Bab 43

Romantic Comedy Completed 68208

Irwan masuk ke restoran McDonalds. Dia terus bergerak ke kaunter memesan burger kegemarannya. Usai memesan makanan, matanya melilau mencari tempat kosong. Tiba-tiba dia terlihat seseorang yang dikenalinya termenung jauh.

Irwan menghampiri seseorang itu. dia menyapa, “Assalamualaikum, Nurul.”

Nurul tersentak dari lamunan. Dia menoleh memandang Irwan. Irwan? “Ermm... Waalaikumussalam.”

Irwan menyoal meminta izin, “Boleh saya duduk sini? Tempat lain dah penuh lah.”

Nurul mengangguk membenarkan. Irwan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan gadis idamannya. “Awak okey?”

Nurul mengangguk kecil. “Kenapa, nampak macam saya tak okey ke?” soalnya dengan suara perlahan.

Irwan tersenyum nipis. “Awak nampak stres. awak ada masalah ke?”

Nurul tersenyum kelat. “Manusia memang tak dapat lari dari menghadapi masalah.”

Irwan mengetap bibir mendengar fakta itu. “Ya, betul tu. Saya tak kisah kalau awak nak share problem awak dengan saya.”

Nurul menghela nafas. “It’s okay. I think I can handle by myself.”

Irwan mengangguk. “Okey. Nurul, senyumlah sikit. Saya tak suka tengok muram macam ni. Kalau awak tak nak share masalah dengan saya takpe, tapi tolong senyum sikit.”

Nurul senyum ikhlas.

“Hah, macam tulah! Dah makan makanan awak tu. Kalau tak saya ambil. Double cheese tu.. macam sedap je,” usik Irwan. Dia menjilat bibir. Saja ingin mengusik Nurul.

Nurul tergelak kecil. Dia menarik burgernya jauh dari Irwan. “Mana boleh! Saya punya!”

Irwan ketawa melihat Nurul menjauhkan burger itu darinya. Kemudian mereka menikmati makanan mereka.

Usai sahaja makan, Irwan dan Nurul berjalan beriringan ke tempat letak kereta. Mereka berbual kosong.

“Nurul, ermm... saya sebenarnya... suka awak,” luah Irwan.

Nurul terkedu. Matanya terbeliak sedikit. Dia tak menyangka Irwan, kawan lelaki yang paling rapat dengannya menyimpan perasaan padanya. Semalam, Irfan meluahkan perasaannya pada Nurul. Hari ini pulak, Irwan.

Apalah nasib Nurul?

“Saya minta maaf Irwan. Saya tak boleh balas perasaan awak saya hargai perasaan awak, tapi hati saya dah ada orang lain. Maafkan saya.” Ucap Nurul. Dia melihat mata Irwan. Jelas kelihatan jejaka itu tampak kecewa mendengar jawapan darinya.

Irwan senyum. “It’s okay. Cinta tak semestinya dimiliki, kan?”

Irwan kecewa tapi dia tahu hati Nurul bukan miliknya. Dia redha dengan takdir Allah. Mungkin akan muncul wanita lain yang lebih baik untuknya?

Nurul menunduk sedikit. “Urmm... tapi kita boleh kekal berkawan.”

Irwan mengangguk. “Ya, kita boleh kekal berkawan.”

IRFAN, Arshad dan Irwan melepak bersama di sebuah kelab golf. Mereka memang minat bermain golf. Irfan dan Arshad mula bermain golf sejak dari usia 13 tahun manakala Irwan pada usia 12 tahun.

“Irwan dah luahkan perasaan Irwan pada Nurul,” cerita Irwan tanpa dipinta.

Arshad dan Irfan berpandangan. Mereka sememangnya tahu Irwan meyimpan perasaan pada Nurul. Tapi mereka tidak menyangka bahawa Irwan akan bertindak meluahkan perasaannya.

“Bila Irwan jumpa dia?” soal Arshad.

“Dua minggu lepas. Kami terserempak dekat McD. Tapi waktu itu...” kening Irwan berkerut. “Dia nampak macam tengah stress. Tapi lepas Irwan tanya dia, berbual sedikit dengan dia, baru dia okey.”

Irfan menelan liur. Irwan luahkan perasaan pada Nurul? Nurul stress? Adakah Nurul stress pasal aku luahkan perasaan padanya? “Dia suka pada Irwan juga ke?”

Irwan mengukir senyuman seakan berkata ‘ya’. Sekali lagi Arshad dan Irfan berpandangan.

“Dia suka Irwan? Seriously?” soal Irfan tidak percaya. Jadi, itukah sebabnya Nurul menolak dirinya?

Irwan menghamburkan tawa kecil tatkala melihat abang angkatnya kelihatan seperti gelabah. “Irwan tak cakap apa-apa pun. Abang rasa Nurul sukakan Irwan ke?”

Irfan mengangguk.

“Abang Arshad pun fikir begitu ke?” soal Irwan pada Arshad pula.

Arshad teragak-agak. Namun kepalanya tetap mengangguk.

“Nurul suka Irwan tapi sebagai kawan saja. Dia kata, dia tak boleh balas perasaan Irwan kerana dalam hatinya dah ada orang lain.”

Irfan menghela nafas lega.

Irwan ketawa kecil. “Irwan tahu, abang sukakan Nurul kan?”

Irfan terdiam. Dia menelan liur. Macam mana pulak adik angkat aku ni tahu??

Arshad tersengih. “Habislah kau, Fan! Rahsia dah terbongkar!”

Irfan menjeling sahabatnya tajam. Hesy, mamat sorang ni! Karang aku luku kepala kau, apa pun tak dapat!

“Tapikan, Nurul pernah reject Razif dulu. Waktu tu, dia pun ada kata, dia ada someone dalam hatinya. Agak-agaknya siapa ya?” soal Arshad. Tangannya mengelus dagu seakan berfikir.

Irfan mengerutkan kening. Dia teringatkan perbualannya bersama Nurul ketika mereka berjalan pulang.

Irfan tersenyum senget. “Love is pain, right?”

Nurul mengangguk.

“So, kiranya dia tu your first love?” soal Irfan.

Nurul mengherotkan bibirnya. “Maybe.”

Irfan mengerutkan kening tidak faham maksud kata-kata Nurul.

“Dia memang my first love. Tapi... entahlah. Hati saya seakan mengatakan first love saya orang lain.”

Kening Irfan makin berkerut. “Jadi, siapa sebenarnya first love awak?”

Nurul menjungkitkan bahu. “Entah.”

“Mungkin cinta pertama dia,” ujar Irfan membuat andaian.

Arshad dan Irwan mengerutkan kening. Irwan mengelus dagu. “Boleh jadi jugak.”

SYAH mengetuk pennya ke atas meja. “Syed Muhammad Shazril Irfan. Siapa ya dia ni? Kenapa aku rasa macam aku pernah dengar nama mamat ni?” soalnya pada diri sendiri.

Nurul yang baru sahaja turun dari tingkat atas memandang Syah dengan rasa pelik. “ kau kenapa syah? Stress je...”

Syah memandang wajah Nurul. Dia merenung tajam. “Stres lah! kau punya pasal lah aku kena cari Ana dengan mamat tak guna ni.”

Nurul mengerutkan kening. Mamat tak guna? Oh... Shazril. “Ermm.. sorrylah babe! Aku bukan nak susahkan kau. Tapi sebab kau pakar dalam bab-bab macam ni.”

Syah merengus. “Yalah... Yalah... Aku maafkan.” Dia mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor seseorang.

Nurul mengerutkan kening. Dia ingin bertanya namun tatkala terlihat jam dia terus membatalkan niatnya. “Aku pergi kelas dulu lah. Bye!” dia terus keluar dari rumah.

Syah masih menunggu panggilannya berjawab. Tak lama kemudian,panggilannya berjawab. Dia terus memanggil, “Syam!!!”

Syam menjauhkan telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga kau cam ni. “Kot ya pun kau rindu aku, tak yah lah jerit. Pekak telinga aku nanti, kau jugak yang susah.”

Syah mengerutkan kening. “Apa yang susah?”

“Kena belajar bahasa isyarat.”

Syah mencebik. “Pakai jelah alat pendengaran tu apa susah?”

“Ada apa kau call ni?” soal Syam.

“Tolong aku, babe!” rayu Syah.

Syam mengerutkan kening. “Tolong apa? Cam susah je...”

“Aku kena cari dua orang ni, Nurul punya pasal lah! so, aku nak mintak kau tolong aku sikit-sikit boleh?” pinta Syah.

Syam berfikir sejenak. “Hmm... okeylah. Aku tolong. Apa guna aku jadi private investigator kalau bukan sebab nak cari orang ni kan?” soalnya.

Syah tersenyum lebar. “Yeahh! Thanks babe! Sayang kau!”

“Ya aku tahu, kau sayang aku. Dah-dah, takyah cakap dah.”

Syah tersengih. “Syam, kau pernah dengar tak nama Syed Muhammad Shazril Irfan?”

Syam mengerutkan kening berfikir. “Pernah. Dia tu ke yang kau kena cari?”

“Yess!”

“Syed Muhammad Shazril Irfan? Itu bukan ke nama penuh Irfan, head boy kita waktu form four?” soal Syam.

“Ya ke? kau pasti?”

Syam menjawab dengan yakin, “Yup! 100% sure.”

Syah memandnag buku catatan di atas meja kopi di hadapannya. “Okey, thanks. Aku hang up dulu. Bye!”

“Bye!” balas Syam sebelum talian diputus.

Syah menulis di ruangan nota pada halaman yang sama tertulis maklumat tentang Shazril.

Irfan (ex-head boy SBPT)

Syah mencapai gambar Shazril bersama Ana. Telefon pintarnya turut dicapai. Dia membuka galeri dan mencari gambar dimana dia dan kawan-kawannya bergambar bersama Irfan dan Arshad. Gambar itu berada di tangan kanannya manakala telefon pintarnya di tangan kiri.

Syah memandang telefon pintarnya dan gambar itu. dia meneliti gambar Irfan yang memakai spec dan Shazril yang ber‘muka gangster’.

Ya betul. Shazril dan Irfan orang yang sama.

Syah meletakkan kedua-dua barang itu di atas meja kopi. Dia menulis lagi di ruangan nota.

Sudah diketahui

Syah tersenyum. Sekarang, tiba masa untuk cari Ana pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience