Bab 9

Romantic Comedy Completed 68208

Andriana sedang leka mendengar lagu di telefon. Dia memakai headphone berwarna biru. Sesekali mulutnya bergerak menyanyi lagu Siapa Diriku nyanyian Ayda Jebat. Dia duduk bersantai di atas buaian di luar rumah.

Tak lama kemudian, Andriana rasa terganggu dengan bunyi bising di dalam rumah. Dia menanggalkan headphonenya dari dilekap di telinga. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan ke pintu gelangsar. Dia mencari apa yang bising di dalam rumah.

Kelihatan mamanya dan seorang lelaki yang amat dia rindui sedang bertengkar. Andriana berasa takut tatkala melihat lelaki itu menengking mamanya. Dia tidak menyangka lelaki itu berperangai seperti itu.

Andriana berlari ke halaman depan rumah. Dia ingin lari dari mendengar pertengkaran mereka. Dia melihat sebuah kereta jenama Porsche di halaman rumah. Dia yakin itu kereta lelaki tadi.

Andriana berlari menghampiri kereta itu. Dia membuka pintu penumpang belakang lalu masuk ke dalam kereta itu. Dia menyorok di bawah kerusi. Tangannya menutup kedua-dua belah telinganya Tiba-tiba dia terdengar suara orang bertengkar semakin dekat.

“Kau jangan nak melawan. Ikut aku.” Kedengaran lelaki itu bersuara.

“Lepaskan aku. Tolonglah. Aku tak nak tinggalkan anak aku kat rumah seorang diri.”

“Biarkanlah. Ikut aku cepat.”

Pintu penumpang sebelah pemandu terbuka. Andriana menunduk agar mereka tidak menyedari kehadirannya di dalam kereta itu. Lelaki itu duduk di kerusi pemandu lalu memandu keluar dari banglo keluarga Andriana.

“Kau nak bawak aku ke mana?” soal mama Andriana.

“Kau senyap boleh tak?!” herdik lelaki itu.

Andriana rasa semakin takut. Air matanya menitis membasahi pipi. Dia cuba tidak berbunyi agar mereka tidak menyedarinya. Namun kehadirannya disedari mamanya. Mama Andriana memandang ke belakang dan nampak Andriana. Dia menggerakkan mulut seolah-olah berkata, ‘jangan takut. Everythings gonna be fine.’

Andriana mengangguk. Rasa takutnya berkurang sedikit. Namun tidak lama kerana lelaki itu memandu dengan penuh laju. Andriana menunduk. Cuba mengurangkan rasa takut.

“Slow sikit boleh tak? Kau sedar tak kau bawak berapa laju? 170 km/j! Kau tak takut polis tangkap ke hah?!”

“Aku kata senyap, senyap jelah! Kau ni tak faham Bahasa Melayu ke?!”

“Masalahnya, Ana ada kat dalam kereta, kau faham tak?!”

“Mampuslah kat dia! Kau duduk diam-diam sudah. Jangan sampai aku sepak kau!”

Mama Andriana terdiam. Dia risau jikalau apa-apa berlaku pada anaknya. Andriana sudah mula menangis ketakutan.

“Woi, budak! Kau diam boleh tak?! Bis...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya tiba-tiba kedengaran bunyi hon kuat. Lelaki itu tidak sempat mengelak. Kereta Porsche yang dinaiki berlanggar dengan sebuah lori.

Andriana pengsan selepas kepala terhentak dengan sesuatu.

SHAZRIL setia menanti Andriana di tempat biasa mereka. Dia tersenyum mengenangkan kejadian sewaktu Andriana meluahkan perasaannya. Sungguh dia tidak menyangka Andriana turut menyimpan perasaan yang sama dengannya.

Shazril menongkat dagu bosan. “Mana Ana ni? Katanya kelmarin, dia balik semalam. Tapi tak ada pun dia datang. Dah dekat sejam aku tunggu.”

Shazril mengangkat punggung. Dia merengus. “Tak boleh jadi ni. Aku kena pergi rumah Opah Mizah,” putusnya.

Shazril menunggang basikal menuju ke rumah Opah Mizah. Setibanya dia di situ, dia terus memberi salam.

Tak lama kemudian, Opah Mizah keluar dari rumah. “Laaa... Ril rupanya! Ada apa datang ni?”

“Ana ada tak?”

“Ana?” soal Opah Mizah kembali. Keningnya terjungkit sedikit. Dia mengetap bibir. Aduh, macam mana aku nak bagitahu ya? Bismillah... Harapnya Ril tak sedih sangat.

“Ana...” Opah Mizah terhenti.

Shazril resah. Kenapa dengan Ana? Ada sesuatu yang buruk jadi ke?

“Ana dah tak de.”

Shazril terasa seperti jantungnya mulai terhenti. Dia kematian kata. Betulkah apa yang Opah Mizah katakan? Ya Allah, aku dah kehilangan cinta pertama aku!

“Opah harap Ril tabah dan redha dengan semua yang terjadi ni,” ucap wanita tua itu.

Shazril dapat rasakan air matanya menitis perlahan. Sungguh dia tidak menyangka semua ini bakal terjadi. “Ma... Macam mana?” soalnya dengan nada suara yang perlahan.

“Dia terlibat dalam kemalangan bersama mamanya dalam perjalanan pulang ke sini,” terang Opah Mizah.

Shazril menangis. Lututnya terasa lemah. Dia jatuh ke bawah. Opah Mizah berasa simpati. Dia memegang bahu Shazril lalu cuba memujuk. “Biarkan dia pergi dengan tenang Ril. Jangan bersedih.”

Shazril terus-terusan menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience