Bab 9

Drama Series 8960

"Abis tu kau nak balik Johorlah ni?".

Teman sebilik yang sedang duduk bersila menghadap cermin muka untuk berias ke tempat kerja menyoal kerana melihat dia yang berkemas pakaian dan dimasukkan ke dalam beg merah jambu pemberian Kak Chik.

"Ermm balik Johor."

Biar Fakarudin mencarinya di negeri Johor jadi dia boleh selamat di Seberang Prai.

"Tak dapatlah jumpa kau lagi."

"InsyaAllah... Panjang umur, InsyaAllah jumpa."

Selesai sudah dia berkemas. Sejak selepas subuh dia sudah menghimpun segala barang miliknya untuk dimuat hanya di dalam satu bagasi milik Kak Chik.

Mujur pakaiannya memang tidak banyak mana. Sejak sampai di George Town memang dia berhemah membeli.

Pekerjaannya pula disediakan uniform. Rumah impian di tanah Tok memang keutamaan dalam perancangan kewangannya.

"Kahwin jangan lupa jemput aku ye Chem. Aku tak pernah sampai Johor."

Teman berasal dari negeri Perak itu sudah siap berdandan dan sudah menyangkut beg kerja di bahu kanan.

"InsyaAllah aku jemput. Jumpa lagi ye. Aku minta maaf salah silap, halalkan makan minum aku."

Mereka bersalaman dan berpeluk kemudian berlaga pipi kiri dan kanan. Teman sebilik hilang di sebalik pintu.

Ratna Chempaka kembali duduk bersila bersandar di dinding. Melatari pandangan ke segenap sudut bilik.

Bagasi merah jambu Kak Chik dan beg sandang hitam merah Mickey Mouse hadiah dari arwah abah di tepi muka pintu sudah siap di situ.

Toto alas tidurnya selama di rumah sewa ini di penjuru bilik, dia terpaksa tinggalkan.

Jika perancangannya terus ke Seberang Prai mungkin boleh dibawa sekali tapi dia sudah terlanjur berjanji menemani Baizura ke Hatyai maka tidak dapatlah dia terus menjadi tuan kepada toto itu.

'Tit'

'Cuti aq confirm. Jgn ckp sape2 plan kita. Aq tpu tpt keje ckp nk cuti emergency smggu, bg alasan Mak aq warded. Klw tk tpu cm ne aku nk bwk ko gi Sbrng Prai.'

Ratna Chempaka membaca mesej yang diterima dari Baizura. Jam di muka telefon menunjukkan pukul sepuluh pagi.

Satu mesej masuk lagi. Beserta gambar sebuah beg.

'Jmpe kt Komtar. Naik bas pkl 12pm dr sne trus Hatyai. Jangkaan tbe pkl 4pm. Tlg bwk kn beg aq ada dlm bilik.'

Kenapa tak bawa sekali pagi tadi?. Oh! Mungkin Baizura mahu mengaburi mata teman serumah yang lain dan lagi Baizura ke tempat kerjanya dahulu untuk memohon cuti.

Ratna Chempaka segera bangun. Tidak boleh keluar lambat bimbang kesesakan jalan.

Sebelum menutup pintu rumah sewa, sekali lagi Ratna Chempaka melatari pandangan ke segenap sudut.

Terima kasih rumah. Selamat tinggal.

@@@@@@@

Dari Komtar bukanlah mereka menaiki bas. Rupanya pengangkutan biasa untuk ke selatan Thailand dari Penang adalah van perlancongan.

Setiap hari berpuluh trip dari syarikat pengangkutan perlancongan Malaysia menggunakan van masuk ke Thailand bagi pelancong dan orang persendirian.

Malang bagi Ratna Chempaka dan Baizura kerana turut serta di dalam perjalanan mereka lima orang pelancong warga emas dari tanah besar China.

Riuh bunyi perbualan rancak lima orang pelancong itu membuatkan mereka rasa tidak sabar perjalanan empat jam itu segera berakhir. Sepanjang perjalanan mereka memejamkan mata walaupun tidak mampu tidur.

@@@@@@@

"Ada minyak angin Chem?".

Ratna Chempaka mengeluarkan dari kocek beg sandang Mickey Mousenya minyak angin lalu dihulur kepada Baizura.

"Aku rasa kalau lagi setengah jam tak sampai mesti aku muntah dalam van tadi."

Sambil bercakap Baizura melabuhkan punggung ke bangku kayu di hadapan rumah kedai tempat hentian van perlancongan. Ratna Chempaka ikut mengambil tempat di sebelah Baizura.

Pandangannya jatuh kepada pelancong China warga emas seramai lima orang yang bersama mereka di dalam perjalanan tadi. Sedang mengeluarkan beg mereka dari belakang van.

Tetap riuh, tetap bertenaga. Sungguh Ratna Chempaka kagum dengan tahap kecergasan mereka.

"Kau okay tak ni?".

Soal Ratna Chempaka kepada Baizura perihatin. Kasihan dengan temannya yang nampak letih dan lemah.

"Okay."

Dia sudah biasa menggunakan pengangkutan awam yang lazimnya dipenuhi oleh warga asing pada waktu puncak. Sejak dari zaman sekolah.

Motorsikal buruk di Labis hanya menjadi miliknya selepas bekerja di kilang kotak. Motorsikal terpakai yang dia beli dari Kak Ngah. Hatinya tiba-tiba jadi rindu pada kampung halaman dan kakak-kakaknya.

"Malam ni kita tidur mana?".

Soalnya kepada Baizura selepas wajah temannya sudah tidak sepucat tadi. Baizura menghulurkan kembali botol minyak angin ke tangannya kemudian mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan.

"Chem, kau tanya password wifi kat dalam. Lepas tu mintak beli sim kad satu."

Ratna Chempaka menurut arahan Baizura. Dia masuk ke dalam rumah kedai yang merupakan tempat jualan tiket bas untuk masuk ke Malaysia.

Tidak sabar mahu segera mendapat tempat penginapan. Dia mahu mandi dan tidur sekejap. Malam baru keluar berjalan untuk makan dan cuci mata.

@@@@@@@

"Kau sayang ke Din tu Chem?".

"Sayang..."

Sedap sungguh tomyam campur. Bukan tomyam sahaja. Semua di atas meja sedap dan menepati selera. Baby kailan, udang goreng tepung dan air teh ais.

Kalau setiap hari dapat menikmati menu makanan sebegini sangatlah 'heaven'!.

"Tak rasa menyesal ke lari dari Din?."

Ratna Chempaka bersandar. Cuba melegakan perutnya yang tegang kekenyangan.

"Aku lagi ralat Din jadi macam tu. Kalaulah betul macam orang cakap Din jadi macam tu sebab aku... serious aku menyesal."
"Aku sayangkan perangai dia yang dulu. Aku tak nak Din yang sekarang."

"Tapi memang betul... aku rasa dia jadi macam tu sebab kau."
"Dulu dia 'couple' dengan kawan satu tempat kerja aku tu tak ada pulak perangai dia macam sekarang".
"Susah rupanya kalau dapat partner cantik lawa ye."

"Tak ada mananya aku ni cantik Zu. Biasa je. Kau pun cantik."

"Cantik aku tak sampai tahap orang jadi gila lagi."

Baizura mengangkat tangan memanggil pekerja kedai untuk membayar. Mendengarkan jumlah yang dibayar Baizura, Ratna Chempaka menghulur separuh dari jumlah tersebut kepada Baizura.

"Tak pe, malam ni aku belanja."

"Thanks Zu."

Mereka berjalan perlahan-lahan menyelusuri jalan untuk ke hotel tempat penginapan mereka.

Suka melihat aktiviti orang ramai yang kebanyakkannya adalah pelancong dan perniaga gerai di pinggir jalan. Cahaya lampu memeriahkan suasana bandar Hatyai.

"Dulu Din macam mana Zu?".

Mahu juga Ratna Chempaka tahu perangai Fakarudin di mata semua teman di Pulau Pinang yang mengenali mereka. Teman yang membuat kesimpulan perubahan Fakarudin berpunca dari dia.

"Pak lawaklah! Memang happening kalau ada dia. Aku kenal dia sebab kawan aku tu."
"Ni nak jalan lagi ke terus balik bilik?".

Mereka sebenarnya sudah keluar sejak selepas maghrib. Jam sekarang pukul 12 tengah malam waktu Thailand bermakna di Malaysia sudah pukul satu pagi.

Masing-masing sudah kelelahan dengan perjalanan hari ini. Walaupun selepas dapat bilik mereka sempat lelap sekejap selama satu jam tetap tidak menghilangkan rasa letih di badan.

"Kita tiga malam sini kan. Balik biliklah Zu. Penatlah."

"Okay."

Arah langkah mereka dilencongkan ke hotel penginapan. Sebuah hotel dua bintang yang dipilih Baizura. Dia memang mengikut sahaja perancangan temannya ini.

Setakat ini dia berpuas hati dengan cara Baizura. Bermakna selepas ini jika Baizura mengajaknya 'healing' lagi, dia akan setuju.

Tidak sangka perjalanan cara bidan terjun sebegini lebih mudah urusannya.

Semalam dia saksi amokan Fakarudin yang cemburu buta. Dia jugalah yang menangis teresak-esak merayu Muhammad Zain menarik semula laporan kes serangan Fakarudin.

Hari ini dia sudah di Hatyai untuk 'healing'. Sedikit berdenyut ngilu tangkai hati Ratna Chempaka kerana berada di sini apabila mengenangkan Fakarudin di dalam lokap polis kerana 'cinta terulung' untuknya.

Arghhh!...
Dia di sini juga kerana Fakarudin. Ini sahaja caranya untuk menyedarkan sahabat yang tiba-tiba 'buta' oleh perasaan posesif, obsesif dan difensif. Perasaan Fakarudin kepadanya bukanlah cinta tapi gila!.

Jika bukan bertujuan untuk menyelamatkan Fakarudin tidak mungkin dia berada di sini!.

"Lepas tu kawan aku tu dapat offer dari Putrajaya, Kementerian... Tanah dan Galian rasanya."
"Mula-mula pergi dia orang couple lagi. Lepas tu member aku senyap".
"Tapi Din okay aje. Tak ada pulak muka frust ke, meroyan apa semua tak ada."

Baizura membuka pintu bilik. Masuk dan terus duduk di atas katil yang dipilihnya sejak daftar masuk petang tadi.

Ratna Chempaka meletakkan beberapa barang yang dibelinya di atas meja kopi berdekatan. Bagasi merah jambunya dibuka, dia mengambil kelengkapan untuk tidur.

Baizura di atas katil membelek barang-barang yang dibelinya di pasar malam sebelum mereka pergi makan.

Ratna Chempaka masuk ke dalam bilik air tapi tidak menutup pintu kerana sekadar mahu memberus gigi dan mencuci muka.

"Masa tu ke kau 'try' Din?."

Pintu bilik air yang tidak bertutup betul-betul menghadap Baizura yang duduk di hujung katilnya. Dari biasan cermin di atas sinki dia boleh nampak teman itu yang menyusun barang-barang yang dibelinya.

"A'ah. Dia layan aku. Cara dia bercakap tu macam aku dah dapat dia."
"Sepanjang cuti sebulan tu pun tiap malam call dan wasap aku."
"Aku ingat dia balik Penang confirm kita orang couple."

Ratna Chempaka rasa bersalah. Tenang dan bersahaja cara Baizura bercerita seolah-olah tidak apa-apa, lebih membuatkan dia rasa bersalah.

Cepat-cepat dia bersiap dan keluar dari bilik air. Selepas ini giliran Baizura pula untuk masuk membersihkan diri sebelum tidur.

"Sorry Zu aku ikut Din balik Penang. Kenapa kau tak cakap dulu?. Kalau tak mesti aku tarik diri."

Keluar dari bilik air Ratna Chempaka duduk di birai katil Baizura menyatakan rasa bersalahnya sudah mengganggu hubungan Baizura dengan Fakarudin.

"Hey... kau ni relax ah. Aku okaylah. Tengok! aku boleh cerita selamba aje dengan kau kan."

"Tapi... kalau aku tak ada mungkin kau dah dengan Din."

"Bagus jugak dia dengan kau Chem. Mungkin!... sebenarnya... jauh di sudut hati dia rasa tersakiti kena tinggal dengan member aku. Tu yang buat dia bercouple baru jadi cemburu buta macam kau kena ni."
"Selamat aku. Kalau tak, kau tu aku agaknya sekarang... relaxlah Chem. Aku okaylah."

Ratna Chempaka jadi terdiam. Positifnya seorang Baizura. Hebat betul cara pemikiran temannya ini.

Awal perkenalan dahulu dia fikir gadis ini berlagak. Air mukanya yang sedikit keras walaupun berwajah cantik seolah-olah karekternya seorang yang sombong.

Ratna Chempaka merasa tiga kali lebih bersalah sekarang ini dengan fikiran-fikiran buruk tentang Baizura sebelum ini.

"Alamak...".

"Kenapa?".

Dia yang sudah jauh berkhayal tersentak dengan keluhan Baizura yang tiba-tiba.

"Air yogurt ni perisa orenlah! Aku salah beli. Aku tak suka oren..."
"Aku ingat aku ambik strawberi macam yang lain ni."
"Kau nak Chem? Tapi aku dah bukak tutup dia."

"Bolehlah. Meh bagi aku. Berapa ni?".

"Nah. Tak pelah tak payah bayar. Aku belanja."

"Tadi makan kau dah belanja."

"Tak pe. Aku suka kawan dengan kau. Kau best Chem. Agaknya sebab tu Din takut kau berborak dengan lelaki lain."

"Mana ada. Din tu entah kena sampuk hantu apa. Perangai tiba-tiba jadi macam tu."
"Aku minum ni eh".

"Minumlah. Esok giliran kau belanja aku pulak kan... Boleh?".

"Okay. No hal."

Sungguh Ratna Chempaka rasa sangat bersalah dengan Baizura. Rupa-rupanya teman ini sangatlah mengembirakan. Balik Malaysia nanti akan menolong dia mendapatkan pekerjaan pula.

Dia terus naik ke katilnya untuk tidur, mahu menyediakan tenaga untuk dirinya supaya dapat berjalan-jalan dengan gembira di Hatyai esok.

Esok pagi nak cari sarapan pagi viral Hatyai seperti perancangan Baizura.

Tak sabar!.

Sy stuck dgn idea asal angan-angan cite ni lps tu tk blh gerak. dh taip bce blik tk logik. Sy up je dulu Bab ni. rajin2 jenguk ye klw Sy ada up Bab baru. sorry sume. tqvm sudi bce cite sy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience