"Kita nak makan dulu ke macam mana?".
Ali Firdaus jadi segan dan malu sendiri pula melihat keterujaan Muhammad Zain menyambut Ratna Chempaka. Angau sangat ni. Tak bolehkah simpan-simpan sikit perangai tu. Dia nampak ketidak selesaan di wajah dan bahasa tubuh Ratna Chempaka.
"Saya dah sarapan pagi tadi. Masih kenyang. Saya dah janji dengan Kak Wawa nak massage. Awak dengan Encik Ali pergilah main game apa-apa dulu. Nanti lunch kita jumpa."
"Hah!".
Nampak air muka Muhammad Zain terus mendung dan hilang sudah cahaya yang berseri-seri tadi. Jatuh terus bahunya. Aduhai... Muhammad Zain memang betul-betul ketulahan dengan sikapnya yang suka memutuskan hubungan dengan tiba-tiba bersama pasangan terdahulu. Kali ini buku sudah bertemu ruas.
"Relaxlah Zain. Sekarang girls time nanti lunch jumpalah."
Mawar Baiduri bersimpul senyum memandang wajah Muhammad Zain yang cemberut. Geli hati pun ada melihat wajah yang langsung tidak disembunyikan perasaan itu. Nampak sangat kecewanya. Ratna Chempaka yang serba salah terus menarik tangan Mawar Baiduri dan berjalan pergi.
KahKah.
@@@@@@@
"Kau ni lapar ke apa? Kau belum sarapan kan?".
Muhammad Zain diam sahaja tidak menjawab soalannya. Menonong berjalan menuju ke restoran di ruang dalam bangunan golf resort bersebelahan kolam renang. Memilih sebuah meja di tepi kolam di situ. Menarik bangku untuk diduduk pun seperti mahu bergaduh.
"Jangan sampai aku manderam budak ni!".
Astaghfirullah hal Azim!. Bini aku tu!. Aku dahlah banyak dosa tak jaga kebajikan dia!.
"Kau jangan nak buat kerja gilalah Zain. Syirik tu, dosa paling besar tau tak!?."
Dia belum pernah bergaduh dengan Muhammad Zain. Dengan kawan-kawan yang lain pun dia tidak pernah bergaduh tapi kalau sampai Muhammad Zain buat betul-betul memang... Aish!.
"Setahun tau tak aku kejar dia, pujuk dia tak jalan. Setahun! Kalau kahwin dah beranak dah. Jual mahal sangat. Apa dia nak tak taulah. Belikan barang mahal, dia pulang. Ajak makan tempat class, dia tak mau masuk. Acah ayu ke acah kebal ke?. Tak taulah aku. Tak faham. First time aku kena macam ni. Sakit pulak hati aku!."
"Apa ayat kau tadi? First time kena kan. Sabarlah, ujian ni. Dulu kau jual minyak laku sangat. Orang berniaga pun tak selalu untung. Kau kira okay apa baru ni tak laku. Dulu kau lagi zalim, tinggalkan perempuan-perempuan dulu tak ada alasan. Tiba-tiba putus."
"Mentang-mentang cantik, jual mahal. Konon jinak-jinak merpatilah. Kalau dia tak nak janganlah bagi aku harapan. Ni aku ajak keluar kali ni nak pulak. Hari tu berapa lama tak nak. Mana tak nya aku mengharap. Malu tau tak aku dengan kau dia buat macam tu tadi. Tak layan aku terus pergi pada Wawa."
Ali Firdaus geleng kepala, Muhammad Zain buat tak dengar saja komen dia tentang perangai buruk lelaki itu dahulu.
"Kau nak malu dengan aku dengan Mawar buat apa?. Segala perangai tak semenggah kau kita orang dah tau."
"Tak membantu tau tak Li!?".
"Entah-entah dia dah ada orang lain kot. Mana tau dia patah balik dengan boyfriend yang dia cakap tunang tu. Mana kau nak tau kan."
"Tak mungkin! Dia tak suka perangai mamat tu mengongkong dia. Panas baran pulak tu. Tapi..."
"Tapi apa?".
"Dia pernah cakap dia dah ada seseorang. Dia tunggu lelaki tu balik. Aku risik dengan kawan-kawan kerja dia semua cakap tak pernah nampak dia ada orang lain."
"Kawan-kawan kerja dia bukan serumah dengan dia. Dia kerja dekat mana?".
"Company Mommy kau."
"Huh!?".
"SoRia Kosmetik."
"Weh! Kau tak cakap aku pun!".
"Eh! Kau ni kenapa!? Itu pun jadi hal. Biarlah mana dia kerja pun. Masalahnya sekarang dia tak layan aku. Lagipun aku nak cerita macam mana?. Baru-baru ni aje sekarang kau nak jumpa aku kan. Sebab Wawa dah balik, hal Sumayyah dah settled. Dulu kau macam zombie, tegak aje tak campur orang. Mentang-mentang girlfriend dah balik lupa pulak masa kau kecewa macam mana ek!."
Allah... SoRia Kosmetik?. Macam mana ni?. Nak nikah Mawar, tapi... mana nak kena buat dulu?. Nak kena cepat daftar nikah cerai Ratna Chempaka.
@@@@@@@
Macam manalah dia nak minta nombor telefon Ali Firdaus daripada Mawar Baiduri?. Apa yang boleh digorengnya teman wanita Ali Firdaus ini?. Tak kanlah nak cakap dia nak order ayam. Aje...
"Senyap je Ratna."
Suara Mawar Baiduri mematikan khayalan Ratna Chempaka dari memikirkan alasan untuk mendapatkan nombor telefon Ali Firdaus. Menoleh kepada Mawar Baiduri yang duduk di bangku sebelah. Mereka sedang berurut kaki.
"Jadi ngantuk pulak kena urut macam ni. Akak tak ngantuk ke?."
"Ngantuk jugak. Tu yang tegur Ratna dulu. Takut Ratna tangkap akak dah tertidur. Malulah akak."
Hahaha. Pandai bergurau teman wanita suaminya ini. Orangnya manis, lemah-lembut, nampak mesra dan sopan. Patutlah Ali Firdaus memilih Mawar Baiduri, namanya juga cukup indah dan unik.
"Akak kerja mana?. Akak kerja apa?".
"Pensyarah, tapi sekarang belum dapat penempatan. Akak kan baru balik."
(Macam kerja cikgu plk ayat ni. Jgn kecam, Sy duk rmh je)
Ya, dia ingat pada pertemuan kali pertama Mawar Baiduri ada bercerita dia baru pulang dari luar negara menyambung pelajaran.
"Ratna dengan Zain macam mana?. Dah fasa apa?".
"Mana ada fasa apa-apa. Kawan ajelah Kak. Saya setuju keluar ni sebab dia merayu-rayu sangat. Kesian. Pening saya dia asyik memaksa macam tu."
"Tapi dia kan handsome. Banyak duit mamat tu Ratna. Family dia orang senang, tak kacau duit dia."
"Nama pun duit dia... hahaha. Nak mengharap duit orang buat apa kan. Dia tengah kemaruk ni menabur aje kerjanya. Saya sebenarnya tak suka cara dia."
"Kenapa?".
"Memaksa! Dia kata memujuk tapi saya yang terima rasa dipaksa bukan dipujuk. Dia cakap suka saya sebab cantik. Ye lah tu cantik, kalau saya dah tak cantik. Tiba-tiba cedera ke apa, takut dia lari. Taklah tuduh, saja je buruk sangka sebab tak nak kan. Kalau nak, saya cari baik dia.... hahaha."
"Hahaha bijak, bijak. Tak nak cuba bagi peluang ke?."
"Akak tau tak saya baca Zain macam mana?. Pada saya dia dah terdesak nak kahwin sebab dah banyak umur. Saya pulak belum nak kahwin sebab baru aje dapat pegang duit sendiri. Setakat hari ni saya fikir kalau tak ada boyfriend tak apa. Aku cari duit banyak-banyak... hahaha".
"Akak ni sebenarnya Zain suruh pujuk Ratna bagi peluang pada dia. Serba-salah akak. Tapi sebagai kawan dan sepanjang berkawan dia okay aje dengan semua orang."
"Hmm, pada saya Kak... Zain tu jadi kawan okay kot. Kalau dia nak lebih saya tak nak. Saya dah rapat dengan dia dekat setahun, saya tak fikir dia orang yang saya cari untuk buat suami. Banyak perbezaan kita orang. Makan kat warung tak berapa nak. Makan itu tak boleh minum ni tak bagus. Saya pulak jenis larung je maklumlah orang susah. Kereta tak boleh kotor, tak boleh bersepah. Habislah saya tak aman hidup. Mesti kemudian hari saya murung."
"Haha tu memang perangai Zain sangat. Mat smart kan. Hahaha abis tu bila Ratna rasa nak kahwin?."
"Tunggu Kak Wa kahwin dulu."
"Hahaha entah bilalah tu."
"Kata Zain akak dengan Encik Ali dah nak kahwin."
"Tak berani nak cakap. Ratna rasa akak padan ke dengan Ali tu?".
"Mana ada istilah padan ke tidak Kak kalau dah suka. Cinta ni pelik kalau dah terkena panahannya. Semuanya sempurna, semuanya sesuai. Kalau tak suka barulah cari yang tak serasinya walaupun orang lain tengok macam pinang dibelah dua. Sebab tu ada perkataan nikah, ada perkataan cerai. Satu untuk suka, satu tu untuk benci. Orang dulu lagi tak pernah jumpa. Bila aje dia orang fikir padan ke tidak."
"Amboi! budak kecik ni bijaknya."
"Hahaha".
"Apa yang buat akak tanya padan ke tidak. Akak gaduh ke dengan Encik Ali?".
"Taklah gaduh... Eh! kenapa Ratna panggil Abang Ali Encik?".
"Sebab saya tak nak panggil Zain Abang. Dia orang kan sebaya. Nanti Zain tuntut pulak saya panggil dia Abang. Tak nak dia perasan... hahaha."
Mawar Baiduri tidak boleh tahu di belakangnya dia memanggil Ali Firdaus Abang sejak hari mereka dinikahkan.
"Hahaha... macam-macamlah budak ni."
"Akak cerita tak habis."
"Mana tadi? Oh! tak gaduh tapi... Aish! susahlah nak cakap. Ratna nak tak Abang Ali? Akak pass kat Ratna."
"Kalau Encik Ali dengar kecik ati dia Kak. Mesti dia cakap... mentang-mentang aku jual ayam. Ingat aku anak ayam yang kaler-kaler tu ke? Hahaha."
"Akak nak tau tak?. Dah lama saya tak gelak-gelak macam ni. Saya tak ada kawan rapat."
"Kenapa?. Kat tempat kerja tak ada kawan perempuan ke?".
"Ada, ramai. Boleh kata 70 percent perempuan tapi saya tak berani nak berkawan rapat."
"Kenapa. Ratna kena buli ke kat tempat kerja?".
"Bukan. Cuma saya nak kerja lama kat tempat tu. Kalau ada kawan rapat kat tempat kerja takut jadi apa-apa saya kena keluar dari situ."
"Okay. Kalau macam tu Ratna kawan akak ajelah."
Mawar Baiduri menghulurkan sebelah tangan kepada Ratna Chempaka. Melihatkan jari yang keluar baru Ratna Chempaka faham lalu dia juga menghulur tangan dan mengaitkan jari kelengking untuk patri janji mereka.
@@@@@@@
"Best ke urut sini?".
Ali Firdaus menyoal Mawar Baiduri apabila latar belakang meja makan mereka bagai terdengar bunyi cengkerek.
"Okay, best."
Mawar Baiduri menjawab cepat. Faham maksud soalan tak ada faedah darinya. Dari ekor mata dia tahu Muhammad Zain sedang merenung budak cantik di hadapan meja. Budak itu pula tunduk sahaja menjamu selera.
"Awak suka ke Ratna?. Kalau awak suka nanti kita datang lagi. Saya belanja awak full body massage."
Muhammad Zain di sebelah mengajukan soalan kepada Ratna Chempaka apabila dilihat budak itu tidak turut serta dalam perbualan.
"Eh! tak pelah, tak nak. Saya buat sebab ada Kak Wawa. Saya rindu nak spend time dengan kakak-kakak saya."
"Awak ada akak?".
Ali Firdaus sendiri terperanjat dengan soalannya yang tiba-tiba. Tiga pasang mata terus merenungnya, pelik.
"Sorry, saya... macam ada teringat awak cakap tak ada adik-beradik. Saya ingat cerita salah orang agaknya. Oh! Cerita si Ipah masa reunion hari tu. Dia cerita pasal drama tv. Aduh! dah tua ni banyak benda mix. Saya dah tualah Mawar. Kita kena kahwin cepat ni."
Mawar Baiduri merenungnya agak lama tanpa riak. Kemudian tersenyum nipis buat Ali Firdaus serba-salah.
"Akak tiri. Anak tiri arwah Abah saya."
Ratna Chempaka menjawab juga soalannya tadi walaupun sudah agak lama terbiar.
"Dia orang dekat mana? Labis ke?".
Muhammad Zain pula menyoal. Ali Firdaus juga berharap perbualan boleh menjadi panjang. Suasana meja memang canggung. Ratna Chempaka nampak sangat tidak mahu melayan Muhammad Zain. Memek muka dan bahasa tubuhnya jujur sangat.
Dia pula mahu makan tengah hari ini segera selesai. Ada perkara penting dia mahu buat. Baru sebenar tadi dia dapat berwasap dengan adiknya yang nombor dua dan cerita dari adiknya benar-benar memeranjatkan.
"Ya, dekat Labis."
"Dia orang layan awak baik ke?."
"Of courselah! Dia orang kan kakak saya."
"Hmm, nanti bolehlah saya ikut awak balik Labis berkenalan dengan dia orang."
Ratna Chempaka tidak menjawab apa-apa. Tunduk dan menyuap makanannya dengan tekun seolah tidak mendengar cakap akhir Muhammad Zain.
"Lepas ni aku balik ye."
Mawar Baiduri bercakap dan semua tau cakapnya itu ditujukan kepada Muhammad Zain.
"Eh! Kenapa pulak?. Kita jalan-jalanlah dulu. Shopping ke."
"Aku ada hal kat rumah. Dah janji dengan Mama aku."
"Alah Wa..."
"Saya pun nak balik."
"Eh! Janganlah macam ni Ratna. Bukan senang saya nak dapat keluar dengan awak. Please."
"Saya tak suka jalan petang. Masa suntuk sangat nak solat semua."
"Please Ratna..."
"Zain, janganlah memaksa. Elok-elok dah makan atas tapak tangan terus terbang nanti. Kau juga yang rugi."
Dia berbisik keras ke telinga Muhammad Zain lalu lelaki itu menoleh kepadanya dengan muka masam. Memang tak pernah nampak Muhammad Zain jadi macam ni. Ada rasa kasihan tapi selebihnya rasa padan muka.
Berapa ramai perempuan yang menangis sebab sikap memilih Muhammad Zain sebelum ini. Kiranya Allah swt hantar Ratna Chempaka kepada Muhammad Zain untuk dia merasa sakitnya perasaan orang yang terdahulu.
silent reader blh tlg follow Sy. wpn cite sy tk brpe best mcm penulis nama besar dpt la bg smgt Sy terus jd tukang karut haha. tqvm sume yg Dr mula bce cite Sy, tlg Komen, tlg bg semangat, tlg teman Sy menulis. syg uoll
Share this novel