Bab 26

Drama Series 20020

Pembantu peribadinya ada menunggu di hadapan balai polis ketika dia menolak daun pintu untuk keluar.

Nampak sahaja kelibatnya cepat-cepat pembantu berwajah cantik itu menamatkan perbualan entah dengan siapa di telefon lalu memasukkan telefon itu ke dalam beg tangan dan berderas mendapatkan dia.

"Kak Yong call tanya nak masak tak untuk Dato' dan Datin?. Sebab Kak Yong call Datin tak dapat."

Sesampai di hadapannya Ratna Chempaka menerangkan tentang panggilan telefon sebentar tadi.

"Tak payahlah. Dah lewat sangat. Saya dengan Dato' supper dekat luar je. Awak dah makan?".

Jam di muka telefon bimbit yang baru dipulangkan kepadanya sebelum keluar dari balai polis dipandang. 11:23 malam, sudah kategori tengah malam.

"Dd... dah Datin."

"Chem, kalau... awak balik sendiri naik grab boleh tak?. Saya dengan Dato' ada urusan lepas ni."

"Bo... boleh Datin".

Budak pembantunya ini memang lurus sahaja orangnya, setakat ini dia memang sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan peningkatan kemampuan gadis ini dengan jawatannya.

Untuk permintaan ini sebenarnya dia agak risau kerana membiarkan gadis secantik ini mengambil perkhidmatan pengangkutan awam ketika waktu sudah lewat malam tapi Datin Soraya merasakan dia sangat perlu masa untuk bersama suaminya bersendirian. Kenderaannya dia tinggalkan di pejabat urusan.

"Awak order grab mintak driver perempuan. Lepas tu jangan lupa hantar detail pada saya."

"Baik Datin."

Gadis itu menata telefon bimbitnya memesan perkhidmatan pengangkutan grab. Rezeki mereka urusan dipermudahkan kerana cepat sahaja mendapat jawapan.

Ratna Chempaka menghulurkan kunci kereta Proton X50 miliknya yang dia izinkan gadis itu memandunya sekarang.

Sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapan pintu pagar balai polis. Ratna Chempaka meminta diri lalu dia menghantar gadis itu pergi sehingga hilang dari pandangan.

Datin Soraya mengeluh, mudah-mudahan gadis itu selamat sampai ke rumah. Dia risau juga walaupun rumahnya dengan balai polis tidaklah jauh mana kerana memang dia memilih kediaman itu supaya berdekatan dengan pejabat urusan SoRia Kosmetik Sdn Bhd.

Dia mengambil tempat di satu bangku di hadapan balai polis. Duduk menunggu suaminya pula keluar. Rasanya tidak lama lagi suaminya akan keluar. Mereka berdua tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan.

Kasihan suaminya, bocor di belakang kepala dan menerima empat jahitan. Mujur suaminya menarik tubuhnya lalu memeluknya, jika tidak mungkin wajahnya yang bocor dilibas Mejar (B) Jailani dengan tongkat besinya.

[Ya, saya tahu ayat ni pelik tapi kepala berasap nak bina ayat :⁠'⁠( saya cuma nak habiskan cerita ni cepat-cepat]

Masih terngiang-ngiang di telinga ayat yang Mejar (B) Jailani jerit kepadanya bersama libasan itu 'budak sial tak mengenang budi'.

Adakah meninggalkan trauma dalam hidupnya itu patut dipanggil budi?. Adakah sepak terajang sedari kecil yang sangat kecil mampu dia ingat itu sebagai budi?. Adakah maki hamun, carutan keji, hina-dina itu adalah budi?.

Hampir 18 tahun itu bukan tempoh waktu yang sekejap. Jika dia adalah sebiji batu yang ditimpa setitik air selama hampir 18 tahun itu sudah pasti dalam lekuknya atau mungkin sudah pun belah batunya.

Mujur dia mengikut saranan suaminya memasang cctv di seluruh kawasan pejabat urusan SoRia Kosmetik Sdn Bhd termasuk di dalam bilik pejabatnya.

Alhamdulillah mereka ada bukti tetamu yang tidak diundang itu adalah dari jenis mereka yang tidak berbincang dengan akal fikiran sebaliknya dengan amarah kekerasan dan tamak haloba.

"Yang..."

Suaminya berdiri di hadapannya yang duduk tertunduk mengira semut melata di atas tar di situ. Dia segera bangun berhadapan dengan suaminya. Memandang wajah lelaki yang terlalu banyak berkorban untuknya.

Datin Soraya merenung wajah itu seketika kemudian memeluk erat sambil menyembam wajah ke dada suaminya. Dia menangis teresak-esak dan bersungguh-sungguh melepaskan rasa hati yang tertahan sejak berapa lama.

Suaminya memeluk sama erat dan menepuk perlahan belakang badannya. Sesekali tangan yang menepuk itu bertukar menggosok perlahan pula. Langsung tidak memujuk Datin Soraya dengan kata-kata seperti selalu. Dia tahu hari ini suaminya mahu dia melepas terus segala rasa hati yang terlalu lama disimpan.

"Dah?..."

Suaminya bertanya dengan tawa kecil beberapa ketika selepas dia menarik wajahnya dari dada lelaki itu. Dia ikut ketawa walau wajah basah dengan air mata.

"Dah!".

"Kalau dah, jom kita. Chem mana?".

Dalam keadaan seperti ini suaminya yang perihatin tidak pernah lupa mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.

"I suruh dia balik dulu. Tak tau you berapa lama lagi kat dalam tadi."

"Oh, okay. So, kita macam mana? Nak terus balik?".

"You sakit ke? You penat?"

Datin Soraya menyoal perihatin juga. Urusan mereka lama sehingga ke tengah malam ini kerana siang tadi mereka lama juga di hospital mendapatkan rawatan.

Selepas itu bergegas ke balai polis sini. Suaminya tidak mahu bertangguh lagi. Biar segalanya selesai dengan cepat. Supaya mereka segera aman dari masalah selama lebih tiga tahun ini.

Tidaklah dia menyalahkan Ali Firdaus atas apa yang sudah terjadi. Ianya bersangkut paut dengan kisah silamnya dipaksa hidup dalam rumah besar Mejar (B) Jailani.

"Sakit sikit. Tapi I belum rasa nak balik lagi. Jom ngeteh."

Datin Soraya senyum sayu. Suami yang sentiasa dapat membaca rahsia hatinya dengan cekap. Dia terlalu bersyukur Allah menghadiahkan lelaki ini kepadanya. Merawat hampir sepenuhnya kesedihan paling dalam hatinya yang penuh parut luka.

Mereka berjalan berpegangan tangan menuju pintu pagar besar balai polis untuk keluar. Menuju ke kereta Proton X50 yang Ratna Chempaka pakir di tepi jalan hadapan sana.

"Lawyer cakap apa Biy?".

Datin Soraya bertanya lemah ketika kereta yang dipandu suaminya sudah masuk ke jalan besar.

"Mereka tak akan menang. Jika tetap mahu lawan mereka akan rugi besar. Saya dah minta lawyer letak dakwaan dengan hukuman semaksimum yang boleh. Tambah lagi charge sebab melakukan serangan fizikal hari ni. Kita boleh double kill lelaki tu."

"Kasihan Sumayyah. Baru saya tahu hidupnya dikongkong keluarga sampai macam tu."

"Itu bukan mengongkong namanya, itu membunuh perlahan-lahan. Budak Sumayyah tu jiwanya dah lama mati. Sebab tu bila muncul Ali dia fikir Ali penyelamat."

"Budak-budak tu sekarang kat mana Biy?".

"Ali wasap saya cakap dia dah dekat Geraldton. Dah jumpa pun dengan Aiman dan Aisyah. Sumayyah sampai pengsan sebab tak sangka dan tak percaya. Mereka yang dia sayang masih ada atas muka bumi ni. Hari ni mereka nikah Yang."

"Iya ke!?. Alhamdulillah!. Mudah-mudahan berbahagialah Sumayyah dan Aiman dengan peluang ke dua di tempat baru."
"Tuntutan tu memang dah batallah ye Biy?".

"Ya, Sumayyah dah sign surat lawyer dia tak nak tuntut apa-apa dari Ali. Tuntutan yang sebelum ni pun keluarga dia yang prepare dan paksa Sumayyah sign."

Jauh di sudut hatinya Datin Soraya mengucap syukur. Dia merasa dialah punca utama segala kekusutan yang berlaku.

Jika dia menerima sahaja Mawar Baiduri ketika kali pertama pertemuan walaupun selepas tahu gadis itu anak kepada adik Mejar (B) Jailani yang merupakan bakal suami tidak jadinya pastilah segala kekusutan ini tidak berlaku.

"Lepas ni... kalau Ali dah balik dan cakap nak nikah Mawar, saya biar sahaja Ali buat keputusan sendiri. Saya terima sahaja dan tak akan komen apa-apa lagi. Saya yakin Ali akan buat keputusan yang terbaik macam sekarang. Saya cuma nak anak saya ada depan mata. Cukuplah lebih tiga tahun ni saya hilang dia."

Suaminya yang sedang memandu mengambil tangan kanannya lalu dikucup perlahan. Menyalurkan rasa hangat kasih dan perhatian dalam hatinya.

Tidak sabar mahu menatap Ali Firdaus di hadapan mata.

@@@@@@@

"Wa tau Pak Long kena lokap?".

Terhenti pergerakkan tangannya yang sedang menyental punggung kuali. Ye ke?

"Tak. Mama tau dari mana?".

"Wasap group."

"Kenapa?."

"Pukul orang."

Wow! Pertama kali berlaku yang begini.

"Ye Ma?. Siapa yang berani sangat report Pak Long. Orang tu tak kenal Pak Long ke?".

"Suami bini tak jadi papa Wa."

Allah...

Kerjanya jadi terhenti untuk beberapa saat. Nampaknya habis menyental kuali ni mesti dia masih kena duduk di dalam ruang dapur ini. Macam panjang saja ceritanya. Sudah lama Mama tak menyebut kata ganti diri yang sama pada orang itu.

Dahulu lebih seminggu dia mendengar kata ganti diri itu, minggu hadapannya dia sudah naik kapal terbang menyambung pelajaran ke luar negara.

Adakah cinta agung Ali Firdaus akan berakhir bagai kisah cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara?. Memang kisah ini hanya cinta agung Ali Firdaus kerana jujur jauh di sudut hatinya dia selalu berprasangka dengan lelaki itu.

Setampan dan hampir sempurna itu memilih dia Mawar Baiduri yang lompang hidup banyak tempat di sini sana cerita hidupnya. Mengapa, kenapa, logikkah, seringkali lalu dan lalu di benak fikirannya sebagai persoalan yang menebalkan rasa was-was untuk dia menerima Ali Firdaus. Kerana itu juga dia pergi tiga tahun lebih yang lalu. Dia fikir apabila dia pulang sudah tidak ada dia di dalam hati lelaki itu.

"Sejak balik ni Wa ada jumpa budak jantan tu ke?".

"A... ada Ma."

Dari ekor mata Mawar Baiduri boleh nampak mama berhenti dengan kerjanya. Memandang kepada dia yang berdiri di hadapan sinki dapur.

"Keputusan Mama sama macam dulu Wa. Kalau Wa tetap nak dia Wa tak akan ada Mama."
"Budak tu akan hanya buat hidup kita bertambah tak aman aje Wa. Dia duda Sumayyah anak Pak Long Atan kau. Carilah orang lain."

"Tapi Ma..."

"Tapi apa!?"

Ya, kenapa dia mahu bertapi. Dia sendiri ragu-ragu dengan Ali Firdaus. Separuh rasa hati mahu mempercayai Ali Firdaus selebihnya tidak. Berapa banyak tawa sindiran dan wajah penuh persoalan sepanjang zaman persekolahan dan zaman universiti ketika dia berpacaran dengan lelaki hampir sempurna itu.

"Abang Ali kata dia ikhlas."

Suaranya jauh ke dalam hampir berbisik yang tidak kedengaran. Hanya sahaja ruang itu senyap kerana sudah jauh malam dan hanya dia berdua mama yang berada di situ memungkinkan mama mendengarnya. Memang mama mendengarnya kerana Mama sudah merenungnya tajam.

"Bercermin dirilah Wa. Hanya pada mata Mama kamu paling cantik. Kejadian lelaki itu semua sama. Kalaupun dia tidak seburuk perangai Papa Wa tapi tidak mungkinlah mata dia selamanya sebaik dan seindah kata-kata yang keluar dari mulut dia. Jangan nak bodoh sangat. Janji orang lelaki ni walau dia dalam keadaan waras macam Ali tu tetap sama nilai dengan ayat dari lelaki tak guna macam Papa Wa dan macam orang tua Atan tu."

Mama kekal Mama yang dari awal tidak pernah menyokong hubungannya dengan Ali Firdaus. Walau hanya kata pujian dan ayat paling baik dia bawa ke telinga Mama tentang Ali Firdaus dari sepanjang zaman persekolahan hingga sekarang.

Ali Firdaus kata dia tidak berjuang untuk hubungan mereka jadi berjaya, terutama sekali ketika dia bawa pulang ke rumah untuk pengetahuan Mama nama Soraya Binti Abdullah. Mungkin betullah kata Ali Firdaus itu.

kite cabut geraham bongsu. sakit! :=( waaaaaaaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience