Bab 23

Romantic Comedy Completed 68208

Arshad berjalan menghampiri Amira dan kawan-kawannya yang sedang berbual setelah memastikan Nurul tiada di situ. Dia menyapa juniornya, “Assalamualaikum.”

Amira, Syah, Syam, Aisyah dan Fatin menjawab salam Arshad hampir serentak. Amira menyoal, “Abang Arshad ada apa tegur kami?”

Syah pula bersuara, “Haah. Maaf kat sini takde Kak Lyssa.”

Bibir Arshad mengukir senyuman. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kosong. “Takdelah. Abang bukan nak cari Kak Lyssa. Ermm... Nurul mana? Bukan dia selalu dengan awak semua ke?”

Fatin menjawab, “Nurul takde. Dia pergi jumpa cikgu. Ada hal katanya.”

Arshad mengangguk faham. Aisyah bertanya, “Ada apa abang nak cari Nurul?”

Arshad tidak menjawab sebaliknya dia menyoal, “Boleh abang tanya something tak?”

Kelima-lima gadis itu mengangguk tanda memberi keizinan.

“Nurul asal mana?”

“Perak.”

“Nurul ada berapa adik-beradik dan apa nama mereka?”

“Empat. Seorang kakak dan dua orang adik lelaki. Ain Aliana, Afiq Azmi, dan Adam Ashraff.”

“Siapa nama ibu ayah Nurul?”

“Naqibah dan Zaril.”

“Apa nama penuh Nurul?”

“Nurul Andriana Antasya.”

“Siapa nama nenek Nurul?”

“Hajah Hamizah.”

“Pernah dengar nama Ana atau Andriana tak?”

Kelima-lima gadis itu mengerutkan dahi. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa abang tanya banyak pasal Nurul ni?” soal Syam.

Arshad menjungkitkan bahu. “Saja nak tahu pasal junior. Salah eh?”

Mereka berlima menggeleng.

Amira menjawab, “Tak salah tapi pelik sebab asyik tanya pasal Nurul.”

“Takdelah. Ada seorang cikgu ni, tanya pasal Nurul,” bohong Arshad.

“Dah tu, apa kena mengena pulak dengan Andriana atau Ana tu?” soal Aisyah.

Arshad menggosok belakang lehernya mencari jawapan. “Ah... Pasal tu... Ana tu... Err... Abaikan sajalah!” dia tergagap-gagap mahu menjawab. “Abang pergi dululah. Lupakan soalan pasal Andriana tu.” Dia bangun lalu berjalan menjauhi gadis-gadis itu.

Namun, baru beberapa langkah menapak, Arshad berpusing. “Last question. Nurul tinggal kat mana?”

“Selangor,” jawab Fatin pendek.

Arshad mengangguk. “Okey, thanks.” Dia kembali melangkah menjauhi junior-juniornya yang terpinga-pinga.

PREP malam itu...

“Asal dia Perak. Ada empat adik-beradik. Seorang kakak dan dua orang adik lelaki. Kakaknya, Ain Aliana dan adiknya, Afiq Azmi dan Adam Ashraff. Nama mak dan ayahnya, Naqibah dan Zaril. Nama penuh, Nurul Andriana Antasya. Nama neneknya, Hajah Hamizah. Tinggal di Selangor. Ana pulak?” soal Arshad. Matanya memandang Irfan yang khusyuk menulis nota Sejarah.

“Asal dia Perak. Ada tiga orang adik-beradik. Seorang abang dan seorang kakak. Abangnya, Syed Amir Affandy dan kakaknya, Sharifah Aulia Afiqah. Nama mak dan ayahnya, Sharifah Azila dan Syed Zaril Naufal. Nama penuh, Sharifah Nurul Andriana Antasya. Nama neneknya, Hajah Hamizah. Tinggal di Ipoh dan kemudian berpindah ke Taiping. Hmm... Apa yang sama?” soal Arshad lagi.

“Asal diorang. Nama ayah dan sendiri, hampir-hampir sama. Nama nenek diorang pun sama. Apa yang membezakan mereka?” tanya Arshad lagi.

“Bilangan adik-beradik. Nurul ada adik tapi Ana ada abang dan dia anak bongsu. Nama mak diorang. Lastly, tempat tinggal.” Arshad berkata seorang diri. Tangannya lincah menulis apa yang dituturnya di dalam kertas A4.

Arlyssa mengerutkan dahi. Dia pelik mendengar Arshad bercakap seorang diri. Dia memandang Darlina di sebelahnya. Darlina turut memandang Arlyssa. Mereka mengerutkan kening seakan menyoal, ‘kenapa dengan si Arshad tu?’

Arlyssa menggoyangkan kerusi Irfan. Irfan menoleh ke belakang. Dia mengangkat sedikit dagu tanda bertanya, ‘apa?’

Alyssa mengerling Arshad yang masih bercakap seorang diri. Irfan turut memandang Arshad. Dia memetik jari betul-betul di hadapan muka Arshad.

Arshad terkejut beruk. Dia mengurut dada. Dia membebel, “Aisy, janganlah petik jari kat depan muka aku! Buat terkejut orang je...”

Irfan tergeleng kecil. Arshad ni kalau membebel memang mengalahkan orang perempuan! “Kau okey ke tidak?”

Arshad menjungkitkan kening sebelah. “Okey je. Kenapa?”

Irfan mengerutkan dahi seperti tidak percaya dengan kata-kata Arshad. Dia merampas kertas A4 yang sudah penuh dengan tulisan tangan Arshad. Arshad tidak sempat mengelak. Dia cuba merampas kembali kertas itu namun Irfan menghalangnya.

Irfan membaca setiap perkataan di dalam kertas itu. Dia memandang Arshad tajam. “Apa yang kau buat ni?” soalnya sambil menunjukkan kertas itu.

“Ish, nanti kau tahulah! Bak sini kertas tu!”

“Aku takkan bagi selagi kau tak cakap apa yang kau cuba lakukan ni?”

Arlyssa yang pelik melihat Arshad dan Irfan terus merampas kertas A4 di tangan Irfan. Dia membaca sekilas. “Nurul Andriana Antasya? Ini bukan pasal Ana ke? Dan... Nurul? Arshad nak buat apa siasat pasal diaorang?” soalnya bertubi-tubi.

Irfan memeluk tubuh.dia masih memandang Arshad dengan pandangan tajam. Sungguh dia tidak mengerti apa tujuan Arshad lakukan semua ini?

Arshad mengeluh. “Okey, let me explain everything. Macam ni...”

Irfan dan Arlyssa mendengar penjelasan Arshad dengan penuh teliti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience