Bab 34

Drama Series 21395

"Sarapan apa pagi ni Kak Yong?".

Kedengaran bunyi bangku meja makan kecil berdekatan ditarik dan diduduk, kemudian air dari teko dituang ke dalam cawan.

Dari bertinggung di hadapan peti sejuk mengeluarkan sebatang timun Ratna Chempaka segera berdiri dan pergi kepada Ali Firdaus yang sedang minum. Wajah itu agak terperanjat.

"Nasi Lemak dengan ubi rebus. Chem basuh timun ni dulu."

"Ingatkan Kak Yong dekat peti sejuk tadi."

"Kak Yong, Dato' dan Datin pergi hospital kejap, saudara Kak Yong yang pengantin hari tu accident. Lepas tu pergi pasaraya. Petang ni ada kawan Dato' nak datang. Abang nak sarapan sekarang? Ke nak tunggu Dato' dan Datin?".

"Sarapanlah. Mommy mesti sarapan luar. Kalau dia pergi mall yang dekat ni dia suka singgah makan mi kari situ"

"Kejap, Chem siapkan."

Ratna Chempaka ceduk nasi lemak di dalam periuk atas dapur, ubi rebus dan sambal kemudian hidang di atas meja di hadapan Ali Firdaus. Lelaki itu selamba sahaja memandang dan tiada tanda-tanda mahu menolong. Siap semuanya di atas meja Ali Firdaus segera mencedok nasi lemak ke dalam dua pinggan. Ratna Chempaka nampak dari ekor mata tapi dia akan tunggu sehingga Ali Firdaus mempelawa.

"Bahagian Mawar dah siap semua kan Chem?."

Ayat soal dari Ali Firdaus menghentikan tangannya dari memotong timun. Sikit ini dululah, kalau tak cukup baru potong lagi fikir Ratna Chempaka.

"80 persen siap."

"Ya? Apa lagi tak siap 20 persen tu?".

"Ikut tick list Kak Wawa lagi 20 persen urusan hari nikah nanti."

"Hmm... maknanya semua siaplah?".

"Bolehlah cakap macam tu."

Ratna Chempaka mendekat lagi ke meja makan membawa sepiring potongan timun.

"Sini, teman saya makan."

Tidak menolak Ratna Chempaka tarik bangku di sebelah Ali Firdaus dan duduk. Ali Firdaus cedukkan sambal, ayam goreng dan telur dadar masuk ke dalam pinggan di hadapannya.

"Cukup?".

"Cukup."

Ali Firdaus tadah tangan, Ratna Chempaka angkat tangan ikut sama menadah macam suaminya, kemudian Ali Firdaus baca doa makan. Habis doa terus suaminya suap sarapan masuk mulut.

"Sedap."

Kembang hati Ratna Chempaka mendengarnya. Sambil menyuap sarapan dia tersenyum kecil. Sudah lama tidak memasak, rasanya sejak tinggal di banglow mewah ini.

"Zain ada call?".

Tidak segera menjawab, sebenarnya rasa melekat makanan di tekak kerana soalan tiba-tiba yang itu.

"Ada."

"Dia pengapit sayalah kan?".

"Ya, dia dah cakap Kak Wawa."

"Hmm."

Sunyi semula. Krik, krik.

"Borang dah isi?".

"Belum. Nak surat pengesahan ketua kampung. Takut nak balik kampung. Nanti semua tau."

"Kalau macam tu... tukar alamat ic lah. Nanti saya tolong uruskan borang tu. kita isi lepas majlis, eh! tak, tak... lepas saya dapat surat dengan kad nikah original."

"Okay."

Takut sangat. Macamlah dia nak peras ugut minta sejumlah duit. Eh! ye lah...

"Ermm... jam tangan Abang tu Chem bayar oncet-oncet boleh tak?".

"Jam?..."

"Jam yang Abang bagi penculik tu."

"Oh! Ooooh! Tak pe, tak payah."

Bapak kaya!. Tak payah... Kata dulu RM30K.

"Betul ke?. Mahal kan jam tu."

"Dah dapat balik. Polis Thailand dah pulang kat saya."

"Iya!?. Alhamdulillah."

Alhamdulillah... Kalau tidak banyak dia kena ganti walau dibayar secara ansuran sekalipun. Sudah agak lama hilang kisah menaikkan kembali rumah arwah Tok. Memang di sinikah dia akan menetap?.

"Lari lagi, semua tak tau."

"Err... hahaha."

Ratna Chempaka ketawa malu. Jauh sungguh perjalanannya dari hentian rehat dan rawat itu dulu. Sudah hampir dua tahun cukup.

"Mana tak lari, muka Abang ketat sangat. Takut Chem. Nak tolong ke nak ajak gaduh. Confused."

Sambil ketawa Ratna Chempaka toleh kepada Ali Firdaus di sebelah. Suaminya itu sedang memandang tunak kepadanya. Lekat dan redup. Ratna Chempaka dedat perlahan-lahan belakang tangan ke mulut. Sememeh ke makannya?.

"Chem comot ke?".

Barulah sepasang mata yang memandang tunak itu terkebil dan terkebil lagi.

"Apa?..."

"Chem makan comot ke?".

Agaknya Ali Firdaus geli melihat cara dia menyuap makanan. Dulu Zaidah kata cara dia makan polok macam tahap kebulur. Mungkin ke?. Rasanya dia sudah kawal ayu jika menyuap makan sejak dua menjak hidup merantau ini.

"Taklah."

Sepatah, kemudian suaminya menyambung makan semula. Cerita tadi habis tadi juga. Krik, krik lagi...

"Kenapa Chem tak nak Zain?".

Tiba-tiba. Selepas senyap agak lama. Janggal sungguh.

"Entah..."

"Memilih. Nak yang macam mana?. Handsome ada, duit ada, kerja bagus. Nak apa lagi?".

'Nak yang macam Abang Ali'. Ayat itu cuma bergumam di dalam hati. Tak terluah pun. Dia memang memaksudkan perkataan 'macam' itu. Bermakna bukanlah bakal suami Mawar Baiduri ini. Titik!.

"Tak ada rasa apa-apa pada Zain. Lagipun mana boleh Chem suka kat dia, berdosa!. Chem kan isteri orang."

Ketika dia memandang Ali Firdaus sehabis bercakap lelaki itu sedang memberi pandangan tunak yang sama seperti sebelumnya. Bergetar jantung Ratna Chempaka. Inikah rasa yang dia mahu dari lelaki?. Chem! Astaghfirullah Chem!.

"Kalau bukan isteri orang, bolehlah?".

Tidak menjawab pertanyaan Ali Firdaus sebaliknya Ratna Chempaka ambil pinggan kosong di hadapan Ali Firdaus.

"Abang nak tambah lagi ke?".

"Tak."

"Chem kemas eh."

Tidak menunggu jawapan, Ratna Chempaka menghimpun sisa makanan dua pinggan menjadi satu kemudian pinggan dilapis. Cepat-cepat bangun membawa pinggan kotor ke sinki. Ketika dia berpusing semula Ali Firdaus sudah mengemas hidangan lebih di atas meja. Menyusun masuk ke dalam dulang kemudian ditutup dengan tudung saji jadi dia kembali menghadap sinki dan mencuci dua biji pinggan, sudu dan garfu.

@@@@@@@

Sedikit telur dadar Ali Firdaus satukan dalam pinggan ayam goreng kemudian letak pinggan dalam dulang, mangkuk sambal dan mangkuk nasi lemak juga. Mungkin sekejap lagi nak 'mentong' semula. Kemudian dulang Ali Firdaus tutup dengan tudung saji.

(Saya orang Johor walaupun bukan orang Jawa. Harap semua faham mentong tu apa haha)

Adoi!.

Ketika dia berpaling Ratna Chempaka sedang menghadap sinki mencuci pinggan makan sebentar tadi.

Cuci pinggan saja kot, kenapa mesti bergegar begitu sekali?. Ali Firdaus tepam tapak tangan ke dada yang bergetar. Menarik nafas sekali dan mendekat.

"Nah."

Piring bekas telur dadar Ali Firdaus letak di tebing sinki. Wajah cantik itu tidak menoleh kepadanya hanya kepada piring di tebing. Dari sisi yang sedikit terlindung dari helaian rambut yang diikat tidak kemas dan tinggi, hidung itu tetap nampak comel. Tambah pula dengan pipi merah jambu...

Kau dah kenapa Ali? Kau dah kenapa!?.

"Cawan Bang?".

"Ha?".

"Cawan minum. Abang masih nak minum ke?".

"Ermm."

Tak pernah-pernah macam ni. Sudah hampir sebulan dia ada Ratna Chempaka sebumbung, sejalan, seurusan tapi tak pernah jantungnya berdetak begini.

Mungkinkah kerana dia tidak pernah duduk dekat dengan Ratna Chempaka tanpa ada lagi masalah lain membelengu kepalanya. Baru pagi ini dia duduk dekat dengan gadis cantik ini, memandang wajah oriental dengan kulit pipi mulus merah jambu ketawa manis hingga gigi bak mutiara itu sekali dapat dia hayati.

Bahaya ni... Berapa kali tadi dia sesat dalam senyum dan ketawa gadis ini. Bahaya, bahaya...

"Hari ni Abang ada urusan apa dengan Kak Wawa?".

"Ha?".

"Abang nak keluar dengan Kak Wawa ke?".

"Ermm tak. Pagi ni tak."

Ali, sila balik ke pangkal jalan. Budak ni cuma budak. Titik!.

"Petang ambik cincin Abang kan. Chem nak kena ikut ke?".

"Entah, Mawar cakap apa?".

Gadis cantik bertshirt putih dan berseluar kain lembut gambar gajah ini tidak segera menjawab. Sebaliknya berdiri tegak di hadapannya dan mendongak merenung wajahnya hingga dia serba-salah. Budak ini dapat dengarkah jantungnya yang bergetar kuat?.

"Abang okay?".

"Okay."

"Macam tak okay aje. Pipi Abang merah."

Sehabis bercakap tapak tangan Ratna Chempaka melekap ke dahi dan pipinya. Dia sedikit terlompat dan tersandar ke tebing kabinet sinki. Tangan kecil dan lembut itu menjalar pula ke lehernya.

Tenang Ali, tenang. Jangan malukan diri sendiri. Segera dia genggam tangan kecil yang mulus itu.

"Abang demam ke? Muka, leher panas. Tangan sejuk."

"Tak ah. Ermm... basuhlah cawan tu. Abang nak pergi jogging."

Okay! Dia kalah bila romanya mula berdiri. Bahaya budak ni...

@@@@@@@

"Masuk dulu Yong. Biar saya dengan Dato' buat."

Pembantu rumahnya tidak membantah segera masuk ke dalam perut kereta yang sudah dihidupkan enjinnya. Barang-barang belanja, dia dan suaminya Dato' Abu Bakar susun di bonet belakang. Mujur parkir berbumbung kalau tidak mahu terbakar dek matahari sudah hampir masuk waktu Zuhur.

"Assalamualaikum."

Satu suara asing memberi salam. Datin Soraya menoleh, seorang lelaki kurus dan berbau rokok yang kuat berada dekat.

"Waalaikummussalam."

Sahut suaminya yang sudah selesai kerjanya dan sedang menutup bonet kereta. Dia dan suaminya sama-sama memandang lelaki yang tersengih-sengih dan mungkin berusia tua sedikit daripada mereka. Mahu apa lelaki ini?. Tiada apa-apa di tangan jika mahu berjualan. Mahu minta sedekahkah?. Tidak sempurna akalkah?.

"Ya Encik?."

Soal suaminya sedikit tegas namun lelaki itu masih tersengih-sengih dengan kedua tangan di dalam kocek belakang seluar jeans lusuh yang dipakainya.

"Aku Jazlan, dulu tunang Soraya. Sekarang bapak Mawar."

Jawapan sambil ketawa kecil lelaki itu meremangkan seluruh roma Datin Soraya hingga dia bergerak ke belakang suaminya Dato' Abu Bakar. Sungguh lelaki ini tiada rupa yang dahulu. Wajahnya gelap, penuh parut cedera dan giginya rosak teruk.

"Berdua aje?. Ali tak ada?. Oh, Wawa cakap Ali pergi Indonesia eh?".

Menyoal lagi dan tersengih-sengih lagi. Sangat menjengkelkan dan sangat berprasangka caranya. Datin Soraya segera berbisik kepada suaminya agar bersedia untuk apa-apa kemungkinan.

"Boleh saya tolong Encik Jazlan?. Ermm... apa kata kita ke mana-mana restoran berbual."

Suaminya cuba berdiplomasi dengan tenang. Dia sudah serba-salah. Mahu turut serta tapi seluruh tubuhnya sedang bergetar hebat tapi mana mungkin dia akan biarkan suaminya berbincang berdua sahaja dengan lelaki yang cukup bijak memanipulasi keadaan.

"Tak apa Dato'. Dekat sini aje. Aku ada appointment nak jumpa orang ni, ada projek besar masuk. Tak sangka ternampak bakal besan pulak. Aku nak tanya pasal hantaran."

"Oh! Kami dah bincang dengan Mawar."

"Jadi... Ali bagi Wawa berapa?".

Dia di belakang suaminya mencengkam perlahan sisi perut suaminya. Mengingatkan suaminya cerita bakal menantunya Mawar Baiduri tentang duit hantaran. Suaminya sedikit menoleh ke sisi.

"Mawar kata... tak perlu dulu. Sebab Puan Melur dan Mawar minta pihak kami uruskan semuanya urusan majlis. Jadi Ali kata hadiah hantaran untuk Mawar tu perbincangan mereka berdua kemudian nanti."

"Hmm... Okay, okay, cantik jugak macam tu. Nanti aku bincang dengan Wawa nak mintak dengan Ali berapa. Anak aku tu budak baik tau. Ada dara lagi. Mana boleh Ali ambik free macam tu aje. Kan Soraya..."

Selamba sahaja lelaki itu menyeringai menjengah wajahnya, dia semakin menyorok berdiri berlindung di belakang tubuh suaminya. Sebelah tangannya yang mencengkam sisi baju suaminya digenggam kuat suaminya.

"Encik Jazlan!".

Satu suara garau menyeru tegas nama bakal bapa mertua Ali Firdaus. Ketika kesemua mereka menoleh lima orang lelaki berbadan besar sudah mengelilingi mereka. Tanpa sempat berbuat apa-apa dua orang lelaki sudah merentap tangan Jazlan lalu dipulas ke belakang badan. Pelipat belakang pula dilutut kuat menyebabkan lelaki itu jatuh berlutut. Beg pinggang lelaki itu dibuka paksa lalu terkeluar beberapa paket kecil plastik lutsinar berisi serbuk putih.

"Itu bukan aku punya! Ni, ni, dia ni bagi kat aku baru kejap ni!. Ini dia punya!".

Jerit Jazlan menjuih mulut menunjuk ke arah suaminya Dato' Abu Bakar. Baik Datin Soraya dan suaminya sudah terkedu hilang kata-kata. Peluh sejuk sudah merenek ke seluruh tubuh.

"Encik Jazlan, Anda ditahan di bawak akta anti dadah Malaysia. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang kenyataan yang boleh merugikan diri anda. Anda berhak untuk mendapatkan nasihat peguam. Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan peguam, peguam akan disediakan untuk anda. Ikut kami ke balai."
"Dato', Datin... sila ikut kami ke balai."

Allah!
Allahuakbar!.

@@@@@@@

"Aku dah cakap dah. Hahaha Aku dah cakap..."

Ayat itu Mama ulang dan ulang sejak beberapa lama tadi. Duduk memeluk lutut sambil menggoyang badan ke depan dan ke belakang sambil ketawa yang mengalirkan air mata. Mawar Baiduri duduk bersila menyandar di dinding berdekatan Mama. Memerhati dalam diam.

"Aku dah cakap Wa... Bahagia bukan kita punya. Hahaha. Aku dah cakap..."

Mama goyang lagi badan ke depan dan ke belakang. Ketawa lagi dan menangis lagi.

Sungguh! mereka malu.

Lama tertangguh. Smpi kena bce blik nk sambung apa. Sorry tau. Mgkn lmbt cite ni abis tp InsyaAllah klw sihat cite ni Sy sudahkn. buat mse skg ni je dlu ye. nti Sy Cuba lg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience