Bab 8

Drama Series 8960

Ada sosok Muhammad Zain yang baru keluar dari surau lelaki.

Ratna Chempaka mahu masuk semula ke dalam surau perempuan tapi kasut kerja yang dipakainya susah mahu ditanggalkan jadi dia cepat-cepat meninggalkan ruang hadapan pintu surau.

Rasa menyesal kerana menyarung kasut kerja bertali pada pagi tadi dan berlama-lama di hadapan pintu surau.

"Ratna! Ratna!".

Ratna Chempaka terpaksa berhenti di pertengahan mata tangga menuju ke bawah. Suara itu boleh menyebabkan mereka berdua ditimpa masalah besar.

"Ya encik?".

"Awak lari dari saya ke?".

Tak kanlah lelaki yang nampak bijak ini tidak faham?.

"Saya nak cepat. Masa rehat saya dah nak habis."

Sudah kenapa pula dia harus berbahasa basi?.

"Awak... ermm, tunang awak marah ke? Sebab saya?".

"Bukan... Masa rehat saya dah nak habis."

Ratna Chempaka rasa mahu marah tapi dia kena bersabar. Terlebih rasa marahkan dirinya kerana boleh terjebak dengan keadaan bodoh begini.

"Boleh saya minta nombor telefon awak?".

Argh!.

"Sorry encik. Saya pergi dulu."

Ratna Chempaka meluru laju menuruni mata tangga. Mudah-mudahan Muhammad Zain tidak mengejar kerana jabatan pentadbiran di tingkat atas.

@@@@@@@

Dia sekadar menjawab soalan. Al hasil pergelangan tangannya rasa perit kerana dicengkam lalu direntap Fakarudin.

Padahal lelaki ini juga yang mengajak dia untuk turut serta menonton siaran sepak bola di restoran mamak.

Hanya kerana dia menyahut soalan seorang rakan lelaki itu yang kebetulan berada di situ!.

"Engkau kenapa Chem!?. Kenapa tak dengar cakap aku! Jangan!. Layan!. Lelaki!. Lain!."
"Susah sangat ke nak dengar cakap aku!?".

Kelmarin, teman sekerja yang baru masuk bekerja beberapa hari lebam di pipi kerana ulah Fakarudin. Habis ditumbuknya lelaki itu hanya kerana menghulur kepada Ratna Chempaka sebungkus nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Fakarudin sudah melampau. Dia tidak boleh biarkan hidupnya terperangkap dalam hubungan tidak sihat begini. Tidak mustahil jika dia teruskan lebih jauh, hidupnya akan merana.

Jika dia mahu tarik diri dari lelaki ini dia harus meninggalkan daerah ini.

Dia sudah pernah meninggalkan Labis yang dia sayangi walau ada kenangan dan rumah pusaka arwah Tok, juga mereka yang tersayang berada di situ.

Maka, apalah sangat untuk dia meninggalkan daerah ini.

Tahap cemburu Fakarudin sudah tidak terkawal. Sudah mula berkasar dan berkata kesat.

Dia tahu Fakarudin melepaskan rasa geramnya selepas mendapat tahu Muhammad Zain bertanya-tanya tentang Ratna Chempaka kepada rakan-rakan di jabatan pentadbiran.

"Dit... jangan cari aku lagi!".

Sabarnya sudah habis. Fakarudin yang sedang mengeram entah apa-apa marahkan dia terus terdiam. Terkejut dengan ayat yang keluar dari bibirnya.

Ratna Chempaka berpaling. Segera melangkah pergi sebelum Fakarudin kembali waras dari rasa terkejut.

@@@@@@@

"Chem!!!".

Ketika dia sedang menyediakan bahan-bahan mentah untuk kegunaan chef bertugas sebentar lagi namanya dilaung kuat dari pintu dapur ruang kerja.

Kerjanya terhenti. Bukan dia sahaja, semua yang lain di situ ikut sama terhenti bekerja dan menunggu tidak sabar berita yang dibawa rakan sekerja yang nampak cemas dan kelam-kelibut.

"Chem, baik kau naik ofis. Din pukul auditor lelaki tu."

Allahuakbar!.

Ratna Chempaka tinggalkan ruang dapur. Segera berlari keluar menuju ke pejabat pentadbiran di tingkat satu bangunan syarikat.

"Dit!!!".

Fakarudin yang sedang mencekak bahagian hadapan kolar kemeja Muhammad Zain terhenti dan menoleh. Muka merah padam, berpeluh lebat dan sedikit berdarah dari luka di hujung bibir.

Muhammad Zain juga sama. Sudah tidak kemas, rambut rapinya sudah kusut berantakan. Kemeja sudah di luar dan berkedut seribu. Kemeja itu sudah bercercak darah datang dari hidungnya juga.

Sudah berapa lama mereka bergasak?.

"Lepaskan dia Dit!".

Mendengar itu Fakarudin kembali marah. Kembali mencekak leher Muhammad Zain yang separuh terbaring di atas meja kerani akaun.

"Arghhh!!!"

'Dush!'. 'Dush!'. Dush!'.

Fakarudin sudah naik minyak. Muhammad Zain melawan mempertahankan diri. Saling menggunakan sepenuh tenaga. Saling memberi bila berkesempatan dan bertahan ketika perlu.

Ratna Chempaka dan yang lainnya di dalam ruang pejabat sudah terjerit-jerit cuba melerai mereka.

"Hoi!!!"

Pengurus besar masuk ke dalam ruang jabatan pentadbiran diikuti tiga orang pengawal keselamatan. Meleraikan Fakarudin dan Muhammad Zain.

@@@@@@@

"Dia bukan tunang awak kan?."

Satu sosok yang duduk tiba-tiba di sebelahnya menyoal. Ratna Chempaka menoleh ke sisi. Muhammad Zain sedang merenungnya, menunggu dia menjawab soalan lelaki itu.

"Dia psycho Ratna. Hidup awak akan merana kalau bersama dengan lelaki macam tu."

Ratna Chempaka tidak menjawab apa-apa. Kekal mematung seperti lebih kurang satu jam yang lepas. Selepas dia terpaksa ikut hadir ke balai polis sebagai saksi kejadian memberi maklumat.

"Dia cemburu buta. Awak sanggup ke hidup dikongkong lelaki baran macam tu?".

Muhammad Zain menyambung ceramah percumanya.

Fakarudin...
Dia sendiri keliru. Kenapa sebegini berubah sikap Fakarudin selepas hubungan mereka dinaik taraf.

Dia kehilangan sahabat baik sedari kecil. Satu-satunya sahabat lelaki yang paling rapat pernah dia ada.

Fakarudin yang selalu menyelamatkan dia dari keganasan angsa-angsa Cik Tumin ketika melalui kawasan rumah jiran itu.

Fakarudin yang akan memberi Ratna Chempaka duit raya miliknya supaya jumlah keseluruhan duit raya mereka menjadi sama banyak dan beralah pula jika milik Ratna Chempaka yang lebih banyak.

Fakarudin yang sanggup luka di tapak tangan kerana merentap pelepah daun pokok kelapa padan supaya dia yang jatuh dan luka di lutut tidak perlu berjalan. Sanggup Fakarudin menarik pelepah itu sehingga sampai ke rumah Tok.

Air mata mengalir lesu. Ratna Chempaka benar-benar ralat dengan perubahan Fakarudin. Dia mahu Fakarudin yang dahulu. Fakarudin yang ceria, kelakar dan bercakap baik-baik.

"Miss Jane!".

Nampak sahaja kelibat pengurus pentadbiran itu keluar dari dalam balai polis segera Ratna Chempaka laung dan mengejar cepat-cepat. Meninggalkan berseorangan Muhammad Zain di bangku kayu.

@@@@@@@

"Boss tak bagi jamin Din. Jaminan polis pun Din tak dapat. Boss minta tahan Din sampai kerja auditor selesai."

Miss Jane cengkam lembut lengan kirinya. Menyabarkan Ratna Chempaka dengan cerita yang sudah berlaku.

Macam mana sekarang?. Adakah dia penyebab Fakarudin hilang kendali?.

Begitulah yang Ratna Chempaka dengar dari sok sek sok sek teman sekerja. Fakarudin pak lawak sudah berubah menjadi raksasa kerana berteman girlfriend rupawan.

Adakah Fakarudin akan kembali asal jika tiada dia di samping?. Seperti bahagia Zaidah jika dia undur diri?.

"Ratna... Awak nak balik ke? Boleh saya tolong hantar?."

Dia tidak menyahut tapi dia mengekor Muhammad Zain ke kereta lelaki itu.

Sampai di kereta dia tidak masuk ke dalam walau pintu sudah di buka Muhammad Zain dan berdiri menunggu di samping.

"Encik... Boleh tolong tarik balik kes?".

Sehabis berkata air mata Ratna Chempaka jatuh berderai. Dia menangis teresak-esak. Hatinya sedih dan menyalahkan dirinya seratus peratus dengan cerita yang sudah terjadi.

Bagai terngiang-ngiang jerit Abang Mahadi memaki dan menyalahkan dirinya pada malam peristiwa berdarah Umar dan Uthman. Masih terbayang-bayang tangis sedih kak Long merayu anak-anak.

Dia tidak mahu perkara sama dihadapi Cik Esah dan Cik Sairan. Dia akan tolong lepaskan Fakarudin dari kes ini, kemudian... dia akan pergi.

"Boleh. Bagi saya nombor telefon awak."

Ratna Chempaka menurut. Menghulur kepada Muhammad Zain telefon pintarnya di tangan. Dia memandang kosong sahaja Muhammad Zain mencolet-colet muka telefonnya sebelum menyerahkan kembali.

"Kalau saya call jangan tak jawab pulak."

Sambil bercakap Muhammad Zain menarik kembali pintu kereta supaya Ratna Chempaka segera masuk ke dalamnya.

@@@@@@@

"Chemmm...!!!"

Seisi rumah sewa menyambut kepulangannya. Wajah setiap seorang tidak sabar mahu mendengar cerita siang tadi versi Ratna Chempaka.

Dua orang rakan serumah yang sama kerja sudah bercerita versi masing-masing, sekarang mereka mahu tahu versi cerita dari watak utama.

Ratna Chempaka hanya bercerita serba sedikit untuk meredakan suasana. Dia terlalu penat dan minta ruang untuk bertenang. Semua meninggalkan dia di ruang tamu kecuali Baizura.

"Gila ah Din. Sayang gila kat kau sampai obsessed macam tu."

Ratna Chempaka yang baring terlentang di atas lantai hanya diam. Tersenyum sedih mengenang bertapa baik Fakarudin menolong dia dari terminal bas Segamat hingga sudah menginap selesa di rumah sewa ini.

Kenapa Dit?. Kenapa kau jadi macam ni? Ada apa dengan aku?.

"Aku nak berhenti kerjalah Zu. Aku nak pergi dari sini sebelum Din keluar lokap."

"Berhenti kerja eh?".

Baizura yang duduk di sofa mengetuk-ngetuk telefon tangan ke dagu. Bagai berfikir sesuatu. Mata kekal di kaca televisyen yang bersiaran.

"Kau nak jauh dari Din lah?. Tak nak dia tau kau kat mana?".

"Hmm."

Ratna Chempaka menyahut lemah. Begitulah perancangannya sekarang. Dia mahu menyelamatkan Fakarudin dari sikap obsesif.

"Kawan aku bukak butik muslimah. Dia tengah cari staff. Tapi bukan dekat sini. Dekat Seberang Perai. Cukup jauh tak? Kau nak?".

Mendengar itu Ratna Chempaka langsung duduk. Tidak terlalu jauh tapi bukanlah dekat dengan George Town.

"Kau boleh janji Din tak kan tau? Tak akan jumpa aku?".

"Sekarang yang tau kau dengan aku. Aku janji tak akan pecah rahsia. Tapi..."

"Tapi apa?".

"Butik tu bukak bulan depan. Lagi seminggu. Sementara tu kau nak menyorok mana?".

Argh sudah!. Ke mana dia harus pergi?.

"Tak apalah. Aku tanya-tanya kerja lain dulu."
"Atau aku keluar dulu dari Penang, sampai mana-mana baru aku cari kerja."

Pasrah.

Dia perlu perancangan dan tindakan segera dengan tekadnya. Mesti buat sebelum Fakarudin di dalam lokap dilepaskan dari tahanan reman enam hari.

"Kau nak healing tak Chem?".

Baizura yang sedang mencolet-colet muka telefon bertanya soalan lari tajuk.

"Hah!?".

"Kau nekad nak berhenti kan?. Jom! Ikut aku. Kita pergi healing. Aku dah lama nak pergi Hatyai tapi tak nak pergi hari cuti. Crowded sangat."
"Dah cantiklah ni!. Kau nak lari dari Din. Kau berhenti kerja. Kerja baru kena tunggu dulu. Kita pergi healing. Cantik kan?".

"Hatyai?..."

"Ya, Hatyai. Kau ada passport kan?."

Dia ada pasport. Pasport yang dia buat kerana mahu mengikut Zaidah masuk ke Universal Studio Singapore. Tiket mereka dapat percuma, hadiah dari Ibu Zaidah buat mereka berdua.

Ratna Chempaka mengangguk takut-takut.

"Tak bahaya ke Zu?".

"Bahaya kenapa?".

"Kalau kena culik macam mana?".

"Siapa nak culik kita?. Bukan berduit pun."

"Kena cakap siapa kita nak pergi sana?".

"Entah kau!. Cakaplah dengan siapa kau nak cakap, biar Din cari kau kat sana."

Jatuh semula bahu Ratna Chempaka. Selamba sahaja Baizura menyindirnya. Mengembalikan ingatan dia tujuan perbualan ini untuk merancang perjalanan yang tidak meninggalkan jejak kepada Fakarudin.

Dia tidak bencikan Fakarudin. Dia mahu menyelamatkan lelaki itu dan maruah keluarga lelaki itu dari api cemburu yang sudah mula memanggangnya dan Fakarudin sedikit demi sedikit.

Dia dapat membayangkan akibatnya jika tidak pergi. Bayangan malam berdarah Umar dan Uthman masih terlayar di matanya. Semuanya kerana obsesif.

"Esok aku ambik cuti."

Sepatah ayat dari Baizura yang sudah bangun. Berdiri seketika di situ menunggu sesuatu darinya. Akhirnya Ratna Chempaka mengangguk.

"Kau jangan nak tak jadi ye. Aku warning kau ni."

Sambil bercakap, satu jari telunjuk yang tercokeng berhenjut di hadapan wajahnya. Kemudian Baizura hilang masuk ke dalam bilik tidur.

Ratna Chempaka tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan kemudian mencapai telefon bimbitnya di sisi.

'Udit,
Masa kau baca mesej ni, aku dah pergi.
Sampai sini sahaja hubungan kita. Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Aku dengan kau balik asal hanya sebatas sahabat.
Aku tak sanggup dengan perangai baru kau yang buruk. Bukan ini yang sepatutnya aku hadap bila hubungan kita dinaik taraf.
Aku nak Udit aku yang dulu. Semoga dengan perceraian talak tiga ini aku akan dapat semula Udit aku yang dulu.
Bila takdir menemukan kita semula pastikan kau pakai perangai dulu. Perangai yang menyatukan kita. Bila kita jumpa semula kau dengan aku hanya sebatas sahabat.
Mungkin aku dan kau hanya layak begitu.

Aku,
Chem.'

Hantar.

Kemudian Ratna Chempaka menghantar satu lagi mesej kepada penyelianya merangkap rakan baiknya dan Fakarudin, Chef Khai. Meminta lelaki itu menjamin Fakarudin apabila sudah boleh di jamin.

Ratna Chempaka menghantar RM3000 kepada Chef Khai sebagai duit jaminan. Jika terkurang meminta penyelianya itu menambah menggunakan duitnya dahulu.

RM3000 itu duit Fakarudin sendiri yang Ratna Chempaka tolong simpankan sebagai keselamatan kerana lelaki itu gila membeli game online.

Tugasnya selesai. Esok dia akan ikut Baizura pergi healing ke Hatyai.

Tak mengapa. Jika tiada sebab tak mungkin dia akan ke sana. Seperti mana dia terdampar di sini dengan cerita ini semuanya bersebab yang lebih terdahulu berlaku.

Okay Hatyai!... I'm coming!.

Sy kena jln mati lg. klw Sy tk up esok dan beberapa hari sb blom jmpe jln ye. mohon maafkan Sy yg amatur ini. tak de idea tk blh jln sb berkait dgn Bab 9 tp tk blh bergerak. sedihnye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience