Bab 32

Romantic Comedy Completed 68208

?“Hai!”

Nurul yang sedang membaca buku di perpustakaan agak terganggu dengansapaan yang diberi itu. dia mengangkat kepala. Seorang lelaki sedang tersenyum manis memandangnya. Nurul mengerutkan dahi. “Err... Do I know you?”

Jejaka itu menggelengkan kepala. “Nurul tak kenal abang tapi abang kenal Nurul.”

Dahi Nurul semakin berkerut. Abang??? “Ermm... Macam mana abang tahu nama saya?”

“Irfan dan Arshad yang beritahu abang.” Jejaka itu menarik kerusi berhadapan dengan Nurul. Dia melabuhkan punggungnya. “By the way, nama abang Muhamad Razif Rizqi. Nurul boleh panggil abang, Abang Razif. Abang sama kelas dengan Irfan dan Arshad.”

Nurul sekadar mengangguk faham.

Razif berdiam diri seketika. Dia hanya memandang Nurul yang kembali menatap buku bertajuk Diary Of The Wimpy Kid: The Last Straw. “Boleh abang kawan dengan Nurul?”

Nurul menurunkan sedikit bukunya melindungi matanya sedikit. “Dah tentu boleh,” jawabnya sebelum kembali membaca.

Razif tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Step one is DONE!

DI KEDIAMAN Sharifah Azila, Amir berjalan mundar-mandir di hadapan Aulia, Ain dan Liana. Aulia dan Ain pelik melihat jejaka usia 20-an itu berjalan mundar-mandir di hadapan mereka. liana yang sudah mengetahui puncanya hanya menanti Amir bersuara.

“Abang Amir nak cakap apa sebenarnya ni? Dahlah tiba-tiba suruh Ain balik sini. Ain baru je ingat nak nikmati hari cuti Ain kat Malaysia. Ingat senang ke nak balik Malaysia?” rungut Ain.

Aulia pula bersuara, “Entah, abang ni! Lia baru nak siapkan assignment yang menimbun tu, dah abang telefon suruh balik.”

Amir berhenti berjalan mundar-mandir. “Kauorang tahukan apa jadi pada mama?”

Aulia dan Ain yang tidak puas hati tadi terkebil-kebil. Mereka terdiam. Mereka berdua faham apa yang cuba dikatakan Amir. Aulia menghela nafas. “Tahu. Semua yang terjadi ni semakin rumit, abang. Lia tak tahu nak buat apa. Dua orang yang Lia sayang dah hilang ingatan. Masing-masing tak kenal sesama sendiri. Sekalipun kita tunjukkan gambar, diaorang takkan mungkin ingat siapa sedangkan diaorang sedarah sedaging.”

Ain mengangguk. “Nurul sendiri pun tak ingat siapa dia sebenarnya. Nama dia sendiri pun dia tak ingat apatah lagi nak ingat siapa Ain sebenarnya pada dia.”

“Dan mama pun tak ingat apa yang telah papa lakukan padanya. Dia masih ingat papa masih seperti waktu adik belum lahir,” sambung Amir. Dia melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan mereka bertiga. Mereka kini berada di dalam bilik bacaan. Mereka tidak mahu Puan Azila mengganggu perbincangan mereka.

Amir meraup wajah. Dia sendiri buntu memikirkan masalah keluarganya. Sudah empat tahun mereka laluinya dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian namun tidak ketemu jua. Fikiran Amir terus melayang mengingati peristiwa Puan Azila baru tersedar dari koma empat tahun yang lalu.

AULIA tertidur di sisi katil Puan Azila. Hanya dia yang menemani mamanya. Amir pergi menemani Andriana yang turut koma. Tiba-tiba tangan Puan Azila tergerak-gerak. Aulia tersedar. Dia menggosok matanya. Dia terhenti apabila terlihat tangan mamanya bergerak. Dia pantas memanggil jururawat.

Aulia menanti di luar wad sementara doktor memeriksa keadaan Puan Azila. Amir segera mendapatkan adiknya apabila mendapat tahu Puan Azila sudah sedar. Dia bertanya, “Macam mana dengan mama?”

Aulia menjungkit bahu. “Tak tahu. Doktor belum keluar lagi.”

Tak lama kemudian, seorang doktor perempuan keluar dari wad Puan Azila. “Awak berdua ni...”

“Kami anak dia,” celah Amir.

“Ibu awak okey. Cuma dia mungkin mengalami amnesia disebabkan hentakan yang agak kuat di kepala.”

Aulia dan Amir berpandangan. Mereka seakan berkata, ‘adakah mama masih ingat pasal kita?’

Aulia mengetap bibir. Amir menyoal, “Boleh kami tengok dia?”

Doktor itu mengangguk tanda mengizinkan. Aulia dan Amir terus masuk ke dalam wad Puan Azila. Puan Azila mengerutkan kening melihat Aulia dan Amir yang baru sahaja masuk ke dalam wadnya.

Dua beradik itu mengetap bibir. Seperti yang mereka jangkakan. Puan Azila langsung tidak mengenali siapa mereka.

Baru sahaja Amir ingin membuka mulut, Puan Azila bersuara, “Lia dengan Amir je ada? Mana papa?”

Dua beradik itu berbalas pandangan. “Papa??” soal mereka pelik.

“Laa... salah ke mama tanya, mana papa kamu berdua?” soal Puan Azila semula.

“Ermm... Mama... tak tanya pasal... Ana? Err... adik?” soal Aulia teragak-agak.

Puan Azila mengerutkan kening. “Ana siapa? Lia mana ada adik dah. Kamulah yang last. Ni mama tanya pasal papa, yang Lia cakap pasal Ana yang entah siapa-siapa tu kenapa?”

Ish, dah macam pertandingan soal-menyoal lah pulak!

Aulia dan Amir sekali lagi memandang sesama sendiri. “Mama tak ingat pasal Ana, tapi ingat pasal kita,” ujar Aulia dengan nada perlahan yang hanya mereka berdua sahaja yang dengar.

“Itu bermakna pasal papa yang panas baran tu pun mama tak ingat.” Amir membuat kesimpulan.

“Mama pasti masih ingat dia dengan papa belum bercerai lagi,” simpul Aulia pula.

Amir mengangguk. “Dan inilah amnesia yang dimaksudkan doktor tadi. Mama hanya tak ingat beberapa perkara.”

Aulia pula mengangguk.

Tiba-tiba kedengaran dehaman daripada Puan Azila. Mereka berdua tersengih. Lupa pula tentang kewujudan mama mereka di situ. Puan Azila yang masih duduk di atas katil memeluk tubuh. “Mama tanya dari tadi lagi. Mana papa?”

Dan sekali lagi dua beradik itu berpandangan. Mereka berasa tidak sampai hati mahu menyatakan apa yang terjadi pada bapa mereka, Syed Zaril Naufal. Amir teragak-agak mahu memberitahu, “Papa... papa dah tak ada.”

“Apa?! Amir jangan main-main boleh tak!” marah Puan Azila. Sememangnya Amir kuat bergurau tapi hal begini tidak boleh dibuat main.

“Amir tengah serius ni, ma. Takkan lah Amir nak main-main pasal ni?” soal Amir serius.

Puan Azila kematian kata-kata. Dia memandang wajah Aulia meminta kepastian. Aulia mengangguk. “Betul, ma. Abang Amir tak tipu.”

Air mata menitis membasahi pipi Puan Azila. “Ma... Macam mana?”

“Papa meninggal dalam kemalangan. Mama pun ada dalam kereta dengan dia. Tapi mungkin dah sampai ajal papa,” terang Amir. Aulia mendekati mamanya yang sudah menangis teresak-esak. Dia cuba memujuk mamanya.

Amir hanya memandang mamanya sayu. Meskipun papa mereka banyak berdosa pada mereka bertiga terutamanya Andriana, tapi tidak semestinya arwah tidak layak menerima maaf dari mereka. Apabila melihat Puan Azila bersedih, Amir tidak sampai hati mahu membenci lelaki durjana itu. Dia tahu jauh di sudut hati Puan Azila masih ada perasaan sayang dan cinta terhadap bekas suaminya.

“ABANG Amir!”

Amir tersentak dari lamunan.

“Ish, abang ni! Berangan je tahu! Macam manalah Kak Liana boleh suka kat abang? Kesian Kak Liana kena tahan dengan perangai abang yang suka berangan ni,” ejek Aulia sambil memeluk bahu Liana. Ain mengangguk setuju. Liana hanya tersengih kecil.

“Ehh, bila masa abang berangan?” soal Amir. Pura-pura marah.

Ain menjawab, “Kalau abang tak berangan, cuba cakap balik apa yang Ain cakap tadi.”

Amir terdiam. Memang taklah aku boleh jawab, kalau dah fikiran melayang! bisik hatinya.

“Ha, tak boleh jawablah tu! Ngaku jelah!” kata Aulia.

Amir mengangkat kedua-dua tanga tanda mengaku kalah. “Fine! Apa yang Ain cakap tadi?”

“Ril dah jumpa Nurul.”

Amir menjungkitkan kening sebelah. “Ril? Shazril?”

Aulia mengeluh, “Yelah, Ril mana lagi?”

Liana yang dari tadi berdiam diri, bersuara, “Macam mana Ril boleh kenal Nurul?”

“Mereka satu sekolah.”

Amir mengerutkan kening. “Ril sekolah asrama? Seriously? Sekolah tu bukan calang-calang orang boleh dapat tahu? Biar betul ni Ain... Ril tu bukan ke... Err... Jenis bad boy?”

Ain menjungkitkan bahu. “Ain sendiri pun tak tahu macam mana Ril boleh masuk antara sekolah terbaik tu.”

“Abang Amir jangan rendahkan Ril. Kalaulah abang tengok dia dengan mata kepala abang sendiri, you won’t believe what you see.”

Kening Amir semakin berkerut. “Apa maksud Lia?”

“Ril pakai spec dan penampilan dia agak skema. Kawan-kawan dia panggil dia dengan nama Irfan not Shazril anymore,” terang Aulia. Hanya dia sahaja yang pernah jumpa jejaka itu berkaca mata.

Amir membuntangkan mata. “Unbelieveable!” tuturnya.

Liana menyoal, “Ril dengan Nurul berkawan rapat ke?”

Ain menggeleng. “Tak pasti. Kenapa?”

Liana menjawab, “Kalau mereka kawan rapat, tak mustahil Ril dapat tahu siapa Nurul yang sebenar.”

“Tapi Ril tahu Ana dah tak ada,” ujar Aulia.

“Ya, betul. Tapi bagaimana kalau Ril percaya yang Ana tak ada di sini? Mungkin dia berada di luar negara ke? Maksud tidak ada itu ada dua, sama ada meninggal dunia atau tiada di sini tetapi di suatu tempat yang kita tidak ketahui. Tambahan pula, Ril tak tahu mana kubur Ana dan keluarga awak semua tak pernah datang ke rumah Opah Mizah selepas dia dapat tahu Ana dah tak ada,” terang Liana panjang lebar. Dia berkata-kata seperti seorang ahli falsafah.

Amir, Ain dan Aulia terkebil-kebil. “Boleh jadi juga,” ujar Amir setuju.

Ain dan Aulia menjeling Amir sekilas. Alaaa.... Abang Amir ni, semua pasal Kak Liana, semua dia sokong!

Amir yang sedar dirinya dijeling memandang dua orang gadis itu. “Apa?”

Ain dan Aulia kekal menjeling satu-satunya kaum Adam di situ. Liana hanya tersenyum seraya menggelengkan kepala melihat perangai tidak matang dua orang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience