Completed
                        
68208
                    2 tahun kemudian...
“Assalamualaikum,” sapa Nurul sebaik sahaja menjawab panggilan yang diterimanya.
“Waalaikumussalam.”
Nurul bertanya ingin tahu, “Ini siapa sebenarnya?”
“Nurul tak kenal ehh?”
Berkerut-kerut dahi Nurul memikirkan siapa gerangan pemanggil tersebut.
Pemanggil itu tergelak kecil tatkala Nurul terdiam keliru. “Ini sayalah, Irwansyah.”
Nurul membuntangkan matanya. “Irwan?? Allahu Akbar, macam manalah saya boleh tak kenal awak. Astaghfirullah... Awak macam mana sekarang?”
“Saya okey je. Mula-mula memanglah rasa tak selesakan dengan suasana kampus, pensyarah semua. Tapi dah lama-lama ni okeylah.. Awak pulak?”
“Saya pun okey juga. And guess what? Saya dapat roommate dengan Amira! Nasib baiklah dia ada. Kalau tak, saya tak tahulah macam manager nak cari kawan. Tapi dia tak sama course dengan saya,” cerita Nurul teruja.
“Baguslah macam tu. Ermm... Awak free tak Sabtu ni?” soal Irwan teragak-agak.
Dahi Nurul berkerut lagi. Dia cuba mengingat kembali aktivitinya pada hari Sabtu itu. “Setakat ni, saya freelah. Kenapa awak tanya?”
“Saya ingat nak ajak awak keluar. Awak... nak tak?”
Nurul tersenyum gembira. “Mestilah nak! Tambahan pula, saya dah lama tak keluar.”
Kedengaran Irwan menghela nafas kelegaan. “So, saya jemput awak Sabtu ni, okey?”
“Okey. Saya letak dululah. Nak sambung buat assignment. Jumpa hari Sabtu nanti. Bye!”
“Bye!” ucap Irwan sebelum menamatkan talian.
Nurul asyik tersenyum. Amira yang khusyuk membaca novel terhenti. Dia menyoal, “Siapa yang call tu? Aku tengok kau tak habis-habis senyum macam orang angau.”
Nurul menoleh ke belakang. “Irwan yang call. Dia ajak aku keluar.”
Kening Amira ternaik. “Irwan ajak kau keluar? Wah, sweetnya dia! Aku rasalah kan, dia macam ada hatilah kat kau.”
Nurul menjungkitkan kening sebelah. “Ish, tak mungkinlah! Merepek je kau ni... Aku anggap dia tak lebih daripada seorang kawan dan aku yakin dia pun beranggapan aku sebegitu,” bantahnya.
Amira sekadar menjungkitkan bahu. “Aku tak tahulah... Aku agak aje.”
Nurul kembali menghadap assignment. Dia mengetap bibir. Betulkah Irwan menyukainya? Ya Allah! Dulu Razif, sekarang Irwan?!
HARI Sabtu itu, Nurul dan Irwan keluar bersama seperti yang dijanjikan. Pada hari itu juga, Irwan merancang sesuatu.
Nurul dan Irwan berpecah. Mereka melangkah menuju ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Beberapa minit kemudian, Irwan keluar dari surau. Dia melabuhkan punggung di atas bangku yang disediakan menanti Nurul selesai solat.
“Assalamualaikum,” sapa seseorang daripada kanan Irwan.
Irwan mendongak seraya menjawab salam. “Eh, Abang Irfan?! Abang buat apa di sini?” Dia menyalam tangan abang angkatnya.
Irfan mengukir senyuman. Dia duduk di sebelah Irwan. “Abang saja jalan-jalan kat sini. Release stress. Nak pergi tempat abang selalu lepak tu, jauh pulak. Takkan nak balik Taiping semata-mata nak release stress. Bazir minyak kereta je...”
Irwan membalas senyuman Irfan. “Betul lah tu.”
“Irwan buat apa pulak kat sini?” soal Irfan.
“Irwan...”
Belum sempat Irwan menjawab soalan Irfan, seseorang muncul dengan sapaan, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” jawab dua jejaka itu serentak.
Irfan terpaku memandang Nurul. Gadis itu turut terpaku melihat bekas ketua pelajar sekolah menengahnya itu.
NURUL terpinga-pinga tatkala Arlyssa menariknya naik ke atas pentas. Hari itu merupakan majlis akhir tahun pelajar asrama.
Muzik dimainkan. Nurul sendiri tidak dapat berfikir apa yang perlu dilakukannya. Akhirnya, mulutnya bergerak menyanyi lagu Wouldn't Change A Thing.
Tiba giliran lelaki menyanyi, muncul Irfan di atas pentas. Dia juga tercengang. Namun tidak lama. Dia terus menyambung bahagian lelaki.
Usai sahaja lagu itu tamat. Nurul dan Irfan terpaku apabila mereka berpandangan. Namun tidak lama selepas itu mereka turun dari pentas. Nurul bergerak ke kiri pentas manakala Irfan bergerak ke kanan pentas.
Nurul bersandar pada finding. Dia menyentuh dadanya. Jelas terasa jantungnya berdegup kencang. Nurul mengerutkan dahi. Ditarik ke atas pentas? Menyanyi lagu Wouldn't Change A Thing? Irfan turut dipaksa naik?
Suasana yang baru sahaja dilaluinya seakan pernah dilalui sebelum ini. Dia juga pernah bermimpi tentang hal ini. Cumanya di dalam mimpi, dia ditarik oleh Kak Lia?? Dan Kak Ain?? Kak Lisa dan Kak Ain saling mengenali??
Share this novel