Bab 1

Drama Series 8960

"Api!"

"Api!"

"Api! Cepat tolong! Cepat! Rumah arwah Tok Usu terbakar!".

Sekejap sahaja. Sekejap sangat yang sampai bomba pun tak sempat tiba untuk menolong. Habis sudah rumah pusaka separuh papan dan separuh batu itu.

Rumah dengan seribu kenangan sudah tinggal tiang yang rentung tiga empat batang dan berceracak hodoh. Yang lainnya sudah jadi abu berkeliling.

Kasihan sungguh penghuni rumah pusaka itu.

@@@@@@@

"Yang..."

"Ermm..."

Shuib menunggu isterinya menoleh. Mahu berbual sesuatu yang penting dari mata turun ke hati. Mahu memahamkan isterinya yang cuma satu ini masalahnya yang dilahirkan sebagai lelaki.

"Yang!".

"Apa!".

Isterinya sudah buka bunga silat ketika dia menyenggol bahu mereka yang bertemu. Duduk dia dengan isteri di sofa dua tempat duduk langsung berjarak.

"Apa Abang ni!?. Yang... Yang..."

Sudah berpusing sepenuhnya menghadap dia tapi dengan wajah cemberut kening berkerut. Dia terdiam seketika. Sedang menimbang tara untuk meluah.

"Apa?. Saya dah stopkan Korea tu. Abang cite, Abang nak apa?."

Mulut isterinya menjuih ke arah televisyen yang sudah jadi gambar statik. Mulutnya pula terkemam masih memikir ayat paling sempurna.

"Ermm... Abang..."

Bulat mata isterinya menunggu ayat yang cuba dia keluarkan.

"Nak kahwin lagi!?". Serang isterinya tiba-tiba.

"Eh! Ada ke situ pulak."

Dia menepis cepat soalan si isteri. Kalau dia kaya tidaklah dia tepis, rasanyalah.

"Abang nak cakap pasal Chem."

"Kenapa?..."

"Abang cakap awak kena dengar dengan fikiran yang terbuka tau. Jangan pulak awak nak tuduh Abang yang bukan-bukan..."

Maka Shuib pun bercerita. Cerita biasa sahaja sebenarnya tapi tidak mustahil ada akibat luar biasa jika tidak ditangani segera. Dia kenal diri dia.

Cerita yang paling berat sudah tentulah pagi tadi. Pagi sangat tidak juga sekitar jam sebelas ketika dia pulang dari menoreh getah.

Cerita pagi tadi berlaku kerana dia terlupa isterinya ke sekolah anak mereka untuk mengambil kad penyata pelajaran. Hari bertemu guru.

Sebelum sebulan ini jika isterinya tidak ada di rumah pun tak mengapa. Tidaklah dia kisah jika pulang dari menoreh tiada siapa menyambut kepulangannya.

Masalahnya dia terlupa tentang Chem...

Ratna Chempaka, adik ipar tirinya. Adik tiri isterinya. Terlupa ada budak perempuan itu di rumahnya sejak sebulan ini. Sejak rumah pusaka arwah nenek mertuanya musnah terbakar.

Maka ceritanya begini, dia yang baru pulang dari menoreh getah langsung ke dapur mahu mengambil air minuman. Kering sungguh tekaknya.

Air bekalnya sudah habis, bukanlah kerana di minum tapi botolnya jatuh dari raga motosikal. Pecah terus botol plastik itu terhempas ke jalan.

Maaf...
Balik semula pada cerita pagi tadi.

Sampai dia di dapur, pintu bilik air terbuka. Keluar Chem yang hanya berkemban tuala. Dengan potongan badan Chem yang sebegitu, kecil sangat tuala yang berbalut di tubuh putih melepak itu.

Chem terus berlari masuk semula ke dalam bilik air, dianya pula terus lari keluar rumah dan terpaksa minum air di warung sahaja.

"Begitulah ceritanya Yang."

Shuib memandang serba salah wajah isteri kesayangan. Isterinya ini walau cuma orang kampung dan sekolah tak tinggi tapi sangat baik untuknya. Dia cukup bersyukur berjodoh dengan Adilah. Tapi dia lelaki, Chem itu merbahaya untuk dia.

"Patutlah Abang makan luar."

"Hah!..".
"Oh, ya. Segan pulak cuma duduk minum jadi Abang terus order makan sekali."

"Tapi... Kesian Chem tu Abang. Dia nak tinggal kat mana?."
"Walaupun dia cuma adik tiri tapi saya sayang dia. Dari lahir dah ada dengan kami."

"Abang faham... Tapi Abang ni lelaki Yang. Awak bukan tak tau rupa paras, rupa bentuk Chem tu macam mana."

Tangan Shuib bergerak sekali membentukkan tubuh Chem dalam isyarat. Adilah lepuk lengannya sekali sambil menjeling.

"Kesianlah kat Abang, Yang. Bahaya Yang... Belum kira lagi bila dia buat kerja dapur. Mengadap sinki, mengadap dapur. Abang kat belakang..."
"Awak tengok kan cerita 'Ipar Adalah Maut' tu kan."
"Tolonglah Yang! Abang tak nak hilang awak dengan anak-anak."

"Macamlah si Chem tu nak kan Abang ek".

"Eeeh, awak jangan... Saya ni walau tak hesmes kata orang... Manis tu ada kata P. Ramlee."

Seloroh Shuib sambil-sambil memuji dirinya.

"Serious Abang cakap Yang... Kat mata Abang ni, masih terbayang-bayang si Chem tu siang tadi."
"Bahaya... Bahaya..."

Adilah sudah duduk terbongkok menongkat dagu. Agaknya sedang berfikir sampai berkerut kening.

"Mana Chem nak tinggal?".

Sudahnya itu sahaja keluar dari mulut Adilah walaupun lama terbongkok menongkat dagu.

@@@@@@@

"Kak Chik tak boleh. Kak Chik minta maaf."

Ketiga mereka yang lainnya menumpu pandangan pada Aisyah. Mahukan penjelasan di atas penolakkannya.

"Kak Chik baru aje berbaik, maafkan Mamat. Dia... ada skandal."

"Ye ke Kak Chik? Kau tak cerita pun."

Arbiah terkejut. Adiknya yang ini biasanya cepat sahaja mengadu dan berkongsi dengan dia apa-apa juga cerita terkini tentang dirinya atau cerita orang lain juga.

"Tak tau nak cerita macam mana Kak Long, malu nak bagitau orang. Macam Kak Chik tak pandai layan laki aje."

Suara itu mula berubah garau kerana sambil bercakap sudah mula menangis. Tisu di sebelah bungkusan pisang goreng Aisyah ragut dua tiga helai dan ditonyoh pada hidung yang mula berair.

"Habis tu macam mana ni?."

Adilah yang mengajak kesemua adik-beradiknya datang mesyuarat tergempar di rumahnya menghempas belakang badan ke sofa.

Shuib suruh dia cepat-cepat keluarkan Ratna Chempaka dari rumah mereka.

Dia duduk tegak semula dan menghadap pula pada adiknya Asma'. Aisyah dan Arbiah juga ikut memandang Asma'.

"Oh, tidak! tidak!... Kalau Abang Shuib rasa bahaya pada dia makanya kat rumah Kak Uda lagi bahaya. Kak Uda kerja shift."

Dengan jawapan Asma' seorang jururawat hospital makanya mereka berempat serta-merta menghempas belakang badan ke sofa. Masing-masing terdiam terus.

Kasihan Ratna Chempaka. Budak itu adik tiri mereka. Kalau cek DNA memang mereka tiada langsung hubungan darah, tapi mereka sayang Ratna Chempaka macam keluarga sendiri.

Teringat permintaan bapa tiri mereka Ari Sudarji ketika sedang sakit teruk supaya dapat menjaga Ratna Chempaka sebaiknya. Permintaan yang sama juga dari arwah ibu tiri mereka Fatimah.

Ratna Chempaka cuma ada mereka sahaja sebagai ahli keluarga.

Ari Sudarji bapa tiri mereka pemegang kad pengenalan merah yang asal usulnya dari Indonesia. Datang bekerja di ladang sawit berdekatan kampung mereka ini.

Sangatlah baik budi bahasa kata arwah nenek mereka yang semua orang keliling panggil Tok Usu. Selalu mencari duit sampingan dengan mengambil upah bekerja di kebun sawit orang kampung pula. Termasuk kebun Tok Usu.

Cerita bermula apabila ayah kandung mereka meninggal dunia. Masa tu mereka semua kecil lagi. Aisyah belum setahun usianya. Arbiah yang sulung pun baru darjah tiga.

Dipendekkan cerita, habis sahaja `iddah, arwah ibu mereka bernikah dengan Ari Sudarji. Tok Usu okay sahaja kerana Ari Sudarji baik budi bahasa, ringan tulang dan sudah memegang kad pengenalan merah.

Sangatlah baik Ari Sudarji itu sebagai bapa tiri mereka. Ditambah pula bapa tiri mereka itu agak tampan orangnya kerana ada campuran darah Belanda.

Macam mana datang Fatimah?.

Dipendekkan cerita lagi...
Arwah ibu kandung mereka pula meninggal dunia. Maka sekarang yakni pada ketika itu arwah Tok Usu dan mereka semua perempuan.

Serumah dengan Ari Sudarji yang ikut hukum tidak batal wuduk dengan mereka, tapi... sok sek sok sek datang dari jiran tetangga.

Arwah Tok Usu sudah cuak. Mengusulkan pada Ari Sudarji supaya menikah lagi dengan sesiapa sahaja yang boleh serumah dengan mereka.

Arwah Tok Usu yang sudah uzur mengharap Air Sudarji kekal di rumah pusaka itu menolong kerja kebun dan di luar rumah. Maklumlah mereka semuanya perempuan. Memanglah sangat mengharapkan ada tenaga orang lelaki.

Jika berkahwin dengan orang tempatan, tidak mungkinlah Ari Sudarji dapat serumah dengan mereka lagi.

Jadi bapa tiri mereka yang baik itu memilih menikahi seorang perempuan keturunan Melayu Champa yang bekerja di kedai Kemboja di pekan berdekatan kampung mereka.

Syurgalah buat arwah bapa tiri mereka Ari Sudarji dan arwah ibu tiri mereka Fatimah kerana menjaga mereka dan arwah Tok Usu sebaiknya umpama saudara sedarah sedaging.

Dari merekalah datangnya Ratna Chempaka. Berkulit putih melepak, berwajah oriental dengan potongan badan yang menarik.

Sekarang berusia 20 tahun. Tidak dapat ke mana-mana untuk melanjutkan pelajaran walaupun memegang kad pengenalan biru.

Susah benar menempatkan diri di universiti atau institut kemahiran. PTPTN pun tak layak. Mahu ke universiti swasta tidaklah mereka mampu. Lagipula SPM Ratna Chempaka tiada A, dia suka banyak B sahaja.

Arwah Tok Usu menghadiahkan rumah dan tapak rumah kepada Ratna Chempaka sebagai membalas jasa arwah ibu bapa adik tirinya itu. Malangnya habis pula rumah itu dijilat api dalam kebakaran.

"Kak Long ajelah harapan kami. Kesian Chem Kak Long."

"Kak Long risau kalau budak-budak lelaki tu balik."

"Dia orang balik hujung minggu aje kan. Itu pun sekali sekala."

Arbiah mengangguk. Tapi masih termenung. Risau juga dia. Anak-anak lelakinya yang nombor satu dan dua itu lebih tua dari Ratna Chempaka.

Selalu pula kalau bercerita tentang jodoh akan mengusulkan Ratna Chempaka sebagai calon. Hati tuanya risau. Dia suka juga kalau dapat menjadikan Ratna Chempaka sebagai menantu.

Adik tirinya itu cantik dan berkemahiran memasak dan kerja tangan seperti arwah ibu tirinya.

Tapi...
Kalau sudah dua orang anak lelakinya itu berminat dengan Ratna Chempaka bagaimana dia mahu menyelesaikan urusan itu dengan adil.

Eh! Lagipun tidak mungkin Ratna Chempaka itu mahu. Pada Ratna Chempaka budak-budak lelaki itu cuma anak saudaranya sahaja.

"Kak Long... macam mana?."

Soal Adilah tidak sabar. Kasihan Shuib, cakap Shuib tentang 'Ipar Adalah Maut' itu betul. Sikit pun tak ada salah.

"Okaylah... Nanti Kak Ngah cakaplah dengan Chem, Kak Long suruh dia duduk rumah Kak Long. Tolong Kak Long buat baulu."

Alhamdulillah. Mereka semua bersandar belakang badan ke sofa kerana senang hati.

@@@@@@@

"Aku tak jadi tumpang rumah kau Dot."

Ratna Chempaka duduk bertenggek di atas motosikalnya di kawasan pakir kilang. Memberitahu berita terkini kepada teman baiknya tentang sambungan cerita semalam.

"Hah! Abis tu kau nak duduk mana Chem?."

Zaidah nama penuh teman baiknya. Tapi kawan-kawan memanggil Idah. Sampai padanya sebagai teman rapat nama Idah menjadi Idot. Terhenti pergerakkan tangan Idot daripada mengoles gincu ke bibir.

"Rumah Kak Long."

"Kak Ngah halau kau ke?. Dia marah kau ke?".

"Taklah... Kak Ngah cakap Kak Long mintak tolong aku buat baulu."

Ratna Chempaka tidak berkecil hati. Dia dapat mengagak kenapa tiba-tiba Kak Long ajak tinggal bersama. Cerita pagi semalam sebagai pemberitahuan dia harus lebih berhati-hati selepas ini.

Silap dia juga, tidak seharusnya dia keluar berkemban tuala sekeping seperti itu. Semalam dia terkhilaf, dia terlupa membawa baju ganti ketika masuk ke dalam bilik air.

Pulang dari kerja shift malam, lapan malam hingga lapan pagi dia terus tertidur. Bangun dalam keadaan mamai terus sahaja masuk ke dalam bilik air dengan hanya membawa tuala.

Argh! malulah nak ingat. Aib!

Pagi tadi sebelum pergi kerja shift pagi, lapan pagi hingga lapan malam Kak Ngah menyampaikan pesan yang katanya dari Kak Long.

Tak mengapalah. Apa-apa sajalah. Janji ada rumah berbumbung dan berdinding.

Kakak-kakak bukan seribu dan sebapa itu adalah hartanya di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga. Sudah cukup baik kakak-kakak nya walaupun cuma tiri itu tidak pernah melayannya seperti orang luar.

Dia dan kakak-kakaknya sangat rapat. Umpama saudara kandung. Maka dia kena duduk di dalam kasut mereka berfikir. Iaitu menumpang di rumah mereka dan membawa ketidak selesaan.

Jika bukan kerana rumah Tok terbakar tidak mungkin dia berhadapan masalah seperti sekarang ini. Masalah serba salah pada semua orang. Pada dia, kakak-kakaknya dan abang-abang iparnya.

"Lepas ni kau hati-hatilah Chem. Jangan accident lagi macam semalam."
"Mujur Kak Ngah dengan Abang Shuib tak maki kau".

Mendengar nasihat Zaidah, Ratna Chempaka meraup wajahnya berulang kali. Masih terasa aibnya dia dengan kejadian semalam.

Sudah nasib dia.

Kerana cerita semalam Ratna Chempaka berazam untuk mengumpul duit cepat-cepat menjadi secukupnya untuk membina sebuah rumah. Menggantikan rumah Tok yang sudah terbakar menjadi abu.

Dapat bina rumah kecil satu bilik sudah memadai. Rumah sekadar ada satu bilik, dapur dan satu bilik air bersekali jamban. Itu sudah cukup Alhamdulillah untuknya.

Rumah pusaka itu wajib dia ganti. Bagai terbayang-bayang dan terngiang-ngiang suara Tok memintanya menjaga rumah pusaka itu.

Kebakaran yang berlaku berpunca dari litar pintas kerana pendawaian yang sudah lama dan buruk. Bukan salahnya.

Tak apalah.

Malam ini dia akan balik ke rumah Kak Long. InsyaAllah di rumah Kak Long akan baik-baik sahaja. Abang Long pemandu lori yang akan pulang sekali-sekala.

Budak lelaki dua orang anak saudaranya itu pun sudah bekerja di bandar dan menyewa di sana.

Cuma ada Kak Long dengan dua orang anak daranya yang bersekolah lagi di menengah rendah.

InsyaAllah. Semuanya akan baik-baik sahaja.

Adui Sy tk blh gerak la. Dr pg Cuba. Sy nk up Bab ni tp Sy tersangkut kt level tgh. tk blh connect. Sy tk dpt Bina ayat apa yg Sy Cuba maksudkan. Sy up je la tp klw mkin ke dpn jd entah apa-apa citenye sorry tau kwn2. cantik tak gmbr kulit DSPI. anak Sy amek. SHBA & GYCP pn anak Sy amek gmbr. dia suka btul amek gambar awan. tqvm kpd yg sudi singgah bce dan Komen. tqvm uoll. syg uoll

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience