"Assalamualaikum puan..."
Perempuan itu berjalan laju. Berwajah cantik tapi air mukanya tegas dan tidak mesra. Mungkin kerana masalah yang sedang dihadapinya.
"Waalaikummussalam."
Sepatah dan tegas. Walau segarit senyum nipis pun tidak ada mengiringi jawab salam itu.
"Maaf puan, err... boleh saya minta masa puan seminit.?".
Ratna Chempaka dapat rasa bibir dan pipinya bergetaran untuk ayat sependek itu.
"Sorry saya nak cepat. Saya tak nak beli apa-apa."
"Bu... bukan, bukan. Saya tak jual barang. Saya..."
Perempuan itu sudah mula melangkah. Ratna Chempaka semakin gugup.
"Saya nak mintak kerja. Maaf tadi saya terdengar puan bertelefon, pekerja puan berhenti tiba-tiba. Saya kena tipu kawan. Dia kata nak bagi kerja tapi dia tak dapat dihubungi. Beg duit saya dan telefon pulak hilang. Tolonglah puan. Huhu..."
Ratna Chempaka bercakap senafas sambil menangis. Ya, dia menangis. Agaknya sedih yang belum habis kena tinggal dengan bas express berbuku di dalam hatinya ikut keluar sekali.
Perempuan yang sudah turun tangga rendah depan bangunan tandas berpaling memandang wajahnya. Ratna Chempaka dedat air mata yang berlinangan dengan belakang tangan.
"Awak nak mintak kerja?, kena tipu kawan?".
Soal perempuan itu tegas dan sinis. Ratna Chempaka angguk laju-laju.
"Mana sijil-sijil pelajaran awak kalau betul awak nak pergi mintak kerja?".
Tegas.
Memang tegas cara perempuan cantik di hadapannya. Buru-buru Ratna Chempaka kedepankan beg Mickey Mouse di belakang badan.
Sambil membawa beg itu ke tembok rendah tempat dia duduk sebentar tadi dia menoleh kepada perempuan cantik, memberi isyarat takut-takut dia mahu menunjukkan di situ.
Perempuan itu mendekat. Alhamdulillah, tolong Ya Allah, lembutkanlah hati dia...
Dengan tangan tergigil-gigil Ratna Chempaka keluarkan sijil-sijil sekolah yang dia ada. Perempuan itu capai semuanya kemudian membelek sambil berdiri.
"Mak, Ayah awak dah meninggal?".
Tanya perempuan cantik itu sambil sedikit mengunjuk sijil meninggal ibu dan bapanya yang dia terhulur sekali kerana gugup.
"Ya."
"Adik-beradik? Saudara-mara?".
"Saya anak tunggal. Saya ada akak bukan seibu sebapa tapi..."
Nak cerita ke? Panjanglah pula. Nak kena cerita sekarang ke?.
Sijil-sijil yang bertindih masih perempuan itu teliti satu per satu. Membiarkan jawapannya tergantung tidak dituntut akhirannya.
"SPM je?".
"Y... ya"
"Awak tau tak saya nak staff untuk jawatan apa?."
"Tta..tak."
Ratna Chempaka semakin gugup kerana dia semakin mengharap.
Kemudian dia kecut perut tiba-tiba!.
Kau Chem! Macam tak belajar apa-apa dari cerita hari lepas!.
"Saya nak personal assistant untuk company cosmetic saya."
Perempuan itu memberitahu ketika masih membelek sijil-sijil yang sedikit itu sekali lagi.
"Ada jawatan yang sesuai untuk saya tak puan dekat tempat puan?".
Tiba-tiba dia mencuba.
Harapan memuncak kembali mendengar perkataan company cosmetic. Bunyinya kerja yang selamat dan terhormat.
Ya Allah, tolong Ya Allah!.
"Jom! Mana beg baju awak?".
Dengan tiba-tiba.
"Ermm... masa saya hilang beg duit, pergi cari... saya hilang beg baju pulak."
Nanti kalau dah kerja, semua dah okay dia akan cerita yang betul. Kalau semua okay...
"Okay, saya percaya awak."
Jawab perempuan tegas sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Menghalakan telefon itu kepada Ratna Chempaka dan mengambil gambarnya kemudian mencalit-calit muka telefon.
Selepas gambarnya, perempuan itu mengambil gambar dokumen pentingnya. Kad pengenalan, pasport, sijil meninggal Mak dan Abah kemudian sijil-sijil sekolah.
"Jom!".
Sudah berjalan laju menuju ke kenderaannya. Kelam-kelibut Ratna Chempaka mengemas segala sijil dan dokumen masuk ke dalam beg Mickey Mouse kemudian berlari anak menuju ke kenderaan perempuan cantik itu.
Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallazi sakhara lana hadza wa ma kunna lahu muqrinin
Wa inna ila rabbina lamunqalibun.
Bismillahilladzi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissamaa’i, wa huwassamii’ul ‘aliim.
Bismillahi Tawakkaltu Alallah la Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
@@@@@@@
22:00 pm jam di papan pemuka kereta.
Pedih perutnya mencucuk lagi. Mahu menghonges timun yang ada di dalam beg segan pula dengan Puan Soraya.
Nama perempuan cantik berpewatakan tegas ini ialah Puan Soraya Binti Abdullah seperti yang diberitahu sebentar tadi.
Puan Soraya tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan. Hanya memberitahu namanya dan lokasi syarikatnya. SoRia Kosmetik Sdn Bhd.
Ratna Chempaka tahu tentang jenama kosmetik ini. Terkenal, dan harganya tidak mampu milik untuknya. Sekadar mampu pandang setiap kali konten fyp produk itu lalu di media sosialnya.
"Sementara ni you duduk rumah I. Esok ikut I masuk office."
"Baik Puan."
Alhamdulillahi rabbil alamin!.
Senang hati Ratna Chempaka mendengarnya. Untuk malam ini dia sudah ada tempat berteduh. Kereta yang Puan Soraya pandu sudah masuk ke dalam bandaraya Kuala Lumpur.
Rasanya arah pemanduan menuju ke selatan. Ratna Chempaka membaca penanda jalan lepas satu, satu lagi. Mahu tahu ke mana arah dituju mereka. Mahu bertanya dia segan.
Tawakal sahaja kepada Allah.
Walau baru melalui pengalaman diculik tapi kerana dia sudah di dalam negara dia masih mampu bertenang dalam takut dan gundah gulana.
Terpaksa! Dia tiada sesiapa untuk bergantung atau mengadu. Ratna Chempaka harus berdiri di atas kaki sendiri walau keadaan sukar macam mana sekalipun.
Sesekali dia mengerling ke arah Puan Soraya di sebelah. Berapa agaknya umur perempuan ini. Melihat raut wajah dan potongan badan rasanya sekitar akhir 30an atau awal 40an.
Tapi bila membaca aura dan ketegasan caranya bergerak dan bercakap Ratna Chempaka agak umurnya lebih lagi.
Papan tanda jalan banyak bertanda Bangi. Agaknya mereka akan ke Bangi, Selangor. Sudah banyak kawasan rumah kedai dan kediaman di kiri kanan jalan.
Kemudian kereta membelok ke kawasan rumah-rumah dengan binaan yang besar dan cantik. Takjub Ratna Chempaka melihat rumah-rumah di kiri kanan kawasan yang dilalui sekarang.
Kereta berhenti di hadapan sebuah pintu pagar besi yang tinggi menjulang. Pintu pagar terbuka sendiri dan kereta membelok masuk. Lepas sahaja badan kereta, pintu pagar tertutup sendiri kembali.
Bukan kaleng-kaleng kaya ini orang.
Kereta, Puan Soraya pakir di hadapan sebuah rumah cantik bercat putih yang besar. Subhanallah, MasyaAllah, Tabarakallah. Ratna Chempaka gembira ada orang Islam yang kaya seperti Puan Soraya.
"Jom".
Puan Soraya terus keluar tidak menunggu Ratna Chempaka yang terkedu-kedu segan dan rasa kerdil. Cepat-cepat dia buka pintu kereta dan keluar mendukung beg Mickey Mouse.
"Masuk. Kasut letak sana."
Ratna Chempaka mendongak memandang Puan Soraya untuk melihat sana mana yang dimaksudkan Puan Soraya. Sebuah almari putih melekat di dinding yang tidak disangka ianya sebuah almari kasut. Fuh! Daebak!.
"Dah sampai?".
Satu suara garau berbunyi mesra menyapa. Datang dari arah tangga di tepi dinding. Ruang dalam rumah luas yang amat. Luas macam dewan serbaguna di pekan Labis ketika dia menyewa untuk bermain badminton. Tapi luas yang cantik macam dalam filem.
Lelaki yang menegur sampai di hadapan Puan Soraya. Mengucup mesra dahi si isteri yang selamba sahaja wajahnya walau si suami manis menyambut kepulangan si isteri.
"Ni Ratna?".
Tanya si suami lagi walau soalan tadi tidak dijawab Puan Soraya.
"Ya, saya Ratna Chempaka."
Dia menjawab takut-takut dan tersenyum senget. Suami Puan Soraya tersenyum mesra. Nampak ikhlas dan nampak seperti orang baik-baik dan terhormat.
Kacak dengan rambut dan jambang yang sudah banyak memutih. Jambang itu padan sungguh dengan raut wajahnya. Bagai aksesori yang memang dicipta dan dipaten khas untuk lelaki di hadapannya ini.
"Duduk."
Arah Puan Soraya tiba-tiba. Menunjuk ke sofa dengan mata dan kening sahaja.
Perlahan-lahan Ratna Chempaka labuhkan punggung ke sofa yang cantik mahal selepas dia menepuk punggung seluar yang sebelumnya sudah dia duduk di atas lantai belakang lori. Kesian sofa...
"I bagi you percubaan sebulan. Tak perform you're fired. You perform, I nak you sign contract agreement kerja setahun. Contract dah sign, you berhenti belum cukup masa, you bayar I jumlah gaji you setahun. Faham?".
Sejuk kaki dan tangan Ratna Chempaka mendengarnya. Cubalah sebulan dah alang-alang dia dapat tumpang percuma sampai ke Kuala Lumpur. Huhu...
"Faham Puan."
Ratna Chempaka menjawab perlahan. Memandang wajah tegas Puan Soraya ketika bercakap. Macam-macam jenis orang ada di dunia, yang macam ini pertama kali Ratna Chempaka jumpa.
"Yong! Yong!".
Tiba-tiba Puan Soraya bersuara kuat. Dari satu laluan, keluar seorang perempuan lebih kurang sebaya Kak Long.
"Yong, ni Ratna. Dia staff baru I. Yong bagi dia bilik sebelah bilik you. Baju I yang I cakap bagi orang tu bagi pada dia. Lepas tu hidang dia makan. Dia belum makan lagi."
"Baik Datin."
Erkk...
Datin?.
Datin kau...
Sedap saja Ratna Chempaka berpuan dengan Datin dari tadi. Tapi tadi Datin Soraya cuma memberitahu namanya tanpa pangkat di pangkal.
"Awak ikut Kak Yong. Esok pagi pukul sembilan dah ready. Faham?".
"Faham Datin."
Semakin mengeletar suara Ratna Chempaka menjawab cakap Datin Soraya.
Dari ekor mata yang mahu berpaling mengikut langkah Kak Yong dapat Ratna Chempaka lihat Datin Soraya menarik tangan suaminya yang sedang duduk membaca sebuah buku di sofa supaya berdiri dan kemudian berjalan berpelukan mendaki tangga yang sebelumnya Dato itu turun.
Kerlas cara Datin...
@@@@@@@
Ratna Chempaka meraut-raut rambut yang lembab dengan jari. Segar sungguh rasa tubuh selepas mandi. Baru hari ini dia dapat mandi dengan puas dan selesa selepas tiga malam di culik dan dua malam sebilik dengan suami tiba-tiba.
Alhamdulillah.
Duduk seketika di birai katil. Melatari pandangan ke segenap sudut bilik. 10 x 10 mungkin. Sebuah katil bersaiz permaisuri merapat ke dinding, gerobok dua pintu dan meja solek kecil beserta bangku plastik putih.
Sempurna.
Mudah-mudahan tempat ini selesa untuk mental dan fizikalnya sekarang-kurangnya sehingga simpanan cukup untuk menaikkan sebuah rumah baru di tanah Tok.
Tunggu esok, esok penentu keputusannya mahu mencuba di sini atau teruskan perjalanan hijrahnya.
Selepas hari ini dia akan susun elok-elok perancangan hala tujuh hidupnya. Perkara pertama jauhi lelaki dan cinta. Itu paling utama.
Dia terhumban dari Labis kerana Amizan. Dia tarik diri dari Penang kerana Fakarudin. Dia melalui pengalaman melarikan diri dan di tinggal di lebuh raya juga kerana lelaki.
Maka...
No lelaki!
Sampai...
Sampai bila? 25? 30?
Heh!.
Tuk! Tuk! Tuk!.
"Ratna, Ratna"
Ratna Chempaka bingkas berdiri segera mengejar daun pintu.
"Ya Kak Yong."
Apabila daun pintu terkuak Kak Yong berdiri di situ. Di hadapan pintu.
"Makan jom. Kak Yong dah hidang."
"Susahkan Kak Yong je."
Ratna Chempaka jawab malu-malu dengan perlawaan Kak Yong.
"Tak pe, memang kerja Kak Yong. Jom, jom."
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dia memang sangat lapar. Hari ini hanya sebatang timun masuk ke perutnya dan sudah keluar juga.
Jom perut.
Jom makan.
Ok tak?. blh la ek
Share this novel