Completed
                        
68208
                    10 tahun kemudian...
Nurul berdiri melihat pemandangan laut di hadapannya. Dia memeluk tubuh. Sesekali dia tersenyum mengenangkan zaman kanak-kanak.
Tiba-tiba Nurul terasa ada orang memeluk pinggangnya dari belakang. Dia melihat dari ekor matanya. Dia yakin pemilik tangan itu adalah suaminya a.k.a Mamat Skema.
“Sayang termenungkan apa tu? Abang panggil banyak kali, sayang tak dengar.”
Nurul tersenyum. “Takde lah. Nurul cuma teringatkan waktu kita kecik-kecik dulu.”
Irfan mengerutkan kening. “Kenapa dengan waktu tu?”
Nurul menggeleng kecil. “Ermm... Abang?”
“Hmm..”
“Boleh Nurul tanya?”
Irfan menoleh memandang Nurul. “Tanya apa?”
“Abang ingat tak waktu Nurul degil nak ikut abang pergi memancing sampai terjatuh basikal tu?”
Dahi Irfan berkerut-kerut mengingati kembali peristiwa itu. Tak sampai lima minit, dia mengangguk.
“Abang ada reka cerita dan tipu opah kan? Boleh Nurul tahu kenapa abang buat macam tu?” Soal Nurul ingin tahu.
Irfan tergelak kecil. “Pasal tu ke? Abang ingatkan apalah tadi. Abang buat macam tu sebab abang tak sanggup tengok sayang kena marah,” terangnya.
Nurul mengerutkan kening. Dia memandang wajah Irfan pelik. Bila suami aku nampak aku kena marah?
Irfan yang bagaikan mengerti apa yang berlegar di fikiran wanita yang dicintainya itu, menjawab, “Abang pernah ternampak dan terdengar sayang kena marah dengan opah sebab asyik cuba rapatkan diri dengan abang.”
Nurul terkebil-kebil. Dia tidak sangka suaminya mendengar perbualannya dengan Hajah Hamizah suatu ketika dahulu. Dia mencebik. “Yelah, kan? Orang tu bukannya nak kawan dengan kita. Kita yang penat-penat kejar dia, nak kawan rapat dengan, dia layan nak tak nak je..” perlinya dengan nada berjauh hati.
“Sayang, abang bukan tak nak layan sayang. Kalau sayang berada di tempat abang, baru sayang faham,” ujar Irfan. Pelukan di pinggang Nurul dileraikan. Dia berdiri di sebelah Nurul lalu cuba meraih tangan wanita itu.
Nurul membelakangi Irfan. Tangannya kuat memeluk tubuh agar Irfan tidak dapat meraih tangannya.
Irfan menggaru kepala. Dia buntu. Haisy, isteri aku ni! Merajuklah pulak... “Sayang, janganlah macam ni. Abang buat semua tu, ada sebabnya.”
“Then, what's your reason?”
“Abang buat macam tu sebab abang takut kalau sayang tahu siapa diri abang. I'm not a good person. Abang suka buli budak, merokok, langgar peraturan sekolah. Abang rasa rendah diri. Abang tahu abang tak layak untuk sayang. I'm sorry.” Irfan mengeluh.
Nurul menghela nafas. “Kenapa abang tak pernah cuba beritahu Nurul?”
“Selepas Nurul pindah sekolah, I told you everything. Benda ni abang dah bagitahu. Mungkin sayang lupa or tak ingat lagi,” terang Irfan. Suaranya semakin mendatar.
Nurul mengerutkan kening. Dia membulatkan mata beberapa saat kemudian. Ya Allah, Irfan adalah bagitahu aku! Aku yang tak ingat.
Nurul memusingkan tubuhnya menghadap Irfan. Tangan lelaki itu dicapai lalu dikucup. “Abang, sorry. Nurul terlupa.” Dia tersengih.
Irfan langsung tidak memandang isterinya. Dia pula yang mahu merajuk.
Nurul mengetap bibir. “Abang, sorry. Nurul terlupa. Abang, janganlah macam ni...”
Irfan masih merajuk. Nurul semakin buntu. “Abang, janganlah macam ni. Ermm... Abang mintaklah apa-apa pun, Nurul tunaikan. I'm so sorry.”
Irfan menyembunyikan senyumannya. “Apa-apa je?” Dia memandang wajah Nurul.
Nurul mengangguk.
Irfan tersenyum nakal. “Abang nak kahwin lagi satu, boleh?”
Nurul membulatkan mata mendengar permintaan daripada suaminya. Pantas saja tangannya mencubit lengan Irfan.
Irfan mengaduh sakit. “Aduh! Sakitlah sayang. Abang gurau je... Tapi, apa salahnya kan?”
Nurul mengacah mahu mencubit. Irfan mengelak. “Eh, dah! Sakitlah sayang.”
Nurul memeluk tubuh. “Tahu pun...”
Irfan merangkul pinggang isterinya. “Takde lah. Nurul seorang pun dah cukup untuk abang. Hanya sayang yang ada dalam hati abang selain daripada nenek dengan mama.”
Nurul menjungkitkan keningnya sebelah. “Ya ke?”
Kening Irfan bertaut. “Tak percaya?” Dia memuncungkan mulut pada dua orang kanak-kanak yang sedang bermain pasir. “Tu dah ada bukti dah.”
Nurul memandang ke tempat yang suaminya tunjuk. Dia tersenyum.
“Mummy, daddy! Jomlah main sama-sama,” ajak anak sulung mereka yang berusia lima tahun.
“Mummy, boringlah main dengan Qira. Jomlah join sekali!” Ajak anak mereka lagi seorang. Anak Irfan dan Nurul bernama Sharifah Nur Syaqira dan Sharifah Nur Syazira. Mereka berdua adalah adik-beradik kembar.
“Ya, kejap lagi daddy datang!” Sahut Irfan. Dia memandang Nurul. “Jom, sayang.”
Nurul senyum. Mereka berjalan beriringan menghampiri anak-anak mereka.
NURUL, Syam, Amira, Fatin dan Aisyah berbual kosong sementara menunggu kehadiran Syah. Mereka memang sudah merancang dari awal mahu bertemu.
“Mana Syah ni? Apasal dia lambat bebenor?” Soal Amira pelik.
“Kau tanya macam kitorang tahu je...” ujar Aisyah.
“Entah kau ni.” Fatin menyokong.
Nurul senyum tepi. “Hmm... korang ni, macam tak tahu je. Dia tu kan memang selalu lewat sejak azali lagi.”
Tiba-tiba kedengaran satu suara memanggil, “Oii korang!”
Mereka berlima berpaling memandang ke arah suara itu. Masing-masing melopong. Mata mereka membulat melihat Syah memakai kemeja labuh paras lutut dan seluar slack berwarna hitam. Kakinya tersarung kasut tumit tinggi. Wajahnya disolek.
Syah berjalan gaya ‘cat walk’ menuju ke arah kawan-kawannya yang masih terlopong. Sedang dia berjalan, dia terpandang seorang lelaki kacak. Dia terpaku sehinggakan tidak melihat apa yang berada di hadapannya.
Tiba-tiba...
“Aaahh!”
Syah jatuh terjelepok kerana kakinya tersadung batu. Kasut tumit tingginya tertanggal sebelah. Dan perkara lagi malang, tumit kasutnya patah.
Lelaki kacak tadi terkejut. Dia segera membantu Syah yang terjatuh. “Eh, cik tak apa-apa ke?”
Syah terkedu. Dia tidak menyangka lelaki kacak itu akan membantunya. Dia menggeleng kecil. “Err... ter... terima kasih,” ucapnya.
Aduh, apasal tetiba gagap pulak ni? Dahlah terjatuh kat depan mamat hensem ni, gagap pulak tu. Alahai, malunya!
Lelaki itu tersenyum manis. “Sama-sama. Ermm... cik tak kisah, boleh saya minta name card cik?” pintanya.
Syah tersipu-sipu. Alahai, lagi hensem bila dia senyum. Melting aku! Syah mengeluarkan name card dari dalam beg tangannya lalu menghulurkan pada lelaki kacak itu. “Nah!”
Lelaki itu mengambil kad nama yang dihulurkan. “Nice to meet you.”
Syah hanya tersenyum. Lelaki itu beredar dari situ setelah meminta diri.
Syah mengambil kasutnya yang sudah patah tumit lalu berjalan menghampiri kawan-kawannya.
Fatin berdehem. “Boleh saya minta name card cik? Perghh... laju je dia ambil langkah nak ngorat.”
“Untunglah Syah. Dah jatuh, jumpa pulak mamat hensem,” ujar Amira.
Syah membuat muka serius cuba menahan diri dari tersengih. Ni tak lain tak bukan nak bahan aku lah tu!
“Tu kasut kau, mintalah dia belikan baru,” cadang Nurul.
“Ahahaha...”
Nurul, Fatin, Amira, dan Aisyah yang sibuk mem‘bahan’ Syah menoleh ke arah suara tawa besar itu. Syah turut memandang. Suara tawa itu daripada Syam yang tidak berhenti ketawa dari waktu Syah terjatuh tadi.
“Oi, kau dah kenapa?” Soal Aisyah.
Syam memegang perutnya. “Ahaha... Sorry tak boleh tahan. Hahaha..” ujarnya dengan sisa tawa. Dia mengesat air mata yang keluar akibat terlalu banyak ketawa.
Mereka berlima memandang Syam pelik. Fatin menyoal Amira, “Apa yang lawak?”
Amira menjungkitkan bahu. Fatin memandang Aisyah. Dia menggeleng tanda tidak tahu. Kemudian, Nurul. Nurul memutarkan bebola matanya tanda malas ambil tahu. Dan akhirnya, Syah. Dia menjawab, “Manolah den tau.”
“Dia dah kena sawan kott,” agak Amira.
Aisyah dan Fatin mengangguk. Nurul berkata, “ha, Syah! Kau doktor psikatri kan? Rawat dia!”
“Biar jelah dia tu. Kita tinggalkan dia jom?” Ajak Syah. Ayat terakhirnya itu ditutur dengan nada berbisik.
Mereka berempat mengangguk. Perlahan-lahan mereka berjalan meninggalkan Syam yang masih ketawa.
Beberapa minit kemudian, Syam berhenti ketawa tatkala dia perasan bahawa kawan-kawannya meninggalkan dia bersendirian di situ. dia memandang sekelilingnya. “Korang? Korang jangan tinggalkan aku!” Teriaknya memanggil kawan-kawannya yang sudah jauh ke hadapan.
TAMAT
Share this novel