Completed
                        
68208
                    Syah dan Nurul datang ke rumah Puan Azila hampir sebulan selepas Syah berseuju untuk membantu Nurul. Syah yang menyuruh Nurul membawanya bertemu dengan Puan Azila. Katanya lagi, dia ingin mendapatkan sedikit maklumat daripada wanita itu.
“Assalamualaikum, mak cik. Ini Syah kawan saya.” Nurul memperkenalkan diri Syah.
Syah memberikan senyuman kepada Puan Azila. Dia menyalam dan mencium tangan wanita itu tanda hormat.
“Nice to meet you, Syah.” Puan Azila turut senyum. “Ada apa Nurul kemari?”
Nurul menjelaskan, “Syah ni minat dan memang pakar nak cari orang. Dia kerja part time jadi private investigator. So, saya mintak tolong dia.”
“Saya harap mak cik dapat bekerjasama bantu saya dapatkan sedikit maklumat pasal anak mak cik tu.”
Puan Azila mengangguk. “Tapi, tolong jangan bagi anak-anak mak cik yang lain tu tahu.”
Nurul dan Syah berpandangan. Mereka pelik. Mengapa pulak tak benarkan Amir dan Aulia tahu tentang hal ini?
Puan Azila yang seakan mengerti apa yang berlegar di fikiran dua orang gadis itu menerangkan, “ jikalau mereka tahu hal ini. Mereka pasti melarang mak cik. Tolong ya, Nurul? Syah?”
Nurul dan Syah berpandangan sekali lagi. Mereka mengetap bibir. Patutkah mereka bersetuju?
LAMPU meja dibuka. Bilik itu hanya diterangi dengan lampu kecil itu sahaja. Barang-barang yang mengandungi maklumat penting diletakkan di atas meja belajar itu.
“Nama dia Sharifah Nurul Andriana Antasya binti Syed Zaril Hakimi. Umur 18 tahun. wajahnya gelap sedikit tetapi tidak terlalu gelap. Matanya asli bulat berwarna perang gelap. Wajahnya bersih tanpa jerawat. Tidak bertudung (tapi tak tahu sekarang dah bertudung atau tidak). Kali terakhir jumpa, sewaktu dia berumur 11 tahun pada bulan Disember. Tingginya kira-kira 145 cm.”
Syah membaca kembali apa yang dicatatnya. Ketika itu dia dan Nurul sudah pun pulang ke rumah mereka.
“Nama dia Syed Muhammad Shazril Irfan bin Syed Muhammad Shazwan. Umur 19 tahun. wajahnya cerah tapi bukanlah baby face. Rambutnya hitam. Tingginya lebih kurang 155 cm.”
Syah mengeluarkan beberapa keping gambar yang diberi oleh Puan Azila tadi. kesemua gambar itu adalah gambar Andriana dan Shazril. Kemudian, Syah mengeluarkan diari Andriana. Puan Azila yang menyuruhnya ambil. Katanya, mungkin dapat membantu.
Syah membaca isi diari itu. dia mengambil masa sepanjang malam untuk menkaji semua maklumat yang diperolehi.
NURUL berjalan menuju ke sebuah kafe. Dia menolak pintu kafe itu. dia mengambil tempat duduk kosong. Tak lama kemudian, datang pelayan ingin mengambil pesanan. Nurul hanya memesan air white coffee.
Dia mengeluarkan komputer ribanya. Dia mengeluarkan test pad dan sebatang pen berdakwat biru. Dia mula menyiapkan assignmentnya. Pada waktu itu, lagu Hey Kau yang dinyanyikan oleh Sandra dimainkan untuk menghiburkan para pelanggan.
Nurul menyanyi dengan nada suara yang perlahan.
Dari pandangan
Dan sudut mata
Kau seakan mahu menyatakan sesuatu
Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Lalalalalala ooo...
Jangan buat aku keliru
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Aku pasti hidup akan jadi indah
Andai kau nyatakan apa yang kau rasa
Aku juga punya rasa sama sepertimu
Andai benar kau mahu cinta itu
Tiba-tiba matanya tertancap pada lelaki yang duduk di meja hadapannya. Lelaki itu seakan memandang tepat pada wajahnya. Nurul tidak pasti benar atau tidak kerana lelaki itu memakai kaca mata hitam dan amat sukar untuknya melihat mata lelaki itu.
Nurul dapat rasakan jantungnya berdegup kencang. Dia turut berasa pelik dengan dirinya. Kenapa perlu jantungnya berdegup kencang? Dia tahu, jantungnya hanya akan berdegup laju jikalau dia melihat ataupun bersama dengan Irfan.
Nurul dapat lihat lelaki itu bangun dari kerusinya. Lelaki berjalan menghampiri meja dimana gadis itu berada. Langkah lelaki itu terhenti betul-betul di hadapan meja Nurul. Dia menanggalkan kaca matanya.
Nurul membuntangkan matanya.
“Nurul?”
“Irfan?”
Mereka menyoal serentak.
Irfan menggosok belakang lehernya. Nurul menunduk.
“Ermm... boleh saya duduk sini?” soal Irfan.
Nurul berfikir sejenak. Nak bagi ke tak nak? Nak bagi ke tak nak? Akhirnya, dia mengangguk.
Irfan duduk bertentangan dengan Nurul. Dia menyoal, “Awak belajar dekat Ipoh ke?”
Nurul mengangguk.
Suasana di antara mereka berdua sepi. Irfan memerhati sekeliling kafe tanpa bersuara. Nurul pula memfokuskan diri pada assignmentnya.
Dua puluh minit kemudian, Irfan mulai berasa bosan. Dia memandang Nurul di hadapannya. Nurul masih tidak menyedari bahawa dirinya diperhati.
Sepuluh minit berlalu, Nurul menghalakan matanya pada wajah Irfan. Dia menyoal dengan nada lembut, “Boleh tak awak jangan pandang saya macam tu? Rimaslahh...” matanya kembali menghalakan pada laptop.
Irfan tersentak. Dia mengeluh. Haisy, boringnya! Nurul ni, tak habis-habis dengan laptop dia. Main game apa?
“Lantak sayalah. Mata saya. bukannya saya guna mata awak pun,” jawab Irfan selamba.
Nurul merengus. “Masalahnya, awak pandang saya. Saya tak boleh nak fokuslah,” ujarnya. Dah tentulah aku tak boleh nak fokus. Makin dia pandang aku macam itu, makin aku rasa jantung aku bagaikan mahu melompat keluar dari badan.
“Okey, saya takkan pandang awak lagi.” Pandangan Irfan berkalih.
Nurul menghela nafas lega.
“Tapi... boleh saya bagitahu something?” Irfan meminta izin.
Nurul memandang jejaka itu. Dia menyoal dengan kening sebelahnya terjungkit, “Apa dia?”
Irfan menggengam kedua-dua tangannya. Dia membasahkan bibirnya. Come on, Fan! You can do this! Hatinya memberi semangat.
Irfan berdehem. “Saya... Saya... Saya suka awak.” Akhirnya kata-kata itu terluah juga.
Nurul berhenti menaip. Dia terkedu. Ir... Irfan suka aku? Tapi, bagaimana pulak dengan Ana? Aku tak boleh rampas dia daripada Ana. He deserves Ana. Ana is better than me. Even Ana dah takde sekalipun. Aku tak layak untuk dia.
“Urmm... sa... saya minta maaf. Saya tak boleh.” Komputer ribanya ditutup dan disumbat ke dalam beg laptop. Testpadnya disimpan sekali. Semuanya dia lakukan dengan sepantas yang mungkin.
Nurul bangun. “I'm sorry. I don't deserve you.” Tuturnya sebelum berlalu meninggalkan Irfan.
Nurul masuk ke dalam kereta. Air matanya tak dapat ditahan. Dia menangis teresak-esak. Keretanya dipandu menuju ke rumahnya.
Share this novel