Get the app for full experience
SEBAIK sahaja penceraian di mahkamah selesai, Leia melangkah keluar dari ruang pengadilan dengan langkah perlahan. Wajahnya kosong, matanya kelihatan suram menahan segala emosi yang bergelora dalam dada. Di kiri dan kanannya, keluarganya dan kawan baiknya, Tiara dan Shima, berjalan rapat, memberikan sokongan senyap buat Leia yang jelas kelihatan rapuh. Hujan renyai-renyai mula turun membasahi perkarangan mahkamah, namun Leia seakan tidak mengendahkan. Dia hanya mahu pergi sejauh mungkin dari semua ini. Setiap hela nafasnya terasa berat, seolah-olah satu babak hidupnya telah benar-benar berakhir. Namun, saat dia hampir melangkah menuruni anak tangga menuju ke tempat parkir, suara yang amat dikenalinya kedengaran di ...