Bab 39

Romantic Comedy Completed 68208

Arshad menolak pintu masuk Tutti Frutti. Pada hari itu, dia sudah berjanji dengn seseorang untuk dijumpai. Dia berjalan menuju ke sebuah meja yang kosong. Telefon pintarnya dikeluarkan. Sambil itu, dia chatting dengan kekasih hatinya. Siapa lagi, kalau bukan Putri Arlyssa?

“Assalamualaikum,” tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam.

Arshad mengangkat wajah seraya menjawab salam.

“Maaflah kalau abang buat Arshad tertunggu-tunggu.”

Arshad sekadar mengangguk tanda memaafkan. Di hadapannya kini adalah Syed Amir Affandy, abang kepada Sharifah Nurul Andriana Antasya.

Amir masih bingung. Dia sendiri tidak tahu akan tujuan Arshad ingin bertemu dengannya. “Ada apa Arshad mahu bertemu dengan abang?”

Arshad menjilat bibir. Dia menghela nafas panjang. Tangan yang berada di atas meja digenggam bersama. Matanya memandang tepat ke dalam mata Amir. “Abang, saya nak tanya ni,abang tolong jawab sejujurnya.”

Amir menjungkitkan kening sebelah. Dia pelik namun kepalanya diangguk.

“Ana di mana sekarang?”

Amir menyembunyikan wajah terkejutnya. “Err... Apa maksud Arshad? Abang tak faham.”

Arshad merenung anak mata milik Amir tajam. “Abang jangan buat-buat tak tahu. I’m asking you once again, where is Ana? I know she still alive.”

Soalan dan kenyataan Arshad berjaya membuatkan Amir terkedu. Mulutnya bagai digam dengan gam gajah. Dia tidak apa yang mahu dijawab.

USAI sahaja berbual dengan Amir, Arshad terus bergerak ke keretanya. Tiba-tiba tubuhnya dirempuh seseorang.

“Ehh, sorry! Sorry!”

Arshad mengerutkan dahi cuba mengenal pasti suara yang kedengaran tidak asing baginya itu. Dia memandang wajah lelaki itu. Matanya terbeliak.

Lelaki itu turut terperanjat memandang wajah Arshad. “Chad! Ya Allah, lama giler aku tak jumpa kau!”

Arshad mengukir senyuman manis buat sahabat baiknya. Dia berjabat tangan dengan Irfan. “Kau yang lesap. Sampaikan nombor pun aku dah tak dapat contact, apa citer?”

Irfan tergelak kecil. “Nombor dulu aku dah tak pakai dah. Aku ada nombor baru sekarang. Sorry lah. Aku lupa lah nombor kau.”

Arshad menjeling tajam. “Lupa?! Sampainya hati tuan hamba melupakan hamba yang sudah lama bersahabat dengan tuan hamba. Rasa sedih menyelubungi diri hamba. Oh, pedihnya hati hamba!” Dia berdrama di hadapan Irfan.

Irfan memutarkan bebola matanya. “Aisy, terasa menyampah pula hati hamba mendengar setiap tutur kata tuan hamba. Sudahlah tu, hamba tidak sanggup mendengar kata-kata tuan hamba yang bisa membuatkan hamba terasa loya,” balasnya dengan nada penuh dramatik.

Ish, terasa seperti berbalik kepada zaman Hang Tuah pulak!

Irfan dan Arshad terdiam seketika sambil berpandangan.

Satu...

Dua...

Tiga...

Meletus tawa kedua-dua orang jejaka itu. Mereka ini tidak boleh kalau lama tak bersua muka. Jika terjadi, nilah akibatnya. Berdrama terus mereka.

“Kau free tak sekarang ni?” soal Irfan setelah tawa mereka reda.

Arshad menjungkitkan kening sebelah. “Free. Apahal? Nak ajak aku lepak ke?”

Irfan tersengih. “You read my mind, bro! Of courselah ajak lepak. Dah lama kut tak melepak dengan kau.”

“Itulah, dah lama kita tak melepak sama. Si Razif pun aku dah lost contact.”

Irfan terdiam sejenak tatkala mendengar nama Razif disebut. Sejujurnya dia rindu dengan bekas sahabatnya itu. Namun, dia tak dapat melupakan apa yang telah dilakukan Razif. Dan dia tidak pernah menceritakan hal Razif pada Arshad.

“Fan, asal kau diam?” soal Arshad ingin tahu.

Irfan sedikit terkejut apabila ditegur Arshad. Dia menggeleng seraya memaksa diri untuk senyum. “Takde apa-apalah. Jom lepak kat kafe tu!” ajaknya.

Mereka berjalan beriringan sambil berbual kosong menuju ke sebuah kafe.setelah mengambil tempat duduk dan memesan minuman, Arshad menyoal, “Fan, kau still mimpi pasal Ana?”

Dahi Irfan berkerut-kerut. Mungkin sedang merangka jawapan. “Tak. Dah lama jugaklah aku tak mimpi pasal dia.”

Arshad mengangguk faham. Jemarinya bertaut. “Kau masih smoke?”

Mata Irfan hampir tersembul keluar. “Ka... kau tahu?”

Arshad senyum tepi tanpa menjawab.

“Aku dah berhenti lama dah. Kau jangan risaulah. Cuma aku tak sangka pulak kau dah tahu,” terang Irfan.

Arshad menghela nafas perlahan. “Bila kau start dan bila kau stop?”

Irfan memandang wajah Arshad. “Aku start lebih kurang dua tiga hari lepas kau jumpa aku kat tempat rahsia aku, dua tahun lepas. Aku berhenti pun dua tahun lepas.” Jujur dia berkata.

Irfan sememangnya berhenti pada tahun yang sama dia mula merokok. Selepas pertelagahan antara Nurul dengannya dia terus mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Dia sedar, Nurul menasihatinya kerana apa yang dilakukannya adalah perbuatan yang salah.

Arshad menjungkitkan kening sebelah. “Betul ni?” soalnya inginkan kepastian.

Irfan mengangguk yakin. “Dahlah, tak payahlah cakap hal ni. Perkara dah lepas.”

Giliran Arshad pulak mengangguk tanda bersetuju. “Kau masih ingatkan Ana?”

Irfan terdiam sejenak sebelum bersuara, “Aku sentiasa ingat Ana di hati aku. Tapi, betul cakap kau. Aku kena move on. Dan aku rasa aku dah jumpa pengganti Ana.” Tatkala dia berkata ayat terakhirnya, dia menundukkan wajah. Suaranya semakin mengendur.

Arshad membeliakkan mata. Dia sungguh berasa seakan sukar untuk mempercayai bahawa sahabatnya sudah menjumpai pengganti cinta pertamanya. “Siapa?”

Irfan masih menunduk tetapi matanya memandang mata kawannya itu. “Nurul.”

Mata Arshad hampir tersembul keluar. “Nurul?!”

Dengar sahaja jawapan Irfan. Arshad tahu satu rahsia berkenaan Nurul dan Ana. Tapi dia sudah berjanji tidak akan membongkarkannya. Biarlah masa yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience