Completed
                        
68208
                    Andriana berlari masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Opah Mizah. Air matanya tidak dapat ditahan dari keluar.
Aulia dan abangnya, Amir yang leka menonton televisyen, memandang sesama sendiri. Mereka seakan berkata, ‘kenapa dengan adik?’. Kemudian, mereka membuat muka seperti berfikir sesuatu. Lama dua beradik itu berkelakuan sebegitu sebelum Aulia bersuara, “Don’t worry. Biar Lia pergi tanya dia.”
Amir tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk.
Aulia terus bangun dari sofa. Kakinya melangkah menuju ke bilik adik bongsunya.
Tok tok tok
Pintu diketuk perlahan. Telinga Aulia dilekapkan pada muka pintu. Hanya tangisan kedengaran. Dahinya berkerut sedikit. Tangannya cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dia menolak daun pintu. Sebaik sahaja daun pintu ditolak, dia lihat Andriana menangis teresak-esak. Mukanya ditekup dengan bantal.
Aulia bergegas mendapatkan Andriana. “Adik, kenapa ni? Kenapa nangis ni? Cuba cerita pada akak,” pujuknya.
“Tadi bukan main lagi akak tengok adik happy nak pergi rumah Nek Maznah. Tapi bila balik, nangis. Kenapa dik? Luahkan apa yang adik rasa. Jangan pendam,” pujuk Aulia lagi.
“Dia benci adik kak. Dia kata adik ni banyak menyusahkan dia. Dia menyesal sebab kenal adik. Adik sedih, kak. Kenapa dia cakap macam tu? Hati adik pedih sangat-sangat. Rasa macam kena tusuk dengan sembilu. Dia cakap adik tak tahu malu. Cara dia cakap seakan dia letak maruah adik dekat bawah tapak kaki dia. Dia pijak-pijak maruah adik. Dia kata adik tak layak berkawan dengan dia. Kalau dah tahu adik ni tak layak nak kawan dengan dia, kenapa dia benarkan adik berkawan dengan dia? Sebelum ni, adik tak pernah rapat dengan budak lelaki. Adik tak boleh nak rapat dengan orang lain. Adik rasa dengan dia ke adik selesa berkawan. Akak, kenapa dia buat adik macam ni?”
Aulia terdiam. Otaknya cuba mencerna siapakah gerangan yang membuat adiknya bersedih. Hmm.. adik tak rapat dengan mana-mana lelaki. Except... Shazril!
Andriana yang masih menangis itu dipandang Aulia. Dia bersimpati dengan adiknya. Dia menggosok-gosok belakang badan adiknya. “Dahlah dik. Orang dah tak sudi, tak usah dikejar. Mungkin dia bukan kawan yang terbaik untuk adik. Just forget about him,” pujuknya dengan nada penuh lembut.
Andriana tidak berkata-kata. Hanya tangisan kecil yang masih kedengaran.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, Aulia terasa lenguh kerana kepala Andriana terlentok di bahunya. Dia mencuri lihat wajah adiknya. Laa.. tidur rupanya adik aku ni! Aulia tergeleng kecil. Dia mengangkat kepala Andriana perlahan-lahan lalu diletakkan di atas bantal.
Aulia mengusap lembut rambut Andriana. Dia berbisik, “Adik, sabarlah ya? Akak sayang adik akak ni.” Dahi adiknya dikucup perlahan. Kemudian, dia menyelimutkan adiknya lalu keluar dari bilik itu.
SHAZRIL menekan-nekan punat alat kawalan jauh. Dia dari tadi tak henti-henti menukar siaran televisyen. Argh, tak ada cerita best ke hah? Bosan betul!
Akhirnya, alat kawalan jauh itu dicampak ke sebelah. Dia bangun dari sofa lalu melangkah masuk ke bilik. Dia mencapai seluar track yang tergantung di belakang pintu lalu disarungnya.
Shazril melangkah keluar dari kediaman Nek Maznah. Dia menyarung selipar dan melangkah ke atas basikalnya. Nek Maznah yang sedang menyapu halaman menyoal cucu kesayangannya, “Ril nak pergi mana tu?”
“Keluar sekejap!” jerit Shazril sambil mengayuh keluar dari pagar rumah.
“Jangan balik lewat sangat!” jerit wanita tua itu. Entah dengar atau tidak di Shazril itu. Nek Maznah tergeleng kecil. Ish, kenapa lah dengan cucu aku tu?
Sejak Ana datang rumah waktu diaorang study sama tu, dia terus jadi pendiam. Termenung sana sini. Entah apa yang difikirnya, idaklah teman tahu. Shazril dengan Ana bergaduh ke pun? Tapi, takkanlah.. Elok je hari tu.. hmm.. entahlah..
SHAZRIL mengayuh perlahan memasuki satu kawasan hutan. Sehinggalah tiba ke kawasan yang agak lapang. Dia bangun dari basikal lalu disandarkan pada sebatang pokok yang rendang. Dia duduk di atas rumput di tengah-tengah kawasan lapang.
“Argh, kenapa dengan aku ni? Haritu beria kutuk Ana macam-macam. Aku dah cuba sakitkan hati dia. Tapi, kenapa aku tak rasa puas pun? Sebaliknya, rasa serba salah semakin banyak terasa. Takkan aku rasa kesian kat dia kut? Selama hari, aku buli budak junior, tak ada pulak rasa simpati ataupun serba salah?”
“Patutkah aku minta maaf pada dia?” soal Shazril pada dirinya sendiri.
Beberapa saat kemudian, dia menggeleng. “No way man! Takkan sebab tu je, aku sampai nak minta maaf. Aku cakap sikit je kut. Itupun nak sentap bagai,” ejek Shazril. Dia mencebik.
Sikit kau kata?? Hati perempuan lembut. Mereka mudah terasa okey?!
“Tapi, betul ke dia tak akan jumpa aku dan takkan muncul lagi di depan aku? Tipulah.. Aku tak rasa dia maksudkan apa yang dia katakan tu,” ujar Shazril seakan menyedapkan hati.
Kejap, aku menyedapkan hati? Sorry lah.. tak ada masa aku nak sedapkan hati semata-mata sebab minah tu.
Apa-apa jelah Shazril oi! Kau yang ego tinggi melangit, siapa suruh?
SUATU hari, Shazril datang ke rumah Opah Mizah. Dia memberi salam, “Assalamualaikum!”
Salam pertama tidak berjawab. Shazril memberi salam lagi. Masih tidak berjawab. Shazril menggaru rambutnya yang dipotong mengikut gaya terkini. Mana orang dalam rumah ni? Takkan keluar kut?
Shazril cuba memberi salam buat kali ketiga. Namun bellum sempat dia memberi salam, pintu utama dibuka. Kelihatan Opah Mizah melangkah keluar dari rumah. “Waalaikumussalam. Hah, ada apa kamu kemari?” soal Opah Mizah sambil membuka kunci pagar.
“Err... Ermm...” Shazril terasa lidahnya kelu untuk berkata-kata. Agak-agaknya, Opah Mizah tahu tak pasal aku dan Ana? Kalau dia tahu tapi tak ambil kisah, tak pe lagi. Tapi macam mana kalau dihalaunya aku? Hilang kemachoaan aku kerana dihalau. Tapi, Opah Mizah dengan nenek kan kawan baik, takkanlah, dia nak buat macam tu kat cucu kawan baik sendiri betul tak? Tapi, tak ada perkara yang mustahil, kan? Sempat lagi Shazril bermonolog di dalam hati.
Opah Mizah mengerutkan keningnya. “Ril, kamu ni kenapa?”
Shazril tersentak sedikit. “Tak ada apa-apalah opah.”
“Dah tu, kenapa datang rumah opah ni?” tanya Opah Mizah lagi.
“Erm, Ana ada tak?” soal Shazril sekali nafas.
Opah Mizah mengangkat kening. “Ana? Ana mana balik sini. Mak ayah dia sibuk. Tak boleh nak bawa dia ke sini. Kenapa kamu tanya?”
“Oh...” ada nada kecewa di situ. “Kenapa? Saya tak boleh pasal Ana ke?”
“Tak adalah tak boleh, tapi selalunya, Ana yang rajin cari kamu. Tak pernah-pernah pun kamu datang rumah opah sebab nak cari Ana.”
Gulp! Shazril menelan liur. Sentap beb! “Err.. Tak apalah, opah. Saya pergi dulu lah ya? Assalamualaikum.”
Opah Mizah mengangguk perlahan. Dia menjawab salam cucu kawan baiknya itu di dalam hati. Ril... Ril... Kenapalah, kamu buat cucu opah macam tu? Kasihan Ana..
Share this novel