Completed
                        
68208
                    Sehari sebelum acara penutup, semua ahli kumpulan lima berbincang di meja hujung padang bawah pokok. “So, apa yang kita nak perform?”
Soalan Hazim dibalas dengan reaksi memandang ke arah langit. Mungkin di atas langit itu tertulis jawapan kepada soalan Hazim. Hazim mengeluh. Dia menongkat dagu. “Kalau macam nilah... Kita pasti akan kalah dengan kumpulan satu. Irwan, kau takkan nak bagi kembar kau menang?”
Irwan hanya menjungkit bahu. Tak lama kemudian mata bersinar. “What if we’re performing a song?”
“Kau maksudkan kita nyanyi?” soal Syah.
Irwan mengangguk.
“No way we gonna do that stupid things!” bantah Nurul.
Irwan menjungkitkan keningnya. “Apa yang salahnya kalau kita menyanyi sekalipun?”
“Hmm... Memang salah! sebab, siapa yang akan nyanyi? Suara aku tak sedap!” ujar Amira.
“Me either,” kata Hani pula.
Nurul dan Syah menggeleng kepala tanda mereka tidak mahu menyanyi.
“Boys?” soal Irwan pada semua lelaki.
Hazim berkata, “Aku takkan menyanyi.”
Irwan memandang Fakhrul. Dia hanya menggeleng. Kemudian, Irwan memandang wajah Danial. Danial membuat muka seakan berkata, ‘don’t you dare ask me to sing!’
Irwan mengeluh. “Habis, apa yang kita nak perform? Come on lah, guys! Acara penutup tu esok okay? Kita hanya ada masa untuk berlatih sehingga petang esok je... Malam kita dah kena perform.”
Semua ahli kumpulan itu menongkat dagu lalu mengeluh dengan serentak. Tiba-tiba Arlyssa menegur mereka, “Assalamualaikum.”
Mereka semua menjawab salam dengan serentak. Arlyssa menyoal dengan sebelah keningnya ternaik, “Awak semua ni kenapa? Macam ada masalah je...”
“Kitaorang tak tahu nak perform apa untuk acara penutup,” terang Fakhrul.
“Oh, tu ke yang buat awak semua monyok je!”
Semua ahli kumpulan lima mengangguk serentak.
“Ermm...” Arlyssa menggumam seketika. “Akak boleh tolong awak semua. Tapi tak tahulah awak semua setuju dengan cadangan akak atau tak.”
“Alaaa... Kak! Please tolong kitaorang!” rayu Danial.
Syah turut sama tolong memujuk, “Betul tu, kak! Otak kitaorang dah tepu nak fikir apa yang kitaorang nak perform.”
Arlyssa tersenyum. “Yelah. Hmm... what about sing a song?”
“Alaaa... Akak punya cadangan sama je macam Irwan. Kitaorang tak nak menyanyi,” bantah Amira.
“Dah tu, awak semua nak buat apa lagi? Nyanyi pun tak nak. Karang akak suruh kauorang menari tarian zapin tu baru tahu?!”
“Tarian zapin? No way! Kitaorang tak retilah!” bangkang Hani.
“Ermm... Nyanyi boleh je. Tapi siapa yang akan menyanyi? Yang pasti orang itu bukan saya!” ujar Hazim.
“Ya, betul tu! Saya tak nak menyanyi!” sokong Syah.
Arlyssa memeluk tubuh. “Okay, then. Akak nak semua orang menyanyi seorang demi seorang. Temasuklah Irwan.” Dia menejling Irwan.
“Alaaa... Akak kan dah tahu suara Irwan.”
“Tapi kawan-kawan Irwan tak tahu. Now, start with Danial.”
“What? Me?” soal Danial terkejut apabila seniornya menyuruhnya menyanyi. “Lagu apa?”
“Apa-apa je.”
Danial menghela nafas perlahan. “Lagu apa-apa je kan?”
Mereka semua mengangguk.
Danial menyanyi, “Merahmu bara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti...”
Fakhrul, Hazim, Irwan, Hani, Amira, Nurul dan Syah ternganga. Lagu Jalur Gemilang yang dia nyanyi? What the heck?!
Arlyssa menepuk dahinya perlahan. “Stop!”
Danial berhenti menyanyi.
“Syah, awak pulak,” arah Arlyssa. “Tapi dilarang menyanyi lagu kemerdekaan, lagu negaraku, lagu sekolah, negeri dan yang seangkatan dengannya.”
Syah hanya mengangguk. Dia menyanyi lagu Siapa Diriku. Kemudian Arlyssa menyuruh Hazim menyanyi. Seterusnya, Amira.
Tiba giliran Irwan menyanyi. dia menyanyi lagu Cinta Ini Membunuhku. Semua ahli kumpulan lima ternganga. Mereka tidak menyangka Irwan mempunyai suara yang sedap.
Tatkala Irwan berhenti menyanyi, Arlyssa terus mengarahkan Hani dan kemudian Fakhrul menyanyi. tiba giliran Nurul untuk menyanyi. dia menunduk. Matanya dipejam. Dia mula menyanyi lagu When You’re Gone sehingga habis korus.
Tamat sahaja sesi menyanyi, Arlyssa berkata, “Okey, akak dah buat keputusan. Dua orang daripada awak semua akan menyanyi berduet.”
“Lelaki dan perempuan ke?” soal Fakhrul.
Arlyssa mengangguk. “Dan orangnya adalah...”
Jangtung mereka berdetak tak menentu. Hanya Irwan sahaja yang tenang. “Irwan dan Nurul.”
“Apa?!” soal Nurul terkejut. “Tapi, kak! Saya tak nak.”
“Nyanyi sajalah... Ataupun awak nak nyanyi seorang diri?” soal Arlyssa.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Keputusan muktamad,” ujar Arlyssa tegas.
Nurul mengeluh.
ACARA penutup bermula dengan kumpulan pertama. Nurul meramas tangannya. Sungguh dia berasa begitu gemuruh. Dia tidak pernah walaupun sekali naik ke atas pentas untuk menyanyi.
“Feel nervous, huh?” kedengaran suara seseorang menyoal Nurul. Nurul menoleh. Dia menghadiakan senyuman yang nipis pada Irwan.
Irwan menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. “Saya tahu macam mana perasaan awak sekarang.”
“Awak tahu?” soal Nurul kembali.
Irwan mengangguk. “Dulu, waktu saya first time menyanyi kat atas pentas pun saya nervous jugak.”
“Jadi, macam mana awak hilangkan rasa nervous tu?”
Dahi Irwan berkerut. “Saya cuma ingat kenangan manis dalam hidup saya. Maybe you can try that.”
Nurul menghela nafas. Dia senyum lalu mengangguk. Dia menutup mata sambil kepala menunduk ke bawah. Dia cuba mengenangkan kembali peristiwa dia mendapat keputusan PT3 yang cemerlang. Namun lain yang dia bayangkan.
Nurul berdiri di atas pentas. Di hadapannya adatiang mikrofon. Di bawah pentas ada ramai orang yang menjadi penonton. Dia memandang ke sebelah kirinya. Seorang lelaki memandangnya. Dia membuat gerakan mulut. Nurul dapat membaca gerakan mulutnya, ‘let’s do this.’
Nurul mengerutkan keningnya. dia ingin bertanya sesuatu namun sebelum dia sempat membuka mulut, muzik dimainkan. Lelaki itu memulakan nyanyiannya. Apabila tiba waktu korus dimainkan, automatik Nurul menyanyi bersama lelaki misteri itu.
Lagu yang mereka nyanyikan bertajuk, Two Is Better Than One. Sebaik sahaja lagu itu habis dinyanyikan, semua penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Nurul dan lelaki itu memandang sesama sendiri sambil tersenyum.
Namun tidak lama kemudian, lelaki itu hilang dari pandangan. Bunyi sorakan dan tepukan semakin lama semakin mendatar dan akhirnya tiada satu bunyi pun.
“Nurul?”
Nurul membuka mata. Dia memandang Irwan yang setia berdiri di sisinya.
“Awak okey?” soal jejaka itu prihatin.
Nurul mengangguk kecil.
“Sedia?”
Nurul memandang Irwan pelik. Sedia?
Irwan yang seakan mengetahui apa yang difikirkan Nurul berkata, “Kejap lagi kumpulan kita perform. So, just get ready.”
Nurul mengangguk faham. Kepalanya masih serabut dengan bayangan itu. Siapa lelaki misteri itu? Mula-mula dia muncul dalam mimpi, dan sekarang, bayangan pulak?
Share this novel