
“Hmm,aku ambil alamat rumah kau. Tapi kalau kau tak bayar dalam masa seminggu aku bawa gengster datang rumah kau!”Amaran lelaki itu.Hana pun mengeluarkan kertas dari beg tangan nya lalu menulis alamat rumahnya.
“Err,Encik dekat mana saya nak bayar duit Encik?”soal Hana.
“Nah ni kad aku kalau kau nak bayar duit tu kau pergi yang ada dalam alamat tu”Ucapnya lalu melangkah ke arah kereta Honda Civic nya yang kemek sedikit.
“Syafiq Mikail? Nice name”kata Hana lalu memasuki keretanya semula, dan dia kembali panik semula takut terlambat temuduga.
Selesai sahaja temuduga Hana terus memasuki kereta hari ini hari yang gembira baginya namun hari ini juga hari ini hari yang malang baginya.

"Akhirnya dapat jugak jadi 'babysitter',gembira nya. Tapi duit tu aku nak cari kat mana? Nak minta dengan Mama mesti kena marah sebab aku bawa kereta cuai.Nak mintak dengan Mira macam menyusahkan pulak."Kata Hana seorang diri sambil otaknya ligat memikirkan cara yang cepat mendapatkan duit.

"Ha!! Apa kata kalau aku minta tolong Kak Long"ucapnya lalu menghidupkan enjin kereta dan menuju ke butik kakaknya.

"Mohd Syafiq Mikail masuk bilik saya sekarang!"arah Dato Syauqi dengan muka kemerahan menahan marah.

'Matilah aku!mesti Daddy marah sebab aku lambat masuk meeting,ni semua perempuan tu punya fasal kalau dia tak buat hal aku takkan kena marah dengan Daddy.'marahnya dalam hati lalu dengan langkah lemah dia menuju ke bilik papanya.

Sampai sahaja di dalam bilik itu, dia melihat Daddy nya sedang menaip sesuatu di komputer.

"Daddy tak nak kamu ulang lagi kesalahan tu! Kamu tahu tak meeting tu penting ikut sesuka hati kamu saja nak datang lambat. Macam mana nak ganti Daddy kalau benda simple macam ni pun tak boleh nak buat?Apa pulak alasan kamu kali ni?"marah Dato Syauqi sambil memeluk tubuh.

"Tadi masa nak pergi pejabat kereta Fiq rosak lepastu datang pejabat guna kereta Mommy lepastu orang kemalangan.I'm; ok but kereta Mommy kemek sikit. Sebab itulah Fiq datang lambat"terang Syafiq dengan panjang lebar.

"Kali ni alasan kamu boleh diterima. Tapi kenapa kamu ni careless sangat tak reti nak jaga sesuatu dengan baik, nasib baik kereta tu yang KO kalau kamu macam mana? Kali ni Daddy maafkan tapi lain kali,tiada maaf bagimu! Dah kamu boleh keluar sekarang"bebel Dato Syauqi lalu menggeleng kepala melihat perangai anak bongsu nya itu.
"I'm sorry Daddy"ucap Syafiq Mikail lalu keluar dari bilik bapanya. Dia mula menyimpan dendam pada wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience