Bab 11

Drama Series 8960

Bukan satu, tapi menemankan dua orang rakan baiknya untuk bernikah. Dua pasang ya.

Sebenarnya dia didajjalkan kawan-kawan, kononnya untuk menyertai konvoi pacuan empat roda seperti selalu. Sampai di Bukit Kayu Hitam subuh tadi sebagai tempat berkumpul barulah dia diberitahu.

Ali Firdaus sekadar mampu menepuk dahi. Dalam jumlah yang ramai ahli kumpulan konvoinya ada dua tiga orang yang tidak tahu 'berita gembira' tersebut termasuk dirinya.

Pagi ini, katanya dalam jam sepuluh pagi mereka yang berjumlah sembilan pacuan empat roda dengan jumlah 15 orang ahli konvoi termasuk bakal pengantin baru akan berada di Kompleks Islam Songkhla untuk menemankan dua pasang pengantin tersebut dinikahkan.

Selepas itu konvoi mereka akan ikut serta perjalanan dua pasangan pengantin ber'honeymoon' ke Phuket. Geleng kepala jadinya Ali Firdaus dengan jadual konvoi kali ini.

Dia peserta konvoi paling akhir bergerak dari Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam kerana perlu menunggu seorang pemandu pelancong Thailand yang akan menyertai mereka sebagai rakan kepada salah seorang pasangan pengantin.

"Maaf Ali, saya lambat".

Kereta sudah bergerak ketika rakan baru luar negara ini beralasan. Sekarang rakan konvoi sudah menjadi 16 orang semuanya. Encik Razak berketurunan Melayu Siam. Boleh berbahasa Melayu dialek Kedah dengan pelat Siam yang pekat.

"Tak apa Encik Razak. Dia orang baru jalan. Kami solat subuh dulu tadi."

Ya, rakan-rakan yang lain baru sahaja bergerak. Setakat sebelum berpasangan dengan Encik Razak, perjalanan jauhnya baik-baik sahaja walau berseorangan.

Teringat pesan pembantunya supaya berhati-hati jika ke Thailand sekarang ini, kerana bimbang dengan sindiket pemerdagangan manusia yang berleluasa dan menyasarkan rakyat Malaysia sebagai mangsa utama.

InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Itu doanya sejak sebelum mulakan perjalanan jauh sehingga terakhir kali solat subuh sebentar tadi.

Mujur sekarang ini berteman dengan Encik Razak yang peramah orangnya. Dapatlah dia menghilangkan rasa mengantuk kerana sudah agak penat badan mengharungi perjalanan malam yang jauh dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam.

Encik Razak pemilik perniagaan pengangkutan untuk di sewakan. Apa sahaja jenis pengangkutan boleh cari Encik Razak. Dari lori tan paling berat hingga ke tuk-tuk dan basikal, ada disewakan. Hebat... hebat...

Perjalanan dari Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Islam Hatyai, Songkhla hanya lebih kurang satu jam menurut kawan-kawan konvoi yang lain.

Subuh sudah mula pergi dengan datangnya matahari pagi.

Cantiknya matahari pagi jika dilihat pada waktu cuti begini. Jika hari bekerja mengharungi kesesakkan lalu lintas dengan kepala sudah diset itu ini masalah kerja langsung tidak perasankan kecantikan cahayanya.

Ali Firdaus sekadar berbual kosong dengan Encik Razak yang ramah bercerita tentang taburan umat Islam dari Selatan Thailand hingga ke Utara bersempadan negara China. Kemudian bercerita tentang keluarganya yang besar.

Perbualan mereka bertambah rancak dan pemandangan perjalanan berselang seli dengan penempatan, pekan kecil, kawasan pertanian dan hutan belukar di kiri kanan jalan silih berganti.

Tiba-tiba...

"Allah! Allah! Allahuakbar!".
"Allahuakbar! Astaghfirullah hal Azim!".

Ali Firdaus dan Encik Razak saling bersaing bertakbir ketika Ali Firdaus menekan brek kecemasan kerana dari tebing jalan yang diliputi belukar tebal muncul dua sosok tubuh dengan tiba-tiba.

Poonnnnn!!!....
Screeettttt!!!!....
Dum!.

Ali Firdaus sudah tersandar ke belakang kerusi dengan mata terbeliak kerana amat terperanjat. Encik Razak masih menepam tapak tangan ke pemuka kereta menenangkan diri.

Kenderaan pacuan empat roda sudah tersenget terpakir ke bahu jalan dalam cubaan Ali Firdaus mengelak dua sosok tubuh tadi.

"Kenapa tu!?. Hidup lagi ke!?".

Ali Firdaus menyoal dan mahu membuka pintu kereta tapi segera ditahan Encik Razak.

"Jangan Ali! Tunggu kejap!. Kena berhati-hati. Takut perangkap."

Ali Firdaus sudah cuak. Melihat Encik Razak turun tidak patut pula jika dia kekal di dalam kenderaan.

"&(_/&+ $(_--&".

"@#$_&-! @#$_&!".

Mereka ke hadapan kereta, berjaga-jaga mendekati dua sosok tubuh itu. Seorang perempuan tua sedang menolong seorang perempuan muda yang berlumuran darah di dahi dan lengan untuk berdiri.

Entah apa yang ditanya Encik Razak dan entah apa yang dijawab perempuan tua.

Tiba-tiba dari belukar tebal muncul dua sosok tubuh lagi. Kali ini lelaki. Perempuan tua itu segera menolak perempuan muda yang dilanggar ke dalam dakapan Ali Firdaus dengan tiba-tiba.

Kemudian mendepangkan tangannya dan berdiri melindungi Ali Firdaus, Encik Razak dan perempuan yang cedera.

Dah kenapa ni!?.

"/(_+$+! $-_(&( $(_;#(:;!".

Lelaki dari dalam belukar bercakap sesuatu lalu perempuan tua dan dua lelaki mula bertengkar. Perempuan tua kekal mendepangkan tangan berdiri di hadapan mereka bertiga.

"Apa dia cakap tu Encik Razak?."

Soal Ali Firdaus berbisik kepada Encik Razak.

"Encik Malaysia ke!!!?".

Mendengarkan soalan dia, perempuan di dalam dakapan Ali menyoal. Ali terperanjat besar!.

Sekarang dia dapat mengesan sesuatu yang tidak enak melihatkan dari keadaan perempuan yang sudah menangis itu dan pertengkaran tiga orang di dalam bahasa yang tidak difahami.

"Mereka culik saya Encik!. Tolonglah saya!."

Cengkaman tangan perempuan muda sangat kuat di lengan Ali Firdaus, kemudian memeluk tubuhnya erat dalam keadaan tergigil-gigil menangis.

"Mereka dalam perjalanan nak hantar budak ni ke satu lokasi berdekatan. Dah ada buyer."

Tiba-tiba Encik Razak menerangkan butir pertengkaran tiga orang yang dikatakan menculik perempuan di dalam dakapan Ali Firdaus.

Semakin kuat perempuan muda itu memeluk tubuh Ali Firdaus. Adui! Sungguh pun keadaan memang cemas...

"Ada masa lagi untuk patah balik. Tak baik buat budak Malaysia tu macam ni. Kesian dia."

Dalam keadaan berbisik Encik Razak menterjemahkan pertengkaran perempuan tua di hadapan mereka yang sedang menangis dengan dua orang lelaki muda itu.

Perempuan tua masih mendepangkan tangan melindungi mereka bertiga kerana rupanya salah seorang sedang mengacukan pistol yang dilindungi dengan sehelai kain bandana ke arah mereka .

"Mereka nak bagi THB1,600,000.00 untuk budak tu Mak. Kami dah bayar THB228,000.00 pada orang yang jual budak perempuan ni."

"Kau orang berdua ni betul ke anak-anak aku? Kenapa kau orang zalim sangat?".

"Ini cara senang nak jadi kaya. Satu kali ini saja Mak."

"Lepas tu kau nak hidup dalam kemarahan tuhan!?. Kamu tak percaya adanya karma dalam hidup!?. Bayangkan kalau apa yang kamu buat pada budak perempuan ni kena pada dua orang adik perempuan kamu yang bekerja di luar negara sana!?".

"Mak kami dah rugi THB228,000.00 Kami dah berjanji serahkan budak tu pada sindiket malam ni. Mereka tetap akan cari budak ni sampai lubang cacing sebab dekat Eropah sudah ada pembeli!."

"Tolonglah jangan!. Kalau kau masih anggap aku Mak, tolonglah jangan!. Kau orang marahkan aku ke sebab hidup miskin selama ini sampai jadi kejam macam ni!?".

"Mak, kita dah lama hidup susah. Saya cuma nak Mak merasa hidup senang."

"Aku rela hidup susah yang tenang dari hidup senang tapi hati tak tenang dengan buat kerja salah macam ni. Kalau kau berdua nak juga bawa budak ni kau akan tengok mayat aku di sini."

Sehabis Encik Razak menterjemahkan pertengkaran itu mereka hanya melihat dan mati kutu terdiam di situ kerana selepas tiga beranak itu bertengkar mereka bertangis-tangisan pula. Sedangkan muncung pistol masih terhala ke arah Ali Firdaus, Encik Razak dan budak perempuan.

Baju t-shirt putih Ali Firdaus sudah kotor menjangkit darah dari luka di kepala dan lengan budak perempuan di dalam dakapannya. Ali Firdaus langsung tidak dapat meregangkan tubuh tergigil-gigil itu dari melekap erat di tubuhnya.

"($-_-!(+$( -$&@+$(_- #+_+_-($+ s+$+_(&'@ #-_+_)&!::"!+@)_- -$-_(_+_;-!"

Salah seorang dari dua lelaki tiba-tiba menjerit bercakap kepada Encik Razak yang tergigil.

"Apa dia cakap Encik Razak?".

"Ermm, dia nak THB500,000.00 harga untuk dia lepaskan budak perempuan ni."

Ali mencongak untuk kiraan dalam ringgit Malaysia.

Berapa tu?.

Tiba-tiba...

Dua buah kenderaan pacuan empat roda berhenti agak jauh di tebing jalan nun di hadapan sana. Mereka berenam serentak meninjau.

Sebelum ini sudah banyak kenderaan yang melepasi mereka yang berhenti di bahu jalan itu tapi tiada yang berhenti bertanya apa masalah mereka.

Eh! Itu rakan konvoinya!.

Ali Firdaus pasti kerana sudah beberapa kali berkonvoi bersama untuk trip dalam negara, walaupun agak jauh untuk mengenal nombor pendaftaran dua buah pacuan empat roda itu.

Dua buah kenderaan pacuan empat roda itu berundur perlahan-lahan apabila tiada kenderaan lain dan berhenti ketika ada kenderaan yang bergerak laju. Dua orang lelaki itu sudah cuak wajahnya.

Tiba-tiba!.

Salah seorang lelaki maju ke arah Ali Firdaus dan Encik Razak. Memaksa Ali Firdaus menanggalkan jam di pergelangan tangannya.

Oh, tidak!.

Jam tangan ini kesayangan Ali Firdaus. Montblanc Men's Time Walker ini hadiah dari Atok Ayah kerana kesudian dia mengambil alih perniagaan. Nilainya sekitar RM30K ketika dia memeriksa harganya beberapa tahun yang lepas.

Bagaimanapun... Ali Firdaus terpaksa melepaskan jam itu dari pergelangan tangannya selepas terasa muncung pistol di balik selindungan kain bandana dalam genggaman lelaki itu ditonjol ke rusuk kirinya.

Tidak cukup dengan jam di tangannya lelaki itu mengambil pula jam tangan milik Encik Razak. Kelam-kelibut cara lelaki berdua mendapatkannya kerana kenderaan yang berundur semakin mendekat.

"$;_!(- $!@&"

"/)(+- -$&$!&( &$+_(&))&))-) $-$;$'_@ $-+_(_!(_( #&$&+(&+($ @+_:$((')&;".

"_-"((&()) jd&$;_( jd-"-((&#_@ ";+#)&;+. &"+#(&_+___@+_++_; -$-1_+_++. :$;+_++vdj&$;+_ jdbn&-_-#)(&- gbcj'&-$+(- :$++fh:+&"

"#-$!_-((_!( &#&$+6:!_(&( :@+_(&))& -";;_;!'(&(!';_+++$("!(_!&(( j-_;;$:-'((&(!' -$::@'-";&(!_+++!!'. -_;"(_((_;";!@8_-2&-48;_!&(('!; -";_!(&((&))_--@+_; -+_(_()_)) $@&$-_)/+/-/!!&( -"!_((&(".

Apa pula kali ini?.

Macam panjang sangat arahan dua orang lelaki kepada Encik Razak kali ini. Entah apa yang mereka arahkan kepada Encik Razak yang sudah berpeluh lebat.

Bukan Encik Razak sahaja basah baju berpeluh. Dia juga sudah basah baju ditambah pula budak perempuan di sebelahnya melekap memeluk lengannya.

"Dia orang cakap... dia orang dah rugi modal beli budak ni."
"Budak ni dah ada sindiket nak sangat sebab cantik, dan dah ada buyer dari Europe booking harga tinggi jadi... walaupun dia orang tak dapat budak ni... tak mustahil sindiket tu tetap akan cari dia."
"Sindiket tu jahat dan ganas."
"Kalau ada rasa kesian pada mak dia orang ni jangan cerita pada polis pasal dia orang. Mak dia ni dah tak ada siapa-siapa nak jaga."

"Boleh Encik tolong tanya siapa yang jual saya. Kawan saya mana?".

Dalam tangisan budak perempuan itu mencelah penerangan Encik Razak.

")&+-(;+'+_; +_+&)-()& +_(&("

"fhj-_+$-_) -_-#ghdh -_(_(_(($-@&$ $-_(_(("

"Masa dia datang beli, ada awak aje."

Budak perempuan di sebelahnya sudah meraung menangis menekup muka.

Tidak menunggu lagi, lelaki berdua memapah ibunya bergerak ke arah parit. Menolong ibunya melompat menyeberangi parit kemudian masuk ke dalam kawasan hutan belukar.

Mereka bertiga sekadar mampu terkebil-kebil sahaja memandang tiga sosok tubuh itu menghilang di sebalik semak belukar kerana sepanjang lelaki berdua dan ibunya masih mampu dilihat, muncung pistol tetap terhala kepada mereka.

"Kenapa ni!? Kenapa!? Kenapa!?"

Jeritan dari sosok yang terjun keluar dari dalam kenderaan pacuan empat roda yang masih bergerak menyedarkan mereka semula ke alam nyata.

Apabila kenderaan itu berhenti sepenuhnya pemandu pula keluar dari pacuan empat roda dalam keadaan kelam-kabut. Kemudian seorang lagi turun dari pacuan empat roda yang kedua.

"Engkau okay tak Ali!? Razak! engkau okay!? Siapa dia orang tu!?. Siapa budak perempuan ni!?".

Dua orang rakan konvoi yang sudah berdiri di hadapan mereka cemas bertanya bertubi-tubi. Memanggil Ali Firdaus dan Encik Razak supaya kembali ke alam nyata dan bertenang bahawa mereka sudah selamat dari kemungkinan buruk muncung pistol.

Barulah Ali Firdaus tersedar sosok asing di dalam dakapannya yang sudah melonggar pelukan ke tubuhnya. Segera dia menunduk mahu melihat kerana saiz ketinggian budak itu lebih rendah darinya.

Eh! Eh! Eh!...

Cepat pantas Ali Firdaus memaut tubuh yang sudah lembik longlai itu agar tidak melorot jatuh ke tanah. Mata budak perempuan itu sudah tertutup sepenuhnya dengan wajah berdarah di dahi yang pucat lesi.

Aduhaiii!
Masalah orang jadi masalahnya lagi!.

sorry kwn2. dah la lmbt ntah apa Sy tulis. tak tau la knpe jd mcm ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience