Completed
                        
68208
                    Andriana meletakkan beg sandangnya di atas meja. Dia menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya buat seketika. Dia mengeluh panjang. Mana Shazril dengan Kak Lyss ni? Selalunya diorang yang awal dari aku. Sekarang, terbalik pulak.
“Argh... bosan!” Keluh Andriana. Dia membuka zip beg sandangnya lalu mengeluarkan sebuah novel. Dia membaca novel itu bagi mengelakkan diri dari terus dilanda kebosanan.
Sedang Andriana khusyuk membaca novel, tiba-tiba rambutnya yang diikat ekor kuda ditarik dari arah belakang. Andriana merengus perlahan. Kedengaran tawa dibelakangnya. Kemudian seseorang itu duduk di kerusi bersebelahan dengannya. Dan seseorang itu adalah... Shazril!
“Urgh.. Dahlah lambat! Boleh main tarik-tarik rambut orang. Jealous lah tu tak boleh simpan rambut panjang macam perempuan,” gumam Andriana perlahan.
“Hah! Mengutuk akulah tu!” Shazril serkap jarang.
“Eeeee... perasan! Bila masa entah orang kutuk dia. Tak habis-habis nak fitnah orang. Dosa tau fitnah orang...”
Shazril tersengih mendengar kata-kata Andriana. Gayanya tak ubah seperti seorang kanak-kanak berusia lima tahun bercakap. Sudahlah mimik mukanya polos. Memang padan sesangat!
“Hmm... Kak Lyss mana?” soal Andriana apabila sedar Arlyssa masih belum tiba.
“Dia tak boleh datang. Adiknya masuk hospital. Demam panas,” jawab Shazril.
Andriana mengangguk faham. Dia kembali membaca novel.
Shazril mengangkat kening sebelah. Eh, minah ni tak ada kerja sekolah ke? Duk baca novel dari tadi.
Shazril menjengukkan kepalanya ingin melihat muka depan novel itu yang tertulis tajuk. Suami Aku Ustaz? Umur baru nak dekat 12 tahun, pergi baca novel macam ni. Ish, Ana... Ana... Tak sabar nak kahwin agaknya... Shazril bermonolog di dalam hati. Dia menggeleng kecil.
Andriana yang sedar Shazril tergeleng, berasa pelik. “Awak ni kenapa geleng kepala?”
Shazril tersentak. “Huh? Tak ada apa-apalah. Kau tu tak ada homework ke? Tahu nak baca novel je...”
“Oi cik abang! Sekolah start cuti akhir tahun esok. Homework apa ke benda kalau dah sekolah habis?!”
Shazril menggaru kepalanya. Cuti akhir tahun? “Yelah! Aku terlupa. Kau tak pergi mana-mana ke cuti ni?”
Andriana menutup novel selepas menandanya dengan penanda buku yang direkanya sendiri. “Esok saya balik rumah mama.”
“Oh. Berapa lama kau kat sana?”
Andriana menjungkitkan kedua-dua bahunya. “Tak tahulah. Mungkin seminggu. Atau dua. Atau mungkin sebulan?”
Shazril mengeluh kecewa. Hmm... Tak dapatlah aku jumpa dia.
“Shazril, jom nyanyi!” ajak Andriana.
“Huh? nyanyi?” soal Shazril. Blur.
Mulut Andriana memuncung ke arah beg gitar yang dibawa Shazril tadi. “Mainlah gitar tu. Buat apa bawak tapi tak main.”
“Oh, okey.” Shazril membuka zip beg gitarnya lalu mengeluarkan gitar akustik. “Lagu apa?”
Andriana memandang ke langit memikirkan lagu yang ingin dinyanyi. Belum sempat Andriana memberi cadangan, Shazril sudah mula memetik gitar. Dia menyanyi.
I remember what you wore on the first day
You came into my life and I thought hey
You know, this could be something
'Cause everything you do and words you say
You know that it all takes my breath away
And now I'm left with nothing
Andriana turut menyanyi bersama Shazril.
So maybe it's true that I can't live without you
And maybe two is better than one
But there's so much time to figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one
Andriana mencapai novelnya lalu dia membaca. Entah mengapa dia tiba-tiba terasa malu selepas menyanyi bersama Shazril.
Suasana bertukar sepi. Andriana kelihatan seperti membaca tapi fikirannya melayang-layang ke mana pun dia tidak tahu. Shazril turut berdiam diri. Fikirannya turut melayang seperti Andriana.
Shazril menggigit bibir. Dia memanggil, “Ana.”
Andriana tersentak dari lamunan. Dia menoleh ke arah Shazril. Keningnya dijungkit sebelah seakan menyoal, ‘Ada apa?’
“Ermm... Kita kan dah kenal dan berkawan hampir satu tahun. Aku pernah sakitkan hati kau dan kita gaduh, dan kawan sem...”
“Shazril, straight to the point, boleh tak?” potong Andriana.
Shazril menghela nafas panjang. “Aku... Aku...” dia mengetap bibir kuat. “Aku suka kau!” ucapnya laju.
Andriana membulatkan matanya. What did he just said? Am I dreaming? Oh my Allah! Dia suka aku! teriak hatinya teruja. “Sa... Saya pun,” ujar Andriana dengan suara perlahan. Dia menunduk. Ouch! Apa aku ni?! Kenapa aku luahkan perasaan aku?! Marah Andriana dalam hati.
“Err... Aku balik dululah. Bye.” Shazril meminta diri. Dia menggalas beg guitar di sebelah bahunya lalu meninggalkan Andriana.
Andriana memandang Shazril yang berlalu pergi. Dia mengetap bibir. Dia dengar ke apa aku cakap tadi? Kenapa dia terus nak balik? Terlalu banyak persoalan di minda Andriana yang tak mungkin dapat dia jawab.
Share this novel