"Waaahh"
"Uuuuu"
"Amboiii"
"Dasyatlah!".
"Siapa punya!? Siapa punya!?".
"To, Ratna Chempaka."
"Fulamak!".
"Untunglah jadi orang cantik."
"Dari siapa!? Dari siapa!?".
Ratna Chempaka tertinjau-tinjau ke meja penyambut tetamu. Beberapa kakitangan berkeliling di meja itu. Ada apa tu?. Macam best saja. Ada gosip terbaru ke?.
Dari pintu masuk dia menuju ke meja penyambut tetamu. Mahu ikut serta dalam kumpulan yang berkeliling di situ di pagi hari.
Agaknya sebab mereka tahu Datin Soraya tidak masuk pejabat hari ini jadi beranilah mereka berlambat-lambat di aras bawah, tidak terus ke meja kerja masing-masing seperti selalu.
"Ya Datin, Datin nak air suam kurang manis satu?".
Hahaha, sengaja dia bersuara kuat di belakang mereka yang berkeliling, sesampai rapat dia di meja penyambut tetamu. Alhasil semuanya bertempiaran meninggalkan meja itu.
Mereka yang bekerja di aras atas cepat-cepat mahu mengejar pintu lift. Ratna Chempaka ketawa suka melihat mereka yang berkeliling hilang arah begitu kerana terperanjat disakat.
Masing-masing kembali ke situ apabila perasan mereka diperdaya Ratna Chempaka.
"Kau Chem! Nasib tak arwah aku."
"Apa kau ni Chem! Terkejut aku tau tak".
"Ooo... mentang-mentang dah ada boyfriend, dah berani guna nama Datin ye."
Aik, apa?
Seorang dari yang ramai menghulurkan sejambak bunga mawar pelbagai warna ke dalam dakapannya. Mungkin berjumlah 33 atau 44 kuntum.
Mak ai!. Siapa bagi?
"Mamat segak hari tu kan?".
Tidak berbasa basi. Terus ditanya soalan paling utama. Ratna Chempaka tergamam. Apa ni? Mana dia tahu. Dia baru sampai. Siapa yang bagi?.
"Siapa bagi?. Untuk siapa?".
Dia punya ke?. Peliknya. Tiba-tiba dapat sejambak bunga besar gedabak macam ini.
"Alahhh! Kura-kura dalam perahu... Baca kad dalam tu!.."
Ratna Chempaka tidak membantah, menurut sahaja bagai dipukau.
'Lunch saya tunggu awak depan office. Saya tengah audit company sebelah office awak minggu ni. 017710####
Zain'.
Allah!.
Ingatkan sudah selesai pertemuan semalam. Tidak diberi nombor telefon Muhammad Zain mendekati dia cara begini. Apa tujuan Muhammad Zain?.
Bukankah sudah dia jelaskan situasi perasaannya.
"Betulkan mamat semalam. Smart la Chem. Pandai kau pilih. Patutlah macam tak ada perasaan bila ada yang nak berkenalan, rupanya dah ada boyfriend."
Memandai saja kawan-kawannya ini. Mereka tak percaya ke dia benar-benar terlupa nama lelaki itu semalam.
"Bukanlah, dia auditor masa aku kerja tempat lama. Tak ada apa pun."
"Ooo, tak apalah. Sekarang tak ada apa, kau buatlah sampai ada apa."
Rakan sekerja masih dalam mood menyakat. Maklumlah bekerja di dalam syarikat ramai kakitangan perempuan dan semuanya dalam kalangan umur hampir sebaya.
"Kau tak nak, bagi aku Chem mamat tu."
Hmm... apa salahnya kan. Dia berkawan sahaja dengan Muhammad Zain nanti boleh kenalkan dengan rakan-rakan lain.
Dia tak akan boleh ada apa-apa dengan Muhammad Zain sebab status dia. Dia isteri... Ali Firdaus.
@@@@@@@
"Dia datang, dia datang."
Sambil membawa mulut cawan ke bibir, suaminya memberitahu dalam nada perlahan. Hampir tidak kedengaran kerana jarak meja dan suasana di dalam restoran yang boleh tahan riuh.
Datin Soraya menghirup perlahan teh tarik, sedaya-upaya cuba kekal bersahaja sedangkan di dalam hati sudah libang-libu perasaannya. Jujur dia rindu.
"Assalamualaikum."
Salam datang dari arah belakang Datin Soraya. Bangku di penjuru tengah meja empat tempat duduk di tarik. Selamba duduk tidak meminta izin.
"Waalaikummussalam."
Suaminya menjawab salam sambil meletakkan cawan kembali ke atas meja. Dia meniru perbuatan suaminya juga ikut sama meletakkan cawannya ke atas meja. Salam itu dia jawab di dalam hati.
Ali Firdaus menghulurkan tangan kepadanya, dia sambut dengan hati sayu. Hampir tiga tahun baru hari ini tangannya disalam kembali anak yang ini.
Ali Firdaus menyalami dan mencium tangannya lama. Ketika anak itu mengangkat kembali kepalanya dia nampak air mata yang bergenangan.
Kemudian Ali Firdaus beralih menyalami tangan suaminya juga mencium kekura tangan itu lama. Setitis air mata sudah membasahi kekura tangan suaminya.
Anak yang ini cepat-cepat menyeka hujung mata kemudian kembali duduk tegak. Menyandar di belakang kerusi dan pandangan jatuh ke muka meja.
"Mommy dengan Daddy ada urusan area sini ke?".
Suara itu bergetaran. Dia tahu perasaan anak yang ini. Pasti perasaan yang sama seperti perasaannya sekarang ini.
Jika boleh diundur kembali ke masa sebelum hampir tiga tahun ini, dia mahu menerima sahaja hubungan Mawar Baiduri dengan anak yang ini. Walaupun dia akan kembali terkenang kisah lamanya tapi keadaan sekarang tidak berbeza. Anaknya sekarang bersama Sumayyah.
"Ya, tadi Daddy temankan Mommy jumpa customer."
"Daddy cuti ke?".
"Ya."
Janggal. Sangat janggal.
"Ali dah breakfast? Orderlah. Lama kita tak makan sama."
Suaminya cuba mengawal situasi janggal agar tidak lebih buruk mungkin. Suaminya selalu berwasap dengan anak yang ini tapi tidak pernah bertelefon suara.
Dia juga bimbang Ali Firdaus angkat punggung tinggalkan meja mereka. Dia belum puas melepas rindu.
Tapi, untuk menyahut dan turut bertanya apa-apa dia tidak mahu. Bimbang dia menangis di sini. Dia sedang bertahan ketika ini. Memujuk hatinya bertenang jangan sampai anak yang ini pergi.
"Boleh ke? Mommy dengan Daddy lama lagi?".
"Kalau Ali okay kami adjust masa."
"Okay, Ali pergi order."
Anak yang ini bingkas bangun menuju ke kaunter apabila pelayan berada jauh dari meja mereka. Datin Soraya mengambil kesempatan mengedip-ngedip mata cuba menghapus takungan air mata yang sudah berkolam.
"You okay Yang?".
Soal suaminya perihatin. Datin Soraya mengangguk. Masih tidak berani menjawab dengan suara. Dalam hati memanjat syukur doanya makbul untuk dapat melihat anak yang ini apabila jadual pagi ini ada urusan di sini.
Di sini berdekatan pejabat urusan syarikat milik arwah bapa mertuanya yang diserahkan kepada Ali Firdaus. Bapa mertuanya menyerahkan syarikat ketika sakit dan terlantar di hospital. Setahun selepas awal cerita hampir tiga tahun ini.
Sepatutnya syarikat beralih kepada suaminya Abu Bakar, tapi suaminya masih mahu menabur khidmat kepakarannya kepada masyarakat. Sayang untuk menanggalkan jubah doktor dan meninggalkan tugas sebagai pensyarah perubatan sambilan di sebuah universiti awam.
Maka, sebagai cucu lelaki sulung dari anak lelaki sulung dan satu-satunya anak lelaki arwah bapa mertuanya, Ali Firdaus terpilih untuk mengambil alih syarikat berkuat kuasa serta merta ketika itu. Antara sebab juga dengarnya Mejar (B) Jailani tiba-tiba terlalu menyayangi anak yang ini menjadi cucu menantunya walau dari baka Datin Soraya.
Kasihan anaknya, entah bagaimana duduk di dalam keluarga itu. Adakah dilayan buruk kerana cerita dia dahulu. Banyak juga dia dengar informasi tapi bukanlah dari sumber yang sahih memandangkan tidak ramai yang mahu dekat dengan keluarga Mejar (B) Jailani. Hanya anaknya...
@@@@@@@
Ketika dia keluar dari pintu utama bangunan syarikat tengah hari itu sosok Muhammad Zain sedang berdiri menyandar di dinding hadapan, khayal dengan telefon bimbit.
Rakan-rakan lain yang bersaing keluar berbunyi menyakat Ratna Chempaka sehingga membuatkan lelaki itu menoleh kemudian tersenyum manis.
Semakin galak rakan-rakan lain menyakat Ratna Chempaka melihat jejaka 'herlok' itu.
"Jom."
Kata Muhammad Zain apabila mendekati Ratna Chempaka. Rakan-rakan bergerak menjauh, masih tidak pergi kerana menunggu seorang yang masih di dalam bangunan syarikat.
"Confidentnya awak saya akan setuju."
"Awak pernah dengar pepatah bercinta biar satu, berkawan biar seribu?".
"Kawan saya dah ramai."
Ratna Chempaka cuba berdegil dengan alasan lalu berpusing sedikit seraya menunjuk ke arah rakan-rakan yang masih di satu sudut hadapan pejabat syarikat.
"Contohlah, kereta awak rosak. Awak kena cari kawan lelaki tau Ratna."
"Saya tak ada kereta. Kalau ada pun saya akan call towing insurance. Percuma untuk maksimum jarak 150 km."
Muhammad Zain tersenyum sahaja mendengar Ratna Chempaka mengolok-olok cakapnya.
"Please Ratna. Be my friend."
Rayu lelaki itu tiba-tiba sambil buat muka comel mengerdip-ngerdipkan kelopak mata.
Ergh...
"Bye Chem..."
Jerit beberapa suara dari sudut sebelah sana. Ketika dia menoleh rakan-rakannya sudah bergerak pergi sambil tersengih-sengih dan melambai kepadanya.
Dia sudah tiada pilihan. Di dalam tadi, dia sendiri mengatakan kepada mereka dia akan keluar bersama Muhammad Zain.
"Jom Ratna."
Dengan sebelah tangan sudah menjemputnya melangkah dahulu sambil tersenyum manis.
"Bak sini ic awak."
Sengaja sedikit kasar dan belagak. Biarkan! Nak, bagi. Tak nak, boleh blah. Dia sudah semakin dewasa dan sudah ada sedikit lebih pelajaran hidup setiap hari.
Muhammad Zain berdiri tercegat, mungkin sedikit terkujat dengan aksi sadisnya yang tiba-tiba. Empat saat lima saat... lelaki itu menarik keluar dompet duit dari kocek belakang seluar yang dipakai.
Sekeping kad pengenalan biru dihulur kepada Ratna Chempaka, dia sendiri agak kaget apabila Muhammad Zain setuju syarat kesudiannya. Hmmm... cara terkini buaya ke?.
Dia ambil lambat-lambat. Mengambil gambar kemudian... nak hantar pada siapa? Pada aras berapa pula dia percaya kawan-kawan yang lain untuk dokumen peribadi sesulit ini.
'Maaf mengganggu Datin, saya keluar dengan kawan baru ni. Sekadar berhati-hati. Terima kasih Datin."
Ya, sekadar berhati-hati.
Tapi, segan pula. Wajah Datin Soraya yang serius terlayar di ruang mata. Tak boleh, tak boleh...
'Sorry Kak Yong, saya keluar dengan kawan baru ni. Sekadar berhati-hati. Terima kasih Kak Yong."
Okay, sent.
@@@@@@@
Ketakutannya benar.
Ali Firdaus benar-benar mahu melakukan apa yang dia agak anak itu akan lakukan.
Kali ini rasa ralat tidak bersetuju hubungan awal Ali Firdaus dengan Mawar Baiduri memecut ke aras paling tinggi. Kalaulah dia boleh ulang masa yang sudah bergerak sejauh hampir tiga tahun ini.
Baik dia dan suaminya Abu Bakar masih duduk menyandar ke belakang kerusi hadapan di dalam kereta yang masih terpakir di hadapan restoran bersarapan pagi bersama Ali Firdaus sebentar tadi.
"You don't worry Yang. I'll slow talk with him later okay."
Sebelah tangannya yang sememangnya dipegang suaminya Abu Bakar digenggam kuat.
"Okay Yang?".
Sekali lagi.
Dia tahu suaminya mahu memastikan dia baik-baik sahaja selepas mendengar rancangan Ali Firdaus yang tidak akan lama lagi berlaku seperti kata si anak.
Datin Soraya mengangguk, dia mahu menyenangkan hati suaminya.
Hatinya? Tak mengapa buat masa sekarang walau sudah rasa luka lama berdarah lagi, tidak mengapa. Akan dia bertahan demi perasaan anak lelaki seorang yang pernah dia lukakan kerana fikirkan luka yang sama di dalam hatinya paling dalam.
Datin Soraya pujuk jiwanya kuat. Dikenang kembali bertapa bahagianya dia yang berbinti Abdullah memangku buat pertama kali yang disebut darah dagingnya erat ke dada.
Zuriatnya, nyawanya Ali Firdaus selepas bertarung lebih 48 jam untuk kelahiran sulung. Kenangan yang paling menghidupkan jiwanya ketika dari kecil kerap diracun dengan kata-kata nista dan maki-hamun.
Duhai anak, Mommy minta ampun untuk ketidak bahagiaan Ali sepanjang hampir tiga tahun ini. Mommy mengalah yang tidak akan kalah. Mommy akan memenangi Ali semula.
Oh anak, Ali Firdaus bin Abu Bakar.
blh la ye. 1700 patah perkataan. tak idea dah
Share this novel