Bab 45

Romantic Comedy Completed 68208

Irfan dan Arshad berbual kosong di sebuah kedai makan. Tiba-tiba seseorang memberi salam, “assalamualaikum.”

Dua jejaka itu berpaling ke arah suara itu setelah menjawab salam. Mereka terkejut melihat pemilik suara itu. Razif?!

“Boleh aku duduk sini?” Soal Razif meminta izin.

Arshad mengangguk memberi keizinan. Razif memandang Irfan yang langsung tidak memandang wajahnya. “Duduk jelahh. Kebas kaki kau aku tak tahu,” guraunya dingin.

Razif teragak-agak mahu duduk. Namun dia duduk juga. Dia rasa serba salah terhadap Irfan. “Fan, aku mintak maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak layak jadi kawan kau. Aku ni teruk.”

Arshad mengerutkan dahinya. Apa ke hal dengan kawan aku ni? Seorang ni, tak mau pandang seorang lagi. Seorang ni pulak tak habis-habis mintak maaf.

Razif memandang Arshad pula. “Aku minta maaf, Chad. Aku ni kawan yang teruk. Aku tak layak berkawan dengan kauorang.”

Dahi Arshad semakin berkerut. “Apa kauorang ni? Aku tak faham. Kauorang berdua gaduh ke?”

Razif terkejut. “Kau tak tahu ke, Chad? Fan, kau tak bagtahu?”

Irfan merengus. “Buat apa aku nak bukak aib orang. Kau tak payah minta maaf dengan aku. Kau bersalah dengan Nurul bukan aku.” Ujarnya lalu beredar dari situ.

Arshad yang masih kebingungan terus menyoal Razif, “Zif, kau bagitahu aku sekarang, apa sebenarnya yang dah berlaku. Apasal Irfan ‘berangin’ sangat?”

Razif menghela nafas panjang. “Aku hampir perkosa Nurul dua tahun lalu,” terangnya sekali nafas.

Mata Arshad hampir tersembul keluar. “Apa?! Ta...Tapi kenapa?”

Razif meraup wajahnya. “Dia reject aku. Aku terlalu ikut hasutan nafsu.”

“Tapi kenapa, Zif? Aku tahu Nurul orang pertama reject kau tapi itu bukan tiket untuk kau ehem... dia” Arshad berdeham bagi menggantikan perkataan ‘rogol’.

Razif menyebak rambutnya ke belakang. “Ya, aku tahu. Aku salah. Tapi aku dah menyesal sekarang. Aku mintak maaf.”

Arshad menghela nafas. “Betul cakap Irfan. Kau sepatutnya minta maaf pada Nurul bukan kami berdua.”

Razif mengangguk. “Aku tahu. Kau marahkan aku, Chad?”

Arshad mengetap gigi. “Gila aku tak marah?! Kalau ikutkan hati, dah lama mati kau aku kerjakan. Tapi... aku tahu itu bukan jalan penyelesaiannya. Aku sedar, aku pun manusia macam kau jugak, tak terlepas dari melakukan perbuatan dosa.”

Razif mengukir senyuman. “Thanks, bro!”

Arshad membalas senyuman kawannya. “Kau dah mintak maaf kat Nurul?”

NURUL menonton televisyen sambil makan keropok Super Ring. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu dibuka disusuli suara orang memberi salam. Nurul menjawab salam itu.

Syah yang baru sahaja masuk ke dalam rumah mengarah, “Nurul pergi bersiap sekarang.”

Nurul memandang kawannya pelik. Dia masih lagi menyuap keropok ke dalam mulutnya. “Nak pergi mana?”

Syah menggaru kepala. “Alaaa... siap jelahh. Aku nak bawak kau ke satu tempat ni.”

Nurul mengerutkan kening. “Tempat apa tu?”

Syah mengeluh. “Adalah... dah, pergi siap!”

“Kalau aku tak nak?” Nurul menjngkitkan kedua-dua belah keningnya sebanyak dua kali.

Syah membuntangkan matanya. “Ish, budak ni lah! Aku cekik kasi mampus baru tahu. Aku dah siap tempah batu nisan, tau?”

Nurul ketawa. “Sanggup ke? Yalahh... aku siap sekarang.”

Syah menghela nafas lega tatkala melihat Nurul sudah naik ke bilik untuk bersiap. Dia mencapai keropok Super Ring di atas meja kopi lalu menyuap ke dalam mulut.

“Jangan ambil Super Ring aku! Kalau kau ambil, aku sula kau!” Sempat lagi Nurul memberi amaran dari tingkat atas.

Syah yang sedang mengunyah itu tercekik. Air nescafe milik Nurul di atas meja kopi dicapai lalu meneguk sedikit. Dia mengelap mulutnya. Matanya menjeling tingkat atas. Memang tak saja tak nak bagi aku hidup aman!

SEMENTARA itu, Arshad memberhentikan keretanya di hadapan sebuah banglo. Dia keluar dari kereta diikuti Irfan dan Ashraff.

Irfan memandang Arshad dan Ashraff pelik. “Apa hal kauorang bawak aku ke sini? Ni rumah siapa ni?”

Ashraff memandang Arshad. Mereka berbalas isyarat mata. “For your information, Ril. Ini rumah Ana.”

Irfan menjungkitkan kening sebelah. Rumah Ana? Not bad. “Tapi kenapa korang bawak aku ke sini?”

Ashraff dan Arshad tidak menjawab sebaliknya mengukir senyuman yang mengandungi seribu satu maksud.

“Jom, kita masuk!” Ajak Arshad. Dia mendahului mereka berdua.

Masuk sahaja ke dalam rumah, orang pertama yang Irfan ajukan soalan adalah Amir. “Apasal ni, Abang Amir? Kenapa semua orang berkumpul? Kenapa Chad dengan Raff bawa Ril ke sini?”

Amir mengekalkan mimik muka seriusnya. “Tunggu. ada lagi yang tak sampai.”

Puan Azila yang duduk di sebelah Aulia juga kebingungan. “Amir, apa yang kamu nakkan sebenarnya? Kumpulkan semua orang di sini?”

Amir menjawab tanpa menoleh. “Mama nak jumpa Ana kan? Ni Amir nak bawak Ana jumpa mama.”

Mata Irfan terbuntang. Ana? Dia masih hidup?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience