"Aku dapat baka baik"...."Ya, ya kita jual yang baka baru ni. Nanti esok aku tunjuk... Okay bye."
Esok masuk kerjalah.
Ambil cuti seminggu, esok masuk kerja.
Cuti...
Heh!
Orang balik cuti hilang masalah, Si Ali balik cuti bawa masalah! Elok sangatlah tu. Asal ambil masalah orang mesti Ali... Asal Ali mesti ambil masalah orang.
Merenyuk-renyuk Ali Firdaus mengutuk dirinya sendiri.
Telefon Ali Firdaus masukkan ke dalam kocek kiri seluar. Nak pergi jamban ke tak?... Malaslah. Semua malas.
Tadi dia serba-salah kalau dia yang harus membeli.
Nak kena tanya pada isteri dua malamnya nak makan apa? nak minum apa? Macam caring sangat.
Macam manalah dia boleh ikut sahaja cadangan Encik Razak nikah dengan budak perempuan itu. Tak logik langsung. Macam kena pukau pula.
Mungkin dia setuju sebab kebetulan memang ada urusan sudah berada di masjid dan ada dua pengantin lain. Mungkin dia truma yang amat dengan muncung pistol di rusuk kirinya. Mungkin dia tak sampai hati biarkan budak tu terkahwin dengan rakan dengan sisi gelap yang dia tahu. Mungkin sebab tu...
Tapi memang tak logik!.
Agaknya sekarang budak tu fikir dia nak ambil kesempatan. Kesempatan atas kekalutan.
Malas sungguh nak menghadap isteri dua malamnya. Serba-salah!.
Sampai KL nak kena uruskan daftar nikah lagi... berapa lama pula kena naik turun mahkamah!?.
Dari berdiri tegak di tepi tembok dinding Ali Firdaus berpusing tubuh, kemudian masih berdiri tegak di tempat yang sama. Menarik nafas seketika menenangkan hati yang gundah barulah Ali Firdaus melangkah.
Ali Firdaus berjalan dari hujung sini gerai makanan sampai hujung sana. Kemudian ulang lagi.
Tak nampak pula ke tandas, lama dia berada di laluan ke tandas tadi. Ali Firdaus ulang untuk kali ke tiga sekeliling meja makan yang banyak. Kotlah dia terlupa wajah isteri dua malamnya. Tapi tak mungkin. Wajah budak perempuan itu 'rare'.
Cantik dia lain...
Heh!.
Ali belok ke sebelah sini dinding gerai, terus sahaja menuju ke belakang. Tak ramai orang, hanya pekerja yang berada di dalam bahagian dapur gerai.
Seorang lelaki mungkin awal 50an keluar dari salah satu dapur gerai menjinjit bungkusan di kiri kanan tangan menuju ke pakir pekerja.
"Bang! Bang!..."
"Ya."
"Ada nampak perempuan seluar jeans longgar warna biru pakai t-shirt hitam gambar beca tak? Rambut ikat belakang.
"Bawak beg Mickey Mouse ke?".
"Ya Bang. Ada nampak tak?."
"Tadi ada berdiri lama tepi dinding tu. Dah ke depan kot."
"Terima kasih Bang."
"Sama-sama."
Ali Firdaus ke depan bangunan RNR semula. Ulang-alik, ulang-alik dari sana ke sini, dari sini ke sana kemudian ke tandas. Sampai minta tolong orang masuk ke tandas tengokkan jika isteri dua malamnya ada masalah di dalam sana. Tak ada!
Mana perempuan ni!?
Ali Firdaus sudah mahu meradang. Tak kan lari dengan duit RM100?. Dia tahu budak perempuan itu tiada tunai, tiada kad ATM dan tiada telefon bimbit. Habis di ambil penculik.
Di dalam beg kartunnya itu cuma ada dokumen peribadi sahaja seperti yang ditunjukkan kepada pegawai kedutaan dan pegawai polis.
Mana ni!? Tak kan solat!? Awal lagi ni. Belum masuk waktu Zuhur. Solat Dhuha ke?.
Ali Firdaus sudah panas hati. Bercekak pinggang dia berdiri di laluan ke kenderaan di pakir.
Allah!
Allah! Allah!.
Janganlah!
Tolonglah jangan!.
Entah-entah budak itu ditangkap sindiket! Penculik tu kata buyer memang mahukan budak tu!. Sindiket tu belum dapat diberkas polis Thailand!.
Allah!
Allahuakbar!.
@@@@@@@
"Aku dapat baka baik"...."Ya, ya kita jual yang baka baru ni. Nanti esok aku tunjuk..."
Ratna Chempaka berpaling kembali ke hadapan bangunan.
Oh tidak! Oh tidak!
Tubuhnya menggigil. Keringat rasa kasar-kasar terbit di balik pakaian.
Macam mana ni!?.
Apa nak buat!?.
Betul ke fikiran buruk dia ketika dalam perjalanan tadi!?.
Dari hujung sana gerai berdekatan balik dinding suaminya berdiri dia sudah tiba hujung sini gerai. Duit RM100 sudah lembab kerana peluh di dalam genggaman tapak tangan.
Apa maksud cakap lelaki itu tadi?. Dia nak lac.... Arghhh! Takutnya!!!.
Ratna Chempaka belok ke balik dinding sebelah sini gerai. Matahari terang menyuluh dinding di sebelah sini tembok. Berkerut mata Ratna Chempaka dipanah cahaya matahari. Orang memang tak ramai kerana hari bekerja dan masih pagi.
Otaknya ligat berfikir apa harus dia buat tapi apa yang berlegar di kepalanya... siapa orang yang dia sudah suka hati terima sebagai suami ini!?.
Entah-entah lelaki ini orang sindiket. Tiba-tiba muncul di tempat kejadian. Bincang sikit-sikit dengan penculik tak sampai beberapa jam dia sudah menjadi isteri.
Teringat cincin perak di dalam kocek beg Mickey Mouse, tanda pernikahan. Besar saiznya, langsung tak muat di jari Ratna Chempaka. Sarung sekejap sahaja masa hari nikah.
Heh!
Chem!
Fikir! Fikir!
Entah-entah dia sudah keluar mulut harimau tapi termasuk pula mulut naga!.
Macam mana ni!?.
Lari dulu dari suami tiba-tibanya. Balik Labis, cari kakak-kakaknya untuk minta tolong temankan berjumpa semula lelaki yang entah anak siapa itu kemudian barulah uruskan daftar nikah dan cerai.
Okay.
Begitu, baru betul caranya.
@@@@@@@
"Sepanjang jalan saya tak ada berbual dengan dia. Malam tadi pun tak ada. Urusan dekat kedutaan semalam kan sampai Maghrib, balik tu beli nasi bungkus, makan, mandi, solat, lepas tu terus masuk tidur sebab hari ni nak drive jauh."
"Dah nak tiba RNR ni baru saya ada cakap pasal tempat tinggal dia di KL nanti, sementara nak uruskan daftar nikah dan cerai."
"Lepas tu tanya dia nak makan ke tak. Itu aje."
Alahai letihnya...
Pegawai polis di hadapannya selamba sahaja menyedut air minuman di dalam gelas. Duduk bersilang kaki ke atas lutut. Merenung ke tengah panas di kawasan pakir.
"Nasib baik saya belum lepas RNR ni."
Selepas lama terdiam, itu sahaja yang keluar dari mulut pegawai polis. Kemudian jeda lagi.
"Saya nak ke Penang ni untuk kes si Baizura tu."
Ali Firdaus tidak menyahut. Dia cuma mahu masalahnya selesai segera.
Bolehkah dia lepas tangan sekarang? Dia tak akan rugi apa-apa, dia lelaki. Rasanya cukup sudah dia menolong. Sindiket itu tak akan cari dia.
Ali Firdaus rasa tanggungjawab dia sudah selesai kerana sudah membawa Ratna Chempaka melepasi sempadan negara. Dia cuma mahu pisahkan akad yang entah kenapa berlaku.
"Sekarang macam mana tuan? Saya dah boleh balik KL ke? Ni dah jadi urusan polis kan?."
"Tapi dia isteri awak."
"Saya nikah dengan dia sebab masa tu dekat negara orang. Saya masih dalam keadaan terperanjat kerana terlibat kemalangan kemudian diacu pistol. Saya terima usul tu dalam keadaan tidak berfikiran rasional."
"Tapi dia cantik kan."
Apa kena pegawai polis ni?. Ingat dia sejenis tengok luaran sahaja ke?.
"Ya dia cantik. Tapi kami nikah bukan sebab tu."
"Gurau..., janganlah stress sangat Encik Ali. Awak dengan dia sama padan tau."
Polis itu ketawa suka sedangkan Ali Firdaus sudah cemberut wajahnya. Jangan stress sangat... Apo!?.
"Okay, itu... polis sini dah sampai. Jom cek cctv."
Ali Firdaus menoleh ke kawasan pakir. Sebuah kereta petrol sudah berhenti di petak pakir. Dua orang anggota polis berpakaian penuh keluar dan melangkah menuju ke arah mereka.
@@@@@@@
Ooo macam ini rupanya bahagian belakang gerai RNR. Ada petak pakir untuk kakitangan dan jalan raya yang sempurna untuk keluar dan masuk.
Ratna Chempaka menekup bahagian hidung dan mulutnya dengan tisu. Beg Mickey Mouse sudah di dukung ke belakang badan. Dia bersandar di sebatang pokok.
Macam mana ye? Kalau jalan kaki sekejap sahaja suaminya dah jumpa.
Sebuah lori dua tan berhenti di petak pakir. Dua orang lelaki keluar dari hadapan dan terus ke belakang lori yang berbumbung kanvas seluruhnya. Dindingnya dari papan yang tidak rapat.
Dua lelaki mengeluarkan beberapa kotak sayur-sayuran dari belakang lori kemudian menghilang ke ruang belakang gerai.
Inilah peluang yang ada. Duit ada RM100.
Ratna Chempaka cepat-cepat ke belakang lori kemudian dengan susah payah memanjat dan menyusup masuk ke dalamnya dengan pantas.
Penuh kotak-kotak plastik keras kosong di dalam bahagian belakang lori. Sedikit sisa-sisa sayur yang bertaburan di lantai dan di dalam kotak-kotak.
Dia menyorok lebih jauh ke dalam. Melindungi dirinya dengan kotak-kotak plastik berkeliling. Agak lama di dalam dia sudah serba-salah. Berapa lama kena tunggu?.
"Bang! Bang!..."
Itu suara suaminya!.
"Ya."
"Ada nampak perempuan seluar jeans longgar warna biru pakai t-shirt hitam gambar beca tak? Rambut ikat belakang."
Allah! Allah! Macam mana ni!?.
Ratna Chempaka sudah tergigil dipersembunyiannya.
"Bawak beg Mickey Mouse ke?".
"Ya Bang! Ada nampak tak?."
"Tadi ada berdiri lama tepi dinding tu. Dah ke depan kot."
"Terima kasih Bang."
"Sama-sama."
Suara bercakap hilang. Ratna Chempaka cuba mengintai dari celah dinding papan lori yang tidak rapat.
Tiba-tiba badan lori bergegar kerana pintu di kiri kanan lori dibuka dan ditutup kasar. Kemudian bergegar lagi kerana enjin dihidupkan.
Jika jantungnya tidak beraga pasti sudah terlompat keluar saking terperanjatnya dia dengan bunyi tiba-tiba dan takutnya dia dengan aksi berani matinya ketika itu.
"Mana kita?".
"Boss suruh terus ke Cameron, ambik sayur."
Suara bersoal jawab tamat apabila lagu dangdut bergema dari hadapan lori dan lori bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang pakir belakang RNR.
Ya Allah...
Skala ketakutan Ratna Chempaka 10/10.
Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallazi sakhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinin
Wa inna ila rabbina lamunqalibun.
Bismillahilladzi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissamaa’i, wa huwassamii’ul ‘aliim.
Bismillahi Tawakkaltu Alallah la Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Bertenang Chem...
Allah ada.
@@@@@@@
Manalah budak tu pergi?...
Ali Firdaus hempas tubuh penatnya ke atas tilam. Mata dia pejam rapat. Rohnya perlahan-lahan rasa hilang kerana terlalu letih akal dan badan.
Ratna Chempaka Binti Ari Sudarji...
"Awak dah balik?. Awalnya"...
Terus terbuka mata berat Ali Firdaus. Menoleh ke sisi katil, terkebil-kebil kelopak matanya. Cuba menghadam apa yang dia nampak.
Berdiri tegak di tepi katil...
Masih berpakaian seperti pagi tadi. Seluar jeans longgar warna biru dan berbaju t-shirt hitam gambar beca. Rambut hitam lebat yang diikat tinggi. Ikatan yang tidak kemas tapi nampak... sexy.
Astaghfirullah hal Azim!.
Ali Firdaus bingkas berdiri. Akibatnya dia hampir tumbang menyembah lantai kerana cecair di otaknya rasa teroleng-oleng di dalam kepala.
Heh!.
Sosok yang menyapa di tepi katil terundur dua tiga langkah ke belakang sebelum tersandar ke daun pintu bilik yang terbuka dan merapat ke dinding bilik.
"Kenapa!?".
Baju berlipat dua tiga helai bertaburan di atas lantai. Selebihnya dalam pelukan sosok yang masih tersandar di daun pintu.
"Sorry... saya mengigau. Saya..."
Ayat membela diri Ali Firdaus terhenti. Eh!?.
"Kenapa awak masuk bilik saya?".
Rohnya sudah sempurna di dalam tubuh...
"Saya... cuma nak simpan kain dah lipat ni."
Masing-masing terdiam. Masing-masing terkebil-kebil saling memandang antara satu sama lain.
Kalau tak dpt tangkap ayat2nye bace 2x okay. klw pening pn bace 2x. jgn tak bce je nti Sy majuk
Share this novel