Bab 17

Drama Series 9434

Ratna Chempaka berjalan secepat yang boleh mengekor Datin Soraya. Laju sungguh Datin Soraya berjalan walau berkasut tumit tinggi.

Arahan pukul sembilan pagi betul-betul Datin Soraya maksudkan. 8:59 pagi sudah berada di pintu hadapan rumah memakai kasut. Kelam-kelibut Ratna Chempaka menyaingi cara keluar bekerja majikan barunya.

Mereka baru keluar dari sebuah bank. Datin Soraya ada urusan di situ dan Ratna Chempaka mengambil kesempatan mendapatkan sekeping kad ATM gantian baru.

Mujur penculiknya hanya dapat mengeluarkan sedikit sahaja duit yang berada di dalam akaun kerana dia meletakkan limit untuk sehari transaksi.

Hanya ada sekali sahaja transaksi selama tiga hari dia diculik. Mungkin kekangan masa dan kemudahan mesin pengeluaran berdekatan premis dia dikurung.

Alhamdulillah.

Selepas melayangkan sekeping kad di pintu, mereka melangkah masuk ke dalam bangunan pejabat SoRia Kosmetik Sdn Bhd.

Besar dan nampak mewah.

"You!".

Tiba-tiba Datin Soraya melaung, menyentak semua yang berada di lobi bangunan pejabat syarikat. Semua di situ terdiam menunggu siapa yang diseru majikan mereka.

"Zara."

Perempuan yang mungkin bernama Zara di hadapan pintu lift berlari anak mendapatkan Datin Soraya.

"Ya Datin."

"Ni Ratna. PA baru I. Uruskan letter offer kerja dia. Pastikan semua settled hari ni termasuk ID pekerja. Dah siap hantar dia pada Siti to train her to be my PA. Told Siti make her ready to work for me in one week."

"Baik Datin."

Sambil berjalan menuju ke pintu lift tempat asal Zara berdiri Datin Soraya memberi arahan. Tegas dan perkara penting sahaja keluar dari mulutnya.

Mereka bertiga masuk serentak ke dalam lift. Di dalam lift Datin Soraya terus menata muka telefonnya senyap tidak berkata apa-apa lagi.

Fuh!

Macam mana mahu bekerja dan uruskan kerja Datin Soraya, fikir Ratna Chempaka. Dia tidak pernah sukakan kerja-kerja berkaitan pengurusan, komputer, pen dan kertas.

Dadanya berdetak hebat melihatkan cara kerja Datin Soraya. Pintu lift di tingkat tiga terbuka. Tiada tanda-tanda Datin Soraya akan keluar.

Pekerja bernama Zara sudah melangkah keluar. Melihat dia tidak mengikut sama Zara tahan pintu lift yang hampir tertutup dengan kaki.

"Ratna, awak ikut saya".

Perlahan sahaja Zara memberitahunya sambil mata mengerling Datin Soraya yang kekal berurusan dengan telefon bimbit.

Cepat-cepat Ratna Chempaka keluar dari perut lift mendapatkan Zara di luar pintu.

"Argh... nasib baik dia tak sembur."

Zara terus meluah kelegaan sebaik pintu lift tertutup dan bergerak ke atas.

"Saya minta maaf. Tak tau Cik Zara nak keluar."

"Tak apa, salah saya tak cakap awal."

Cara Cik Zara juga sama seperti Datin Soraya, laju berjalan ketika menjawab cakapnya. Mungkin banyak kerja menunggu.

Mereka masuk ke dalam salah satu bilik pejabat yang berada di aras itu. Dinding dari kaca, kerana itu Ratna Chempaka tahu ianya sebuah bilik pejabat. Kalau macam ni mesti malu-malu mahu mengular kerja.

"Mana awak kenal Datin Ratna?".

"Dekat Tapah."

"Oh! Semalam ya?. Dekat event Tapah semalam?".

Ratna Chempaka hanya ketawa kecil. Boleh tak kalau dia tidak mahu ceritakan perkenalan dia dengan Datin Soraya. Malu mahu ceritakan dia ditinggal bas express.

"Jemput duduk. Nama saya Zahirah, semua dekat sini panggil Zara. Saya head of human resources."

Ketika itu mereka sudah sedia duduk di meja kerja Cik Zara.

"IC, sijil awak semua?."

Alamak.

"Ermm... Cik Zara jangan gelak ye."

"Kenapa?".

Ketika itu Ratna Chempaka sudah mengeluarkan sijil akademik dari beg kertas yang dia pinjam dari Kak Yong pagi tadi.

Tak mungkin dia membawa beg Mickey Mouse ke tempat kerja yang dia boleh agak semestinya pejabat canggih seperti ini. Sijil-sijil itu dia letak di hadapan Cik Zara.

"Datin call saya petang semalam masa dia dekat Tapah, bisingkan pasal PA dia yang berhenti tiba-tiba tu. Dia arahkan saya cari pengganti. Ni, dia sendiri dapat awak maknanya adalah pada awak yang dia nampak orang lain tak nampak. Awak ingat saya berani nak judge keputusan Datin?."

Cik Zara ketawa kecil ketika menjawab. Langsung tidak bertanya apa-apa tentang kelayakkan akademiknya yang paling asas itu ketika membelek sijil-sijilnya.

Ratna Chempaka ikut ketawa kecil. Bukan kaleng-kaleng ya Datin Soraya. Saat itu Ratna Chempaka terfikir mungkin dia sudah berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat.

Peluang pada masa dia sangat-sangat memerlukan. Selepas beberapa siri ujian hidup yang bertubi-tubi.

Masa seterusnya selepas selesai urusan surat tawaran kerja, Ratna Chempaka terus dibawa kepada Siti Noraini pula untuk kursus pendek skop kerja sebelum bertugas di bawah Datin Soraya.

@@@@@@@

"Betulkan word yang saya highlights lepas tu hantar semula pada saya sebelum waktu makan."

"Baik Datin."

Dari sebulan percubaan sekarang sudah bulan ke enam Ratna Chempaka bekerja di bawah Datin Soraya.

Tidak jadi Ratna Chempaka mahu menarik diri selepas bulan pertama seperti rancangan awalnya. Sejujurnya Ratna Chempaka rasa dia sedang melalui satu tingkat lebih tinggi dalam perjalanan hidupnya bekerja di bawah Datin Soraya.

Setiap hari ada sahaja ilmu baru, kemahiran baru dan orang baru Ratna Chempaka dapat dan jumpa.

Semuanya nampak berkualiti dan ada hala tuju dari hidupnya yang dulu hanya mahu statik di tempat yang sama kerana takut cabaran dan tidak mahu terlibat masalah.

Masalah tetap datang walau dia diam setempat.

Lagipula dia dapat menangani sikap tegas dan sinis Datin Soraya, juga cara kerjanya yang harus sentiasa cepat dan cekap.

Terpaling utama, walaupun dia tidak mempunyai pengalaman kerja dan kelayakkan akademik tetapi gaji yang diberikan cukup lumayan. Itulah perkara utama Ratna Chempaka beralah untuk terus belajar dan bertahan.

Tapi, dia harus berada 24 jam dekat dengan Datin Soraya. Ratna Chempaka masih tinggal secara percuma di banglow majikannya. Terpaksa, itu antara syarat di dalam surat tawaran kerjanya.

Cuma kerana niat utama dia bekerja untuk mengumpul duit sebanyak dan secepat yang boleh jadi dia terima.

Bilik yang didiami juga cukup selesa dengan kemudahan penyaman udara. Makan juga percuma kerana seringkali mengikut Datin Soraya atau makan sahaja masakan rumah air tangan Kak Yong di banglow.

Ratna Chempaka dapat menjimatkan kos, sewa tempat tinggal, bil api, air dan internet. Juga barang penjagaan diri percuma dari bahan berkualiti yang sebelumnya dia tidak terfikir mampu miliki.

Penampilan luaran dirinya sekarang seperti dari kalangan orang kelas atasan tanpa orang tahu pakaiannya dan setiap barang yang dia guna adalah atas ihsan Datin Soraya.

"You stay office je. Suddenly my husband and anak-anak ajak lunch."

Terhenti terus kerja menaip Ratna Chempaka ketika kepalanya berkhayal tentang banyak perkara sekitar kehidupannya. Bingkas dia berdiri menghadap Datin Soraya di hadapan meja kerja.

"Baik Datin."

Datin Soraya bergerak pergi dia kembali duduk menghadap komputer dan kertas kerja.

Professor Dato' Burn, suami Datin Soraya adalah seorang doktor pakar neurologi di sebuah hospital swasta juga seorang pensyarah perubatan sambilan di sebuah universiti awam berdekatan rumah mereka.

Pada usia 50an, mereka berdua sama cantik sama padan.

Satu perkara Ratna Chempaka tabik tentang Datin Soraya dia tidak menunjukkan kemesraan dengan suami di hadapan orang tapi dia sudah pernah nampak cara Datin Soraya dengan suami ketika tiada sesiapa.

Jika suatu hari nanti dia diizinkan berjodoh, besar harapan dia mempunyai pasangan serasi seperti majikannya.

Berjodoh...
Romanya meremang. Di mana Ali Firdaus?.

@@@@@@@

Beraneka jenis makanan terhidang di sepanjang meja makan bersaiz lapan tempat duduk.

Ali Firdaus sudah mengambil tempat di sebelah... isterinya, Sumayyah.

Dua tempat duduk di kepala meja hujung sana masih kosong. Tempat duduk biasa untuk datuk dan nenek mertuanya.

Suara berbual-bual memenuhi ruang makan. Ali Firdaus hanya diam mendengar dan memerhati. Tiada rasa mahu turut serta dalam perbualan keluarga mertuanya.

Setiap kali mereka berkumpul untuk acara makan wajib setiap bulan seperti ini dia biasanya hanya akan turut serta dalam perbualan apabila ditanya sesuatu. Tidak pernah lagi dia yang memulakan atau bertanya apa-apa kepada sesiapa.

Isterinya Sumayyah rancak berbual dengan birasnya Jannah, manakala di kepala meja bersebelahan Ali Firdaus pula duduk bapa mertuanya Sulaiman yang juga sedang bercakap sesuatu dengan ibu mertuanya Sarimah, yang duduk berhadapan dengan Ali Firdaus. Duduk di sebelah Sarimah adik iparnya Saiful.

Suasana riuh perbualan itu tiba-tiba terhenti. Dari muka pintu masuk datuk mertuanya Mejar(B) Jailani yang bertongkat, dipimpin nenek mertuanya Rahimah.

Mereka kemudiannya mengambil tempat di dua bangku kosong yang tinggal.

"Ali..."

Ali Firdaus tersentak. Baru sahaja lelaki tua itu melabuhkan punggung namanya sudah diseru. Kenapa ni?. Awal sangat ni. Dia menoleh, menunggu soalan atau arahan.

"Baca doa."

Okay, doa sahaja tak mengapa. Ali Firdaus menadah tangan diikuti yang lain di meja makan lapan tempat duduk itu.

Suaranya akhirnya disumbang juga diruang itu lebih cepat dari seperti selalunya acara wajib ini berlaku setiap bulan.

Selesai doanya, semua mula mencedok makanan ke dalam pinggan masing-masing. Ali Firdaus diam sahaja tidak mengikut cara yang lain.

Itu akan jadi tugas Sumayyah melakukannya. Itu perjanjian do and don't dalam rumah tangga mereka apabila berada di hadapan keluarga ini ketika minggu pertama selepas dinikahkan.

"Kamu berdua dah pergi fertility centre? Dah cek kesuburan menyeluruh suami isteri?".

Okay, Ali Firdaus tahu soalan ini akan keluar, ianya soalan wajib sejak lebih kurang setahun perkahwinan dia dan Sumayyah. Dia tiada jawapan tapi dia sudah menyediakan ketahanan mental untuk soalan, arahan atau asakan seterusnya.

"Dah Tok. Kami berdua okay. Belum rezeki lagi."

"Tiga tahun dah. Masih tak ada apa-apa. Atau kamu tak nak anak Ali?".

Ali Firdaus diterjah lagi datuk mertuanya. Perkara biasa jika dia yang diasak. Walau sebenarnya pernikahan ini belum cukup tiga tahun, dia sudah hadap lebih dua tahun.

"Belum rezeki Tok."

Ali ulang jawapan Sumayyah seperti perjanjian mereka. Jujur Ali Firdaus tidak suka perkara ini, dia terpaksa. Dia tanpa sengaja terjebak dengan keluarga ini. Dia sudah mengambil masalah orang menjadi masalahnya.

Semua baki lima orang yang lain diam sahaja ketika datuk Sumayyah melakukan sesi soal siasat. Hanya bunyi sudu dan garfu yang bertingkah dengan pinggan sahaja sesekali kedengaran.

"Kamu berdua patut ada waris. Perniagaan kamu Ali patut ada penyambung yang akan menguruskan. Umur dah makin banyak. Usahakan sesuatu supaya segera. Dengar tak Ali? Sumayyah?".

"Dengar Tok."
"Dengar Tok."

Masa seterusnya sepanjang menjamu selera yang langsung Ali Firdaus tidak berselera tetap dia dan Sumayyah diasak dengan cerita anak.

Nenek dan ibu mertuanya bercakap terus kepada Ali Firdaus petua, ubatan atau teknik mendapatkan cahaya mata. Sesekali disampuk oleh bapa mertuanya.

Ali Firdaus tahu ini sahajalah peluang mereka untuk menekan dia kerana pada waktu lainnya atau acara lainnya dia seboleh-bolehnya tidak turut serta atau mengelak berhimpun seperti ini.

Mereka menekan dia kerana tahu perkahwinannya dengan Sumayyah hanya menunggu masa.

Kerana mereka tahu itu akan berlaku keluarga Sumayyah cuba mengikat dia untuk kekal dalam perkahwinan ini untuk hartanya. Kerana perniagaan dan harta yang dia miliki daripada arwah datuknya.

Tarikh tamat untuk perjanjiannya dengan Sumayyah sudah tidak lama lagi. Dia akan tarik diri. Dia hanya menolong Sumayyah yang merayu-rayu.

Sumayyah berjanji hanya untuk tiga tahun cukup. Dia sudah menolong. Ali Firdaus rela menjadikan masalah Sumayyah menjadi masalahnya kerana dia juga mempergunakan Sumayyah.

Dia memilih tiga tahun bersama Sumayyah sebagai pemberitahuan kepada keluarganya yang dia sedang memberontak. Memberontak kerana cintanya dihalang.

Genap tiga tahun ini cinta hatinya akan pulang. Dia berharap ada sinar di hujung jalan untuk dia bersatu dengan cinta hatinya. Jika keluarganya mahu dia kembali sila terima cinta hatinya.

Ini diri dia. Dia adalah seorang lelaki dewasa yang merdeka. Ada hak untuk memilih kebahagiaannya sendiri.

Pedulikan halangan keluarganya. Akan dia tamatkan perjanjian gila dengan Sumayyah. Pergi mampus dengan ancamam keluarga mertuanya.

Siapa pun tidak boleh mengganggu dia bersama bahagianya. Siapa pun!.

kite bg diowg huru hara dlu k.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience