Completed
                        
68208
                    Nurul dan kawan-kawannya berjalan menuju ke koperasi sekolah. Mereka berbual kosong sambil berjalan. Setibanya di koperasi sekolah, Nurul terdiam melihat Irfan dan Arshad yang menjaga kaunter koperasi.
Mata Syam bersinar. Dia menyiku Fatin di sebelahnnya. “Fatin, head boy kitalah! Hensemnya dia!” puji Syam.
Fatin tersengih kecil. “Maaf, aku dah tak suka head boy kita. Aku dah ada crush lain.”
Amira membuntangkan matanya. “Uisshh... Dah ada crush baru tak nak bagitahu. Macam nilah kawan...” ujarnya dengan nada seakan merajuk.
Nurul menyampuk, “Macam nilah! Dah tu kau nak kawan macam mana lagi?”
Amira mengerling Nurul tajam. Geram kerana Nurul tidak membelanya. Nurul sekadar menyengih.
“Tapi Abang Arshad pun hensem jugak,” dalih Aisyah.
Fatin menepuk bahu Aisyah perlahan. “Eh, kau jangan! Tu pakwe Kak Lyssa.”
Aisyah menjeling Fatin. “Aku tahulah!”
Syah bertanya, “Apa nama head boy kita yang kauorang gossip-gosip kan ni? Dahlah gossip tak ajak aku.”
Aisyah, Fatin, Syam, Nurul dan Amira menyengih.
Fatin mengelus dagu. “Tak silap aku nama dia start dari huruf I. Dia keluarga Syed-Sharifah.”
“Aku tak ingatlah nama dia,” ujar Amira.
“Aku pun,” sahut Syam.
Fatin tergelak kecil. Dia mengejek Syam, “Entah apa-apa. Kata suka kat head boy kita, tapi tak ingat nama.”
Syah, Nurul, Amira, dan Aisyah menghamburkan tawa. Syam mencebik. “Tak payahlah gelakkan aku! Jahatlah kauorang ni...”
“Nama head boy kita tu, Syed Muhammad Shazril Irfan. Take a note, ya Syam?” pesan Nurul.
Mata kelima-lima orang kawan Nurul terbuntang luas. Nurul yang pelik melihat kawan-kawannya mengerutkan kening. “Kenapa? Aku ada salah cakap ke?”
Fatin menuding jari telunjuk ke wajah Nurul. “Kau ingat nama penuh head boy kita? Gila lah...”
“Mana kau tahu nama dia?” soal Aisyah.
Nurul sekadar menjungkitkan bahu tanda malas mahu menjawab. Dia menyoal Syah dengan membuat mimik muka comel, “Syah, kau baik kan?”
Syah mengecilkan matanya memandang Nurul. “Ha, ni kau tanya cam ni. Mesti ada benda kau nak mintak tolong, kan?”
Nurul ketawa kecil. “Alhamdulillah, kau dah kenal aku macam mana. Tolong belikan air tin Nescafe dengan buku tulis Maths untuk aku. Nah, duitnya!” dia menghulurkan duit kepada Syah.
Syah hanya tergeleng kecil. Dia sendiri malas mahu mengambil tahu mengapa Nurul tidak mahu membeli sendiri. Padahalnya, bukan ada ramai orang pun. Hanya mereka berenam.
Nurul berdiri di hujung kaunter koperasi. Dia tahu Irfan sedar akan kehadirannya kerana itulah dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu.
Irfan dan Arshad melayan kehendak junior mereka.
Amira terlihat jam tangan Guess yang bertali kulit di pergelangan tangan kanan Irfan. “Abang Irfan, cantik jam! Jam baru eh?”
Irfan bingung. Dia memandang jam di tangannya. “Oh, jam ni ke? Nak kata baru tu takdelah baru. Cuma abang baru je start pakai jam ni,” jelasnya.
Amira mengangguk faham. “Oh... Patutlah nampak baru.”
Irfan senyum tepi. Sememangnya dia tidak pernah memakai jam tangan itu meskipun sudah hampir lima tahun berlalu jam itu diterimanya.
Arshad menyampuk perbualan Amira dengan sahabatnya, “Alaaa... Kalau Amira nak tahu, jam tangan tu, girlfriend dia yang bagi. Sayang sangat nak pakailah kononnya!”
Kelima-lima gadis itu tersenyum kecil bila melihat irfan seakan tersipu-sipu. “Eh, mana ada! Bila masa pulak aku ada girlfriend ni?” soal Irfan.
“Eleh.. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu! Dah terang lagi benderang, nak berdalih pulak!” usik Arshad.
“Wah, tak sangka Abang Irfan ada girlfriend. Mesti dia cantik kan?” Syah turut sama mengusik Irfan.
Irfan terdiam. Dia bergerak ke belakang koperasi tanpa menghiraukan gurauan dan usikan Arshad dan juniornya. Dia keluar dari koperasi. Tubuhnya disandarkan pada dinding. Dia menghela nafas perlahan. Bibirnya bergerak menyebut, “Ana...”
Tanpa dia sedari, Nurul memerhati kelakuan Irfan. Dia bersembunyi di sebalik dinding. Dia menjungkitkan keningnya. Ana? Kenapa macam pernah dengar nama tu?
DI DORM asrama lelaki, Irfan berbaring di atas katilnya. Lengannya diletakkan di atas dahi. Arshad yang turut berbaring santai di katilnya iaitu bersebelahan dengan katil Irfan berkhayal.
Tak lama kemudian, dia menoleh memandang Irfan. Dia memanggil, “Irfan!”
Tiada jawapan.
“Shazril!”
Irfan terus bangun dari duduk secara mengejut. “Hah? Ana?”
Arshad menepuk dahi perlahan. “Ya Allah! Fan, ni akulah! Chad!”
Irfan menoleh ke arah Arshad. “Astaghfirullah...” dia meraup wajahnya. “Chad, janganlah panggil aku macam tu. Aku sensitif tau tak?”
Arshad menjungkitkan keningnya sebelah. Sensitif? Dah macam perempuan pulak... “Okey, sorry!”
Irfan merengus perlahan. Dia membetulkan duduknya. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil.
Arshad menghela nafas. “Kau masih ingat pada Ana, kan?”
Irfan mengeluh. “Macam mana aku nak lupa, Chad? Dia tu cinta pertama aku,” adunya. Ya, sememangnya pelik kerana Irfan jatuh cinta pada usia yang sangat muda. Entah mengapa, dia yakin bahawa dia bukan suka biasa-biasa pada Andriana. Tapi dia telah mencintai gadis itu.
Arshad mengetap bibir. “Fan, kau kena move on...”
“Aku tahu,” potong Irfan.
“Tapi setahu aku, kau dah lama tak sebut nama Ana. Sejak kau berubah jadi good boy ni,” ujar Arshad. “Tapi, tahun ni, bukan setakat sebut. Jam tangan yang Ana bagi pun kau pakai. Bukan kau simpan dalam kotak ke?”
Irfan tersenyum nipis tatkala mendengar perkataan good boy terpacul dari mulut Arshad. Ia membuatkannya teringat zaman jahiliyahnya dulu. Sewaktu dia menjadi seorang yang gangster. Andriana pernah juga menasihatinya tapi nasihat gadis itu umpama mencurahkan air ke daun keladi.
Sehinggalah dia bertemu dengan Arshad, pelajar baharu yang berpindah ke SMK Seri Indah itu. Arshad yang mengubah dirinya yang gangster dan kuat memberontak menjadi dirinya yang sekarang. Berdisiplin dan bertanggungjawab.
“Jam tangan tu aku selongkar dari kotak,” terang Irfan ringkas. “Aku tak tahulah kenapa dengan aku ni, Chad. Betul, dah empat tahun Ana dah takde. Dan selepas aku berubah, aku tak pernah sekalipun teringat pasal Ana. Ada seseorang yang buat aku teringat pada Ana semula.”
Arshad menaikkan keningnya sebelah seakan menyuruh Irfan menyambung kata-katanya.
“Berbual dengan dia dan bersama dengannya buat aku rasa macam berada bersama Ana. Argh... gila betul aku ni!” Irfan menampar dahinya.
Arshad mengerutkan dahi. “Siapa dia tu?”
Irfan memandang tepat wajah sahabatnya. “Nurul.”
Arshad tersentak. Nurul? “Sebut pasal Nurul. Aku sebenarnya curious pasal dia. Kau tahu tak nama penuh penuh dia?”
Irfan menggelengkan kepalanya.
“Nurul Andriana Antasya.”
Kali ini, irfan pula yang tersentak. “Itu bukan nama...”
Arshad mengangguk. Dia menyambung, “Ana.”
“Tapi dia bukan keturunan Sharifah kan?”
Arshad mengangguk lagi. “Ana, keturunan Sharifah.”
Irfan bingung. Dia tidak faham apa yang Arshad fikirkan.
Arshad mengorak senyuman. “Aku rasa kita patut siasat latar belakang Nurul.”
Irfan mengerutkan keningnya. “For what?”
Arshad melebarkan senyumannya tanpa menjawab soalan Irfan.
Share this novel