Bab 6

Romantic Comedy Completed 68208

Andriana terus menyerahkan beg plastik yang terkandung barang-barang yang dipesan Opah Mizah tadi pada Aulia, “Nah, kak! Barang yang opah pesan tadi.” Setelah kakaknya menyambut beg plastik itu, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.

Aulia membuka beg plastik itu. Dahinya berkerut. Eh? Kenapa ada serbuk kari daging dengan garam je? Adik aku ni salah beli ke tertukar plastik?

SEMENTARA itu, Shazril meletakkan beg plastik yang terkandung barang yang dibelinya tadi di atas meja dapur. “Nenek, barang yang nenek pesan tadi, Ril letak kat atas meja dapur tau?!” jerit lelaki itu.

Nek Maznah yang baru selepas menjemur pakaian, masuk kembali ke dapur. Dia membuka beg plastik itu. Keningnya berkerut seribu. “Ril, mana datang sayur bayam, carrot, bawang merah ni? Mana pulak serbuk kari dengan garam yang nenek pesan tadi?!” soal wanita tua itu dengan suaranya yang lantang.

Shazril yang berjalan menuju ke ruang tamu terhenti. Keningnya berkerut sedikit. Sayur bayam? Carrot dan bawang merah? Mana datang benda tu? Rasanya aku tak salah beli tadi... Alamak! Aku tertukar plastik dengan Ana ke tadi? Oh my...

SHAZRIL mengayuh basikal menuju ke rumah Opah Mizah. Disebabkan Andriana tergesa-gesa tadi, tak pasal-pasal mereka tertukar beg plastik. Nenek ni pun satu hal, aku dah penat balik dari kedai runcit, dipaksanya aku pergi rumah Opah Mizah untuk minta beg plastik yang terkandung barang yang kubeli tadi. Kalau aku tak ambil juga, nenek tak nak masak untuk tengah hari. Aduh, perut aku dah nyanyi lagu macam-macam. Lapar giler..! Sabar sajalah wahai perut...

“Assalamualaikum!” jerit Shazril sebaik sahaja sampai di depan rumah Opah Mizah.

Sementara itu di dalam rumah Opah Mizah, Andriana dan Aulia membantu opah mereka memasak. Dengar sahaja suara orang memberi salam, Opah Mizah memanggil Amir. Namun panggilannya tidak bersahut. “Abang kauorang mana?” soalnya.

Andriana dan Aulia sekadar mengangkat bahu. Opah Mizah menggeleng kecil. Sah! Membuta tu... “Ana! Pergi bukakan pintu tu,” arah Opah Mizah. Nak disuruh Aulia, gadis itu sedang mengupas bawang. Jadi, dia menyuruh Andriana sahaja, memandangkan Andriana hanya mengacau gulai di dalam kuali.

Andriana hanya menurut tanpa membantah. Dia mencapai tudung yang disangkut di tombol pintu biliknya lalu disarung di kepala. Dia melangkah menuju ke pintu utama lalu menguak pintu tersebut. Sebaik sahaja dia terpandangkan wajah Shazril, dia terkejut. Automatik, dia berpaling lalu melangkah laju ke dapur.

Shazril tersentak melihat wajah Andriana. Dia tidak sangka yang Andriana akan menjadi orang yang membuka pintu. Dia memanggil nama Andriana, “Ana!”

Langkah Andriana terhenti. Namun, dia tidak berpaling.

“Ermm.. Saya cuma nak plastik saya. Kita.. kita tertukar plastik. Saya rasa awak pun tahukan?” soal Shazril. Ah, berbelit lidah aku bahasakan saya-awak!

Andriana mengangguk perlahan. Dia berlalu ke dapur.

Shazril mengetap bibir. Aduh... Dia pergi macam tu je? Aku nak plastik aku balik, kalau tak, aku tak dapat makan! keluh Shazril dalam hati.

Tak lama kemudian, muncul Andriana dengan satu beg plastik. Dia membuka pintu gril lalu dihulurkan plastik yang tertukar tadi. Shazril turut mengembalikan plastik milik Andriana. Dia tidak tahu mahu kata apa lagi meskipun hatinya teringin mahu mengucapkan kata maaf pada gadis itu.

Andriana turut kematian kata. Tambahan pula, Shazril menghinanya tempoh hari. Dia menayangkan wajah kosong. Hampir lima minit mereka bersemuka tanpa sepatah kata keluar dari mulut, Andriana terus memusingkan badannya. Dia ingin membantu opahnya memasak tapi boleh pula membuang masa bersemuka dengan lelaki itu.

“Eh, eh! Kejap, Ana!” halang Shazril.

Andriana menghentikan langkahnya tanpa berpaling.

“Errm... Err.. Sa... saya nak mintak maaf.. Saya tahu saya salah. Tapi, saya ada sebab kenapa saya buat macam tu. Maafkan saya. Saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi,” ucap Shazril dengan suara perlahan tetapi tetap dapat didengari Andriana.

Andriana tersenyum dalam hati. Sungguh dia tidak sangka lelaki egois ini telah pun mengucapkan kata maaf padanya! Ish, kena tulis dalam diari ni!

“Ana, please maafkan saya.”

“Give me three reasons why I should forgive you,” pinta Andriana sebagaimana Shazril pernah menyoalnya di hari perkenalan mereka.

Shazril mengetap bibir. “Firstly, saya tak nak terus rasa bersalah pada awak. Second, sebab dah ramai sangat orang ‘sound’ saya dalam masa satu hari. Third, saya nak kawan dengan awak sebab saya selesa berkawan dengan awak dan Arlyssa je. Is it enough?”

“Awak ikhlas nak minta maaf?”

“Ikhlas sepenuh hati saya.”

“I will forgive but in one condition.”

Dahi Shazril berkerut. “Syarat apa pulak ni?” soalnya dalam keluhan.

Andriana tersenyum misteri. Dia berpaling memandang wajah Shazril. “Can you please stop call yourself, ‘saya’? Cause it's sound too awkward. Saya tahu awak tak biasa. So, tak perlu sampai nak bahasakan saya-awak. It's not suits with you.”

“Tak sesuai eh?” soal Shazril kembali.

Andriana menggeleng sambil berkata, “Not at all.”

“Okay, fine. Aku terima syarat kau. We're friends, right?”

“Yes. Sekarang, awak boleh balik sebab saya ada hal.”

“Okay. Thank you, Ana. Sebab maafkan aku.”

“My pleasure. And please make sure you don't make the same mistakes again.”

Shazril membuat isyarat okey lalu mengayuh keluar dari halaman rumah Opah Mizah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience