Bab 26

Romantic Comedy Completed 68208

Irfan asyik memerhati sekeliling. Dia kelihatan seperti seorang mangsa yang lari dari pemangsa. Dia berjalan mengundur sebelum memusing ke belakang. Dia terkejut melihat Nurul. Tanpa sempat dia menekan brek, mereka terlanggar.

“Aduh!” Nurul mengaduh sambil menggosok kepalanya.

Irfan yang jatuh terduduk menahan kesakitan. Aduh, sakit punggung aku terjatuh. “Awak buat apa berdiri kat belakang saya? Kan dah tak pasal-pasal kena langgar.”

Nurul memandang Irfan tajam. “Eh, salah saya pulak?! Awak tu yang mengundur tak pandang belakang siapa suruh?”

Irfan merengus. Dia bangun. Matanya masih memandang sekeliling.

Nurul mengerutkan kening. “Yang awak pandang sekeliling macam takut terjumpa penanggal tu kenapa?”

Irfan menjawab pendek, “Insyirah.”

Kening Nurul masih berkerut. “Kenapa dengan Syirah? Dia penanggal ke?”

Irfan menepuk dahi. Dia memandang Nurul kembali. “Dia bukan penanggal lah. Dia tu pengacau keamanan saya, tahu tak?”

Nurul membuat muka tidak berperasaan. “Tak. Tak tahu. Sebab tu saya tanya.”

Irfan mengecilkan matanya memandang Nurul. Eh, minah ni! Kalau tak fikir kau tu junior aku, dah lama aku cekik!

“Kenapa pulak dia jadi pengacau keamanan awak?”

Irfan meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Sebelah lagi tangan menyekak pinggang. “Dia tu...”

Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, kedengaran suara Insyirah berhampiran dengan tempat mereka berdua. “Zu... Nampak Abang Irfan tak?”

Auotomatik kedua-dua tangan Irfan naik ke kepala. Dia meramas rambutnya. Dia membuntangkan matanya luas. “Aduh, mati aku!”

Nurul mengerutkan dahinya. Dia masih tidak faham mengapa Irfan mahu melarikan diri daripada Insyirah. Namun tatkala dia terlihat wajah gelisah Irfan, dia berasa mahu menolong jejaka itu kali ini. Matanya tertancap pada sebuah meja yang dialas kain.

“Irfan, Awak pergi menyorok bawah meja tu,” arah Nurul.

Irfan menaikkan kedua-dua belah keningnya. “Hah?!”

Kedengaran bunyi tapak kaki makin hampir dengan tempat mereka berdiri. Nurul mengeluh pendek. Dia menolak tubuh Irfan ke bawah meja tadi. Alas meja itu dibetulkan agar tidak kelihatan Irfan yang menyorok di bawah meja itu.

Insyirah memasuki rumah itu melalui sliding door yang berada di sebelah kanan Nurul. Dia menyapa Nurul, “Hai, Nurul! Ada nampak Abang Irfan tak? Puas dah Syirah cari dia merata tempat.”

Nurul mengerutkan dahi seakan berfikir. “Tadi rasanya nampak. Dia pergi...”

“Dia pergi mana?!” soal Insyirah tidak sabar.

“Rasanya dia ikut Abang Arshad dengan budak-budak lain pergi taman permainan tak jauh dari rumah ni. Pergilah cari kat sana. Tapi mintak izin cikgu dulu. Takut nanti apa-apa jadi, susah kalau cikgu tak tahu Syirah kat mana.”

Insyirah mengangguk. “Okey. Terima kasih banyak-banyak. Oh ya! Irwan kirim salam kat Nurul. Syirah pergi dulu.”

Nurul mengerutkan dahinya setelah menjawab salam Irwan dalam hati. Irwan kirim salam? Dah kenapa dengan budak tu? Takde angin, takde ribut, tiba-tiba kirim salam kat aku, bisik hati Nurul yang keliru. Otaknya bercelaru. Dia asyik memikirkan tentang Irwan sehinggakan lupa pada Irfan yang masih berada di bawah meja.

Tiba-tiba Nurul terfikir. Kepalanya digaru perlahan. Eh, aku rasa Irfan ada tadi. Dia pergi mana?

Tak lama selepas itu, dia menepuk dahi. Ya Allah, aku yang suruh dia nyorok bawah meja, aku pulak yang lupa!

Nurul menyelak alas meja itu. “Awak dah boleh keluar. Syirah dah pergi.”

Irfan merangkak keluar. Dia terduduk. Huh! selamat daripada bala! “Thanks tolong saya tadi.”

Nurul duduk di atas meja. “No problem. So, kenapa Insyirah tu jadi pengacau keamanan awak?”

Irfan yang masih duduk bersandar pada meja yang dia menyorok tadi menjawab, “Dia tu gila suka kat saya. Dia sentiasa kejar saya kalau ada peluang. Tapi saya just anggap dia tak lebih macam seorang adik.”

“Kenapa tak terus terang je pada dia?”

“Dah berulang kali saya terangkan. Tapi dia tetap tak boleh terima hakikat. Katanya, selagi saya tak kahwin, selagi itu dia takkan berhenti kejar saya. Dah tu, takkan saya nak kahwin dalam usia 17 tahun?”

Nurul bertanya lagi, “Macam mana awak kenal Insyirah eh?”

“Saya kenal dia melalui Irwan. Irwan tu adik angkat saya.”

Nurul mengangguk faham. “Ohh... Awak takde adik ya?”

Irfan mengangguk. “Saya anak tunggal.”

“Mesti sunyi.”

Irfan melipat tangannya di belakang kepala. Tubuhnya masih disandarkan pada meja. “Sunyi tu memanglah sunyi tapi best sebab saya seorang je dapat kasih sayang dari mama saya. Tak perlu nak kongsi-kongsi.”

Nurul mencebik. Kemudian keningnya berkerut. Mama? Papanya? “Papa awak?”

Irfan menghela nafas perlahan. “Papa saya dah lama takde sejak saya umur tujuh tahun. Kemudian saya tinggal dengan nenek saya. Bila umur saya menginjak 13 tahun baru mama tinggal sekali dengan saya dan nenek saya,” terangnya tanpa dipinta.

Nurul menyoal lagi, “Mama awak pergi mana sebelum tinggal dengan awak tu?”

“Sejak saya umur tiga tahun, mama saya pergi tinggalkan saya dan papa. Dari kecil saya dibesarkan dan dijaga oleh papa saya sehingga saya umur 7 tahun. bila papa dah takde, nenek ambil alih jaga saya. Apabila umur saya menginjak 13 tahun, mama saya sudah insaf dan minta maaf sebab tinggalkan saya. Dia nak tebus kesilapan dia dengan menjaga saya. Tapi saya tak boleh nak maafkan dia. Saya asyik teringat pada papa saya yang sering rindukan mama saya.

Papa terpaksa ceraikan mama sewaktu saya berumur tiga tahun semuanya kerana dia mahu melihat mama bahagia. Papa tak mahu melihat mama sedih dan tidak gembira.”

“Jadi, sampai sekaranglah, awak tak maafkan mama awak?”

Irfan menggeleng. “Saya dan Arlyssa berkawan sejak dari kecil. Dia anak kawan mama. Kawan mama tu baik dengan papa dan nenek saya. Bila saya masuk tingkatan dua, Arshad masuk ke sekolah saya. Saya berkawan rapat dengan dia. Dialah yang tolong nasihatkan saya supaya berubah. Dia yang nasihatkan saya untuk maafkan mama saya. Mula-mula tu saya malas nak dengar nasihat dia. Nasihat Arlyssa pun saya buat tak nak dengar inikan pula Arshad yang baru saya kenal.”

Irfan mengambil nafas. “Lama-lama tu, saya jadi lembut hati. Saya cuba untuk berubah dengan bantuan Arshad dan Arlyssa. Dan saya pun mula belajar memaafkan kesilapan mama saya.”

Nurul tersenyum. What a happy ending!

Irfan bangun. Dia duduk di atas meja bersebelahan dengan Nurul. “To be honest, saya yang awak kenal sekarang ni, bukan saya yang tiga tahun yang lalu.”

Senyuman Nurul mati. Dia mengerut dahi. “What do you mean?”

Irfan menunduk. “I used to be a bad boy.” Dia memandang ke hadapan sebelum menyambung, “Saya takde ramai kawan. saya selalu ponteng kelas, ponteng sekolah, tak ikut rules sekolah, selalu lawan cakap cikgu, senior. Suka memberontak. Cakap pun guna ‘aku-kau’ walau dengan siapapun termasuk Arlyssa. Errr... kecuali nenek saya. Saya hanya taat pada nenek saja. Sampai saya jumpa seorang perempuan ni. Dengan dia dan family dia saya boleh dikira okeylah. Tapi dengan budak perempuan, tu saya still cakap ‘aku-kau’.

Mula-mula tu, saya tak suka berkawan dengan dia. Layan dia pun nak tak nak je. tapi bila satu hari kitaorang gaduh sebab mulut laser saya. Dan lepas tu, saya mintak maaf dengan dia sebab ramai yang sound saya dan saya rasa bersalah sangat-sangat. Akhirnya, kami berkawan semula. Hubungan saya dan makin rapat tapi malangnya umur dia tak panjang. Dia pergi tinggalkan semua orang empat tahun lalu.” Irfan menahan air matanya dari jatuh.

“She must be a special one in your life, right?” soal Nurul.

Irfan mengangguk. Dia meraup wajahnya. “Yes. She’s my first love.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience