Bab 44

Romantic Comedy Completed 68208

Nurul memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah teres. Dia mencapai sling bagnya lalu keluar dari kereta. bibirnya mengukir senyuman melihat papan tanda di hadapan rumah itu.

Teratak Az-Zahra.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Nurul menoleh ke arah pemilik suara yang memberi salam padanya. Seorang wanita.

“Nama akak, Wati. Akak penjaga dekat sini.”

Nurul senyum. “Saya Nurul Andriana Antasya. Panggil saja Nurul.” Tangan kanan dihulur untuk menyalam.

“Ohh, Nurul. Nurul pernah datang sini ke?” soal Kak Wati.

Nurul mengangguk. “Saya pernah sertai lawatan sekolah dua tahun lepas.”

“Adik nak cari sesiapa ke?” soal Kak Wati lagi.

“Boleh saya jumpa dengan Ariana?”

SYAH dan Syam berbual kosong sementara menunggu orang yang ingin mereka temui tiba. Tak sampai lima minit, orang yang ingin mereka temui tiba. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Syah memperkenalkan dirinya dan kawannya, “Saya Syah dan ini Syam.”

Perempuan berjabat tangan dengan Syah dan Syam. “Nama akak Aulia, ini abang akak, Amir.”

Syah dan Syam mempersilakan Aulia dan Amir duduk. Aulia menyoal inginkan kepastian, “Awak berdua ni, pernah sertai lawatan ke Teratak Az-Zahra?”

Syah dan Syam mengangguk. “Jadi abang dengan akak ni, abang dan kakak Ana?”

Dua beradik itu mengangguk. “Apa yang penting sangat nak jumpa kami berdua?” soal Amir.

Syah memandang Syam memberi isyarat menyuruh kawannya itu terangkan tujuan mereka. Syam menghela nafas. “kawan kami menawarkan diri untuk membantu Puan Azila which is mean your mother, cari adik bongsu abang dan akak.”

Amir mengeluh. “Abang dah agak dah. Dia takkan putus asa.”

Syam dan Syah berpandangan. Kata-kata Amir itu ada maksud di sebaliknya.

“Ibu kami sangat sayangkan adik bongsu kami begitu juga dengan kami. Itulah sebabnya dia tak berputus asa untuk mencari adik kami,” terang Aulia.

Syah tiba-tiba naik angin. “Kalau betul pun akak dan abang sayangkan Ana, kenapa akak dan abang tak mahu cari dia? Akak cuma biarkan dia hilang begitu saja. Entah hidup, entah mati dia tu. Itu ke makna sayang kauorang berdua?! Enam tahun dia hilang kauorang tak pernah cuba cari dia? Even mak kauorang hilang ingatan pasal Ana sekalipun, itu bukan tiket untuk kauorang biarkan dia hilang. Gila lah kauorang ni! Apa jenis kakak dan abang kauorang ni?!”

Amir dan Aulia terkejut apabila Syah tiba-tiba naik angin. Syam yang duduk di sebelah Syah menenangkan kawannya. “Maafkan kawan saya ni, abang, akak. Dia ni memang panas baran sikit,” ujar Syam serba salah.

Amir menggeleng. “Tak. Apa yang Syah katakan itu semuanya betul. Kami...”

“Kalau betul, kenapa tak buat? Kenapa kauorang berdua cakap pada mak kauorang adik kauorang dah takde? Sanggup kauorang tipu mak kauorang sendiri? Apa jenis anak kauorang ni? Atau adakah kauorang sebenarnya bencikan Ana? Entah-entah kauorang bunuh dia tak?” soal Syah bertubi-tubi. Dia ni kalau tengah hangin memang teruk jadinya.

Aulia mengusap dadanya. “Astaghfirullah hal azim! Kami tak tergamak membunuh darah daging kami sendiri. Kami tak bencikan dia. Bukan niat kami nak tipu mak kami tapi itu untuk kebaikan dia.”

“Kebaikan? Apa kebaikannya? Dapat memuaskan hati kauorang?” soal Syah lagi. Syam di sebelahnya terdiam. Dia tak tahu bagaimana lagi mahu menenangkan kawannya itu.

Amir menghela nafas perlahan. Aulia baru sahaja mahu membuka mulut untuk menjawab, Amir menghalang. “Syah, boleh tolong dengar apa yang abang nak cakap?”

Syah hanya diam.

“Kami bukan tak mahu cari Ana. Kami sayangkan Ana. Kami takkan sesekali terfikir mahu bunuh adik sendiri. Kami tipu mak kami demi kebaikan dia. Ada sebab kami berbohong. Kami tak pernah ada walau sekelumit rasa benci terhadap Ana. Dia adik yang baik. Ya, abang tahu apa yang kami lakukan itu salah sama sekali. Tapi itu bukan tiket untuk Syah tuduh kami yang bukan-bukan,” kata Amir.

“May I know who’s your friend?” soal Aulia apabila suasana tidak lagi tegang.

Syam menjawab, “Nurul.”

“Is it Nurul Andriana Antasya?” soal Aulia lagi.

Syam dan Syah memandang Aulia. Mereka terkejut. “Macam mana akak tahu nama dia?” soal Syah.

“Nurul tu...”

NURUL memegang erat tangan kecil Ariana. Mereka berjalan-jalan di taman. “Ana seronok bersekolah?”

Ariana mengangguk. “Sekolah best! Ramai kawan, cikgu. Diaorang semuanya baik.”

Nurul tersenyum.

“Kenapa akak dah lama tak datang?” soal Ariana.

“Akak sibuklah, sayang. Sorry. Sekarang ni, akak dah habis sekolah. So, setiap kali hujung minggu, in shaa Allah akak datang jumpa Ana. Okay?”

Ariana tersenyum girang. Dia mengangguk. “Janji ehh?” jari kelingking dinaikkan.

Nurul senyum. “Janji.” Jari kelingking mereka bertaut.

“Akakk... nak aiskrim!” Ariana menggoyang-goyangkan tangan Nurul ke hadapan dan ke belakang. Mulutnya memuncung ke arah seorang pak cik yang menjual aiskrim.

“Okey.” Nurul membawa Ariana menghampiri pak cik itu. Tubuh ringan Ariana diangkat. Dia menyoal, “Ana nak aiskrim apa?”

“Coklat!” sahut Ariana.

Nurul meminta satu aiskrim coklat untuk Ariana dan satu aiskrim strawberi untuknya. Selesai sahaja mendapat aiskrim, mereka berdua duduk di bangku kosong.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba seseorang menyapa mereka.

Nurul menjawab salam lalu menoleh. Matanya membuntang. Rasa takut menyelubungi diri. “A... Abang Ra.. Razif nak apa?” soalnya tergagap-gagap. Dia memeluk tubuh kecil Ariana.

Razif mengeluh. “Abang nak mintak maaf.”

Nurul terkejut mendengar ucapan maaf dari mulut Razif.

“Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang memang lelaki tak guna. Abang lebih ikutkan nafsu abangd dan hasutan syaitan. Abang tak layak untuk dapatkan maaf dari Nurul. Tapi abang betul-betul minta maaf. Abang menyesal dengan perbuatan abang.”

Nurul terkedu. Abang Razif minta maaf? Betul ke dia dah insaf. “Saya maafkan abang. Tapi tolong pergi. Sa... saya tak nak jumpa awak lagi. Please go.”

“Abang tak layak dapat maaf Nurul. I'm so fool. Abang jadi macam tu, sebab abang sayangkan. I'm in love with you. Abang...”

Belum sempat Razif menghabiskan ayatnya, Nurul memotong, “Abang layak terima maaf saya. Saya juga manusia biasa yang sentiasa buat dosa. Saya harap abang lupakan saya dan dekatkan diri dengan Allah. Abang tak sepatutnya salahkan diri abang. Kalau abang betul-betul sedar silap abang. Pergilah bertaubat. Itu yang terbaik. Saya minta maaf, saya kena pergi.”

Nurul terus menarik tangan Ariana meninggalkan Razif. Razif hanya memandang Nurul yang semakin jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience