Completed
                        
68208
                    Nurul berjalan dengan berhati-hati. Tangannya meraba-raba benda di hadapannya. Syah dan Arlyssa setia di sisi Nurul. Sesekali mereka memegang tangan Nurul menunjukka jalan. Arlyssa memandang Syah, “Syah, perlu ke tutup mata Nurul dengan kain?”
Syah tersengih-sengih. “Apa salahnya, kak. Saya teringin jugak nak buli si Nurul ni.”
Nurul yang mendengar jawapan Syah terasa geram. “Syah, kau kat mana, ha? Suka-suki kau je nak buli aku!” Tangannya mencari-cari susuk tubuh kawannya itu namun Syah sempat mengela dari dicubit oleh Nurul.
Syah tergelak-gelak. “Hahaha... lek argh Nurul. Aku gurau je!”
Nurul masih lagi mencari Syah. Namun, tak semena-mena dia terlanggar sesuatu dan terjatuh. Dia terdengar satu suara lelaki menyoal Syah, “Syah, perlu ke tutup mata Nurul?”
Nurul kebingungan. Dia terus menanggalkan kain yang menutupi matanya. Keningnya berkerut melihat sekeliling ruang tamu itu. Dia perlahan-lahan bangun. Mata-mata yang memandangnya tidak diendahkan. “Err... Ni rumah siapa?”
Amir dan Aulia memandang sesama sendiri. Mereka memandang Syah pula. “Nurul bukan pernah datang sini ke?”
Syah mengangguk. “Pernah tapi tak pernah masuk dalam.”
“Ni rumah siapa?” Soal Nurul lagi apabila semua orang tidak mengendahkan soalannya.
Puan Azila menjawab, “Ini rumah mak ciklahh..”
Nurul mengerutkan kening. “Iye? Saya rasa macam pernah tengoklah ruang dalam rumah ni.”
Aulia dan Amir, Ain dan Ashraff, Syah dan Arlyssa, Puan Azila dan Puan Naqibah, Irfan dan Arshad berpandangan sesama sendiri. Siap ada pasangan lagi!
“Cuba Nurul ingat balik bila Nurul tengok ruang dalam rumah ni.”
Dahi Nurul berkerut-kerut cuba mengingati. “Ermm.. Dalam mimpi kott.”
Ashraff memandang kosong wajah Nurul. Dia buat-buat ketawa, “Ha. Ha. Ha. Memang lawak."
Nurul menoleh memandang Ashraff. "Akak tak buat lawaklah. Betul lah dalam mimpi,” marahnya.
Aulia dan Amir berpandangan sekali lagi. “Nurul, cuba Nurul ingat balik apa yang berlaku dalam mimpi tu?”
Dahi Nurul berkerut-kerut mengingati kembali mimpi yang dialaminya. Dia menceritakan, “Dalam mimpi tu, saya ada dengar suara satu pasangan. Mungkin suami isteri. Mereka bertengkar. Saya keluar dari satu bilik ni dan turun ke tingkat bawah. Saya ingin melihat siapa mereka berdua. Dan saya Nampak lelaki itu memukul perempuan itu menggunakan tali pinggang. Saya tak tahu apa jadi selepas itu.”
Puan Azila terkejut mendengar cerita Nurul. Amir dan Aulia memandang ibu mereka. “Benda ni pernah berlaku ke?”
Nurul mengerutkan kening. Dia tidak mengerti maksud pertanyaan Amir. Dia melihat Puan Azila mengangguk. Kemudian Amir meraup wajah. “Hal ni kita lupakan. Nurul hanya mimpi pasal tu je kan?”
Nurul mengetap bibir. “Kalau mimpi pelik tapi berulang kali alami tu dikira sama jugak ke?”
Semua orang di situ memandang Nurul pelik. “Mimpi macam mana tu?”
“Ada seorang lelaki ni banyak kali jugak dia masuk dalam mimpi saya. Tapi dalam keadaan situasa yang berbeza-beza. Macam hari tu saya ada mimpi saya berada dengan dia di satu kawasan lapang, macam padang. Hari lain pulak, saya mimpi dia nyanyi dengan saya atas pentas,” terang Nurul.
Arshad menyoal, “Orang yang sama?”
Nurul mengangguk.
Puan Azila semakin kebingungan. “Okey, sekarang kenapa nak tanya pasal mimpi-mimpi pulak ni? Amir nak bawak mama jumpa Ana kan?”
Amir berpeluk tubuh. Matanya memandang Nurul, Arlyssa dan Syah yang berdiri rapat-rapat. “Tu Ana lah.”
Nurul turut kebingungan. dia menoleh kiri, kanan dan belakang. Mencari kelibat Ana. “Mana Ana nya?” soalnya. Dia memandang Syah. “Syah, kau Ana ke?” kemudian Arlyssa. “Ke akak Ana?”
Irfan dan Puan Azila turut kebingungan. Mana satu Ana ni?
Syah menepuk dahi. Aduh, apasal lah aku dapat kawan lembap macam minah seorang ni?? “Oii Nurul! Apahal kau lembap sangattt?! Kaulah Ana!”
“Hah?!” soal Nurul, Irfan dan Puan Azila.
“Tapi bukan ke Ana dah takde? Opah Mizah yang cakap macam tu,” ujar Irfan setelah lama berdiam diri.
“Memang opah cakap macam tu. Tapi takde tu tak bererti Ana dah mati.” Tiba-tiba kedengaran suara di muka pintu. Semua orang di situ menoleh. Hajah Hamizah!
Irfan tak puas hati. Jadi selama ni aku ditipu? What the heck?!
Arshad menerangkan, “Sebab itulah kau selalu mimpi pasal Ana. Kau selalu rasa kau bersama dengan Ana setiap kali kau berada dengan Nurul. Kau pun sama macam Nurul, lembap!”
“Hei, saya tak lembap lah!” marah Nurul.
Irfan masih tidak puas hati. “Tapi takkan sampai nak menipu?!”
Ashraff mengeluh. “Kami tipu Ril demi kebaikan Ril jugak.”
“Kebaikan? Apa kebaikannya? Buat Ril sengsara?”
Amir bangun dari sofa. “Ril pernah bayangkan tak ada dua orang ahli keluarga yang hilang ingatan? Seorang tu langsung tak ingat apa-apa. Yang seorang tu pulak langsung tak ingat seorang tadi tu. Nurul tak ingat apa-apa. Even nama dia pun dia tak ingat, apatah lagi Ril, apatah lagi kami yang darah daging dia sendiri. Mama pulak langsung tak ingat yang mama ada anak bernama Sharifah Nurul Andriana Antasya. Kau bayangkan Ril. Betapa sukarnya kami nak hadapi dugaan ni. Enam tahun kami sembunyikan rahsia ni, Nurul masih tak ingat siapa kami pada dia. Kami tak mahu Ril kecewa sebab dia langsung tak ingat apa-apa pasal Ril. Cubalah faham apa yang kami rasa,” panjang lebar Amir berkata-kata.
Nurul terdiam. Dalam diam dia cuba mengingati semua mimpi yang dialaminya.
Irfan terkedu. Dia tak tahu pula Puan Azila turut hilang ingatan.
Giliran Aulia pula bersuara, “dan sebab itulah, akak sekeluaraga tak pernah balik ke rumah Opah Mizah. Kami ingin pulihkan ingatan mama dulu. Ana, kami hantarkan pada ibu susuannya, adik angkat mama, Ibu Naqibah. Kami yakin ibu boleh jaga Ana sebaiknya. Lagi satu, Nurul baik dengan Ariana dekat Teratak Az-Zahra sebab Nurul itu Ana. Ariana tak pernah rapat dengan sesiapa kecuali Ana. Ariana dapat tahu Nurul ialah orang yang jaganya dari kecil tapi dia tak tahu siapa nama Ana.”
Irfan memandang Arshad. “Berapa lama kau tahu pasal ni, Chad?”
Arshad menelan liur. “Aku dah tahu since aku siasat identity Nurul dua tahun lepas. Aku jumpa dengan Abang Amir senyap-senyap. Waktu itulah aku tahu pasal Ana dan Nurul.”
Irfan memandang Syah dan Arlyssa pula. “Syah? Arlyssa?”
Syah menjawab, “Saya tahu sebab Nurul tawarkan diri untuk cari Ana. Saya tolong Nurul dan minta juga bantuan dari Syam. Kami berdua cadang beritahu pada Abang Amir dan Kak Lia. Dari situ saya dan Syam tahu siapa Nurul yang sebenar.”
“Saya tahu dari Arshad,” jawab Arlyssa pendek.
Irfan meraup wajah. Nurul menyoal, “Ermm... macam mana saya boleh kenal Ril ehh?”
Ain menerangkan, “Waktu itu kenduri Mak Su. Akak dengan Kak Lyssa ditugaskan cari orang yang boleh membuat persembahan. Lia tolong kami cari orang yang boleh menyanyi. Arlyssa cari orang lelaki iaitu Ril. Akak ikut Lia pergi cari Nurul pulak. Kami tarik Nurul ke pentas dan menyanyi bersama Ril. Lepas tu, akak tak tahu macam mana Nurul boleh berkenalan dengan Ril.”
Arlyssa berkata, “Situasi itu sama dengan waktu Nurul dengan Irfan kena tarik naynyi atas pentas dua tahun lalu.”
“Saya Ana. Tapi kenapa bila Nurul tanya ibu enam tahun lepas sebaik sahaja Nurul bangun dari koma, ibu cakap nama Nurul, Nurul Andriana Antasya? Dan kenapa sewaktu saya adalah Ana, abang, kakak, dan mama tak pernah panggil saya Sharifah Nurul Andriana Antasya? Biasanya hanya Sharifah Andriana Antasya? Mana hilangnya nama Nurul itu?” soal Nurul bertubi-tubi.
Semua orang memandang wajah Nurul tepat. “Macam mana Kak Nurul boleh tahu pasal tu?” soal Ashraff.
Nurul menjungkitkan bahu. “Mimpi.”
Amir mengeluh. Dia memandang Aulia meminta Aulia menjelaskan.
“Papa. Papa yang beri nama Nurul. Kalau ikutkan mama, mama hanya mahu nama Ana takde Nurul, sama seperti akak. Sharifah Aulia Afiqah.”
Nurul menyoal lagi, “Kenapa ibu adalah ibu susuan saya?”
“Mama pernah menghidap breast cancer sewaktu mengandungkan Nurul. Itu yang membuatkan papa berubah. Dia suruh mama gugurkan Nurul, tapi mama tak mahu. Sebaik sahaja Nurul lahir, Nurul diserahkan kepada Ibu Naqibah untuk disusukan.”
“Kenapa Ana kena pindah ke rumah Opah Mizah dan bersekolah di sana?”
“Kami yang cadangkan Ana dipindahkan supaya papa tak dapat cederakan Ana dan kami tak mahu proses penceraian mama dan papa terganggu.”
Nurul bersorak, “Yes! Akhirnya dapat jugak jawapannya!”
Semua orang di situ terkejut. Baru mereka sedar, Nurul menyoal tentang apa yang dia tidak tahu dan semua itu berlaku sebelum Ana terlibat dalam kemalangan.
Nurul menunjukkan isyarat peace. Bibirnya mengukir senyuman. “Nurul dah lama ingat sebenarnya tapi cuma nakkan kepastian.”
Pakk!
Nurul menggosok kepalanya. Rupa-rupanya Syah memukul kepalanya. “Kau dah kenapa?”
Syah memandang Nurul tajam. “Kau ni kan, kalau aku tak ingat kau kawan aku. Dah lama aku tempah batu nisan untuk kau.”
Aulia mengusap dada terkejut. “Tempah aje, Syah! Memang kena bagi sikit pengajaran kat dia ni!”
Nurul memuncungkan mulut tanda protes. Kejam nya kakak aku!
Semua orang di situ tergelak melihat reaksi Nurul. Akhirnya segala teka-teki yang berada di kepala Nurul terjawab jua.
Share this novel