Bab 32

Drama Series 20020

Suaminya Dato' Abu Bakar menggenggam erat jari-jemarinya. Sesekali kekura tangannya digosok perlahan. Datin Soraya tahu lelaki kesayangan ini cuba menenangkan dia dengan ulah Ali Firdaus pada tengah hari tadi.

Hilang sudah angan-angannya malam semalam untuk memadukkan Ali Firdaus dengan Ratna Chempaka. Belum sempat usulnya dicadang sudah dimusnah Ali Firdaus dengan permintaan berkenaan urusan juang si anak menghalalkan buah hati pengarang jantung, siapa lagi kalau bukan Mawar Baiduri.

Mereka mengekor rapat Ali Firdaus yang berjalan dahulu di hadapan. Pakir kereta penuh di bahagian sini taman riadah jadi Ali Firdaus pakir di bahagian sana taman. Agak jauh juga untuk berjalan tapi demi anak lelaki seorang yang hatinya jenis nekad macam-macam hal boleh diambil maka Datin Soraya fikir lebih baik beralah sahaja.

Lagipun itulah janjinya jika mampu memujuk anak yang ini pulang ke rumah dan memaafkan kekurangannya sebagai ibu yang tidak sempurna mengurus dan menangani urusan hati si anak.

"Jauh lagi ke Ali?".

"Dah dekat Mommy."

Mereka berjalan lagi di atas trek jogging di dalam taman. Sekejap mendaki kecil sekejap turun pula bukit rendah. Bagus juga sebenarnya kerana dia biasanya hanya beriadah di dalam rumah di atas 'treadmill' atau sesekali menolong berkebun di belakang rumah di tanaman sayuran Yong, pembantu rumahnya.

(Ce Google makna treadmill dalam bahasa melayu)

"Okay, dekat depan tu."

Kata Ali Firdaus tiba-tiba yang dengan tiba-tiba juga berhenti berjalan. Kemudian tangannya dengan jari telunjuk menunjuk ke satu arah. Di sebuah pondok rekreasi ada Mawar Baiduri dan seorang perempuan lain.

"Mommy, Daddy... Mama Mawar tak tau Mommy datang sini. Dia memang langsung tak nak berbincang. But please, Ali merayu sangat... tolonglah Ali. Ali tak nak orang lain, Ali cuma nak Mawar. Tolonglah pujuk Mama Mawar."

Datin Soraya simpan keluh, walau jauh di sudut hati dia lelah dengan cinta agung Ali Firdaus kepada Mawar Baiduri, dia mahu menjaga hati si anak. Tak mengapalah, hati dia biar dia sahaja yang jaga.

Pertemuan pertama kali bersama Mawar Baiduri dahulu membawa kepada Ali Firdaus keluar rumah membawa hati yang lara. Pertemuan dengan perbualan yang baru mukadimah tentang binti dan kampung asal Mawar Baiduri berakhir dengan Datin Soraya dilanda anxiety masa lalu yang teruk.

Sehabis bercakap Ali Firdaus terus menyambung langkah menuju pondok kecil. Datin Soraya menggeleng kepala. Suaminya menggosok perlahan pula belakang badannya.

Dia memandang sayu wajah sang suami. Hari ini sejak tiba di rumah sebelum Zuhur tadi dari Seremban. Selepas Ali Firdaus merayu mereka suami isteri tentang rancangannya. Sudahnya mereka hanya mampu berbincang secara telepati melalui bahasa mata demi menjaga hati Ali Firdaus. Bimbang si anak merajuk dan lari lagi. Kali ini mereka kena tangani cinta agung Ali Firdaus secara berhemah.

"Ada tak Ali bagitau you nama Mama Mawar Biy?".

Dia menarik tangan suaminya tiba-tiba supaya lelaki itu berhenti seketika untuk soalannya. Ali Firdaus sudah tiba pada Mawar Baiduri di pondok dan sedang bercakap sesuatu dengan gadis itu.

"Tak ada pulak Yang."

"Nak address apa ye? Puan ajelah kan."

Suaminya tidak menyahut sebaliknya menarik tangannya supaya kembali melangkah yang tidak jauh mana lagi untuk sampai ke pondok.

"Aunty, ni Mommy saya Soraya."

Sampai sahaja di hadapan pintu pondok yang sudut lain di kelilingi bangku panjang seorang wanita yang mungkin sebaya dirinya memandangnya sekilas sebelum berpaling. Namun dia dapat menangkap ada rasa benci juga di situ.

Mungkin Mama Mawar juga sama seperti dirinya terpaksa demi anak. Atau mungkin segala cerita nista sudah keluarga besar Mejar (B) Jailani sumbat ke dalam pemikiran Mama Mawar untuk air muka yang terbias di wajah perempuan di hadapannya ini.

Tunggu sekejap!.

Dia, bagai pernah melihat wajah ini. Tapi di mana ye!?. Ingatan ini... Orang yang samakah!?.

"Korang semua tinggalkan kita orang berdua dekat sini."

Suara yang terlantun dari ayat pembuka Mama Mawar Baiduri menarik ingatannya pada satu sosok yang pernah duduk rapat dalam hidupnya suatu masa dahulu.

Dia berdiri merenung sepasang mata yang bagai berkomunikasi satu kisah yang panjang dan ke belakang. Siapa dia ni?.

"Ma..."

"Pergi Mawar! ".

Anak lelakinya Ali Firdaus meraih lengan suaminya Dato' Abu Bakar, kemudian menarik pula lengan baju Mawar Baiduri yang serba-salah wajahnya berdiri di samping Mamanya. Lambat-lambat mengikut tarikan Ali Firdaus pada lengan baju.

"Tengok diri kau dan tengok diri aku Su."

Siapa dia ni?...

"Melur?".
"Melur Bidasari?".

"Hah! Ingat rupanya. Aku fikir kau akan pura-pura lupa nama aku. Maklumlah, tengok kau sekarang... cantik, berbela... tengok aku..."

Sinis, penuh kesakitan pada setiap perkataan yang keluar. Sepasang mata itu turut sama bercerita duka. Mereka sebaya tapi apa yang sudah sosok ini lalui untuk terlukis segala kesakitan di wajah yang satu masa dahulu sangat manis. Hingga dia sendiri gagal mengenal pada sekali pandang.

"Mawar anak kau Melur?".

"Kenapa? Tak percaya?. Kasihan aku, kasihan Mawar. Sebab engkau, Mawar ada di muka bumi hidup dihina dan saksi buruknya perangai manusia."

"Kenapa kau kahwin dia Melur!?".

"Kau tanya aku Su?... Kau tanya aku!?".

Jerkahan Melur Bidasari memeranjatkan burung gagak di tong sampah berdekatan, juga memeranjatkan dia membuat dia terkedu dan hilang kata-kata untuk membalas. Melur Bidasari bernikah dengan adik Mejar (B) Jailani kerana diakah?. Allah...

"Kau bijak pandai kan. Seperti mana kau bijak menyelamatkan diri kau malam tu... mesti kau bijak untuk meneka kenapa aku nikah dengan lahanat tu!".

"Melur... a... aku min... minta maaf Melur. Aku tak sangka macam tu jadinya. Aku... aku tak fikir akibat. Aku lari je. Aku... aku terus lari, aku tak fikir."

Sungguh! Itulah ceritanya malam itu. Dia tinggalkan semua. Dia cari peluang, dapat dan... lari. Terus lari tidak toleh ke belakang lagi. Tak fikir lagi.

"Lepas kau aniaya aku, biar aku jadi galang ganti sekarang kau nak apa? persenda nasib Mawar pulak!?".

"Aku tak tau kau Mama Mawar, Melur. Sungguh aku tak tau..."

"Kau!... Mawar balik rumah menangis. Menangis sungguh-sungguh! Lepas kau tau bapak dia siapa, saudara-mara dia siapa... Sampai hati kau layan Mawar aku macam tu Su! Sampai hati kau!. Sedangkan dia ada darah keturunan tu sebab kau!".

"Maafkan aku Melur, tolong maafkan aku. Aku salah, aku mengaku aku salah. Tapi, tapi... aku terperanjat bila dengar siapa bapak dia... aku tak benci Mawar. Cuma, cuma... bapak dia tu, bapak dia tu kesakitan masa dulu aku!. Aku tolak Mawar sebab aku tak nak dekat lagi, tak nak ingat lagi apa yang setan tu pernah buat dekat aku. Aku minta maaf Melur."

"Diam Su! Diam! Diam! Kau bagi apa yang kau tak nak tu semua pada aku! pada Mawar!".

"Melur... Maafkan aku. Kau tau aku tak mungkin akan sakitkan kau. Aku tak terfikir, langsung aku tak terfikir lepas aku lari kau akan jadi galang ganti. Sungguh Melur. Aku minta maaf aku tak fikir akibatnya kena pada kau.... Tolong ampunkan aku Melur."

Melur Bidasari, melangkah pergi. Pergi macam tu sahaja tanpa kata lanjut. Tinggalkan dia terkedu dengan hakikat ada yang teraniaya kerana tindakan dia menyelamatkan diri. Bagaimana larian dia menuju sinar bahagia sudah memadam cahaya kegembiraan seorang gadis lain. Gadis itu teman baiknya.

Satu-satunya teman dia ada yang sudi meminjamkan bahu, yang sudi menghapus air matanya setiap kali dia mengadu kekecewaan. Sungguh dia tidak berniat begitu. Terlalu banyak budi Melur Bidasari padanya. Terlalu banyak kasih-sayang gadis itu kongsi dengannya untuk dia ada sedikit bahagia hidup dalam keluarga jahanam itu.

"Yang, you okay?. You kenal Mama Mawar ke?."

Hanya ada suaminya Dato' Dr Abu Bakar. Meraih tangannya, menggenggam lalu dibawa ke bibir dan dikecup. Malangnya perilaku lazim itu tidak mengembirakan hatinya seperti selalu. Dia pendosa, itu hakikat yang baru dia tahu. Dia berdosa merubah seorang gadis manis yang hatinya selalu riang menjadi seorang ibu yang kesakitan jiwanya.

Mawar Baiduri bukan hanya anak lelaki setan itu tapi juga anak Melur Bidasari satu-satunya sahabat baik yang dia ada ketika zaman kelamnya.

"Melur Bidasari... anak Pak Leh dengan Mak Som, pembantu rumah Mejar (B) Jailani."

"Allahuakbar... Ye ke Yang?. Tapi..."

"I lari... dia galang ganti. Hidup dia musnah Biy. Hidup dia musnah."

Pandangan Datin Soraya jauh ke hadapan tapi ingatannya sedang berbalik ke belakang. Balik pada malam dia lari sehelai sepinggang. Kenapa? Kenapa dia langsung tidak terfikir akibat keputusannya akan menganiaya masa depan Melur Bidasari.

Kenapa?.

@@@@@@@

"Mommy! Mommy! Daddy!"

Suara Ali Firdaus memanggil. Kuat dan semakin kuat. Rasanya anak itu sudah melaung dari luar pintu sana. Apa harus dia buat. Apa harus dia seorang rakan dan ibu yang berdosa ini harus buat. Tiba-tiba dia sangat takut untuk berhadapan Ali Firdaus. Dia takut mahu melihat kekecewaan anak itu, seperti mana dia masih terbayang-bayang kekecewaan Melur Bidasari.

"You relax je Yang. Let me handle Ali."

Suaminya, seperti selalu, seperti petang tadi di taman, bersikap sentiasa melindungi dia. Baik keselamatan fizikal dan kesihatan mentalnya sejak malam pertama mereka dipertemukan qadak dan qadar Allah.

"Mommy! Daddy!".

"Sini Ali."

Sahut suaminya Dato' Dr Abu Bakar.

"Oh! Dekat sini, nyorok ke?".

Ali Firdaus sampai ke ruangan dapur kering. Di meja makan kecil selalunya dia dan suami duduk untuk minum atau menikmati kudapan.

Pelik, Ali Firdaus kelihatan ceria sahaja. Berdiri di belakangnya lalu membongkok dan memeluknya erat. Lama dan cukup erat penuh perasaan... lega, pada bacaannya. Kenapa tidak seperti yang disangka?.

"Thanks Mommy. Thank you very much. Ali mintak maaf untuk semua sikap buruk Ali yang lepas. Maafkan Ali sebab tak sabar. Maafkan Ali sebab buruk sangka."

Dia menepuk-nepuk tangan yang melingkar tubuhnya perlahan. Seperti menepuk punggung si kecil Ali Firdaus suatu masa dahulu. Pandangan matanya bertembung dengan suaminya. Bertelepati lagi seperti siang tadi, apa kena anak ini?. Ada cerita lainkah?. Mari kita ikut arus cerita dia, mari kita biarkan dia bercerita. Begitu bahasa mata dia dan suami.

"Mama Mawar suruh cepat. Bulan depan, akhir bulan. Mama Mawar suruh kita siapkan semuanya. Nikah, sanding, venue, tarikh, masa, semuanya Mama Mawar suruh pihak kita uruskan. Dia tak nak uruskan apa-apa."

Mungkin...

Melur Bidasari sudah memaafkannya. Dia sahaja yang terlalu bimbang dan rasa bersalah yang melangit. Mendengarkan berita yang Ali Firdaus khabarkan hatinya jadi lega yang amat sehingga dia menitiskan air mata. Akan dia manfaatkan kesudian Melur Bidasari beralah dengan kesakitan hidupnya demi kebahagiaan anak-anak mereka. Akan dia jaga Mawar Baiduri sebaik-baiknya mulai hari ini hingga akhir hayatnya.

"Mommy okay?. Kenapa Mommy menangis. I hurt you so much... I'm sorry Mommy."

Kata Ali Firdaus yang sudah berlutut di tepi bangku duduknya dengan suara yang sebak. Sebelah tangannya di atas meja digenggam suaminya menyalur semangat seperti selalunya.

"Bukan... Mommy happy sangat. Akhirnya Ali dapat bahagia Ali. Mommy tak sabar nak Boy Mommy ni kahwin. Umur dah banyak."

Lama dia tidak menyebut nama manja Ali Firdaus. Anak itu tidak mahu apabila mula meningkat remaja. Hanya Yong yang masih memanggil nama itu yang Ali Firdaus tidak kisah.

Ali Firdaus menyembamkan pipi ke lututnya dan dia membelai rambut anaknya sayu. Mudah-mudahan selepas ini semuanya baik-baik sahaja. Tiada lagi ujian drama konflik dalam kisah cinta Ali Firdaus.

Melur Bidasari, terima kasih sahabat.

Bab ni mesti rmai terpadam keterujaan buat chem n Ali kan. sorry ye kwn2 kita kena selesaikan masalah secara owg dewasa. hero tk blh lepas tgan mcm tu je.

Share this novel

Marilynn Malikin
2025-08-05 18:41:42 

jadi ratna mcm na?

Najdiah Zakaria Nadia
2025-08-05 17:28:39 

Okey kita sabar menunggu plot twist nya. Usah bermadu sudah, sakit hati pulak nanti kita orang.

Seri
2025-08-05 13:49:11 

Tak ape kita tunggu…


NovelPlus Premium

The best ads free experience