'Abang tunggu jawapan Mawar.'
Pesanan di hantar. Pesanan yang sudah banyak kali.
Memang tiada jawapan tapi kerana dia sudah pasang aplikasi mailtrack.io, maka dia tahulah jika pesanannya sudah di baca atau belum, caranya;
1. Search ‘mailtrack.io’ dekat Google, atau klik link ini – mailtrack.io/en/
2. Klik ‘Install for Free‘
3. Kemudian, klik ‘Add to Chrome’ dan klik ‘Add extension’.
(Sudahkah anda belajar. Haha. Abaikan saya cuma nak panjangkan word.)
Hantar banyak-banyak. Biarkan!
Tak kanlah orang di sana tidak teragak untuk menjawab selepas sampai satu tahap. Jika tidak sekalipun sekarang-kurangnya dia sudah menjentik hati orang di sana kembali mengingatinya.
Mawar Baiduri...
Dahulu dia suka menyakat nama yang unik itu. Sakat, sakat dan sakat lagi sampai si empunya nama menangis.
Jauh di sudut hati dia terluka melihat Mawar Baiduri menangis kerana sebenarnya hatinya sukakan gadis itu. Kemudian dia minta maaf dan pujuk, tunjuk perihatin. Abang senior minta maaf pada adik junior.
Lepas tu dia tanya kenapa Mawar Baiduri jadi satu-satunya gadis yang tidak mengendahkan dia.
Jawapan yang dia dapat buat dia sukakan Mawar Baiduri sampai sekarang. Tidak mahu berebut sesuatu yang jadi rebutan, tidak mahu yang terlalu kacak. Mahu yang biasa-biasa supaya tiada saingan atau penyondol.
Mawar Baiduri tidak terfikirkah kesetiaan bukan diukur dari paras rupa.
Akhirnya Mawar Baiduri miliknya dari sekolah berasrama penuh. Si pemilik nama tidaklah cantik sangat pun orangnya tapi pada matanya manisnya ada.
Bukan kerana paras rupa.
Ketika Mawar Baiduri melarikan diri darinya dia kecewa. Sakit teruk. Tidak percaya Mommy tidak mahu menerima cinta hatinya. Sebab... Mommy kot, yang sebelumnya Ali Firdaus rasakan ibu paling memahami dalam dunia.
Kecewa melara, semua orang dia marah. Semua orang dia sudah tidak percaya. Sampailah dia terdengar satu lagu...
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada Tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada Tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama
*****
Jiwang kan...
Lagu yang dia jadikan penguat semangat yang dia akan bersatu kembali dengan Mawar Baidurinya.
Dia cabar Mommy dengan keluar dari rumah. Mengangkat Sumayyah menjadi isteri. Dia mahu Mommy tahu dia berhak ke atas dirinya sendiri.
Tidak lama lagi, perjanjiannya dengan Sumayyah tamat. Mawar Baidurinya akan pulang ke tanah air. Apa nak jadi, jadilah. Kali ini, akan dia turut kata hati, buat sampai jadi!.
@@@@@@@
"Awak ke mana Ratna?".
"Ke mana?."
"Awak lari dari Fakarudin kan. Ke mana?".
"Mana awak tau?".
"Fakarudin turun KL jumpa saya. Tuduh saya larikan awak. Mengamuk dekat office saya."
Bulat besar mata Ratna Chempaka dengan cerita Muhammad Zain. Biar betul?.
"Awak cerita betul ke ni?."
"Kenapa saya nak menipu pulak."
Ratna Chempaka sudah cuak. Janganlah kerana cinta obsesif Fakarudin kena lokap di Kuala Lumpur pula selepas kes di Pulau Pinang.
"Awak... report polis ke?".
"Tak, kawan dia nama Khai berjaya tenangkan dia."
Alhamdulillah. Syukur Chef Khai menemani Fakarudin turun ke Kuala Lumpur.
"Dia ada cari awak lagi?".
"Tak ada dah."
Alhamdulillah. Mudah-mudahan cerita Fakarudin sudah tamat sepenuhnya. Dia dan Fakarudin lebih baik tidak berjodoh. Dia sayangkan Fakarudin, sungguh!.
Sayang dengan persahabatan zaman kecil mereka. Bagai terbayang-bayang Fakarudin kecil yang comel yang selalu melindungi dia dari mara bahaya.
Cinta mengubah Fakarudin, Ratna Chempaka tidak mahu begitu. Kasihan Fakarudin juga ibu ayahnya yang juga sangat baik kepada Ratna Chempaka.
"Lepas Penang awak memang ke Bangi ke Ratna?".
"Yy... ya".
Tak kan nak cerita dia pergi healing ke Hatyai kemudian diculik, berkahwin dan lari naik lori sayur. Ditinggal bas pula di plaza tol. Siapa Muhammad Zain pada dia?. Bukan siapa-siapa. Hanya sekadar kenalan tanpa sengaja.
Dia gembira di Bangi. Bimbang terlebih percayakan orang dia hilang tempat menumpang, hilang lagi tempat bermukim.
"Tujuh, lapan bulan ni awak dekat sini?".
"Ya."
Sibuk je!
Err... bukanlah mahu menyombong ada yang mengambil berat tapi sejak cerita Baizura lebih baik dia berhati-hati mempercayai orang. Bangi tempatnya mencari makan.
Ratna Chempaka belum terfikir untuk pulang ke Labis. Duit untuk membina rumah belum cukup. Ada Fakarudin di Labis dan tidak mustahil muncul Ali Firdaus juga.
Argh!.
Kacaulah Muhammad Zain!. Tiba-tiba muncul dan buat dia ada anxiety.
"Nombor telefon awak".
Muhammad Zain hulur telefon logo applenya kepada Ratna Chempaka. Dia jadi serba-salah. Tak mahu bagi boleh tak?.
Dia rasa macam perempuan jahat pula. Kerana cemburukan lelaki ini, Fakarudin di lokap. Kasihan 'kawan baik'nya itu. Kemudian dia suka-suki jumpa Muhammad Zain bertukar nombor telefon. Mana empatinya menjadi bekas kekasih sahabat baik. Lagipun... dia isteri orang kot!.
"Nanti dululah. Saya nak mulakan hidup baru. Saya nak privacy. Harap sangat awak faham. Jangan salah faham bukan saya perasan, mungkin awak tak ada niat apa-apa cuma... bukan sekarang."
Fuh, lega...
Alhamdulillah ayatnya keluar lancar luah isi hati. Ratna Chempaka berimiginasi menepuk bahunya sendiri.
Muhammad Zain tenung wajahnya lama. Buat dia jadi serba-salah. Kemudian tersenyum kecil dan pandang arah lain.
"Bagus, bagus... Dari Ratna yang takut-takut dulu lebih baik saya tengok Ratna yang macam ni."
Dari serba-salah Ratna Chempaka jadi senang hati dengar komen Muhammad Zain tentang dirinya. Bermakna lelaki ini tidak berkecil hati dengan keengganannya memberikan nombor telefon.
"Terima kasih sebab awak faham. Saya tak boleh lama. Nak kena masuk kerja. I'll see you... when I see you."
Sudah lama dia teringin guna pakai ayat inggeris yang pernah dia dengar rakan sekerja guna, akhirnya dia jumpa situasi yang sesuai.
Ratna Chempaka bangun mengangkat sekali cawan plastik kopi aisnya. Masih banyak dan percuma dibelanja Muhammad Zain. Lelaki di hadapannya tersenyum kecil dan angguk dua kali
"Awak kerja situ?"
Ratna Chempaka sudah menolak bangku yang dia duduk sebentar tadi. Sudah mahu bergerak pergi.
"Apa tu?"
Dia tak faham. Situ mana?.
"Awak kerja situ, SoRia Kosmetik Sdn Bhd?".
"Oh, ya."
Ratna Chempaka menunduk memandang kad pekerja yang tergantung di leher. Lupa nak tanggalkan dan simpan sebelum keluar makan tengah hari tadi.
@@@@@@@
Cepat-cepat dia berbaring di sofa. Menghadap televisyen yang terpasang sejak tadi tapi tidak ditonton. Dari tadi Sumayyah sibuk jadi jaga. Berkawal di muka tingkap rumah.
Jika tidak menunggu begini dia akan terlepas. Cara suaminya pulang ke rumah akan menonong sahaja naik ke tingkat atas dan terus masuk ke bilik. Bilik yang tidak dikongsi dengannya.
Jadi dia kena pasang strategi baik-baik. Tidak boleh terlalu ketara dan tertangkap. Kena buat cepat sebab masa yang berbaki sudah tidak banyak.
Dengar sahaja bunyi pintu sudah terbuka terus dia...
"Eh, awak dah balik?".
Terpisat-pisat dia bangun meraup muka dan mengirai rambut yang tidaklah kusut. Harapan dia adalah sedikit gaya menggoda dengan berbuat begitu.
"Saya tertidur dekat sofa pulak. TV yang tengok saya."
Sambung Sumayyah lagi sambil cuba tertawa kecil yang sumbang bila Ali Firdaus langsung tidak menoleh tapi sibuk memasukkan kasut ke dalam gerobok kasut berdekatan pintu.
Kena 'ghosting' lagi dia. Hmm... macam mana cara dia nak buat?. Setiap kali beginilah sikap Ali Firdaus sejak hampir tiga tahun pernikahan paksa mereka.
Awal pernikahan dia suka, kerana waktu itu dia masih sakit perasaan. Namun, selepas tinggal serumah dengan Ali Firdaus jauh dari ahli keluarga yang mendera perasaannya dengan cerita kehilangan suaminya dahulu, dia sudah pulih sedikit demi sedikit.
Sudah boleh melepaskan pergi kenangan dulu dengan reda.
Tiba-tiba Ali Firdaus berhenti dari langkahnya untuk naik ke tingkat atas dan menukar arah ke sofa tempat Sumayyah duduk.
Terkedu seketika Sumayyah memandang wajah kacak Ali Firdaus yang serabut. Kasihannya lelaki ini, dia tahu Ali Firdaus tidak pernah dalam wajah dan mood yang gembira sepanjang mereka dinikahkan.
"Mari kita berbincang, saya tau ada banyak benda awak nak cakap."
Masih terkedu. Renungan Ali Firdaus terlalu redup hingga dia terbang jauh ke dalam teduhan sepasang mata suaminya.
"Boleh tak kalau saya tak nak bercerai?".
Ali Firdaus terus duduk bersandar tapi masih merenung wajahnya hingga dia sudah kalih duduk dan cuak.
"Saya dah tolong awak Su. Ikut perjanjian awak kena tolong saya pulak."
Perlahan dan lemah suara Ali Firdaus. Seolah sangat ralat dengan sikapnya yang tidak amanah dengan janji.
"Saya jumpa ibu awak. Minta maaf atas semua yang dah terjadi, minta maaf bagi pihak keluarga saya..."
"Su...
Pangkas Ali Firdaus cepat.
"Ini bukan pasal ibu saya je. Saya ada janji saya sendiri untuk tiga tahun ni."
Sumayyah bukan anak-anak. Dia yakin tekaan dia tepat. Lelaki kebal godaan yang dia sudah cuba sejak kebelakangan ini pastinya ada seseorang yang melekat sangat kuat di hati.
Masih dia ingat cerita selepas urusan di pejabat agama hampir tiga tahun yang lepas Ali Firdaus awalnya memang tidak mahu menikahinya walaupun dia merayu. Tidak kisah didenda jabatan agama.
Masih juga tidak mahu menikahi dia walau sudah datang kaum kerabatnya ke tempat kerja Ali Firdaus. Keluarganya mengamok dan meminta lelaki yang langsung tidak bersalah ini bertanggungjawab atas sesuatu yang bukan salahnya.
Hinggalah pertemuan keluarganya dan ibu bapa Ali Firdaus. Pertemuan yang membawa kesemua mereka ke balai polis. Sumayyah ingat lagi dia terdengar di satu sudut Ali Firdaus bertengkar dengan ibunya tentang seseorang dan tentang sesuatu, kemudian dengan tiba-tibanya Ali Firdaus bersetuju menikahi dia.
Dari kes keluarganya dan ibu ayah Ali Firdaus berkampung di balai polis atas tuduhan merusuh, dia tahu ada cerita panjang datuknya seorang pesara tentera dengan ibu mertuanya. Kerap kali selepas itu ibu mertuanya menjadi bahan umpatan dengan tajuk kisah dulu.
Dia tahu dia salah mempergunakan Ali Firdaus untuk lari dari ahli keluarganya yang toksik. Dia salah kerana status isteri ini dia gunakan untuk dapat hidup dengan kenangannya.
Ali Firdaus menikahi dia kerana simpati tapi akibat positifnya amat besar pada dia. Dia kembali waras, kembali reda dan paling penting memaafkan dirinya sendiri atas kehilangan suami akibat cinta tidak direstui keluarga.
Keluarganya yang bongkak, yang fikir merekalah terpaling baik di muka bumi ini. Dia yakin ada cerita melibatkan ahli keluarganya apabila suaminya hilang di laut.
Namun serumah dengan Ali Firdaus yang nampak tidak peduli tapi perihatin dengan kebajikannya, sakit-peningnya sedikit-sedikit memadam kenangannya. Dia sudah jatuh cinta dalam diam pada Ali Firdaus.
"Saya... saya."
Renungan masih ralat Ali Firdaus menyukarkan dia untuk meluah katanya.
"Saya... saya rela bermadu Ali."
Dari bersandar dan bersahaja Ali Firdaus sudah bersandar dan melorot tubuhnya ke sofa, mendongak kepalanya merenung kipas atas yang berputar.
"Awak rela tapi saya tidak Su. Saya dah susun hidup saya selepas ini."
"Keluarga saya mesti bangkang keras kita bercerai."
Cepat-cepat dia memotong sehabis Ali Firdaus bercakap. Keluarganya di awal pernikahan memaksa hanya untuk nama baik, lagipula semua fikir dia sudah hilang kewarasan jadi tidak mengapa menjadi isteri kepada anak dari ibu mertuanya.
Sekarang tidak begitu ceritanya, Ali Firdaus pewaris perniagaan arwah datuknya sebuah perusahaan penternakan ayam antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan pengimport dan pembekal daging halal berlesen. Juga antara bumiputera pengeluar beras di Sekinchan.
"Apa awak sedang buat Su, awak hilang diri awak kerana dia orang, sekarang awak nak ugut saya guna mereka."
"Tt..ttakk".
Dia terjerat dengan ayatnya sendiri.
"Saya takut Ali... saya tak nak balik pada mereka. Saya takut kalau tak ada awak."
Maka dia menangis bersungguh-sungguh. Tidak kisah jika Ali Firdaus ada wanita lain di hati. Dia tidak sanggup berpisah, kerana Ali Firdaus sudah menjadi sebahagian dari dirinya walau mereka tidak pernah bersatu secara biologi.
ayat tunggang-langgang, berbalik-balik dan berbelit. Berasap kepala cuba sampaikan maksud fikiran dan idea. harap kwn2 dapat tangkap dan faham. sorry sgt ye. bla kepala terblock tu mmg lemah rasanya.
Share this novel