Bab 15

Drama Series 8960

Sebiji timun bergolek ke kaki Ratna Chempaka yang duduk berdiri lutut menongkat dagu. Dia cepat-cepat capai sebab timun sudah bergolek menjauh pula.

Dia belek batang timun. Elok lagi, cuma kulit sedikit luka sana sini. Ratna Chempaka keluarkan botol air mineral 500ml dari kocek beg Mickey Mouse. Basuh lebih kurang sebab air sudah tinggal sedikit.

Bismillahirrahmanirrahim...
Ngap! Nyum, nyum, nyum...

Ratna Chempaka kunyah perlahan dan telan. Ngap lagi, kunyah lagi dan telan lagi sampai habis sebatang timun saiz sederhana besar itu.

Alhamdulillah...

Dapatlah hilangkan pedih perutnya. Lapar sebab dari Songkhla tidak bersarapan. Lepas subuh suami tiba-tibanya sudah siap mahu bertolak balik ke Malaysia sementelah urusan di kedutaan dan di balai polis Thailand siap petang semalamnya.

Report kedutaan, report polis, urusannya selesai dalam masa dua hari untuk kes dia yang diculik selama tiga malam dan diacukan senjata api!.

Chem...

Ya... Alhamdulillah!.
Tapi...

Yang nikah tu kenapa!?.
Kalau cerita pada orang kampung mesti orang pelik dan tokok-tambah cerita lain. Kalau orang tengok rupa paras suami tiba-tibanya mesti orang cakap dia miang!.

"Aku dapat baka baik"...."Ya, ya kita jual yang baka baru ni. Nanti esok aku tunjuk... Okay bye."

Apa tu!?.
Apa maksud dia!?.

Arghh!!!.
Lantaklah!...

Faham tak dia takut! dia trauma!.

Paling penting dia sudah lari dari suami tiba-tibanya. Kalau Ali Firdaus tu baik, bukan untung pada dia pun sebab mereka tetap akan bercerai.

Paling utama lari dulu. Lain-lain selesai kemudian.

Ratna Chempaka hentak-hentak dagu ke kepala lutut. Nak selesaikan macam mana?.

Kalau dia balik kampung bercerita dia kena culik dan hampir kena jual sindiket pemerdagangan manusia...

Huhu...

Kecohlah satu Labis!.
Bukan orang kampung sahaja akan bercerita, nanti sampai ke kilang kotak, sampai ke budak-budak zaman sekolah...

Ooo... Si Chem cucu Tok Usu tu ke? yang menumpang rumah akak-akak dia kena halau tu, Chem yang buat anak Mahadi sampai nak berbunuh tu?... yang rampas boyfriend kawan baik dia tu ke?.

Atau, ooo... Si Chem yang mengikut Udit anak Sairan ke Penang lepas tu sebab dia budak tu kena lokap. Apa dia buat sorang-sorang sampai ke Thailand?. Satu, satu, cerita orang kupas, orang korek. Sok sek sok sek...

Oh, tidak! Oh, tidak!
Tak naklah macam tu!...

Habislah dia dikata orang kampung...

Agaknya sekarang pun dia sudah menjadi bahan gosip orang kampung sebab Fakarudin kena lokap. Sudah hampir dua minggu tidak mustahil cerita sudah sampai ke Labis. Cerita macam tu laju viralnya.

Kasihan kakak-kakaknya kena tempias sama. Kalau dia balik sudah satu kerja akak-akaknya kena membela nama baik dia, nak menepis cerita.

Silap hari bulan bukan Abang Mahadi sahaja yang meludah dia, abang ipar yang lagi tiga itu pun ikut sama.

Jangan balik dulu.

Jangan balik dulu...
Tunggu semua cerita reda barulah boleh balik Labis.

Ini dia lari dari suami tiba-tibanya entah-entah lelaki itu akan menyusulnya di kampung.

Masa nikah dua hari lepas dia guna alamat rumah Tok yang sudah jadi abu sebab itu alamat di dalam kad pengenalannya. Mesti Ali Firdaus akan mencarinya di sana.

Mesti kecoh cerita pasal dia di kampung.

Kenapalah perjalanan hidupnya ada ujian sebegini?. Sebelum rumah Tok terbakar hidup dia okay-okay sahaja. Tak kaya, tak miskin, susah tidak, senang pun tidak ujian sehari-hari.

Ujian melibatkan urusan dengan orang ni yang dia tak nak.

Dia cuma mahu hidup pergi kerja, balik kerja. Ujian rantai motor putus atau minyak motor kering tengah jalan sebab lupa isi... dia cuma mahu ujian biasa macam tu seperti dulu-dulu.

Lepas rumah Tok jadi abu macam-macam berlaku. Lepas ni apalah pula?. Ini ke yang orang kata semakin meningkat umur seseorang semakin banyak dan besar ujian hidup yang akan dilalui?.

Jangan balik Labis dulu. Kalau dia sayang kakak-kakaknya, jangan balik Labis sekarang...

Urusan cerai dengan Ali Firdaus itu boleh ditangguh dahulu.

Suatu hari yang jauh nanti kalau dia sudah ada calon jodoh, bolehlah dia mengajak calonnya itu mencari Ali Firdaus untuk urusan talak.

Ya! Begitulah dia akan buat. Begitulah keputusannya!.

Kelajuan lori yang dia tumpangi menjadi perlahan selepas entah berapa jam perjalanan kemudian berhenti, muzik kuat dari radio juga berhenti dan enjin dimatikan. Ratna Chempaka terus tegakkan badan. Dah sampai mana ni?.

"Makan dulu baru naik kebun."

Terdengar arahan dari salah seorang dari dua lelaki di hadapan lori. Pintu dibuka kemudian ditutup kuat berbunyi dua kali.

Senyap.

Ratna Chempaka cuba mengintai dari celah dinding papan lori yang tidak rapat. Sibuk sebuah bandar dapat dia lihat dari celahan.

Cameron Highland ke ni?.

Dia pernah sampai sini dulu masa sekolah rendah mengikut Abang Mahadi sekeluarga. Kerana banyaknya kenangan zaman kecil dahulu dia tidak pernah marahkan Abang Mahadi walau diludah lelaki itu.

Ratna Chempaka tolak kotak-kotak plastik keras tebal berwarna kuning tempat menyoroknya. Sebiji, kemudian sebiji lagi timun bergolek ke kaki.

Dia ambil dua-dua, gosok-gosok kotoran pada batang badan timun dengan tapak tangan kemudian dimasukkan ke dalam beg Mickey Mouse. Ini mungkin makan malamnya. Ratna Chempaka tidak boleh sombong.

Sebelum Ratna Chempaka menyelak kanvas tebal yang menjadi pintu belakang lori dia intip sekali lagi situasi di luar.

Ada orang tapi orang yang ada semua sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Okay, satu, dua, tiga! Bismillahirrahmanirrahim!

Ratna Chempaka turun dari belakang lori berhati-hati. Boleh tahan tinggi lori dua tan. Kalau jatuh, satu lagi ujian dan kenangan tertulis dalam perjalanan hidupnya. Huhu...

Udara sejuk menyelesakan tubuhnya yang sudah beberapa jam terketul duduk di dalam belakang lori. Ratna Chempaka regangkan tubuh. Urghh lega.

Dia tidak tahu ke mana harus dia tuju. Lama dia berdiri di kaki lima kedai berhadapan lori yang terpakir. Tercangak-cangak menoleh ke kiri dan ke kanan. Jujur cakap dia trauma dengan orang sekeliling. Jujur cakap dia berprasangka pada semua orang.

Jauh di hujung sana dan nampaknya sedang menuju ke arah Ratna Chempaka, sepasang suami isteri pertengahan umur. Mungkin juga sebaya Kak Long dan Abang Mahadi.

Semakin dekat dan Ratna Chempaka semakin bertambah gugup.

"Assalamualaikum kak, err.. boleh tumpang tanya..."

"Waalaikummussalam, ye dik?."

"Bus stand kat mana kak?."

"Jalan tegak je, sampai hujung sana seberang jalan, bus stand."

"Terima kasih kak."

"Sama-sama."

Ratna Chempaka senyum takut-takut. Entah macam manalah rupa dia. Terus dia berjalan ke arah yang ditunjukkan perempuan tadi.

Jalan tegak sahaja sampai hujung, jalan tegak sahaja sampai hujung. Ratib Ratna Chempaka dalam hati.

Sampai hujung, seberang sana jalan, Hentian Bas Tanah Rata. Bangunannya lebih kurang sebesar bas stand Segamat, tolak semua bangunan berdekatan.

Alhamdulillah. Satu berjaya, next!.

@@@@@@@

Kruk, kruk, kruk.

Ratna Chempaka betulkan duduk. Sandarkan belakang badan pada bangku. Pejam mata rapat-rapat dan cuba lapangkan fikiran.

Kruk, kruk, kruk.

Please behave perut...
Pujuk Ratna Chempaka, kemudian dibalik selindungan beg Mickey Mouse dia gosok-gosok perut dari atas ke bawah.

Keriut, keriut, keriut.

Irama di dalam perutnya sudah bertukar. Tolonglah perut, tadi dekat hentian bas tak ada kisah kau nak keluar!.

Grrr, grrr, grr...
Oh, tidak! Oh tidak! Dia vibrate pulak.

Ratna Chempaka sudah tidak senang duduk. Sudah mula terbit peluh di dahi, sudah mula bermisai peluh juga.

Sebab timun ke? Kufur nikmat sungguh perutnya.

Perjalanan jauh lagi. Walau tiada jam tangan dan telefon bimbit untuk memastikan masa tapi Ratna Chempaka dapat mengagaknya.

Baru sangat bas bergerak berbanding masa perjalanan untuk sampai TBS sekitar empat setengah jam. Rasanya baru satu jam bas bertolak dari Tanah Rata, Cameron Highland.

Kroough, kroough, kroough.

Perutnya sudah tahap kritikal. Dia harus ke depan memberitahu pemandu. Ratna Chempaka tertinjau-tinjau ke hadapan. Bersedia untuk bangun.

Tiba-tiba bas membelok, rupanya bas sudah masuk ke persimpangan Tol Tapah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Ratna Chempaka terus bangun ke hadapan. Belum sampai kepada pemandu, bas sudah berhenti di bahu jalan. Pemandu bangun dan keluar dari pintu di sebelah kanannya.

Pintu penumpang juga ikut terbuka. Seorang lelaki yang duduk di bangku satu tempat duduk paling hadapan ikut turun. Mereka ke bahagian tayar bas hadapan sebelah kanan.

Ratna Chempaka menghampiri mereka berdua. Pemandu sedang bercakap di telefon dengan seseorang dan bercerita tentang tayar. Maka dia menghampiri lelaki yang turun dari pintu penumpang.

"Encik, saya pergi toilet sekejap ya. Saya sakit perut."

Lelaki itu tidak menoleh kepadanya tetapi terangguk-angguk sambil membaca muka telefon bimbit. Pada fikiran Ratna Chempaka tak mengapalah tidak menyahut janji dia sudah memaklumkan dia perlu ke tandas.

Perutnya sudah tidak mahu berkompromi. Kalau dia tidak berlari ke tandas sekarang dia akan memalukan dirinya sendiri sebentar lagi.

Ratna Chempaka terus berlari menyeberangi jalan.

Oh, tandas! I'm coming!.

@@@@@@@

Sudah mula gelap. Sekejap lagi sudah masuk Maghrib.

Ratna Chempaka duduk di bangku berhampiran laluan tandas. Duit di dalam kocek seluar tinggal RM57 selepas membeli tiket bas di Tanah Rata berharga RM43.

Tiada tunai, tiada kad ATM dan tiada telefon bimbit. Semua sudah diambil penculik.

Tiada telefon untuk menelefon sesiapa meminta bantuan. Kalau ada telefon sekalipun dia tiada sesiapa untuk ditelefon. Dia tidak hafal nombor telefon semua orang termasuk kakak-kakaknya.

Satu-satunya nombor yang dia hafal hanya Zaidah tapi nama yang satu itu jugalah sudah memberi peringatan kepada Ratna Chempaka jangan mencarinya lagi sehingga suatu masa seperti yang ditetapkan.

Sampai hati pemandu dan pembantu pemandu bas express itu meninggalkan dia. Bergenang kembali air matanya tapi kali ini dia tahan jangan sampai menangis.

Walau tadi menitis juga air matanya kerana keluar sahaja dari tandas bas expressnya sudah hilang dari mata. Sampai saat ini sebenarnya dia masih tidak percaya dia ditanggalkan pergi. Huhu...

Dia pujuk dirinya supaya kuat. Walau bagaimanapun dia sudah di dalam negara. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Menangis tidak akan menyelesaikan masalahnya.

Sayup-sayup dia dengar azan Maghrib berkumandang entah dari arah mana. Ratna Chempaka bangun menuju surau.

Kruk, kruk.
Perutnya berbunyi lagi.
Tak apa, dia sudah basuh bersih timun dua biji di dalam beg Mickey Mouse sebentar tadi.

Sekejap lagi jika mahu makan dia akan basuh sekali lagi. Dia yakin bukan salah timun tapi tadi ketika di dalam lori perutnya kosong dan terlalu lapar. Dia pula makan timun yang tidak dibasuh bersih.

Solat dulu. Kalau Allah tidak hantarkan bantuan untuk hari ini dia tidur sahaja di surau untuk malam ini. Esok pagi barulah dia mencari cara.

Selesai solat jamak Ratna Chempaka duduk menyandar di dinding surau. Satu masa tiba-tiba ramai yang masuk. Dia terpaksa keluar untuk memberi ruang kepada orang lain untuk menunaikan solat.

Dia duduk di tembok rendah di hadapan tandas membuang pandang ke pondok tol, mengira kenderaan yang masuk dan keluar dari plaza tol.

"Mana boleh awak berhenti kerja tiba-tiba macam ni! Awak sepatutnya bagi notis sebulan macam term and condition dalam surat tawaran kerja!".

Seorang perempuan yang baru keluar dari kereta menuju ke surau berhenti di belakang Ratna Chempaka. Bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya.

"Tak kiralah suami awak suruh berhenti atau apa sekalipun! peraturan tetap peraturan! Masa awak mintak kerja semua boleh, lepas kerja macam-macam hal! Saya sabar aje dengan perangai awak!".

Marah sangat nampaknya. Tak ada kerja, minta kerja. Dah kerja, banyak kerja tak tahan pula. Semua orang ada masalah.

"Awak tau kerja saya dah banyak pending! time ni lah awak nak berhenti!?. Mana saya nak cari pengganti, awak berhenti tiba-tiba macam ni!?".

Macam peluang saja...
Kalau cuba nasib boleh tak?.
Dia terdesak sekarang. Sekarang-kurangnya dapat sampai ke bandar sudah Alhamdulillah.

Kalau tidak dapat kerja atau tidak layak dia sudah di bandar dan boleh cari pekerjaan lain. Dia perlu ke bank untuk mendapatkan kad ATM baru dan telefon bimbit.

"Baik, awak berhenti ya. Surat dalam email saya dah baca. Sila hantar surat baru, tarikh surat berhenti tu tukar hari ni. Kalau awak tak nak tukar pun tak apa, email awak bertarikh hari ni, saya hantar email awak pada HR. Gaji bulan ni tak ada sebab awak langgar terms and condition."

Perbualan tamat. Perempuan itu menonong ke surau. Nampaknya macam sedang marah sangat. Boleh tak dia cuba?. Bimbang pula dia turut dimarahi.

Argh, cuba sajalah. Dia tak akan rugi apa-apa. Dia betul-betul sedang terdesak...

Okay, dia akan tunggu di laluan sini. Perempuan tu keluar saja dia akan tanya.

Chaiyok Chem!
Go Chem! Go Chem!

okay klw bce Bab ari ni blh agak tk ending bab smlm. Sy agak sesat sb tkar jln cerita dr idea asal yg lg tak logik dr skg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience