Bab 14

Romantic Comedy Completed 68208

Semakin hampir Irfan dan Arlyssa dengan bilik pengawas, semakin jelas kedengaran perbualan orang di dalamnya.

“Wei, lama lagi ke head boy and head girl nak sampai?” soal Farhana. Dia mengeluh panjang.

“Sabarlah! Kau ni Hana, bukannya tahu nak bersabar. Nanti-nanti mereka sampailah tu,” pujuk seorang lagi pengawas perempuan.

“Entah-entah mereka pergi dating tak?” seorang pengawas lelaki serkap jarang.

Kemudian kedengaran suara pengawas tadi marah, “Woi! Kepala jangan dimain!” Mungkin ada kawannya menyekeh atau menolak kepalanya.

“Padahnya mengutuk ketua kita! Agak-agaklah pun... Arlyssa kan dengan Arshad? Lagi mahu tuduh!” marah seorang lagi pengawas lelaki. Mungkin lelaki yang sama menyekeh atau menolak kepala pengawas tadi.

Seorang pengawas perempuan bersuara seakan menyokong, “Eh, tak mustahil, okey? Mereka tu dah berkawan lama kut... Mustahil mereka tak ada perasaan suka sama suka?”

“Tapi, tak mungkinlah Irfan mahu rampas girlfriend kawan baik sendiri. Dia kan stok budak baik!” seorang lagi pengawas membantah.

“Eh, zaman sekarang bukan orang kisah! Bapak rampas girlfriend anak pun ada, tahu? Macam dalam drama Aku Isterinya itu.”

Amboi, ini mesti banyak tengok drama!

“Alah, kau tu melebih tengok drama! Memey lah...” kutuk seorang pengawas lelaki.

“Eh, betul apa yang aku cakap!” pengawas itu masih tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba kedengaran orang berdeham dari arah pintu bilik pengawas. Serentak semua pengawas berpaling. Kelihatan Irfan dan Arlyssa berdiri di hadapan pintu. Irfan memeluk tubuh lalu berjalan perlahan menuju ke kerusinya. Dia memandang tajam satu per satu wajah pengawas di situ. Irfan tersenyum sinis. Ambik kau! Terdiam terus!

“Seronok mengutuk?” soalan Irfan berbaur sindiran pedas!

Semua pengawas yang mengutuk tadi tertunduk. “Dah lama hidup ke sampai nak mengutuk orang lebih-lebih? Saja nak menambah dosa yang dah sedia banyak tu? Lebih suka duduk neraka dari syurga ke?” soal Irfan bertubi-tubi. Dia berasa maruahnya tercalar disebabkan kutukan mereka. Dia tahu ada yang tidak berpuas hati dengan perlantikannya sebagai ketua pelajar. Dah semestinya mereka itu adalah pelajar-pelajar kelas sains!

Irfan mengutuk di dalam hati, Harap saja masuk kelas sains, kelas teratas. Tapi otak masing-masing tak boleh nak fikir waras! Terdiam terus mereka ini... Rasakan! Siapa suruh cari pasal dengan Syed Muhammad Shazril Irfan? Gua ni bekas taiko gangster, lu apa tau?!

Hadi menelan liur. Dia cuba menenangkan suasana yang semakin tegang, “Bro, sudahlah tu! Kalau kita berterusan begini, sehingga tahun hadapan pun belum tentu tamat mesyuarat kita.”

Irfan menghela nafas panjang. “Baiklah, kalau saya dapat tahu ada yang mengutuk saya ataupun orang lain di belakang, memang siaplah! Kalau tak puas hati, cakap depan-depan! Saya bukan manusia sempurna macam awak semua sehingga tidak segan silu mengutuk.” Jejaka itu masih menyindir.

“Irfan...” panggil Hadi tanda menyuruh dia berhenti menyindir.

Irfan terdiam seketika. Fan, sabar! Kau mesti jadi seorang yang profesional! Jangan terlalu emosi. Kau bukan lagi taiko sekolah, kau head boy!

“Pada mulanya saya ingin minta maaf atas kelewatan saya dan Lyssa tadi. bukan niat kami mahu datang lewat,” terang Irfan sebelum menyambung, “Hari ini, saya mahu berbincang tentang minggu orientasi yang bakal diadakan pada minggu hadapan.”

Akmal mengangkat tangan ingin bertanya. Irfan mengangguk tanda membenarkan untuk bertanya. “Mengapa minggu orientasi buat pada minggu kedua? Bukan biasanya pada minggu pertama ke?”

“Terima kasih kerana bertanya, Akmal. Saya sudah berbincang dengan guru penyelaras tingkatan 4 bahawa kita akan buat minggu orientasi pada minggu kedua. Saya ingin pelajar junior belajar mengenali guru-guru dan suasana pembelajaran dahulu sebelum kita sesuaikan diri mereka dengan perkara yang lain pula. Jelas?”

Akmal dan pengawas lain mengangguk. Irfan menyambung, “Pelajar tingkatan 4 akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya dah tolong bahagikan. Ini adalah senarai nama setiap kumpulan dan aktiviti yang bakal dijalankan. Sebentar lagi saya akan bahagikan tugas.”

Senarai nama tersebut diedarkan kepada semua pengawas. “Setiap kumpulan ada lapan orang. Semua kumpulan ada lapan.”

Wafiy mengangkat tangan lalu bertanya, “Irfan, mengapa ada dua kumpulan tak cukup orang? Mereka hanya ada tujuh orang pelajar.”

“Ya, betul ada dua kumpulan tidak cukup orang. Hal ini kerana, saya baru dapat tahu semalam, jumlah pelajar tingkatan empat hanya ada seratus lima puluh lapan orang,” jawab Irfan.

Semua pengawas berkerut dahi. “Kenapa boleh kurang dua orang? Bukankah setiap tingkatan mesti ada seratus enam puluh orang? Bagaimana jumlah boleh terkurang pula?” soal Arlyssa.

“Itu, saya tiada jawapan. Cikgu tidak beritahu sebabnya. Jadi, ada lagi soalan?” tanya Irfan.

Yazid menyahut, “Ada! Majlis penutup kali ini, kita mahu buat apa?”

Irfan tersenyum. “Nice question! Saya memang mahu minta pendapat awak semua pasal majlis penutup. Cikgu Razita beri cadangan supaya kita buat pertandingan menyerlahkan bakat mereka. Kata cikgu, dia mahu mencari bakat terbaru untuk mewakili sekolah.”

“Bagus juga! Saya setuju!” sokong Arlyssa.

“Ha, aku setuju kalau kau masuk, Fan kau pun ada bakat jugak!” usik Zack. Dia tersengih.

“Ha, setuju! Setuju!” sahut Naufal.

Irfan bercekak pinggang. “Amboi, kauorang... Ini pertandingan untuk form four. Apahal pulak nak libatkan aku?” soalnya. Sudah tiada lagi bahasa formal.

“Eh, birthday kau belum lagi! Adillah...” ujar Hadi. Dia turut mahu mengusik.

“Eh, sudah-sudah! Saya kira semua setuju, ya? Kalau tak ada apa-apa, kita bersurai,” tutur Irfan.

Irfan menyiapkan kerja sekolah Bahasa Melayunya. Sesekali matanya melilau sekeliling kelas, mencari idea untuk membuat ayat. Arshad yang duduk di sebelahnya menongkat dagu. Mungkin buntu memikirkan idea.

Irfan masih khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Dia perasan, kawannya asyik menoleh memandangnya. Beberapa minit kemudian, Irfan menoleh. Dia mengangkat kening seraya bertanya, “Kau okey ke, bro? Tak habis-habis toleh aku dari tadi.”

Arshad tersentak. Uish... Mamat ni ada mata kat telinga ke? “Tak adalah. Kau serius ke nak balik esok?” soal jejaka itu.

Irfan memandang ke hadapan kelas. Dia melepaskan nafas. “Kalau boleh, memang aku malas nak balik. Sepatutnya, kita tak boleh balik pada minggu pertama. Tapi, entah kenapa pengetua baik hati sangat benarkan aku balik. Bukan urgent sangat pun. Nenek aku suruh datang kenduri kawannya saja.”

“Kenduri apa tu bro? Kenduri kahwin ke?” soal Arshad.

Irfan menggeleng. Jarinya memusingkan pensel. “Kenduri doa selamat dan kenduri kesyukuran.”

Arshad mengangguk perlahan. “Ala, kau pergi sajalah! Bukan kau tak biasa temankan nenek kau... Betul tak? Lagipun, kau kan cucu kesayangan dia?”

“Memanglah... Tapi, entahlah...” keluh Irfan. Dia sendiri pelik. Mengapa dia berasa malas untuk menemani neneknya? Mungkinkah kerana family Ilham dan mamanya ada sekali? Tapi apa masalahnya, bukan mereka ada masalah dengan aku pun...

Tiba-tiba wajah Nurul terbayang di fikiran. Irfan tersenyum sendiri. Teringat sewaktu kali pertama dia bertemu dengan gadis itu. Gadis itu tak lepas pandang wajahnya yang tidak dihiasi dengan cermin mata. Adakah gadis itu terpegun melihatnya?

Irfan tergeleng kecil. Aku ni sudah mengapa? Teringatkan junior yang baruku temui dua kali itu? Ish, pelik... pelik...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience