Bab 10 – Dua Dunia, Satu Rasa

Romance Series 967

Perjalanan pulang dari kampung Aurora mengambil masa hampir enam jam. Izhan memandu sendirian, hanya berehat sekali untuk mengisi minyak dan meregangkan badan. Dalam keretanya, lagu-lagu Latin, English dan angin dari tingkap yang terbuka menjadi teman sepanjang perjalanan. Tapi fikirannya tidak pernah sunyi — semuanya tentang Aurora. Setiap senyuman, setiap lirikan mata, dan malam di tangan yang masih hangat dalam ingatannya.
Sampai di rumah, dia terus tumbang atas katil tanpa sempat mandi. Letih. Tapi ada bahagia yang tak mampu dibendung.

Keesokan harinya, dia dan Adrian sudah bersiap untuk terbang ke Sepanyol. Urusan kerja — tetapi bukan kerja biasa. Mereka berdua sedang membangunkan sebuah projek besar: prototip mesin MotoGP pertama dari Sepanyol hasil usaha mereka sendiri. Sebuah impian yang sejak kecil mereka bisikkan di telinga masing-masing, kini mula menjadi nyata.

Di sebalik gaya hidup mewah mereka sebagai keturunan bangsawan Sepanyol, mereka tidak memilih jalan mudah. Mereka mahu dikenali bukan kerana nama keluarga, tetapi kerana pencapaian yang dibina dengan tangan sendiri. Mereka berdua bekerja hampir siang dan malam dalam tempoh seminggu itu, bersama jurutera, pereka dan pakar mekanikal yang dibawa khas ke bengkel bawah tanah milik keluarga mereka di luar bandar Barcelona.
Namun, di tengah-tengah kesibukan dan letih itu, Izhan tetap tidak lupa untuk menghubungi Aurora.

Setiap malam, sebelum dia tidur — walau hanya lima minit — pasti ada satu mesej ringkas.

“How’s your day?”

atau

“I saw this flower near the garage today. It reminded me of the one in your hair waktu kita makan tengah hari dengan nenek awak.”

Kadang Aurora membalas panjang. Kadang hanya satu ayat. Tapi tak pernah sekali pun dia membiarkan mesej itu sepi.

Hubungan mereka semakin dekat — bukan dengan pengakuan, tapi dengan perhatian. Dengan keberadaan. Dengan usaha.

Dan waktu terus berlalu dalam diam yang perlahan, tapi penuh harapan.

Hari demi hari di Sepanyol berlalu dengan pantas.

Setiap hari, Izhan dan Adrian bekerja dengan keras. Mereka bekerja bersama pasukan teknikal dalam suasana penuh tumpuan. Helaian pelan teknikal bertaburan atas meja, bunyi kimpalan dan enjin ujian sentiasa memecah sunyi, dan waktu makan sering kali hanya diisi dengan sandwic dan kopi pekat.

Mesin itu — digelar PR1M3 — mula menampakkan bentuknya. Rangka logam dikimpal dengan teliti. Enjin diuji dalam suhu ekstrem. Segalanya dilakukan untuk memastikan jentera itu bukan hanya laju, tetapi stabil dan selamat.

Namun walau di tengah kekusutan teknikal, Izhan tetap punya ruang dalam fikirannya untuk satu nama: Aurora.

Pada hari ketujuh, Izhan duduk di balkoni pejabat sambil menatap langit senja, dia membuka telefonnya. Ada satu gambar yang dihantar oleh Aurora. Ia sekeping gambar sederhana — rumah panjang dari sudut jauh, diterangi matahari petang yang kekuningan.

"Saya rindu rumah. Tapi saya juga rindu waktu kita duduk di tangga hari tu. Aman sangat."

Izhan senyum nipis.

"Mungkin satu hari nanti… saya akan bina satu rumah dekat macam tu. Aman, jauh dari orang. Tapi… dekat dengan awak."

Dia taip, tapi tak tekan ‘send’. Lama dia renung mesej itu sebelum padam semula. Dia tahu — semuanya masih dalam fasa mengenal.

Pada malam terakhir di Sepanyol sebelum kembali ke Malaysia, Izhan dan Adrian duduk di ruang tamu rumah nenek mereka. Barcelona kota kesayangan mereka berdua kelihatan tenang. Izhan akhirnya membuka mulut, “Aku tak tahu bila nak cakap terus terang dengan dia…”

Adrian menjeling, senyum separuh. “Kalau kau tunggu waktu sempurna, kau akan tunggu sampai bila-bila.”

Izhan ketawa kecil, lalu mengangguk. “Tapi aku tak nak hancurkan semua hanya sebab perasaan.”

“Kalau dia betul untuk kau, kau takkan hancurkan apa pun. Kau akan bina.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience