Completed
                        
68208
                    Andriana mencatatkan sesuatu di diari kesayangannya,
Finally, Shazril dan aku kembali berkawan seperti sediakala. Like nothing happen between us. And I like this situation. Cuma apa yang membezakan adalah Shazril tidak lagi melayan aku acuh tak acuh. Aku juga telah berpindah ke SK Seri Indah, iaitu sekolah Shazril. Sebab musabab mengapa aku dipindahkan? Sebenarnya aku sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini. Apa yang aku tahu, mamaku memberitahu aku bahawa dia sudah menguruskan urusan pertukaran sekolah dan aku diarahkan supaya tinggal di rumah Opah Mizah.
Mahu tahu perkara yang aku rasa pelik? First, kenapa aku diarahkan tinggal di rumah opah? Dulu, beria mama membebel kata aku ni menyusahkan opahlah... Tak nak opah sakit sebab melayan aku nilah... Itulah... Inilah... Tapi sekarang apa sebenarnya terjadi?
Second thing, aku pelik sebab why must only me? Kenapa aku seorang sahaja yang ditukarkan sekolah? Abang dan kakak tak kena pun... This is so unfair! Okey, Ana. Bersangka baik sajalah... Maybe sebab Abang Amir masuk asrama dan Kak Lia pulak asrama dekat SERATAS. Mungkin sebab diaorang asrama, so tak boleh nak tukar.
Third, kenapa mama tak pindah rumah opah sekali? Macam mana mama boleh sanggup tinggal seorang diri dekat sana seorang diri. Oh my Allah, tolonglah lindungi mamaku dari ditimpa masalah yang teruk.
But, SK Seri Indah is not so bad... At least, aku ada Shazril dan Kak Lyss yang boleh borak sama selain dari rakan sebaya aku. Kak Lyss? Hahaha... Kak Lyss sendiri tak suka aku panggilnya sebegitu. But I think it suits with her. Apa salahnya, kan? Kalau Shazril boleh panggil Kak Lyss, Arlyssa, why can’t I call her Kak Lyss. That’s my answer every time she ask me, “why did you call me Kak Lyss. Hehehe.... sorry Kak Lyss! *sambil tunjuk isyarat peace dan tayang gigiku yang putih bersinar ni. Okay, dah start perasan!
Okay, actually, aku sendiri rasa sangat happy cause dapat kawan balik dengan Shazril dan dia adalah manusia paling berutung di alam semesta ini! Want to know why? Sebab kalau orang hina aku, aku tak rasa aku boleh terima dia sebagai kawan aku lagi. But, I still can forgive them. Yelah... sakit tahu hati kita bila dihina teruk macam tu. Tapi sebenarnya, aku sendiri tak faham kenapa dan mengapa aku terima Shazril semula. Mungkin sebab, okay this might sound ridiculous, but I think I like him? Gila kau Andriana! Kau suka kawan kau sendiri?! Ya, memang kedengaran mengarut, tapi aku tersangat yakin bahawa aku telah jatuh suka pada Syed Muhammad Shazril Irfan! Suka je ya? tak sampai lagi tahap cinta. Gilalah kalau aku cintakan Shazril. I’m just an eleven years old girl! Mungkin ini hanyalah cinta monyet.
That’s all. Tata!
Pap!
Andriana menutup diarinya perlahan. Dia menyimpan kembali diarinya di tempat rahsia. Tempat rahsia? Agak-agak kat mana? Eh, mana boleh beritahu, nanti mu selongkar, habis rahsia teman bocoq.
Andriana tersengih kecil. Dia teringat lagi sewaktu Shazril memnita maaf dengannya. Sudahlah bahasakan dirinya saya. Oh, sangatlah tidak sesuai dengan wajahnya yang penuh gangster itu.
Shh...! Jangan beritahu Shazril. Nanti dia marah. Jangan beritahu dia jugak pasal perasaan Andriana padanya.
Share this novel