Bab 11

Romantic Comedy Completed 68208

Kereta Citroen DS5 meluncur perlahan sebaik sahaja masuk ke dalam SM Bandaraya Taiping. Nurul asyik memandang ke luar tingkap. Mulutnya ternganga. Di dalam hati tidak berhenti menyebut perkataan wah! Sungguh dia kagum dengan keindahan persekitaran sekolah berasrama itu sehingga membuatkan matanya tidak berkelip sedari tadi.

Nurul membuka pintu kereta lalu keluar. Dia mengekori Puan Naqibah yang sedang mengeluarkan barang-barangnya dari dalam bonet kereta. Wah, cantik benar SBP ini! Persekitarannya sungguh mendamaikan dan indah sehingga membuatkan aku tidak berhenti memuji!

“Nurul, mari kita daftarkan nama Nurul,” ajak Puan Naqibah. Encik Zaril sekadar senyum simpul melihat gelagat anak gadisnya yang sudah kelihatan seperti Tarzan yang baru jumpa bandar!

Pipi Nurul membahang. Malu mengenang dirinya yang terlebih jakun itu. Dia membantu Puan Naqibah mengangkat barang-barangnya menuju ke meja pendaftaran yang berada di hadapan pagar asrama. Di hadapan pagar asrama itu, terdapat dua baris meja pendaftaran. Sebelah kanan ialah meja pendaftaran bagi pelajar lelaki manakala di sebelah kiri bagi pelajar perempuan.

Puan Naqibah dan anaknya berjalan menuju ke meja pendaftaran di sebelah kiri. Di situ ada dua orang pelajar yang lengkap dengan kot yang tersarung di tubuh. Mungkin mereka itu menjawat jawatan pengawas. Seorang daripada pengawas itu bertanya pada Nurul, “Siapa nama awak?”

Lidah Nurul kelu untuk berkata-kata. Dia ingin menjawab namun tidak mampu mengeluarkan suara. Puan Naqibah menjawab bagi pihak Nurul, “Nurul Andriana Antasya.”

Pengawas itu mencari nama Nurul di dalam sebuah buku nipis. Nurul mengerling tanda nama pada kot pengawas itu. Arlyssa. Tak lama kemudian, Arlyssa memberi arahan, “Puan dengan Nurul, sila tandatangan di kotak ini.” Arlyssa menundingkan ibu jarinya pada dua kotak kosong sebaris dengan nama Nurul. Nurul dan ibunya hanya menurut tanpa kata.

“Ini fail peribadi pelajar yang perlu ada pada setiap pelajar di SBPT. Fail itu akan diberi pada guru kelas apabila guru minta. Nurul boleh pergi bawa barang ke asrama. Puan juga boleh menemani Nurul. Nombor bilik Nurul ada ditampal di fail itu. B02-13. B ialah blok B, 02 pula ialah tingkat 2 manakala 13 ialah nombor dorm. Ha, tepat pukul 12 tengahari ada perhimpunan rasmi, kemudian bermulanya minggu orientasi. Hari ini hari pendaftaran plus hari pertama persekolahan. Ingat tu! Tolong berada di dewan sebelum pukul 12.00. Make sure you not late for it,” pesan Arlyssa panjang lebar.

“Baik, kak! Terima kasih,” ucap Nurul lalu berjalan mendahului ibunya menuju ke asrama puteri yang agak jauh dari bangunan akademik. Aduih, jauhnya! Lagi best jadi lelaki, tak jauh pun asrama mereka.

Nurul memandang asrama putera yang berada di hadapan sedikit dari asrama puteri. Nurul memandang pula pada barang-barang di tangannya. Hmm... beg baju, baldi. Macam ada yang tidak kena. Apa yang tertinggal, ya? Eh, beg sekolah!

Nurul pantas meluru ke arah Puan Naqibah yang tidak jauh di belakangnya. “Ibu, ibu naiklah dahulu! Nurul tertinggal beg sekolah.”

“Laa... Beg sekolah itu letak di sebelah Nurul pun, Nurul boleh terlupa?” soal Puan Naqibah. Keningnya bertaut.

Nurul menyeringai. “Sorry!”

Puan Naqibah menggeleng kecil. Itulah masalahnya kalau terlebih excited! “Dah, pergi ambil beg sekolah dalam kereta. Baldi dengan beg baju itu, biar ibu bawa ke dorm Nurul. Ni, Nurul ingat tak nombor dorm?”

Baldi dan beg baju Nurul bertukar tangan. Nurul menggaru kepalanya sebentar. “Err... B02-13, kan?” teka Nurul. Ah, lantaklah! Tembak-tembak pun tembaklah! Yang pasti aku tak mahu tertinggal beg sekolah!

Puan Naqibah melihat semula kertas yang tertampal di fail peribadi Nurul. “Ha, betullah tu!”

“Betul? Alhamdulillah... Nurul pergi ambil beg sekolah dululah, ya ibu?” Puan Naqibah mengangguk tanda memberi kebenaran. Nurul terus berjalan meninggalkan ibunya.

Setelah mengambil beg sekolah di dalam kereta yang diparkir di hadapan dewan, Nurul terus menyandang beg tersebut. Dia melangkah laju menuju ke asrama puteri. Tiba-tiba tubuhnya dirempuh seseorang. Nurul jatuh terjelepok di atas lantai. Dia menunduk memegang pinggangnya. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Aduh, sakitnya pinggang aku! Siapa pula yang suka hati saja nak berlanggar dengan aku ni? Apa ingat tubuh aku ni bumper car, sehingga mahu langgar sesuka hati?!

Nurul mengangkat wajahnya ingin tahu siapa yang merempuh tubuhnya tadi. kelihatan seorang lelaki berkemeja sekolah putih lengan panjang duduk gayanya seakan baru jatuh. Mungkin itulah orang yang melanggarnya sebentar tadi. Mata Nurul tak berkelip memandang wajah lelaki itu. Alahai, kacaknya! Terus tak jadi nak marah.

Nurul menggeleng kecil. Astaghfirullah... Sudahlah tu, Nurul! Muka pun tak cantik mana, ada hati nak usha anak teruna orang! Err... tapi kenapa aku macam pernah nampak wajah lelaki ini? Kat mana aku pernah jumpa dia?

Nurul menyedarkan dirinya. Dia bangun mengutip beg sekolahnya yang tercampak akibat perlanggaran tadi. lelaki tadi juga sudah berdiri. “Err... Maafkan saya, saya tak sengaja tadi. Awak tak apa-apa?” soal lelaki itu prihatin.

Nurul sekadar menggeleng kecil. Lelaki itu menghembus nafas lega. “Eh, saya dah lambat ni! Pergi dulu!” lelaki itu kembali berlari menuju ke asrama putera. Nurul hanya memandang lelaki itu yang sudah berlari meninggalkannya. Kemudian, Nurul kembali menyambung langkahnya menuju ke asrama puteri.

LELAKI yang terlanggar Nurul tadi berlari memanjat anak tangga. Ah, kena cepat ni! Dahlah aku kena pantau pengawas kendalikan perhimpunan rasmi. Itulah kau, Fan! Bangun lambat lagi, sehinggakan kot dan cermin mata pun tertinggal dalam dorm! Tak pasal-pasal terlanggar pelajar perempuan tadi.

Sebut perihal pelajar perempuan tadi, lelaki itu terus mengoyak senyuman. Syed Muhammad Shazril Irfan, itulah dia pelajar lelaki tingkatan lima yang memegang jawatan ketua pengawas pada tahun ini. Tempat tinggalnya tidak jauh dari Sekolah Berasrama Penuh Taiping. Pagi tadi, dia tidak menyedari bunyi jam loceng sehingga mengakibatkan dia asyik kelam-kabut pada hari ini.

Sebaik sahaja tiba di tingkat yang menempatkan dormnya, Irfan terus memecut ke dormnya. Setibanya di hadapan pintu dorm, dia melepaskan lelah seketika. Tangan kanannya memaut pintu dorm.

Arshad, rakan sebilik Irfan yang sedang membutangkan kemeja ungunya memandang pelik pada Irfan. “Kau okey tak, Fan? Eh, bukan kau kena pantau pengawas ke? Hari ni kan hari pertama persekolahan plus hari pendaftaran form four?” bertubi-tubi soalan ditanya Arshad.

Setelah mengumpul sedikit tenaga, Irfan berjalan masuk ke dalam bilik lalu merebahkan diri di atas katil. Arshad menggeleng kecil sambil membetulkan kolar bajunya. Irfan... Irfan... Aku tahulah kau penat sejak naik pangkat jadi ketua pelajar, tapi takkanlah sampai tak kenal katil sendiri? Katil aku juga dia rembat!

Arshad mengeluarkan tali lehernya dari dalam loker. “Fan, kedutlah baju kau kalau kau baring macam itu. Kau tu dahlah ketua pelajar!”

“Hmm...” gumam Irfan perlahan.

Satu...

Dua...

Tiga saat sudah berlalu...

Irfan terus melompat dari katil. Dia meneliti bajunya. Perlakuannya mengejutkan Arshad yang sedang mengikat tali leher. “Uisshh... Kau ni, bro! Terkejut aku, tahu?”

Irfan tidak menghiraukan Arshad yang memarahinya. Dia terus memeriksa bajunya. “Chad! Nampak kedut ke?”

Arshad memandang baju kemeja Irfan. “Tak nampak sangat. Itulah baring lagi!”

Irfan menghembus nafas lega. Dia melangkah menuju ke lokernya. “Aku bukannya apa, Chad! Aku penat lari marathon dari dewan ke sini, tahu? Tak cukup dengan itu, aku terlanggar budak perempuan pulak tu. Kasihan dia... Mujur dia tak apa-apa.” Irfan mengeluarkan kot yang disangkut lalu disarung ke tubuh. Dia membetulkan kolar kot.

“Kau terlanggar budak perempuan? Cantik tak, bro?” tanya Arshad sambil kening dijungkit dua kali.

Irfan yang masih membetulkan kolar kot terhenti. Dia memandang tajam ke arah Arshad. “Kau jangan buat hal! Arlyssa kau nak campak mana?”

Arshad tersengih. “Arlyssa campak dalam hati aku.”

“Budak perempuan tu?” tanya Irfan sambil membetulkan tali leher.

“Budak perempuan tu spare part saja...” jawab Arshad selamba.

Irfan mengerutkan keningnya. Tangan mencapai cermin mata lalu memandang Arshad. “Amboi, Chad! Kau fikir perempuan ni tak ada hati ke apa?”

Arshad merengus perlahan. “Ish, kau ni! Banyak tanya pula! Kau sajalah yang ambil budak perempuan itu,” cadang Arshad.

Irfan memakai cermin matanya. Dia berjalan menghampiri Arshad. “Uisshh... Aku? No way man! You know my princip, right? Dahlah, aku nak pergi dewan. Dah lambat ni!”

Irfan terus berjalan keluar dari dorm. Belum sempat dia keluar, Arshad berkata dengan nada bergurau plus peringatan, “Fan, jangan tekan minyak sampai 180 km/j, tak pasal-pasal accident lagi nanti!”

Irfan tidak berpaling. Dia hanya menunjukkan isyarat bagus menandakan dia akan berhati-hati kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience