Bab 31

Drama Series 20020

Solat Maghrib di surau balai polis.

Lama gila urusan, disoal itu ini, begitu begini. Macam mereka pula pesalah yang mahu menculik. Ali Firdaus pun habis di soal macam-macam. Sampai ada anggota dihantar ke tempat suaminya melanggar mati monyet.

Selesai urusan tadi ketika bersalaman dengan lelaki bermotorsikal Ratna Chempaka nampak Ali Firdaus salam keruk dengan lelaki itu. Ratna Chempaka dengar Ali Firdaus cakap 'duit minyak'.

Dia tidak terfikir itu semua, mujur dia berurusan semua ini dengan suaminya. Kalau dia seorang mesti terkotang-kating dan lebih menangis dari bercakap kerana masih trauma.

"Tadi Abang Ali bagi Abang motor tu berapa. Saya ganti balik duit Abang Ali."

Ali Firdaus tidak menjawab sebaliknya memasang radio dan lagu cinta yang mendayu berkumandang perlahan.

"Nak makan dekat mana?".

Soal Ali Firdaus tiba-tiba, kemudian menoleh kepadanya apabila dia tidak menjawab.

Bukan apa, dia sebenarnya terpana seketika apabila Ali Firdaus bersuara perlahan sambil diiringi muzik perlahan begitu. Ketika dia menoleh, lelaki itu begitu kacak dengan rambutnya yang lembab kerana wuduk.

"Awak kenapa?".

Soalan Ali Firdaus memalukan dirinya. Boleh terbias jelaskah perasaan dia tergambar di raut wajah. Berbahang rasa pipinya penuh darah yang menyerbu ke situ. Mujur di dalam kereta gelap.

"Abang Ali tanya apa?. Perlahan sangat saya tak dengar."

Boleh tak macam tu?.

"Nak makan dekat mana?."

Ulang Ali Firdaus soalan tadi sekali lagi.

"Mana-mana pun boleh."

Selepas Ratna Chempaka menjawab begitu. Suasana di antara mereka di dalam kereta senyap semula. Hanya bunyi lagu dari radio sahaja tetap memutarkan lagu cinta kecewa.

"Kereta boss saya tu macam mana ye Abang Ali?. Boss saya tak ada sekarang, pergi pengantin saudara dia dekat Seremban."

"Saya dah uruskan. Dah dekat bengkel."

"Bengkel mana?. Saya nak kena bagitau boss saya bila mereka balik esok."

"Nanti saya bagi alamat."

"Err... Ooo... Ermm... Terima kasih Abang Ali tolong saya lagi hari ni. Terima kasih tolong saya dulu."

"Kenapa dulu awak lari?".

"Ergh... Err... Aa... S... Say... Saya salah faham."

"Salah faham apa?".

"Err... Kalau saya cakap mesti Abang Ali tak percaya. Err... lain kalilah saya cerita."

Malu sungguh untuk diingat sebabnya. Dia tak pernah dapat mengarang ayat membela diri untuk tindakannya melarikan diri sejak Muhammad Zain menerangkan jenis pekerjaan Ali Firdaus. Kalau dia cerita jujur bimbang Ali Firdaus berkecil hati.

Mujur Ali Firdaus diam sahaja selepas dia menjawab begitu. Fokus dengan pemanduan di hari Sabtu malam Ahad. Kereta penuh di atas jalan raya.

Ketika Ali Firdaus sudah membelok ke sana membelok ke sini, tempat makan yang dipilih berdekatan dengan banglow Datin Soraya. Ratna Chempaka lega kerana sudah dekat dengan rumah.

Waktu makan Ali Firdaus diam sahaja. Ratna Chempaka pun ikut diam. Tidak tahu mahu bercerita apa dengan lelaki kacak di depannya. Orang kiri kanan meja mesti ingat mereka pasangan kekasih yang sedang bergaduh agaknya.

Selesai makan Ratna Chempaka berfikir-fikir kalau Ali Firdaus akan bertanya alamat tempat tinggalnya tapi Ali Firdaus memandu lagi dan menuju terus ke banglow Datin Soraya. Eh! dia ada beritahukah di mana tempat tinggalnya?. Oh! Mungkin ketika urusan di balai polis tadi...

Tapi apabila sampai, pintu pagar besi yang besar itu terbuka sendiri Ratna Chempaka sudah mengelabah beruk sampai tidak ada ayat dapat dia bina untuk bertanya macam mana pintu pagar itu boleh terbuka?.

Datin sudah balikkah?. Allahuakbar macam mana ni?. Apa dia harus cerita kepada Datin Soraya?.

"Te... Trim... Terima ka... Terima kasih Abang Ali ingat n... nak... ambikkan remote pagar da... lam kereta yang hantar bengkel tadi."

Kereta sudah terpakir di ruang pakir bahagian tepi banglow. Ratna Chempaka sudah menggigil satu badan. Dia tahu Dato' dan Datin belum balik dari Seremban kerana kereta yang digunakan pasangan itu tiada di ruang pakir. Jadi itu sahaja sebab-musabab yang mampu kepala otaknya fikir.

Ali Firdaus tidak menjawab sebaliknya terus turun dari kereta. Ratna Chempaka semakin mengelabah teruk. Kenapa Ali Firdaus sampai turun? Rumah ini banyak sudut dilengkapi cctv. Apa harus dia jawab kepada Datin Soraya apabila disoal siasat?. Tak kan nak beritahu majikannya Ali Firdaus itu suaminya.

"Abang Ali, boss saya tak ada dekat rumah. Abang Ali boleh balik dululah. Saya kan dah ambil nombor telefon Abang Ali masa dekat balai tadi nanti saya call pasal kereta tu".

Macam anak monyet Ratna Chempaka mengejar Ali Firdaus yang sudah menuju ke pintu utama banglow. Dia sendiri hanya satu kali masuk ke rumah melalui pintu itu ketika hari pertama sampai ke banglow mewah ini.

Hah! Ali Firdaus tahu kata laluan pad kunci pintu utama!?. Apa lelaki ni?. Perisik atau perompak profesional!?.

Dan apabila Ali Firdaus sudah melangkah masuk dan mahu menyimpan kasut yang dipakainya ke dalam almari kasut di tepi pintu terus Ratna Chempaka tarik kuat-kuat baju Ali Firdaus. Skrrechh!!! Beretas terus jahitan di tepi baju Ali Firdaus saking kuatnya Ratna Chempaka menarik baju itu. Tapi tuan punya baju langsung tak berganjak sebaliknya dia yang hampir terjatuh akibat terlantun.

"Abang Ali janganlah buat saya macam ni!. Saya hidup menumpang dekat sini! Habislah saya kena halau dengan Dato' dan Datin!. Keluarlah!. Saya akan bayar semua ganti rugi Abang Ali sepanjang saya menyusahkan Abang Ali! Huhuhu..."

Sambil menangis mengongoi-ngongoi Ratna Chempaka merayu-rayu Ali Firdaus keluar dari rumah mewah itu.

Tiba-tiba telefon Ali Firdaus berbunyi dan lelaki itu dengan selamba menjawab panggilan dengan pembesar suara.

"Assalamualaikum Mommy".

"Ali! Apa cerita tu!? Kenapa dengan Chem tu!? Ali buat apa!?."

Eh! Itu suara Datin Soraya. Kenapa Datin kenal Ali Firdaus.

"Entah dia ni, Ali tak buat apa pun. Nak masuk rumah aje kot."

Oh! My! Ali Firdaus sudah main-mainkan dia ke?. Hantu betullah!.

"Chem! tu anak saya. Kenapa awak tarik-tarik dia?. Dia buat apa dekat awak!?".

Matilah aku!. Datin Soraya nampak semua dari cctv!.

"Err... Err... Saya salah faham. Saya tak tau dia anak Datin. Dia tak cakap."

Lepas ni dia kena cari rumah lain ke?. Habislah keselesaan yang dia tumpang ni... huhu.

"Ali kenapa nak balik tak cakap.? Mommy dengan Daddy tak ada dekat rumah. Mana boleh berdua Chem aje dekat rumah. Kak Yong pun tak ada!".

"Mommy cakap dia tinggal bilik belakang rumah. Ali pun pelik kenapa dia ikut Ali masuk pintu depan ni."

Grr... Geramnya! Kenapa Ali Firdaus ni! Galak kenakan dia pula!?

"Bukan! Bukan! Saya... saya salah faham. Saya tak tau dia anak Datin."

Ratna Chempaka cepat-cepat membela diri.

"Ooohh... Dia salah fahamlah Mommy. Okay tak pe, saya maafkan awak. Dah, shuh... shuh... pergi balik bilik awak dekat belakang."

Perangai apa ni!? Ali Firdaus ada perangai macam inikah?.

"Apa Ali cakap macam tu?. Tak baiklah. Dah Chem, pergi masuk bilik awak. Lalu pintu luar, belakang. Ada Ali tu, jangan masuk rumah utama."

Datin Soraya menegur bahasa Ali Firdaus yang tidak sopan. Lega hati Ratna Chempaka untuk ketika itu. Sekurang-kurangnya mereka anak-beranak tidak bergabung memarahi kesilapannya. Nasib sebenar dia selepas ini kena tunggu Datin Soraya pulang dahulu.

"Ba... Baik Datin. Saya minta maaf Datin, Abang Ali."

Sampai hati Ali Firdaus mengenakan dia macam ni. Malulah dia perangai huru-haranya terakam cctv dan dilihat Datin Soraya.

"Okay Mommy. Ali penat sangat ni."

Ali Firdaus beralasan untuk menamatkan panggilan.

"Hmm yelah.. Ali jangan bukan-bukan ye dengan anak dara orang tu. Assalamualaikum."

"I, I Capt. Waalaikummussalam Mommy."

Ratna Chempaka merenung wajah kacak Ali Firdaus tidak puas hati. Hantu betullah!

"Itu harga yang awak kena bayar sebab menyusahkan saya. Dulu... huru-hara saya cari awak tau tak!. Ingat penculik tu culik awak semula!"

Ali Firdaus berbisik rapat di hadapan mukanya. Barulah Ratna Chempaka jatuhkan bahu mengalah. Rasa bersalah terus meresap ke dalam hatinya. Memang dia banyak menyusahkan lelaki ini yang sudah menyelamatkan dia dengan susah-payah.

"Saya minta maaf Abang Ali."

"Dah! pergi balik bilik, mandi."

Kata Ali Firdaus sambil menolak perlahan tubuhnya keluar melalui pintu utama kemudian menutup daun pintu di hadapan batang hidungnya.

Aku busuk ke?. Ratna Chempaka mengangkat sedikit sebelah tangan. Tidaklah busuk hapak tapi sedikit hangit. Maklumlah dia berlari pecut tengah hari tadi sejauh lebih 500 meter. Memanglah terbakar!.

@@@@@@@

"Mandi macam anak dara lamanya."

Sakat Dato' Abu Bakar apabila dia melangkah keluar dari bilik air.

"Sebab dah tak daralah lagi kena mandi lama-lama, barulah bersih wangi Dato' tak lari."

Datin Soraya membalas sakat suaminya sambil ketawa kecil.

"You tak wangi pun Yang, I tetap sayang. Entah apa ilmu you dah manderam I agaknya."

Semakin kuat ketawa Datin Soraya mendengar suaminya masih mahu mengenakannya.

"Itu namanya ilmu padan muka. Suka sangat busy body, dah kena jaga I seumur hidup you."

Dalam pada bergurau sebenarnya dia rasa kasihan dan berterima kasih yang amat kepada suaminya Dato' Abu Bakar apabila mengenang kembali cerita dahulu.

Terlalu banyak susah-payah suaminya tempuh untuk memulihkan semangat dia supaya mampu berdiri dan bangun menghadapi hidup dengan gembira. Baru-baru ini anak mereka pula terkait sama dengan cerita dulunya.

"I love you so much Yang. For ever and ever I akan jaga you."

"Kalau sayang pergilah mandi. Tak naklah sayang orang busuk."

Mereka sama-sama ketawa sebelum suaminya hilang ke dalam bilik air hotel yang mereka sewa untuk malam itu.

Mereka ke Seremban kerana memenuhi jemputan kenduri kahwin anak saudara Yong, pembantu rumah yang sudah bekerja lama dan sudah seperti ahli keluarga itu. Yong bermalam di rumah saudaranya. Esok pagi baru mereka pulang ke Bangi.

Sesudah berpakaian Datin Soraya mengambil telefon bimbitnya yang bercas dan terdapat beberapa notifikasi. Kebanyakkannya tentang kerja, hanya dua pesanan dirasakan penting untuk dia yang sedang bercuti hujung minggu.

Pesanan wasap daripada Ali Firdaus dan pergerakkan yang dikesan cctv. Oleh kerana ada Ratna Chempaka di rumah jadi dia yakin pergerakkan itu adalah pembantu peribadinya lagipun rumah banglow itu dalam kawasan kejiranan berpagar dan berpengawal jadi dia memilih membaca pesanan Ali Firdaus dahulu.

'Mommy, long stroy short Ali tolong PA Mommy. Kereta dia mati tepi jalan. Plug tak spark api. Ali dah hantar kereta pergi bengkel."

Alhamdulillah. Kebetulan sungguh.

Hmm... terpana tak Ali Firdaus melihat pembantu peribadinya?. Cantik budak tu lain macam. Ayunya mempersona. Banyak kali budak itu menerima jambangan bunga entah dari siapa. Kata pekerjanya yang lain, jambangan-jambangan bunga itu dari peminat-peminat Ratna Chempaka yang bekerja di sekitar bangunan pejabat urusan syarikatnya.

Kalau Ali Firdaus berkenan Ratna Chempaka bagus juga, Anak perempuannya yang dua orang itu sudah memilih kerjaya mereka sendiri. Tidak mahu mengambil-alih perniagaannya. Jadi dia sudah ada calon penyambung untuk menguruskan syarikatnya dan... tidak perlulah dia berurusan dengan bapa Mawar Baiduri, adik kepada Mejar (B) Jailani.

Sambil berfikir-fikir jarinya membuka notifikasi dari cctv dan... Eh!.

@@@@@@@

"Amboi!... Baca apa?. Meleret senyum. You jangan macam-macam Yang. I ni cemburu orangnya."

Suaminya Dato' Abu Bakar yang baru keluar dari bilik air menegur dia yang tersenyum sorang-sorang memandang muka telefon. Makin meleret senyumnya sampai terkeseng-keseng badan dia menunjuk gedik kepada sang suami. Saja mahu membakar rasa ingin tahu suami kesayangan.

"Apa cerita ni?."

Soal sang suami lagi mahu segera tahu.

"I rasa dah tahu cara nak alih perhatian Ali untuk pilih orang lain."

Sahutnya dengan girang.

"You jangan macam-macam Yang. Budak tu baru cakap nak balik rumah. Tak jadik nanti you juga yang sedih panjang."

Monyok terus wajah Datin Soraya diingatkan suaminya perangai Ali Firdaus yang sukar diduga dan dibaca tindakannya. Dijelingnya sedih suami itu dengan wajah masih monyok mencuka.

"Okay... Ce cerita you nak buat macam mana?."

"I nak guna Chem."

Teruja suami tersayang sudi mendengar.

"Chem... Chem kita tu!?."

Soalan Dato' Abu Bakar segera Datin Soraya jawab dengan angguk laju-laju macam ada spring di tengkuknya.

Dia akan paksa budak perempuan cantik ayu tu setuju. Budak itu berhutang budi dengan dia. Nanti dia bagilah imbuhan jika berjaya. Kondo sebiji pun tak mengapa!.

Hailah!...
Tak sabar rasanya nak balik rumah menjalankan rancangannya yang nampak macam bijak.

1909 words.

Share this novel

EfZet
2025-08-04 21:50:40 

nak lagi...

Seri
2025-08-04 20:03:29 

Haaa Datin


NovelPlus Premium

The best ads free experience