"Saya tak nak . Serik".
"Amboi... cepatnya jawab. Fikirlah dulu."
Muhammad Zain di seberang sana meja memujuk. Ratna Chempaka buat muka selamba.
"Kenapa? Sebab Din ke?".
"Ya, dan Din orang ketiga berperangai macam tu. Saya serik, saya tak nak lalui lagi cerita macam tu."
"Kalau saya janji tak akan buat perangai macam Din, macam yang lagi dua tu, boleh tak awak bagi saya peluang Ratna?. Saya tak akan kongkong awak, saya tak akan cemburu buta. Saya janji Ratna."
Muhammad Zain angkat dan halakan tapak tangan kanan yang separas mukanya menghadap Ratna Chempaka.
"Zain..."
"Saya balik dulu."
Dia capai beg tangan di atas bangku di sebelahnya, sudah separuh berdiri juga.
"Eh! Eh! Okay! Okay! Saya tak cakap lagi. Kita cerita lain. Sorry okay."
Tali beg tangannya segera ditarik Muhammad Zain membuatkan dia hampir terdorong ke muka meja. Main kasar nampak!.
"Sorry, sorry... saya nak tahan awak."
Muhammad Zain separuh berdiri dan Ratna Chempaka sudah berdiri sepenuhnya.
"Please Ratna. Okay saya tak cakap lagi. Please..."
Tali beg yang panjang berada di dalam tangan Muhammad Zain. Jika Ratna Chempaka tarik ada harapan dua biji gelas di atas meja jatuh ke lantai.
Ratna Chempaka duduk semula. Bersandar ke belakang kerusi dan pandangan melatari sekeliling restoran. Beberapa pasang mata sedang tertumpu ke arah mereka.
Dia mengeluh. Dengan cara Muhammad Zain ini ada harapan pisang berbuah lagi jika dia bersetuju menerima lelaki ini menjadi kekasih hati.
"Sorry Ratna. Saya tak buat lagi. Saya tunggu dengan sabar, dengan berhemah awak terima saya."
Hmm...
Dia sudah banyak kali mengelakkan diri, melarikan diri dari Muhammad Zain tapi lelaki ini tidak pernah mengalah.
Panggilan telefon, jambangan bunga atau makanan dan menunggu-menangga di hadapan bangunan SoRia Kosmetik Sdn Bhd. Mujur dia menumpang tinggal di banglow Dato' Burn, mujur sangat. Alhamdulillah.
Mahu terlalu berkeras yang ganas bimbang pula lelaki ini bertindak keterlaluan maka terpaksa Ratna Chempaka bermain tarik tali.
Tidaklah menolak terang-terangan tapi berjuta alasan dia beri pada setiap kali pujukan. Baik memujuk untuk keluar makan, berlibur di hujung minggu atau seperti sekarang berjualan kasih kepadanya.
Ratna Chempaka sudah nampak tanda-tanda dia harus menguruskan Muhammad Zain dengan berhemah. Tidak mustahil dia mungkin akan terpaksa berhijrah lagi jika Muhammad Zain sudah tidak boleh dipujuk seperti sekarang.
Argh!
Penatnya memikirkan, tapi lebih penat lagi jika terpaksa menangani cemburu seorang lelaki obses atau ketakutan memulakan hidup di tempat baru.
Sudahnya beginilah dia sekarang berkawan rapat dengan Muhammad Zain. Dia juga sebenarnya menggunakan Muhammad Zain sebagai teman lelaki tipu-tipu kerana sejak kebelakangan ini dia kerap didekati ramai lelaki yang bekerja di pejabat sekitar bangunan SoRia Kosmetik Sdn Bhd.
Untuk sementara ini biarlah begini. Mungkin jika keadaan meruncing dia akan mencari Ali Firdaus. Dia akan war-warkan hubungan rasminya dengan suami tidak logik itu.
Mahukah Ali Firdaus menolongnya lagi?. Adakah cerita di Hatyai itu satu pertolongan atau satu perangkap yang tidak berjaya?.
@@@@@@@
"Mawar, bagi Abang peluang."
Berlari anak Ali Firdaus cuba menyaingi langkah laju Mawar Baiduri. Sedari tadi dia tahu gadis ini sedang cuba menghindari dirinya.
"Mawar!".
Ali Firdaus terjerit. Terpaksa dia rentap tangan Mawar Baiduri yang sudah turun ke bahu jalan dari kaki lima bangunan. Mujur dia cepat.
Masing-masing terdiam menenangkan jantung yang berkompang. Maki hamun dapat dia dengar dari penunggang motorsikal yang juga sudah terhenti beberapa meter arah kanan mereka.
"Sorry Encik. Isteri saya tak perasan."
Ali Firdaus angkat tangan meminta maaf dan memberi alasan. Dia raih lengan atas Mawar Baiduri lalu ditarik naik kembali ke kaki lima bangunan.
"Mawar okay?".
Gadis itu tidak menjawab. Memberi jelingan marah lalu kembali melangkah. Ali Firdaus mengekor lagi, kali ini dia akan usaha sungguh-sungguh walau apa juga halangan.
Gadisnya berhenti di hadapan sebuah restoran mamak. Menarik bangku di meja pertama laluan mereka di kaki lima. Duduk dengan muka merenyuk marah. Sudah pasti marahkan dirinya.
"Abang tau tak apa topik hot dalam rumah sejak Mawar balik?."
Ali Firdaus tarik sebuah bangku bersebelahan Mawar Baiduri di meja empat tempat duduk itu.
"Bagilah Abang masuk dalam family Mawar. Baru Abang tau."
Dia tahu jawapannya hanya menghangatkan hati Mawar Baiduri tapi dia sudah penat hidup dengan wajah ketat sepanjang kehilangan gadisnya.
"Sumayyah kena cerai."
Tiada senyuman mengiringi ayat Mawar Baiduri. Hanya renungan tajam menikam ke wajahnya.
"Kalau Mawar tak lari dari Abang, tak perlu ada cerita Sumayyah. Sepatutnya Mawar tolong Abang pujuk Mommy. Bukan tinggalkan Abang sakit sorang-sorang. Baik Mawar pergi cari bomoh buat Abang bencikan Mawar"....
"Minum?".
Ayat geram Ali Firdaus terhenti. Mereka berdua mendongak memandang ane restoran mamak yang datang mengambil pesanan.
"Mawar nak minum apa?".
Gadisnya dahulu baru dia. Begini layanannya sejak dahulu pun tetap kena tinggal. Ralat rasa hati Ali Firdaus mengingat cerita dahulu.
"Teh o ais dua."
Dua pasang mata menghantar langkah ane mamak menjauh dari meja mereka.
"Kita tak mungkin akan bersama Abang. Keadaan sekarang lebih teruk dari dulu."
"Apa sebenarnya Mommy cakap dengan Mawar?. Apa cerita sebenar Mejar Jailani, Mommy Abang dan Mama Mawar?".
"Mommy Abang tak pernah cerita?".
"Tak."
"Walaupun selepas Mawar pergi?."
"Abang keluar dari rumah sebab Mommy berkeras tak setuju hubungan kita, tanpa alasan munasabah, tak nak cerita apa-apa. Menolak menerima Mawar. Tidak lama lepas tu Abang terpaksa nikah dengan Sumayyah."
"Apa sebenarnya hubungan Abang dengan Sumayyah?. Tak kan tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nikah? Macam mana Abang kenal Sumayyah!?".
"Mawar.... satu-satu please. Sekarang cerita dulu apa sebenarnya Mommy cakap masa hari jumpa dulu?. Mula-mula borak kosong, lepas tu terbuka cerita pasal perempuan nama Sumayyah yang suami hilang kat laut. Mak nya nama Sarimah anak Atan. Kenapa lepas tu dengar sahaja Mawar ada kaitan dengan Mejar Jailani Mommy tak nak terima Mawar?."
"Ergh!!!".
Mawar Baiduri merengus tiba-tiba. Menghempas belakang badan ke belakang kerusi.
"Dia bapak angkat Mommy Abang."
Hah! Biar betul?. Bukankah Mommy anak yatim piatu duduk di rumah kebajikan. Arwah atuknya sebelah Daddy yang menaja pelajaran Mommy ke Indonesia dalam bidang sains kimia. Dari dia kecil itulah ceritanya.
"Tapi... Mommy Abang yatim piatu duduk rumah kebajikan."
Mawar Baiduri angkat bahu untuk penyataannya. Mengucapkan terima kasih kepada ane mamak yang sampai dengan dua gelas teh o ais pesanan mereka.
"Mungkin itu yang parents Abang setuju untuk you all adik-beradik tahu. Tapi yang sebenarnya itulah... Mommy Abang, anak angkat Pak Long."
"Jadi... apa masalahnya dengan hubungan kita dari awal?".
Sungguh Ali Firdaus tidak nampak kaitan yang memudaratkan untuk hubungannya dengan Mawar Baiduri. Jika Mommy ada sengketa dengan Mejar Jailani boleh sahaja terus berseteru tiga tahun yang lepas dulu.
Mawar Baiduri dan Mejar Jailani dua keluarga yang berbeza. Dia yang akan berurusan dengan keluarga jauh Mawar Baiduri. Sekarang ini sahaja urusan sudah jadi sangat kusut. Argh! Ali Firdaus rasa semakin ralat.
"Papa suami tak jadi Mommy Abang."
Hah!?. Apa ni!?. Terlalu terkejut hingga dia hilang kosa kata.
"Pak Long paksa Mommy Abang nikah dengan papa. Katanya supaya papa ada hala tuju hidup kalau kahwin. Nanti tinggalkan dadah, judi, lumba haram. Kalau kahwin akan berubah jadi orang."
Dia tahu masalah Mawar Baiduri tentang bapanya yang keluar masuk pusat serenti. Mawar Baiduri zaman sekolah dahulu kerap dibuli mental kerana latar belakang bapanya yang berdadah.
"Mommy Abang lari dari Mejar ke?".
Mawar Baiduri mengangguk.
Tiba-tiba Ali Firdaus ucap syukur dalam hati. Tiba-tiba sangat berterima kasih dengan Mommy. Jika tidak, pasti dia yang terdera mental.
Astaghfirullah... Tak mengapa, dia akan jaga Mawar Baiduri selepas ini.
Dari dahulu sejak zaman sekolah mereka, juga ketika dia sudah jatuh sayang pada Mawar Baiduri, dia tanam tekad untuk menjaga Mawar Baiduri sehingga ke akhir hayat melihatkan kesedihan gadisnya kerana latar belakang keluarga.
"Sebab itu ke Mommy tak terima Mawar? Abang tanya Mommy hari Mawar lari Mommy tak nak jawab."
"Bukan sebab Mommy tak terima Mawar."
Eh! Apa pula ni?. Tak fahamlah!.
"Mawar boleh tak tolong cerita betul-betul. Bagi Abang faham. Abang ada hak untuk tau cerita yang sebenarnya."
"Balik dari jumpa mommy Abang, Mawar cerita pertemuan dengan Mommy pada mama. Mama mengamuk... habis satu rumah tunggang-langgang. Tak pernah Mawar nampak mama macam tu. Selama ni mama pendam saja masalah hidup walaupun dengan perangai buruk papa, dengan sepak-terajang papa..."
Mawar Baiduri sudah menangis. Cepat-cepat menyeluk ke dalam tas tangan mencari tisu. Ali Firdaus cuba meraih tangan Mawar Baiduri selepas gadis itu mengelap air mata tapi segera ditepis.
"Mama salahkan Mommy Abang untuk hidup dia yang terseksa selama ni. Kalau tak sebab Mommy Abang lari... dia tak akan terpaksa jadi galang ganti. Dipaksa nikah dengan papa. Pak Long ugut arwah atok hilang kerja jika tak nikahkan papa dengan mama . Kata mama hidup dia merana. Semua sebab Mommy Abang."
Allahuakbar!.
"Mujur masa tu Mawar belum tolak tawaran sambung master dengan biasiswa tu. Mawar terpaksa pergi sebab mama ugut kalau kita teruskan hubungan dia nak..."
Mawar Baiduri terdiam lama. Ali Firdaus mati kata dengan cerita yang baru dia tahu. Mommy tak salah dengan tindakan melarikan diri. Mesti Mommy sangat maklum akibatnya jika tidak melarikan diri. Ali Firdaus kenal sikap tajam fikiran ibunya itu.
"Kita tak ditakdirkan bersama Abang. Macam mana tebal sekalipun kasih sayang kita".
"Mama dengan Mommy Abang tak salah dengan pemikiran mereka. Mommy Abang lari sebab dia kenal keluarga tu. Mama bangkang hubungan kita pun tak salah, sebab dia yang merasa siksa nerakanya perkahwinan dia dengan papa. Itu takdir mereka, cerita dulu mereka berkait. Pada kita berdualah untuk beralah dengan cerita ni semua. Terima takdir kita pula yang kita ni tak berjodoh."
Ali Firdaus bersetuju sangat kedua ibu mereka tidak bersalah. Keduanya ada sebab tersendiri dalam versi cerita masing-masing.
Cuma tentang beralah itu yang Ali Firdaus tidak setuju. Dia sudah ada cara melepaskan diri dari Sumayyah dan rangka rancangan itu sudah dia susun. Tinggal tunggu masa yang sesuai. Selepas itu baru cerita dia dengan Mawar Baiduri.
Dia akan susun satu-satu. Susun elok-elok bagi jadi. Dari Sumayyah tingkatan tiga dan dia di tingkatan lima mereka berkawan tak mungkin dia mahu beralah sekarang. Lagipula dia sudah merasa bagaimana sedihnya kehilangan Mawar Baidurinya selama tiga tahun ini.
"Kalau Abang dapat cari cara selesaikan semua masalah ini boleh tak Mawar bagi Abang peluang?. Tolong tunggu Abang boleh?."
"Abang..."
"Please Mawar. Abang tak nak orang lain. Abang nak Mawar aje. Kita dah bersama lama. Abang tak nak give up hubungan kita macam tu aje."
Mawar Baiduri meraup mukanya. Kemudian kembali duduk menyandar dengan wajah yang sangat keruh dan sedih.
"Mawar tak kesiankan Abang?. Bukan Mawar ke orangnya yang selalu nak Abang cakap Abang sayang Mawar, rindukan Mawar, tak akan cari orang lain..."
"Itu dulu, sebelum semua ni. Lagipun, kalau cinta Abang teguh sangat pada Mawar mustahil ada Sumayyah!".
"Jangan nak berlakon seolah Mawar tak tau cerita sebenarnya apa yang berlaku antara Abang dengan Sumayyah. Kalau Mawar boleh cakap awal tadi topik hot dalam family Mawar pasal Sumayyah kena cerai, mesti Mawar tau kenapa dan bagaimana Abang nikah dengan dia."
Gadisnya terdiam. Ali Firdaus tahu firasatnya tepat. Tiga tahun dia berada di dalam keluarga besar Sumayyah bermakna keluarga besar Mawar juga.
Kekurangan atau kesedihan keluarga kecil yang lain bagai suatu ulam kegembiraan untuk perbualan mereka.
Bertanding terbaik, bertanding siapa lebih, bertanding duit ringgit harta benda itu suatu kemestian. Lapis muda wajib menurut kehendak yang tua. Ianya tradisi keluarga besar mereka.
Keluarga kecil yang paling sedikit duit ringgit dan harta akan berada pada susunan paling bawah dan bersedia menjadi bahan cerita dan umpat keji. Itu semestinya milik keluarga Mawar.
Kejatuhan dari tempat teratas nama baik dan air muka paling besar keluarga Mejar Jailani apabila Sumayyah memilih kahwin lari bersama suami pertamanya. Berakhir tragedi suami dan anak kecil Sumayyah hilang di laut ketika pulang ke kampung di pulau sebelah barat Selangor.
Sumayyah sakit teruk. Tamparan hebat kepada keluarga Mejar Jailani kerana semua orang kata Sumayyah sudah gila.
Dia tahu semua itu kerana dia jadi kambing hitam untuk menyelesaikan masalah maruah Mejar Jailani. Tiga tahun lepas yang penuh huru-hara.
Patutlah seteruk itu...
Rupanya baru hari ini dia tahu Mommy anak angkat Mejar Jailani.
Kenapa dan bagaimana bukan lagi isu utama untuk Ali Firdaus. Dia harus selesaikan satu-satu masalah yang ada sekarang.
Pertama pastilah Sumayyah, selepas itu Mawar.
Dia akan usahakan mama Mawar dan Mommy berdamai untuk cerita dahulu.
Selepas itu dia mahu kejar bahagianya pula.
'Fighting!!!'
Mak mertua Sy gula dia 33 msuk kecemasan aritu. Skg masih kat wad. harap Bab ni ayat dia tak pening. dpt tangkap tak kwn2? masih atas trek kn
Share this novel