"Datin mana Chem?".
"Airport".
Tangannya laju sahaja di atas papan kekunci manakala mata kekal di skrin monitor. Dia semakin cekap dengan segala peralatan kerjanya berbanding masa setahun yang lalu.
"Wah! Outstation ke!? Berapa lama?".
Satu suara lain menyampuk laju perbualannya dengan rakan kerja yang lain. Suka agaknya membayangkan majikan tegas mereka bakal tiada dalam radar.
"Jemput anak dia balik."
Jawab Ratna Chempaka sambil ketawa kecil. Suka dapat menghancurkan kegembiraan sekelip mata suara yang bertanya.
"Alahh... Aku ingatkan lepas kes tu Datin cutilah empat enam hari."
"Sebab tulah dia kaya dan berjaya."
Jawab Ratna masih dalam ketawa. Teringat pada pagi esoknya selepas cerita kecoh di pejabat, hospital dan balai polis tempoh hari. Datin dan Dato' turun bersarapan dengan persalinan lengkap bersedia masuk bekerja.
"Anak dia yang menantu orang yang datang menyerang tu ke Chem?".
Tangan Ratna Chempaka terhenti tapi mulutnya terkunci dari menjawab. Dia masih ingat syarat-syarat di atas kertas tawaran kerja yang dia tandatangani lebih setahun lalu. Lebih dia ingat jasa Datin mengutip dia di hentian tol Tapah dan memberi dia pekerjaan yang langsung tidak sesuai dengan tahap akademiknya.
Menyamahkan dia gaya hidup yang tidak pernah dia terfikir akan merasa atau lambat lagi akan sampai dalam perjalanan hidupnya. Kak Yong sudah berpesan jangan bertanya apa-apa tentang Boy anak majikannya itu. Nanti menjemput sedih yang berpanjangan pada Dato' dan Datin
"Entah. Datin tak cakap dan aku tak berani nak tanya. Cara Datin detail kalau aku patut tau dia terus inform. Dia tak cakap tu maknanya aku tak perlu tau kot."
"Sayang betul kau dengan Datin ye Chem. Tak nak kongsi sikit pun rahsia dalam banglow dengan kita orang."
"Maknanya apa tu?. Aku ni boleh simpan rahsia kau orang jugak tau."
Ketika menjawab Ratna Chempaka memusingkan 360 darjah bangku kerjanya yang beroda kemudian mem'flip' rambutnya ke belakang sambil ketawa. Dia mahu menjaga hati semua orang. Dia mahu bermastautin lama di daerah sini.
"Yelah Chem. Kau memang baik, cantik pulak tu. Sesuai sangat jadi menantu Datin yang anak-beranak cantik lawa tu. Weh Chem, kau trylah... anak lelaki dia tu kan dah duda. Handsome nak mampus yang tu."
Semua cakap 'handsome'. Masalahnya Ratna Chempaka tidak pernah nampak kelibat anak lelaki Datin Soraya yang satu itu. Dia juga tidak pernah masuk lagi ke ruang utama rumah. Hanya sekali ketika hari pertama menjejakkan kaki ke banglow Datin Soraya.
Pada hari raya yang lepas juga dia tidak masuk ke dalam walau Dato' dan Datin menjemputnya. Rasanya tiada keperluan untuk dia berbuat begitu. Segan dan seakan melebih-lebih pula tidak sedar diri hidup sekadar menumpang. Lagipula ruang dapur banglow itu sudah terlalu cantik dan keluasannya melebihi rumah orang biasa.
Fikirnya cukuplah dia sekadar di situ. Ruang dapur kering dan basah. Menolong Kak Yong apa-apa kerja yang patut di situ. Kak Yong tidak perlu mengemas seluruh banglow kerana dalam seminggu dua kali akan ada pekerja pembersihan datang mengemas rumah banglow indah itu.
"Weh! Chem. Penat aku bercakap rupanya kau berangan ye. Mesti tengah terbayang muka anak Datin kan."
"Haha"
Jauh dia mengelamun membayangkan berada di ruang dapur banglow Datin.
'Handsome' sangat ke duda berhias tu? Mana handsome dengan... Dengan siapa ya yang paling 'handsome' lelaki yang pernah mata dia nampak. Ali Firdaus?
@@@@@@@
"Aku penatlah, baru sampai kau dah paksa aku ke sini."
Ali Firdaus hempas tubuhnya ke atas sofa empuk di ruang lobi kemudian melorotkan badan dalam keadaan hampir terbaring sampai terdongak kepala dan memejamkan mata.
Sungguh dia teramat penat. Bermula penerbangan lokal dari Geraldton ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth untuk menunggu penerbangan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur tapi tertangguh pula untuk beberapa jam kerana masalah teknikal.
Mana tidaknya, dia di Geraldton bukanlah hanya makan angin menghantar Sumayyah sebagai pengantin Aiman tetapi juga terus bekerja. Melawat ladang ternakan kambing dan lembu untuk kerjasama urusan perniagaan miliknya. Kerja tetap berjalan walau secara maya dengan urusan pejabat mahupun pelanggan. Sekarang zaman serba canggih.
Tiada jawapan. Ali Firdaus buka sebelah mata kerana pelik tidak mendengar Muhammad Zain membalas apa-apa cakapnya.
Nah kau! Apahal selekeh sangat mat smart ni?.
"Kau kenapa? Sakit ke?".
Ali Firdaus terus duduk tegak. Memberi perhatian kepada Muhammad Zain yang nampak murung dan kusut.
"Aku ni tak padan ke dengan dia?".
"Siapa?".
"Ratna."
Ali Firdaus menelan liur. Apa hukumnya bercerita tentang isteri kepada lelaki lain, lelaki yang menaruh perasaan kepada isterinya yang dinikahi secara sah mengikut hukum?. Tiba-tiba roma Ali Firdaus meremang, banyak dosanya selagi dia masih mengikat gadis cantik itu dengan akad.
Argh... Tiba-tiba teringat lagi saat berstatus suami kepada Sumayyah yang langsung dia tidak pernah sentuh. Hebat atau ada masalahkah dia dengan kelelakiannya?. Boleh pula menghindar perkara itu sedangkan ianya halal ketika itu. Kenapa sebenarnya dengan dia?. Benarkah cintanya kepada Mawar Baiduri sebegitu besar sehingga boleh membina tembok kepada perempuan-perempuan lain?.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?".
Soalan Muhammad Zain mengembalikan dia dari persoalan tiba-tiba di benak kepalanya. Langsung tidak berkait dengan keadaan dan masalah Muhammad Zain di hadapannya.
"Macam mana kau kenal dia?".
Tiba-tiba Ali Firdaus mahu tahu.
"Aku audit company lama dia kerja."
"Dekat mana? Labis?"
Pada pertama kali pertemuan dia mahu bertanya tapi bimbang rahsia yang disimpan terpecah pula. Melihatkan Ratna Chempaka tenang sahaja berjumpa dengannya dia fikir tak mengapalah jika dia ambil tahu di lain masa tapi kemudian terlupa pula kerana sibuk dengan rancangannya melarikan Sumayyah ke luar negara.
Pejabat audit Muhammad Zain kerja sekarang adalah pekerjaan lama Ali Firdaus sebelum mengambil alih perniagaan arwah datuknya. Mereka rakan sekerja selepas tamat pengajian.
"Tak. Dekat Penang."
Oh! ya, budak tu datang ke Hatyai mengikut kawannya yang sama-sama bekerja di Pulau Pinang. Budak tu sudah tahukah hasil siasatan pihak berkuasa tentang kes culiknya?. Kalaulah budak itu tidak melarikan diri...
"Dia cari kau ke?".
Ali Firdaus mahu tahu kalau selepas melarikan diri darinya Ratna Chempaka mencari Muhammad Zain untuk meminta pertolongan memandangkan seperti yang dia tahu budak itu sebatang kara tidak beribu dan berayah lagi. Lagipun kedua arwah pemengang kad pengenalan merah, dia sendiri melihat semua dokumen peribadi budak itu bersama pegawai polis.
"Cari apa ni Ali!? Aku dah la kusut ni."
Tiba-tiba Muhammad Zain merentan dengan wajah merenyuk macam budak-budak menghempas badan ke belakang sofa. Beberapa pasang mata tetamu hotel yang lain memandang ke arah mereka. Dia yang memilih hotel ini ketika berjanji berjumpa Muhammad Zain dalam panggilan telefon. Dia mahu tempat yang sejuk berpenghawa dingin. Panas sungguh cuaca Malaysia sekarang ini.
"Tak..., macam ni..."
Ali Firdaus terjerat dengan persoalan-persoalan yang berperang dalam kepalanya sendiri tentang Ratna Chempaka.
"Engkau tak cerita betul macam mana kenal budak tu. Kau cakap kenal dia dekat Penang lepas tu dia ada dekat sini... Cuba cerita dari mula. Siapa Ratna ni? Anak siapa?. Lepas tu baru aku boleh tolong buat post mortem apa masalahnya. Ini hujung pangkal aku tak tau, kau mintak pendapat aku. Tak logikkan."
Nasib baik boleh belok, boleh belit. Lagipun Muhammad Zain tengah kusut untuk mengesan apa-apa kesalahan dalam cakapnya.
"Dulu... masa dekat Penang dia dah ada boyfriend. Agaknya dia dapat rasa aku dah terpesona dengan dia yang cantik lawa tu dia tipu aku cakap lelaki tu tunang dia. Dia takut sangat sebab boyfriend dia tu kuat cemburu, sampailah... aku dengan lelaki tu bertumbuk sebab dia. Jadi kes polis, aku fikir ada harapanlah aku dapat dia tapi esoknya dia hilang. Hilang yang hilang. Tak dapat dikesan. Aku call banyak kali tak dapat. Kawan-kawan dia cakap dia berhenti 24 jam. Dia cakap dengan kawan serumah dia nak balik Labis. Aku ingat betullah dia balik Labis, memang tak ada jodoh aku nak dapat dia tapi lepas sebulan boyfriend dia datang office serang aku, tuduh aku larikan Ratna. Baru aku tau dia memang dah putus dan tinggalkan lelaki tu. Lepas setahun aku jumpa dia dekat sini. Aku fikir dia memang jodoh aku, dah hilang boleh jumpa balik tapi... dah berapa bulan aku cuba dia tetap tak layan aku. Aku taulah dia cantik, muda. Jauh umur dari aku tapi takkan tak boleh bagi aku peluang. Aku dah niat dah kalau Ratna terima, aku terus nikah. Kali ni aku serious!".
Pergh! Bini aku tu.
Bukan Ali Firdaus cemburu tapi dia rasa malaikat tengah menulis dosa dia sebagai suami tidak bertanggungjawab ketika ini. Dahulu dia yang mahu memperisterikan Ratna Chempaka kerana bimbang gadis itu dijaga orang yang salah
Tapi sekarang apa dia sedang buat?. Membincangkan hal isteri dengan seorang luar yang berebut isteri itu pula dengan lelaki lain? Sama levelkah dia dengan bapa ayam?. Tidak menjaga maruah isteri yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi isteri itu dia tahu anak yatim-piatu.
"Relaxlah Zain, kita ni dah three series. Janganlah tunjuk kita lemah sangat. Kalau dia dah tak nak carilah orang lain. Muka macam kau ramai aje budak perempuan muda lain nak".
"Memanglah betul tu... tapi aku tak nak orang lain. Aku cuma nak Ratna".
Cheh! Sempat ek.
Baik dia cari budak Ratna Chempaka ni. Daftar nikah, daftar cerai maka lepaslah dia dari dosa ini atau menanggung dosa budak itu jika ada berbuat apa-apa kesalahan selagi berstatus isteri.
Macam mana nak cari budak tu?. Kalau dia minta nombor telefon dari Muhammad Zain mahu bagikah temannya yang sedang kemaruk ini?.
"Cuba... Kau mintak tolong Mawar pujuk dia. Budak perempuan ni biasanya dia suka akak-akak yang caring dengan dia. Jom kita keluar makan berempat lepas tu suruh Mawar slow talk apa-apa yang patut."
Adik perempuannya yang ada dua orang itu begitulah perangainya tapi bukan itu ceritanya dia mahu keluar bersama, dia mahu dapatkan nombor telefon Ratna Chempaka pada perjumpaan itu untuk membincangkan cara berpisah mereka nanti.
"Kau memang bijaklah Ali. The best!".
Muhammad Zain bangun dari duduk dan menerpa kepada dia di sofa sini. Memeluk erat tubuhnya pakej mencium pipinya kiri dan kanan. Mengundang pandangan penuh tanda-tanya beberapa orang yang berdekatan.
Tak pernah dia nampak Muhammad Zain seperti ini. Kifarahkah ini?. Biasanya lelaki ini yang meninggalkan pasangannya atas alasan tidak serasi.
Padan muka kau Zain.
sorry I is bz. kejar seben kuar spore nk naik melaka plk. tk smpt blik rmh kena antr beg baju dia.
Share this novel