Bab 3

Drama Series 8960

Sedap aiskrim ni. Ratna Chempaka berhenti menggigit aiskrim di tangan. Dibelek rupa paras dan jenama di pembalut aiskrim. Nanti balik mahu belikan untuk Azwina dan Azwani.

Telefon di kocek seluar berbunyi, dia terpaksa bangun dari duduk di benteng longkang berdekatan bangunan kilang untuk mengeluarkan telefon tangannya.

Hmm mesej wasap. Jarang sekali dia dapat masej. Kawan rapat dia cuma Zaidah. Kawan tidak rapat jarang sekali hantar masej pada dia.

Urusan kerja ada group wasap kilang tapi dia 'archived'kan. Begitu juga group wasap keluarga. Zaidah dan empat orang kakaknya sudah masak sangat dengan perangai Ratna Chempaka.

Pada dia kalau perkara itu terlalu penting, tahulah mereka memastikan dia tahu sesuatu berita itu. Dia pun tak faham kenapa dia ada penyakit anti sosial kronik seperti itu.

(Ini perangai sy ye. Sebab tu sy suka NP. Mse senggang sy menyorok di sini kahkah)

017720####

Siapa ini orang?. Gambar 'dp' secawan kopi panas. Cawan kopitiam.

'Assalammualikum'
'Boleh berkenalan?'
'Saya ni peminat awak'

Eh, eh, eh...

Siapalah ni nak main-main dengan dia.

Mesti Fakarudin ni. Tapi dia ada nombor mamat tak siap tu. Tapi... Fakarudin ni! mamat itu saja lelaki yang ada nombor telefon dia!.

"Wei! mana engkau sekarang!?".

Tanpa mukadimah dia terus sembur apabila panggilannya bersambut.

"Siapa ni? Chem kan?".

Aramak! Cik Esah lah. Ratna Chempaka gigit kepal jari supaya tidak terjerit ralat. Padan muka aku!.

"Aha... ye Cik. Maaflah Cik, Chem ingat Udit yang jawab."

"Membongkang lagi ni Chem. Balik cuti ni buat tahi mata je. Chem nak cakap dengan Udit ke? Nak Cik kejut dia?".

"Ermm... tak pelah Cik. Nanti petang sikit Chem call lagi. Mekasih Cik. Assalamualaikum".

"Sama-sama Chem. Waalaikummussalam."

Pergh! Besar kemaluan ya biadap dengan orang tua.

Ratna Chempaka belek lagi muka telefon. Aplikasi Wasap dengan nombor 017720#### dia selidik apa yang ada.

Siapalah ini orang. Penasaran Ratna Chempaka mahu tahu. Belum pernah ya sebelum-sebelum ini.

Mesti bukan orang sini, kilang sini, kawan-kawan sini kerana... semuanya di sini tahu tentang selipar jepun dua orang itu.

Apa kata... kalau dia layan. Saja buat isi masa senggang macam sekarang. Berlatih ada 'couple'. Ahaks!...

'Tak jawab salam berdosa tau'.
'Saya ikhlas ni nak berkenalan'

'Waalaikummusalam'
'Sape ni?'

'Peminat awak'

'Kita sama kerja ke?'
'Mana awak dapat nombor saya?'

'Tak'
'Adalah.'

Main-main ya!?.
Tapi...
Seronok juga main-main ni. Hilang stress geramkan Umar dan Uthman.

Dia masuk shift malam. Lapan malam lapan pagi. Sepatutnya sekarang jam sembilan ini dia sudah sampai di rumah dan dapat tidur, malangnya...

Si Umar sekarang sudah kembali duduk di rumah Kak Long!. Miang...

Katanya sekarang ada di rumah. Malas betullah!.

Mana tau mamat ni jodoh dia. Bolehlah dia 'sayonara eh' kan selipar jepun dua orang itu.

Zaidah pun dah ada mata air. Malulah kalau Zaidah dah kahwin nanti dia kawan pun tak ada.

'Saya pernah jumpa awak ke?'

'Saya pernah nampak awak'

Okay...

'Soalan tak berjawab! Saya pernah jumpa awak?'

Kita tunjuk tegas sikit.

'Please Ratna, kalau tanya macam tu memang payah sikit nak jawab. Apa kata kita berkenalan rapat cara macam ni dulu. Kenal hati budi. Kalau awak dah nampak saya mesti awak tak nak sebab saya tak hensem'

Panjang ya tali pancing dia. Nak layan ke tak?

Tapi... buat 'training'lah mamat ni. Dia tak pernah berborak dengan lelaki dalam wasap macam ni. Tidak termasuk Umar dan Uthman. Dua-dua tu dia sudah sekat.

'Saya baru habis kerja ni. Nak balik, nak rehat'

'Oh! okay... nanti saya wasap lagi. Thanks Ratna jawab wasap saya. Assalamualaikum'

Dia tidak membalas lagi. Salam dia jawab di dalam hati.

Ratna ya?...

@@@@@@@

Sampai rumah, Ratna Chempaka masuk ikut pintu dapur. Aiskrim yang dia beli untuk Azwina dan Azwani dia terus masukkan ke dalam peti sejuk.

Atas meja makan ada plastik bising warna merah berikat. Apa isi dalam ni?.

Wah! Langsat!

Ratna Chempaka terus tarik bangku dan duduk menghadap buah langsat. Buah kegemaran dia ni. Kak Long tahu sangat dia suka buah ni. Ermm manisnya!.

"Aku beli dekat Kampung Redong tadi. Tau kau mesti suka."

Ratna Chempaka habiskan buah yang sudah dikupas di tangan. Masuk mulut semua sekali. Nasib baik kecil. Kalau tidak mahu dia tercekik buah langsat.

"Mekasih."

Sambil bercakap terus dia bangun kemas semula sepah atas meja dan susun bangku dia duduk sebentar tadi.

Umar yang sudah menarik bangku tidak jadi melabuhkan duduk. Dia perasan Umar merenung dia yang berkemas-kemas.

"Chem... Janganlah macam ni. Bagilah aku peluang Chem. Kita cubalah dulu."

Meremang dan mengeleman roma Ratna Chempaka. Anak saudara tu!. Dia tidak rasa apa yang Umar dan Uthman rasa pada dia. Begitu juga selipar jepun dua orang itu, tidak merasa apa yang dia rasa!.

"Aku dah pernah cakap pada kau, pada Oman. Aku tak nak!".

"Chem, aku..."

"Mar! Tolong Ibu hantar baulu ni rumah Tok Awi. Anak dia nak balik Pasir Gudang kejap lagi."

Serentak dia dan Umar berpaling ke mata tangga. Kak Long menjinjit dua plastik bising besar di tangan kanan dan kiri.

"Bukan patutnya dia ambik ke Ibu?".

Umar berkerut muka mahu mengelak pergi menghantar baulu tempahan pelanggan.

"Tolonglah..." rayu Kak Long.

"Chem hantar Kak Long."

Dia menawarkan diri dan segera menuju mata tangga. Mahu mengambil baulu di tangan Kak Long.

"Tak payah! Umar hantar."

Meluru Umar mendahului Ratna Chempaka untuk sampai dahulu kepada ibunya. Dia pura-pura membasuh tangan di sinki ketika Umar bersiap keluar ikut pintu dapur.

"Makan Chem. Kak Long buat nasi lemak tu. Makan banyak-banyak. Chem makin kurus sekarang."

Sambil bercakap Kak Long keluar ke beranda dapur. Tempat Kak Long membakar baulu untuk perniagaan kecil-kecilannya.

"Okay Kak Long. Terima kasih."

Bergenang air mata dia. Hidup menumpang begini, Umar dan Uthman pula. Tiba-tiba dia rasa sebak merindu. Rindu arwah abah, arwah mak dan arwah Tok. Juga rindukan rumah Tok yang sudah jadi abu.

@@@@@@@

Sejak akhir-akhir ini selipar jepun berdua itu semakin menyesakkan kepala otaknya. Ini kerana si Umar dan Uthman sudah duduk berulang kerja dari rumah Kak Long

Kalau kerja malam, siang dia terpaksa menghadap Umar yang mengikut mengambil shift kerja seperti dia.

Kalau kerja siang, malam pula terpaksa menghadap Uthman yang bekerja dari jam lapan pagi ke lima petang.

Abang Mahadi yang pulang sekali-sekala pun nampak tidak suka ada dia di sini. Mungkin di dalam hati abang iparnya itu menuduh dia punca sengketa anak bujangnya.

Sudahnya hidup dia terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja. Mahu ke rumah Zaidah pun payah juga kerana kawan baiknya sudah ada mata air. Sibuk melayan mata airnya.

Cumanya lima enam hari ini walaupun dia stress kerana si Umar dan Uthman tapi hatinya sedikit terubat kerana berbalas mesej wasap dengan 'peminatnya'.

Itulah yang mengalih kegusaran hatinya melihat Umar dan Uthman berbalas kata berebutkan dia. Gusar melihat Kak Long yang juga nampak sedih melihat anak bujangnya bertekak begitu.

Terima kasihlah pada peminatnya yang entah siapa itu. Rasa budget artis atau influencer pula kerana ada peminat seperti yang diakui lawannya bermesej itu.

Malangnya dia masih tidak tahu siapa lelaki itu. Dia melayan sahaja suka-suka. Bukan berbual hal peribadi atau isu semasa sangat. Lebih kepada bertukar-tukar teka-teki sahaja banyaknya.

Ataupun bertukar-tukar cerita-cerita lawak yang pernah mereka dengar. Atau bercerita pengalaman melalui perkara paling memalukan seperti jatuh longkang atau tersalah naik bas sekolah.

Begitulah bentuk perbualan mesej Ratna Chempaka dengan peminatnya. Seronok! Agaknya begitulah rasanya orang yang sedang bercinta.

Kalau lelaki lawan mesejnya ini mahu menarik taraf hubungan mereka mahukah dia ya?. Atau, tidak perlu berkenalan lebih jauh ajak sahaja lelaki itu berkahwin.

Bercinta selepas nikah katanya lebih bahagia, lebih selamat dan menepati piawaian dari sudut agama.

Jauh benar akalnya bekerja.

Dia bukanlah mahu berkahwin sangat sebenarnya. Dari segi mental dan fizikal langsung tidak menyediakan dirinya ke arah itu. Dia cuma mahu lari dari ketidak selesaan perasaan.

Dia baru 20 tahun. Impian terbesar dia sekarang mahu membina sebuah rumah menggantikan rumah arwah Tok.

Duit derma daripada yang berhormat adun parti politik yang menang mewakili kawasan kampungnya ada dia simpan.

Campur duit yang kakak berempatnya sumbang buat menambah modal membina rumah impiannya juga sudah masuk sekali.

Cuma jumlah semuanya belumlah cukup untuk menaikkan sebuah rumah. Mahal sungguh modal campur upah sebuah rumah sekarang. Baru dia tahu.

Hmmm...
Ratna Chempaka terkebil-kebil memandang siling bilik. Tak nampak sebenarnya kerana sudah padam lampu dan bergelap. Dia baring di atas toto yang dibentang di atas lantai.

Di atas katil Azwina dan Azwani sudah lama tidur kerana esok hari sekolah.

Dia sudah bulat nekad akan berpindah ke rumah sewa Zaidah cukup bulan ini. Untuk masuk sekarang susah mahu dikira duit sewa dan duit deposit.

Sebenarnya rumah Kak Long ini baru sahaja aman dan senyap. Sebentar tadi gegak gempita bunyi suara garau dua orang selipar jepun itu bertekak lagi.

Puncanya cuma kerana semalam Umar mendapat tahu Uthman menghantarkan makan malam untuknya ketika dia bekerja shift malam.

Cantik sangat ke aku ni?

Ratna Chempaka masih terkebil-kebil di dalam gelap. Tak faham dengan cerita dia, Umar dan Uthman sejak selipar jepun berdua itu mumayyiz.

@@@@@@@

Tersengih-sengih...
Ratna Chempaka perhati sahaja Zaidah yang tidak mengendahkan dia di hadapan mata.

Jatuh sudah tarafnya di mata Zaidah. Dia kena bersedia untuk kehilangan Zaidah dari sekarang. Teman rapatnya sudah memasukkan bab majlis perkahwinan impian dalam perbualan.

"Kalau aku masuk rumah kau sekarang boleh tak Dot?".

Agak lama soalannya terbiar dihurung lalat. Barulah Zaidah berhenti tersengih-sengih dan berhenti menaip sesuatu di muka telefon.

"Apa kau tanya tadi?."

"Tak apa, kau balas dulu mesej tu."

Ikhlas dia cakap, bukan menyindir. Dengan harapan itu mesej terakhir Zaidah untuk mata airnya dan menumpukan perhatian padanya pula.

"Dah, dah... dah ada customer baru sampai nak servis kereta."

Alasan begitu tapi tangan masih mencolet-colet.

"Aku nak masuk rumah kau sekarang boleh tak?".

"Aku tak kisah Chem. Budak-budak lain tu berkira. Aritu kau tumpang kejap pun bising bill api air. Aku bayar lebih tau api air bulan lepas sebab malas nak dengar dia orang bising."

"Kira hari tak boleh ke?".

"Dia orang tak nak. Ramai sangat katanya. Nanti berebut bilik air kata dia orang."

Ratna Chempaka faham tentang bilik air itu. Anak dara seramai enam orang berkongsi rumah dua bilik dengan hanya ada satu bilik air.

"Dah tak lama Chem. Habis bulan ni aje Kak Zu tu ada. Bulan baru ni dia dah tak ada. Berapa hari je lagi."
"Dulu aku ajak kau masuk masa kosong satu kau tak nak."

Zaidah mengingatkan dia lagi cerita ketika terpaksa keluar dari rumah Kak Ngah dan menumpang di rumah Kak Long.

Hmmm...
Masa tu dia cuma fikir susahnya dia. Dia fikir mahu berjimat dan segera mengumpul duit banyak-banyak untuk membina rumah.

Untuk impian itu punca awal dahulu dia terima perlawaan Kak Ngah tinggal percuma di rumahnya supaya dia segera dapat mengumpul modal membina rumah baru.

Masa itu setiap malam dia mimpi arwah Tok menangis kerana rumah sudah terbakar. Kakak-kakaknya kata itu kerana dia merasa bersalah kehilangan rumah pusaka dengan seribu kenangan.

Dia cedera kebakaran tahap satu masa hari kejadian. Dia tetap masuk ke dalam bilik walau rumah sudah separuh terbakar.

Sempat dia ambil beg Mickey Mouse yang dia guna menyimpan segala dokumen penting. Beg itu hadiah dari arwah abah sebab dia menang pertandingan hafazan.

Dia juga sempat meragut telekung yang bersidai di dawai ampaian tepi dinding. Telekung hadiah dari arwah Tok ketika mengerjakan Umrah. Balik dari Umrah itu Tok meninggal kerana demam panas dan sakit tua.

Kemudian, dalam keadaan melecur di kaki dia terjun dari tingkap bilik. Patah dua jari tangan. Baru dia tahu rupanya boleh tahan tinggi rumah pusaka itu.

"Kau kenapa sebenarnya Chem?"

"Aku... risau tengok selipar jepun berdua tu. Aku kesiankan Kak Long. Murung dia tengok budak berdua tu asyik bergaduh."

Semalam dia teman Kak Long menghadiri temujanji di Klinik Kesihatan Labis. Tekanan darah tinggi Kak Long sistolik ≥160 mmHg. Tekanan darah tinggi diastolik ≥90 mmHg.

Mujur bacaan kali kedua tekanan darah itu turun 140/80. Itupun lama Kak Long duduk dahulu menenangkan diri. Kalau tidak semalam Kak Long dah check in wad Hospital Segamat.

Dia yakin puncanya kerana dia, Umar dan Uthman.

Aje pening!.

Patutnya dia cek tekanan darah dia juga semalam. Entah-entah lebih tinggi dari Kak Long.

Hmmm...

sorry lambat. bnyk urusan Ari ni. jmpt bce sume.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience