Bab 33: Takdir yang Belum Sempat

Romance Series 967

Izhan dan Adrian bersama keluarga tiba di Malaysia tepat pada pukul 10 malam. Setelah melalui perjalanan yang panjang, mereka terus pulang ke rumah masing-masing untuk berehat. Mujur keesokan harinya adalah hari cuti, memberi mereka ruang untuk menenangkan diri.

Namun, cuti itu bukan sekadar untuk berehat. Mereka sedar, sesi pembelajaran yang tertangguh perlu diteruskan dengan lebih bersungguh-sungguh. Kedua-duanya bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi semester baru yang lebih mencabar. Malah, mereka merancang untuk mengambil lebih daripada 20 kredit subjek, demi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian tepat pada waktunya.

Semangat baharu mula menyala dalam diri mereka — bukan sekadar untuk mengejar impian, tetapi juga untuk membalas segala doa, harapan, dan pengorbanan yang telah banyak mereka terima sepanjang perjalanan hidup yang penuh dugaan.

Keesokan harinya, Izhan menemani kakaknya ke pasar raya untuk membeli barang. Kakaknya akan memasak untuk makan malam nanti. Wajahnya Izhan ceria, jelas terpancar kegembiraan dapat kembali ke kampung halaman ibunya. Suasana di sini terasa lebih damai dan selesa buat dirinya, jauh berbeza dengan kehidupan di Sepanyol yang serba teratur dan penuh protokol.

Di Sepanyol, setiap langkahnya diperhatikan, setiap penampilan harus dijaga. Sebagai pewaris keluarga bangsawan yang sangat dihormati, imej dan reputasi menjadi perkara utama yang tidak boleh dipandang ringan. Namun di sini, dia bebas menjadi dirinya sendiri. Boleh tersenyum tanpa paksaan, berpakaian sesederhana mungkin, dan berbual santai tanpa rasa canggung.

Bagi Izhan, kampung halaman ini bukan sekadar tempat untuk berehat, tetapi juga tempat yang menyembuhkan — tempat yang sentiasa menerima dirinya tanpa syarat.

Pada masa yang sama, Aurora turut keluar bersama rakan-rakannya untuk melepaskan tekanan. Mereka singgah di sebuah pasar raya untuk membeli barang keperluan dan mengisi perut. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya berada di pasar raya yang sama dengan Izhan dan kakaknya. Bahkan lebih mengejutkan, mereka juga makan di restoran yang sama — cuma bezanya, Izhan memilih untuk duduk di bahagian dalam manakala Aurora dan rakan-rakannya duduk di kawasan luar.

Takdir seakan belum mengizinkan mereka bertemu semula.

Sewaktu menikmati makanan, Izhan tiba-tiba berasa seolah-olah Aurora berada berdekatan dengannya. Jiwanya sedikit resah, namun dia cepat-cepat memadamkan perasaan itu.
Baginya, mungkin itu hanya bayangan semata. Lagipun, dia telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak terlalu berharap — Izhan yakin bahawa Aurora kini telah bahagia bersama Irfan, dan dia perlu belajar menerima hakikat itu.

Setelah selesai makan dan membeli semua barang dapur, Izhan dan kakaknya pulang ke rumah. Sementara itu, Aurora masih berjalan-jalan di pasar raya bersama rakannya. Ketika melintasi satu kedai, dia seolah-olah ternampak seseorang — kelibat lelaki yang mirip Izhan. Jantungnya berdegup kencang. Langkahnya terhenti sebentar. "Izhan...?" bisiknya dalam hati. Namun kelibat itu telah pun hilang dari pandangan. Dia cuba meyakinkan diri itu hanyalah ilusi.

Malam itu, di rumah Izhan, kakaknya menyediakan juadah kegemaran keluarga — lauk yang disukai Izhan, ibu dan ayah mereka. Setelah makan malam, mereka berbual-bual di ruang sambil menikmati buah-buahan yang dibeli Izhan di pasar raya tadi sebagai pencuci mulut.

Suasana penuh dengan ketenangan dan tawa ringan. Setelah menonton filem bersama, tepat jam 11 malam, mereka semua masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Hari itu berlalu begitu sahaja — tanpa mereka sedari, takdir sebenarnya sedang mengatur sesuatu yang lebih besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience